Friday, May 21, 2010

Buku dan Ilmu


Friday, May 21, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Penghias Kulit Depan




Buku dan ilmu bak irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan. Di sini penulis bukan hendak bercerita tentang ilmu yang boleh didapati melalui buku. Penulis cuma hendak mengenang kembali saat dan ketika penulis giat berkecimpung dalam industri penerbitan buku. Ketika itu penulis bertugas sebagai Editor. Betapa seronoknya penulis mengendalikan kerja-kerja yang mencabar itu!

Melalui blog ini penulis ingin memaparkan beberapa buah buku . . . bukan untuk ulasan atau kajian . . . tetapi sebagai kenangan masa lalu . . . ketika penulis terlibat dalam "membimbing" dan "menasihati" pihak produksi menghasilkan kulit depan buku-buku untuk peringkat sekolah rendah, pengajian tinggi dan bacaan umum.

Penulis masih ingat model-model yang menghiasi kulit depan masa itu tidak banyak "kerenah" atau "ragam" . Maklum . . . pada masa itu sekitar tahun-tahun 1980-an ( 1985/1986) . . . life was that simple . . . hinggakan model-model boleh dikatakan memberi masa dan tenaga mereka secara "hampir" percuma. Mana tidaknya . . . mereka hanya diberikan pakej makanan segera (ayam goreng atau fish n chips) dan air minuman kotak atau tin sebagai "upah"! Kalau sekarang . . . sudah tentu ramai yang "mogok" atau dalam istilah golongan kini . . . "rimau tak ngaum, tak leh blah jauh lah!"




 

Penghias Kulit Buku 
Tahun: 1986 Kiri: Halmy Zahari dan Kanan: Halim Zaharyn


Apapun ucapan penghargaan yang tak terhingga telahpun disampaikan kepada model-model yang berkenaan pada waktu itu . Mereka sudah cukup puas apabila melihat wajah mereka terpampang pada kulit depan buku! Mereka bangga mendapat sedikit publisiti sihat dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kapada perkembangan ilmu melalui saluran percetakan buku. Maklum pada zaman itu . . . bukan senang hendak mendapat peluang begitu.







 

Lagi Penghias Kulit Buku
Aftar di sebelah kiri dan dua gadis Anon di sebelah kanan



Sekarang mereka sudah dewasa (yang lainnya dah pun tua) . . . dan mungkin ada yang sekali sekala teringat akan zaman mereka menyumbangkan tenaga sebagai "model" (yang tidak begitu "glamour" dulu) dalam penerbitan buku-buku itu. Penulis cuma hendak katakan anggaplah itu semua sebagai amal jariah yang akan menguntungkan anda di hari kemudian.

Untuk mengingatkan kembali peristiwa sesi photo shoot (di hadapan kamera ketika panas terik pulak tu . . . atau di hadapan sinar spotlight yang panas . . . ) berikut ini dipaparkan final product usaha semua yang terlibat ... Kata omputih . . . Just for old time sake, man! 



Untuk Bacaan Pengajian Tinggi

Rohani, Halim Zaharyn & Anon




Untuk Bacaan Umum

Che Hawa, Penulis & Chua Hong Koon




Untuk Kegunaan Sekolah Rendah


Halmy Zahari dan Aftar dengan dua gadis Anon

Seperti di Atas

Seperti di Atas

Halmy Zahari dan Aftar
dengan dua gadis Anon

Halmy, Aftar dan Anon


Seperti di Atas

Aftar, Halmy Zahari dan dua gadis Anon

Seperti di Atas


Halmy Zahari & Anon

Halmy, Aftar dan Anon


Seperti di Atas



Begitulah kisah untung nasib penghias kulit buku waktu dulu. Kalau sekarang . . . glamour habis ooi! Apapun, dema ada ge jadi penghias kulit buku . . . Kome ada ke? He ... he...












Jasamu dikenang?
dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment


Thursday, May 20, 2010

Ketua Keluarga Disegani


Thursday, May 20, 2010


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Terima Kasih Pak 


Walaupun dia pergi untuk selama-lamanya ketika aku sudah berusia tahap melebihi pertengahan umur . . . aku masih amat terasa akan pemergiannya itu. Aku kehilangan tempat "berbicara" dan tempat "berbincang". Dalam bahasa mudah . . . aku sesungguhnya hilang tempat "mengadu hal".

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayahandaku Baharom bin Mohd Shariff dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam setinggi-tinggi dan semulia-mulia tempat di sisi Allah swt. 

Al-Fatihah . . .




Ketua Keluarga Yang Disegani




Tuan Hj Baharom bin Hj Mohd Shariff












dsuarang.blogspot.com

Pantasnya Masa Berlalu



Thursday, May 20, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Episod Akhir 



Waktu Tidak Menunggu


Tiada kata secantik bahasa . . .
Untuk ku paparkan peristiwa













Tiada gambar seindah lukisan . . .
Untuk ku lakarkan perasaan



Namun Aku Bersyukur
Kerana Dipertemukan











dsuarang.blogspot.com

Ketika Aku Belum Faham


Thursday, May 20, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


1951




Kasih ibu membawa ke syurga . . .
Kasih saudara masa berada . . .















Bonda Zainab bt Mohd Taib
& Ayahanda Baharom bin Mohd Shariff







AMB








Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Dari kiri:
Penulis, Asmah (kakak), Zainab Mohd Taib [(ibu),
memangku Zaleha(adik)], Baharom Mohd Shariff (bapa)
Foto diambil sekitar awal tahun 50-an








Berkorban raga rela binasa . . .
Berkorban nyawa tanda kasihnya . . .

Namun bagiku kasih ibu amat sekejap . . .
berlakunya pada suatu ketika ...

Ketika Aku Belum Faham