Saturday, May 1, 2010

HZ & N Pentas 5: Merenjis Pengantin



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Direnjis Renjis Dipilis
adat sahaja . . . bukan syarak



Acara bersanding HZ dan N dalam majlis perkahwinan mereka pada 20 Mac 2010 sudah berlangsung. Kini akan berlangsung acara merenjis pengantin pula. Semua kaum keluarga dan kaum kerabat yang terlibat dalam acara merenjis sudah pun bersedia untuk berbuat demikian. Jadi . . . jangan berlengah lagi . . . jom ke d'SUARANG untuk menyaksikan acara tersebut.


direnjis renjis dipilis

Besanku Merenjis

Tuan Abdul Hamid (Besan Penulis @ Ayahanda Noorshafini)
memulakan acara merenjis pengantin di d'SUARANG

Besanku terus merenjis
Renjis le San ...
hari ini hari kita


Ciuman Penghargaan

Noorshafini mencium tangan Ayahanda Abdul Hamid
tanda menghargai kehadiran beliau di majlis ini


Sentuhan Ibu Mertua

Bonda Rohani (Ibu Noorshafini) merenjis menantunya Halim.
Terima kasih Mama. Lepas ni jangan lupa dipersilakan makan.
Menantu jaga baik tu ...


OK lah ... Baik-baik noh ...


ditepungilah tawar

Nasihat demi Nasihat

Tahniah ...
"Pandai-pandailah bermuafakat, supaya berkat
... ya Halim & Noorshafini,"
pesan Pak Long Rosli kepada HZ & N


Sedondon Nampak

Noorshafini tersenyum mendengar kata nasihat ini.
Halim ... simple aje ... I follow
Terima kasih Mak Long


Akak ke?

Terima kasih ya Kak Daleez tepung tawar kami ni ...
ucap Halim & Noorshafini
kepada sepupu N



Ini Mesti Abang ...

Kepada Abang (Suami Kak Daleez)
pun kami ucapkan Terima Kasih ...

Hui mesti, mesti



Wak dari Banting

Tuan Hj Sulur: "Lim ... ini Wak kasi ingat sama Halim ...
dah masuk era baru ni bukan macam di Kolej dulu.
Wak acah je . . . Selamat berbahagia"



hai beras kunyit ditabur

Ibu Angkatku

Puan Hjh Tumisah merenjis pasangan HZ & N.
"Segala budi Mak Tumisah terhadap Halim dulu,

Allah sahaja yang membalasnya."



Istimewa Dari Seberang

Kak Meni (Anak Saudara Penulis) dari Sabang
hadir merenjis pasangan pengantin HZ & N.
"Terima kasih Kak Meni.
Ambil hadiah bunga telurnya selepas merenjis ya."



TQ Kak

Ini Kak Nani dari Medan (Anak Saudara Penulis).
Terima kasih Kak Nani hadir dalam majlis kami ni.



d Diamond of Medan

Intan (HZ's 2nd Cousin from Medan, Indonesia)
in d traditional act of blessing the newly weds

with pandan & rose scented water. Thanks Kak Intan.



Pesan Nana

"Jagolah dak fini ni elok-elok, Lim. Nek tengok dio ni baik."
"Hmm, hmm ... yo lah Nek. Memang le ... Dia tak sakit!"
"La ... loyar lak cucu Nah yang ni!"


Sentuhan Abah
Fini dulu. Penulis merenjis Noorshafini.


Sentuhan Abah
Sekarang Halim lak ...

disiram si air mawar


Penulis Merenjis
"Welcome to d Family"


Penulis Merenjis
"Good Luck, Son"


Menantu Emak
"Baik-baik jaga dak Halim ni Fini ...
Kalau dah lapar ... biji matanya suka terjojol,"
pesan Mak Limah sambil merenjis.


Berfalsafah
Tuan Hj Jamil merenjis pasangan pengantin.
Antara satu sama lain ... ini pesanan Pakcik ...
"Pakat elok-elok, jangan kel
ok-kelok."


Oh ... Orang Kajang ...

"Sebelum balik ... datanglah ke Kajang"
Makcik Hjh Azizah menepung tawar HZ & N

kajang Pak Malau kajang berlipat
setiap pagi dibasahi embun
dagang merantau mujur bertempat
di Arab Saudi rezeki terhimpun



dah le ... jom kita jalan-jalan ...


"jom kita cari ..."


" ... sanak saudara dan sahabat handai ... kemudian ..."


" kita ke hadapan aje ... terus cari ..."


" tempat nak duduk ... dan ..."

" NAK MAKAN le ... (sebelum mata ni terjojol)"



STOP PRESS








direnjis renjis dipilis
ditepungilah tawar
hai beras kunyit ditabur
disiram si air mawar

fine

Kita jumpa selepas ini dalam

Pentas 6

Makan Beradab
Jumpa ya!









dsuarang. blogspot.com


0 comments:

Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment