Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sayang Kalau Dibiarkan Layu
Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS) khususnya tertubuh untuk keluarga Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah. Pakatan ini tertubuh pada 10 Disember 1960. Pengasas utama pakatan ini terdiri daripada Baharom bin Mohd Shariff (anak Tok Shariff), Osman bin Mohd Said (anak Tok Said) dan Mohd Idris bin Mohd Said (anak Tok Said). Mereka dibantu dengan setianya oleh ahli-ahli Pakatan ini seperti Mohd Nadzar bin Mohd Shariff, Arish bin Abdul Malik, Ramli bin Abdul Malik dan Mohd Yassin Lela yang juga bertanggung jawab mengesahkan Peraturan dan Undang-Undang PTS yang telah digubal semula dan diterima serta disahkan di dalam mesyuarat khas pada 1 Ogos 1976. Mesyuarat berlangsung di 'Sri Tanjung', Sungai Choh, Rawang (rumah Osman bin Mohd Said).
Tujuan utama PTS ialah untuk merapatkan dan memelihara perhubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli keluarga daripada ketiga-tiga keluarga ini. Tujuan sampingan awalnya pula ialah untuk memberi bantuan kewangan kapada para ahli atau tanggungannya pada hari perkahwinan mereka. Bantuan kewangan ini adalah dengan mengadakan pungutan wang daripada ahli-ahli. Pada masa sekarang PTS mempunyai ahli teras seramai hampir 150 orang dan ahli keluarga seramai hampir 500 orang. PTS kini telah juga melaksanakan pungutan ikhlas sesama ahli pada hari berlakunya sesuatu kematian di kalangan ahli keluarga PTS.
Namun perkara yang kurang merangsangkan buat waktu ini ialah PTS sudah seolah-olah tidak bermaya lagi . . . sudah macam boleh dikatakan "Hidup segan mati tak mahu" . . . sudah tidak lagi digerakkan untuk mencapai matalamat ia ditubuhkan. Sayang . . . pakatan keluarga yang terbina sejak tahun 1960-an dulu oleh orang tua-tua keluarga kita dibiarkan beransur layu begitu sahaja!
Penulis teruja menulis tentang PTS dalam blog ini kerana faktor "ketidaksegaran" yang semakin menular dalam "kesepakatan" Pakatan Tubuh Keluarga Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah. Ketidaksegaran ini telah begitu lama terbiar . . . Memang ada orang yang masih sayangkan PTS. Memang masih ada golongan lama/tua yang mahukan PTS terus hidup dan bergerak . . . demi kepentingan pertalian dan perhubungan . . . pendeknya demi memelihara silaturahim antara ahli Keluarga Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah. Sayanglah nanti andainya pada masa hadapan golongan muda dalam keluarga TSd, TSh & OK tidak lagi saling mengenali antara satu sama lain, tidak lagi mesra dengan sanak saudara mereka sendiri!
Bayangkan betapa ruginya kita yang sudah ada asas pertubuhan kekeluargaan . . . sesuatu yang telah begitu lama terbina . . . tiba-tiba hendak membiarkan binaan itu runtuh dan terbubar . . . tanpa diikhtiarkan sesuatu untuk menyegarkannya! Banyak keluarga di luar sana yang langsung tidak ada persatuan keluarga mereka . . . dan banyak yang ingin mengujudkan persatuan seumpama ini . . . tetapi tidak berjaya! Maka alangkah baiknya kita yang sudah ada persatuan begini . . . menjaga kewujudannya dengan baik.
Dalam sugul memikirkan semua ini, Penulis berubah gembira apabila pada hari Sabtu 15 Mei, 2010 berlaku satu peristiwa pertemuan keluarga Pak Usu Osman yang amat bermakna di rumah No. 14 Jalan Tabah, Kampung Melayu Batu 16, Rawang (asalnya Rumah Ayahanda Osman bin Mohd Said). Pada hari tersebut Penulis dijemput hadir oleh Badrin bin Osman (adik saudara Penulis). Badrin dengan bantuan dan kerjasama semua ahli keluarganya (termasuk ipar lamai sekalian) telah mengadakan majlis tahlil dan kenduri arwah serta bacaan doa selamat dsb. Sembahyang berjemaah sekeluarga (Zohor dan Asar ) juga dapat dilaksanakan di rumah bertuah itu.
Suatu perkara "cantik" yang Penulis perhatikan sejak lama ialah keluarga Osman bin Mohd Said (yang juga Pak Usu kepada Penulis) tidak "meninggalkan" rumah warisan keluarga mereka ini. Mereka tetap akan mengadakan majlis-majlis kekeluargaan di sini walaupun mereka masing-masig telah ada rumah sendiri di sekitar daerah ini. Itulah kekuatan "kesepakatan" mereka!
Di sinilah kebanyakan majlis kekeluargaan diadakan
Selesai majlis tahlil arwah dan bacaan doa, Penulis telah diminta (oleh tuan rumah Badrin Osman & pemimpin majlis tahlil dan bacaan doa serta Imam sembahyang berjemaah Tuan Hj Lokman) untuk memberi sedikit penerangan tentang PTS kepada semua yang hadir. Penulis memberikan penerangan sekadar yang termampu kepada mereka khususnya golongan muda yang mungkin tidak tahu sangat tentang kewujudan PTS dan tujuan kewujudan PTS.
Seronok dapat bersua dan berkumpul begini.
Insya Allah kita kekalkan semangat kekeluargaan ini
dengan bertemu dari masa ke masa.
Insya Allah kita kekalkan semangat kekeluargaan ini
dengan bertemu dari masa ke masa.
Alhamdulillah dalam pertemuan ini telah tercapai kata "sepakat" di kalangan keluarga "Rawang" (keluarga Tok Said) untuk memberi sokongan kepada PTS dalam menjayakan aktivitinya.
Contoh utama ialah apabila Adinda Badrin Osman berjanji mengambil satu 'slot' aktiviti sembahyang tarawih dan tahlil di rumah (di Rawang?) dalam bulan Ramadan yang akan datang sebagai meneruskan aktiviti bersembahyang Tarawih di rumah-rumah ahli PTS. Mudah-mudahan dizinkan Allah dan disertakan berkat atas niat yang baik itu.
Akhir kata terima kasih daun keladi kapada Tuan Hj Lokman yang telah sudi memimpin majlis dalam solat berjemaah, bacaan tahlil arwah dan doa, serta menyuntik semangat untuk revival PTS.
Adinda Badrin Osman
Syabas
Adinda Mohd Badrin Osman
atas daya usaha yang dilakukan untuk menyegarkan sedikit apa yang telah mula kelihatan layu. PTS memerlukan semangat dan usaha sedemikian rupa.
Terima kasih kapada semua ahli keluarga
OSMAN BIN MOHD SAID
kerana bersatu hati ke arah mempereratkan silaturahim dalam keluarga besar
MOHD SAID, MOHD SHARIFF & KONAH
Semoga usaha kita diberkati Allah.
Adinda Mohd Badrin Osman
atas daya usaha yang dilakukan untuk menyegarkan sedikit apa yang telah mula kelihatan layu. PTS memerlukan semangat dan usaha sedemikian rupa.
Terima kasih kapada semua ahli keluarga
OSMAN BIN MOHD SAID
kerana bersatu hati ke arah mempereratkan silaturahim dalam keluarga besar
MOHD SAID, MOHD SHARIFF & KONAH
Semoga usaha kita diberkati Allah.
GALERI FOTO
Pertemuan Informal
di Kampung Melayu Batu 16 Rawang
(semua foto courtesy Noor Rashid Abdul Kamal)
Sempat mendukung cucu siapa hah . . .?
Tok Uda mendukung Putera Muhamad Zaharyn
cucu Grandpa Badrin le ... siapa lagi
Tok Uda mendukung Putera Muhamad Zaharyn
cucu Grandpa Badrin le ... siapa lagi
dsuarang.blogspot.com
2 comments:
salam Pak uda and family, kami orang rawang sangat appreciate effort pak uda dalam mengerat silaturahim PTS. We are looking forward to d next meeting. Semoga semua menjaga kesihatan dan sentiasa didalam peliharaan ALLAH. Till then take care.
regards from cucu Osman bin Said.
Salam suha@cancer aka cucu Pak Usu Osman,
Terima kasih. Pak Uda juga berdoa semoga tali silaturahim kita seisi keluarga (keluarga besar PTS) terus terpelihara mekar dan segar.
I am extremely confident that with support from d younger generation (like you and your peers)PTS will survive well for very many years to come.
Again thanks for your concern. And, by d way . . . 'do things wonderful' . . . with your guitar and piano! Hope to catch up with all of you soon.
Post a Comment