Saturday, May 1, 2010

HZ & N Pentas 5: Merenjis Pengantin



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Direnjis Renjis Dipilis
adat sahaja . . . bukan syarak



Acara bersanding HZ dan N dalam majlis perkahwinan mereka pada 20 Mac 2010 sudah berlangsung. Kini akan berlangsung acara merenjis pengantin pula. Semua kaum keluarga dan kaum kerabat yang terlibat dalam acara merenjis sudah pun bersedia untuk berbuat demikian. Jadi . . . jangan berlengah lagi . . . jom ke d'SUARANG untuk menyaksikan acara tersebut.


direnjis renjis dipilis

Besanku Merenjis

Tuan Abdul Hamid (Besan Penulis @ Ayahanda Noorshafini)
memulakan acara merenjis pengantin di d'SUARANG

Besanku terus merenjis
Renjis le San ...
hari ini hari kita


Ciuman Penghargaan

Noorshafini mencium tangan Ayahanda Abdul Hamid
tanda menghargai kehadiran beliau di majlis ini


Sentuhan Ibu Mertua

Bonda Rohani (Ibu Noorshafini) merenjis menantunya Halim.
Terima kasih Mama. Lepas ni jangan lupa dipersilakan makan.
Menantu jaga baik tu ...


OK lah ... Baik-baik noh ...


ditepungilah tawar

Nasihat demi Nasihat

Tahniah ...
"Pandai-pandailah bermuafakat, supaya berkat
... ya Halim & Noorshafini,"
pesan Pak Long Rosli kepada HZ & N


Sedondon Nampak

Noorshafini tersenyum mendengar kata nasihat ini.
Halim ... simple aje ... I follow
Terima kasih Mak Long


Akak ke?

Terima kasih ya Kak Daleez tepung tawar kami ni ...
ucap Halim & Noorshafini
kepada sepupu N



Ini Mesti Abang ...

Kepada Abang (Suami Kak Daleez)
pun kami ucapkan Terima Kasih ...

Hui mesti, mesti



Wak dari Banting

Tuan Hj Sulur: "Lim ... ini Wak kasi ingat sama Halim ...
dah masuk era baru ni bukan macam di Kolej dulu.
Wak acah je . . . Selamat berbahagia"



hai beras kunyit ditabur

Ibu Angkatku

Puan Hjh Tumisah merenjis pasangan HZ & N.
"Segala budi Mak Tumisah terhadap Halim dulu,

Allah sahaja yang membalasnya."



Istimewa Dari Seberang

Kak Meni (Anak Saudara Penulis) dari Sabang
hadir merenjis pasangan pengantin HZ & N.
"Terima kasih Kak Meni.
Ambil hadiah bunga telurnya selepas merenjis ya."



TQ Kak

Ini Kak Nani dari Medan (Anak Saudara Penulis).
Terima kasih Kak Nani hadir dalam majlis kami ni.



d Diamond of Medan

Intan (HZ's 2nd Cousin from Medan, Indonesia)
in d traditional act of blessing the newly weds

with pandan & rose scented water. Thanks Kak Intan.



Pesan Nana

"Jagolah dak fini ni elok-elok, Lim. Nek tengok dio ni baik."
"Hmm, hmm ... yo lah Nek. Memang le ... Dia tak sakit!"
"La ... loyar lak cucu Nah yang ni!"


Sentuhan Abah
Fini dulu. Penulis merenjis Noorshafini.


Sentuhan Abah
Sekarang Halim lak ...

disiram si air mawar


Penulis Merenjis
"Welcome to d Family"


Penulis Merenjis
"Good Luck, Son"


Menantu Emak
"Baik-baik jaga dak Halim ni Fini ...
Kalau dah lapar ... biji matanya suka terjojol,"
pesan Mak Limah sambil merenjis.


Berfalsafah
Tuan Hj Jamil merenjis pasangan pengantin.
Antara satu sama lain ... ini pesanan Pakcik ...
"Pakat elok-elok, jangan kel
ok-kelok."


Oh ... Orang Kajang ...

"Sebelum balik ... datanglah ke Kajang"
Makcik Hjh Azizah menepung tawar HZ & N

kajang Pak Malau kajang berlipat
setiap pagi dibasahi embun
dagang merantau mujur bertempat
di Arab Saudi rezeki terhimpun



dah le ... jom kita jalan-jalan ...


"jom kita cari ..."


" ... sanak saudara dan sahabat handai ... kemudian ..."


" kita ke hadapan aje ... terus cari ..."


" tempat nak duduk ... dan ..."

" NAK MAKAN le ... (sebelum mata ni terjojol)"



STOP PRESS








direnjis renjis dipilis
ditepungilah tawar
hai beras kunyit ditabur
disiram si air mawar

fine

Kita jumpa selepas ini dalam

Pentas 6

Makan Beradab
Jumpa ya!









dsuarang. blogspot.com


0 comments:

Nuffnang Ads

HZ & N Pentas 6: Makan Beradab



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



d 'High Table'



Dalam Pentas 6 ini dipaparkan pasangan pengantin HZ & N meraikan ahli keluarga makan bersama di High Table atau Meja Utama yang tersedia. Biasalah . . . apabila majlis diadakan di tempat sendiri maka tuan rumah kenalah "beralah". Kena utamakan tetamu atau ahli rombongan "sebelah sana". Tidak keterlaluan jika kita katakan itulah kecantikan adat orang kita yang sememangnya sentiasa mengalu-alukan atau "melebihkan" pihak yang berkunjung ke "rumah kita". Alhamdulillah.


Intro



Meja Khas
Disediakan untuk ... alah ... dah boleh baca
... apa yang tertulis tu kan ...

Sudah Terhidang
Nampak menyelerakan ... realitinya bagaimana?
Enak ... Alhamdulillah



Rasa Seindah Rupa . . . Antara Sajian Makanan di Meja Utama Pengantin

"Udang Memanjat" fresh from d ocean ... dan "Buah-buahan Berukir" direct from d orchard . . .

Hebat serta lazat . . . Beno, kome! . . . dari Mirazy Catering, Taman Jasa, Kampung Nakhoda.


Babak ini bermula sebaik sahaja selesai acara merenjis pengantin HZ & N. Pasangan pengantin terus menuju ke meja makan untuk acara 'Makan Beradab' sempena majlis perkahwinan mereka di KL pada 20 Mac 2010.


Bunga Paha
Bunga telur ni kami buat sendiri ooi ...


Tunggu Sekejap
Pasangan Pengantin HZ & N duduk menunggu di Meja Utama
Agus & Hazmilah kat belakang tu, bolehlah kipas diri sendiri dulu!

Ramai ahli keluarga dan sanak saudara turut serta dalam rombongan Pengantin Perempuan (Noorshafini bt Abdul Hamid) pada hari langsung perkahwinan HZ & N di KL. Mereka dari Kuala Ketil, Kedah. Selamat datang diucapkan kepada mereka.


Persiapan


Kat Mana?
"Kita letak kat situlah Lin," kata ibu saudara
kepada anak saudaranya. "Ok le ... Induk."
Sapiah Yassin kiri Mazlyn Hanim kanan.



Hai ... Sampai Lentok Kepala?
Tak pe ... Gaya mesti lebih ...
Sapiah bersama Nurliza menantu saudaranya


Parfum al Arabia

Setelah teratur persiapan seadanya dan para undangan dalam rombongan pengantin perempuan selesa duduk di meja hidangan yang disediakan, Adinda Lt. Kol. (B) Hj Basri Omar pun membacakan doa selamat majlis dan doa untuk pasangan pengantin.


Dari KK ke KL
Terima kasih diucapkan
kapada rombongan pengantin perempuan
atas kesudian datang dari jauh
... menjejakkan kaki di d'SUARANG


Satu Shot Lagi
Menguji kesabaran ahli-ahli rombongan...


Ha, kita ni . . . apa lagi?

Apa lagi apa ... senyum aje le ...
Tak dapek nak nolong ha!



Duduk Dengan Sabar
Rombongan PP duduk di Meja Utama
sementara menunggu doa dibacakan



Berdoa

Berdoa Seikhlas Hati
Basri Omar


Mengaminkan Doa

Halim Zaharyn Bin Abdul Majid



Noorshafini Binti Abdul Hamid


Doa diaminkan, doa diharap terkabul . . . Doa kebahagiaan sepanjang zaman, Amin


Amin, Amin, Amin . . . Ya Allah
Dari kiri: Pn Che Su (Tok Ngah N), Tuan Abdul Hamid (Besan Penulis),
Pn Rohani (Besan Penulis), Halim dan Noorshafini






Foto kiri dari kiri : Tuan Abdul Hamid ( Bapa N), Pn Rohani (Ibu N) dan Noorshafini. Foto kanan dari kiri: Tuan Abdul Hamid, Pn Rohani, Noorshafini, Rosilah (Mak Long N), Pn Azizah (Tok Chik Perempuan N).





Terus Mengaminkan Doa ... Beramai-ramai
Foto kiri dari kiri: Mazlyn Hanim (Kakak HZ) dan Nurliza (Kakak Ipar HZ). Foto kanan: Rashidi (Abang Ipar HZ) dan Roslan Muhiddin (Bapa Saudara HZ)


Kiri: Tuan Hj Sulur (Bapa Angkat HZ) dari Labohan Dagang, Banting. Kanan: Mej (B) Hj Aziz Yassin (Bapa Saudara HZ) dari Kuang.


Foto kiri: Tuan Abdul Malik (Tok Chik Lelaki Noorshafini) dan Tuan Rosli (Pak Long Noorshafini). Foto kanan: Pn Rosilah (Tok Chik Perempuan Noorshafini) & Tuan Abdul Malik (Tok Chik Lelaki Noorshafini)



Pembaca Doa
Lt. Kol (B) Hj Basri Omar (Bapa Saudara HZ)
dari Bukit Indah, Ampang

Selesai doa dibacakan ahli rombongan pengantin perempuan dipersilakan menjamu selera di meja makan masing-masing . . . sama ada di meja 'tetamu undangan khas' . . . ataupun di Meja Utama atau High Table bersama pasangan pengantin.


Kenalsuai Keluarga

Dah Boleh Makan
Macam buka puasa lak ...
Bismillah kita makan aje le. Perut pun dah lapar ni.


Senang Macam Ni
Dah jemput makan . . . makan le ye tak?
Pengantin kena maintain

HZ maintain terus nampak ...
Tapi N dah macam nak mula.
Alah start aje le N



Suapan Mesra

Suap Pujuk?
HZ maintain nak suap isteri rupanya.


Ye le dah penat menunggu. Baru nak dapat makan


Apa nak buat N. Jadi pengantin cam tu le.


Betul Ke?
Biasanya Raja Sehari tak rasa lapar dalam keadaan ni!
Teman nanya aje . . .


Menjamu Selera

Rezeki Jangan Ditolak
Sedap ni ... kami makan ye
Makan le ... Arif Azhan, Muhammad Nizar, Ahmad Nazmi,
Elliya Wafa, Noor Arina & Noor Azrin



Bukan Orang Lain
Kami pun nak makan ni.
Makan le . . . jangan segan-segan
... Daleez sekeluarga ...


Keluarga Baru Kami
Bagus San
Makan aje ... kita sekeluarga


Sila, silakan jamu selera
Mohd Izzat, Pn Che Su (Tok Ngah)
& Tuan Abdul Hamid


Aksi Perseorangan
Tuan Rosli (Pak Long N)
menikmati rezeki yang diberi Allah



Tambah Lagi
Ha ...
best juga ye ...

Pak Teh & Mak Teh Rosnah (Bapa & Ibu Saudara N)


Alhamdulillah
... yang masih makan ... teruskan le ...

Time 4 Dessert

Gendang gendut tali kecapi ...

Kenyang perut, suka hati.


Ah ... minum sikit lagi ... hausnya


Ok lah ... All's well ...

. . . that ends well

Setelah selesai acara "Makan Beradab" pengantin baru HZ & N dan jamuan makan berhidang rombongan pengantin perempuan N dari KK, Kedah . . . berlangsung pula acara memotong kek. Itulah apa yang Penulis nak kisahkan dalam Pentas 7 seterusnya. Sudilah ikuti blog teman ini dari masa ke masa ya . . . Cakap omputihnya . . . Check it out!


See You Soon








dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads