Wednesday, May 12, 2010

Pertalian Keluarga Seberang



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Keturunan Keluarga Tok Shariff


Seperti dinyatakan Penulis dalam blog dsuarang berjudul Keturunan Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah --- Pertemuan Keluarga Besar di Rawang . . . yang dipos pada Saturday, January 9, 2010 Tok Shariff merantau ke Malaya pada awal tahun-tahun 1920-an. Beliau berasal dari kampungnya Lubuk Sikaping, Sumatera. Nama penuh Tok Shariff ialah Mohd Shariff bin Hj Ismail.




Tok Shariff


{Tuan Hj Mohd Shariff bin Hj Ismail}




Peta Lakar Daerah Asal Keluarga Hj Ismail


{ peta dengan ihsan Mohd Badrin bin Osman
(dua pupu penulis), daripada blognya, Kelana Perantau}


Sebenarnya, menurut salasilah keluarga Hj Ismail bin Simanci, Tok Shariff adalah anak bongsu daripada enam orang adik beradik kesemuanya. {Hj Ismail berkahwin dengan Sigandam -- (emak Tok Shariff) yang berasal dari Lubuk Sikaping, Sumatera)}. Susunan adik beradik Tok Shariff begini. No 1. Maimon; No 2. Nanto; No 3. Zabedah; No 4. Mohd Jamal No 5. Mohd Said dan No 6. Mohd Shariff.

Tidak banyak diketahui tentang adik beradik Tok Shariff yang lain. Tetapi hubungannya dengan abangnya Mohd Said bin Hj Ismail (Tok Said) amat akrab. Abangnya ini (Tok Said) telah awal-awal lagi datang merantau ke Malaya pada tahun 1918 dan menetap di Rawang, Selangor bersama keluarganya hasil daripada dua perkahwinan.

Tok Said berkahwin dengan isterinya yang pertama bernama Naemah (orang Gopeng, Perak) dan mendapat dua orang anak perempuan. Yang sulung bernama Hapsah dan yang kedua bernama Aishah atau lebih dikenali dengan nama Montel.(Hapsah dianugerahkan dua anak iaitu Hamzah bin Pilus dan Ainon bt Pilus.

Montel pula dianugerahkan tiga anak iaitu Zainab bt Mohd Taib, Mokhtar bin Mohd Taib dan Abdul Rahman bin Mohd Taib.

Perkahwinan kedua Tok Said ialah dengan Teh Aishah bt Wan Ali (orang Bidor, Perak. Wan Ali bapa Teh Aishah berasal dari Terengganu). Perkongsian hidup Tok Said dengan Teh Aishah diserikan dengan penganugerahan lapan orang anak.

Mereka itu mengikut susunannya ialah Abdul Razak, Che' Yah, Mariam, Abdul Malek, Abdullah, Tajudin, Mohd Idris dan Osman.

Onyang Konah pula berasal dari Terengganu dan telah lama tinggal di Perak dan berkahwin dengan Onyang Ali sebelum ke Rawang. Mereka sekeluarga menetap berkelompok di Rawang, Selangor.



Salasilah Keturunan
Hj Ismail bin Simanci (Moyang penulis)



{Salasilah yang disediakan oleh Pak Usu penulis (Osman bin Mohd Said)
diterbitkan semula dengan ihsan dua pupu penulis Mohd Badrin bin Osman.
Butir-butir keturunan Tok Said ini dipetik daripada blog Kelana Perantau.}


Berbalik kapada kisah Tok Shariff tadi . . . setelah tiba di Malaya (Malaysia sekarang) . . . beliau berkahwin (Perkahwinan Ke-2) dengan Opah Aishah Long yang berasal dari Pulau Rusa, Terengganu.

Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan 8 orang anak, 6 lelaki dan 2 perempuan. Anak-anak Tok Shariff (menurut seniority) ialah Baharom bin Mohd Shariff, Abdul Kamal bin Mohd Shariff, Zainal Abidin bin Mohd Shariff, Mohd Nadzar bin Mohd Shariff, Khusaini bin Mohd Shariff, Lokman bin Mohd Shariff, Aminah bt Mohd Shariff dan Nooraini bt Mohd Shariff.




Berkeluarga di Perak
Tok Shariff bersama keluarga daripada perkahwinan keduanya.
Baris belakang dari kiri: Mohd Nadzar, Lokman,
Zainal Abidin, Baharom, Abdul Kamal & Khusaini
Baris depan dari kiri: Aminah, Mohd Shariff, Aishah & Nooraini

Tok Shariff sebelum datang ke Malaya sesungguhnya pernah berkahwin (Perkahwinan Pertama) di Tanah Seberang. Beliau berkahwin dengan gadis Betawi bernama Ning Fatimah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak perempuan. Anak sulung bernama Norani bt Mohd Shariff dan anak kedua bernama Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff.
Jadi ini bererti Tok Shariff mempunyai 10 orang anak kesemuanya (hasil daripada dua perkahwinan). Jika disenaraikan . . . susunannya begini: 1. Norani 2. Halimatus Sa'adiah 3. Baharom 4. Abdul Kamal 5. Zainal Abidin 6. Mohd Nadzar 7. Khusaini 8. Lokman 9. Aminah 10. Nooraini. Cantik susunannya . . . dua perempuan pembuka tirai, enam lelaki di tengah, dan dua perempuan lagi penutup majlis. Adalah hikmahnya tu!



Bersama Anak di Sumatera
Tok Shariff bersama dua orang anaknyaKiri: Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff.Kanan: Norani bt Mohd Shariff





Halimatus Sa'adiah Mohd Shariff
anak kedua Mohd Shariff Hj Ismail
daripada isteri pertamanya Ning Fatimah






Pertemuan Adik-beradik:

Halimatus Saadiah Mohd Shariff & adiknya Lokman Mohd Shariff
(anak ke-6 Mohd Shariff Hj Ismail drpd isteri keduanya Aishah Long)
di Ulu Olele, Banda Aceh, Sumatera pada tahun 1970


Penulis telah membuat sedikit penyelidikan tentang hal ini dengan bantuan Tuan Hj Lokman dan Tuan Hj Mohd Nadzar (kedua-duanya anak Tok Shariff). Penulis juga bernasib baik pernah dapat bertemu dengan abang sepupu (Agus Salim, anak Norani) dan kakak sepupu (Tjut Husna anak Halimatus Sa'adiah).

Agus Salim dan Tjut Husna masing-masingnya adalah saudara sepupu (1st cousin) daripada dua keluarga keturunan emak saudara Penulis di Seberang iaitu Norani dan Halimatus Sa'adiah tersebut.






Agus Salim & Isteri serta anaknya di Jakarta





Bertemu di Kelang, Selangor

Dari kiri: Penulis, Abang Agus,
Pak Uda Nadzar & Bang Ngah Ismail
Foto Tahun 1977





Jalan Batu Tiga, Kelang, Selangor 1977

Dari kiri: Penulis, Agus Salim,
Azman Baharom, Ismail Baharom






Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Selangor
{ketika Abang Agus mahu berangkat pulang ke Jakarta, 1977}

Dari kiri: Lokman Shariff, Nadzar Shariff, Baharom Shariff,
Aminah Shariff, Agus Salim dan Abdul Majid Baharom






Bersama Keluarga di Malaysia

Berdiri dari kiri: Ayhn Baharom, Alimah, Bonda Zaleha,
Siti Hawa Nor, Azman, Agus Salim, Nenek Aishah, Feridah,
Che Som, Bonda Aminah, Bonda Maryam,
Jalaluddin
Depan: Zahemah, ( ?), Sharina Azman, (?)






LTA Subang, 1977

{Susunan dalam foto hampir sama dgn atas
cuma Penulis kelihatan di belakang antara
Ayhn Baharom dgn Alimah dan Bonda Zaleha}





Selamat Berangkat Pulang, LTA Subang 1977

{Abang Agus Salim berpakaian serba putih
bersebelahan Nenek Aishah (Isteri Tok Shariff)
bersama kaum keluarga yang lain}




Jalan Batu Tiga, Kelang, Selangor 1977

Dari kiri: Penulis, Agus Salim, Mohd Nadzar & Ismail




Puan Hjh Tjut Husna

{ketika mengaminkan doa dalam pertemuan
keluarga di AU3 Kuala Lumpur pada tahun 2002}






Di KL Sentral

Dari kiri: Tjut Husna, Intan, Penulis, Alimah & Is





Berkumpul Sekeluarga
{di AU3 KL}


Berdiri dari kiri: Intan (anak saudara), Tjut Husna (sepupu),
Penulis, Alimah (isteri), Is (kakak saudara), Mardi (abang saudara).
Duduk dari kiri: Nooraini (Wan Chu), Zaleha (Mak Uda),
Mohd Nadzar (Pak Uda), Lokman (Pak Anjang), Maryam (Mak Anjang).






Doa Anak Beranak

{Tjut Husna dan Intan sama-sama berdoa ke hadrat Allah swt
untuk keberkatan di dunia dan di akhirat.
Mudah-mudahan doa mereka dikabulkan-NYA }


Catatan:
[Panggilan mengikut pertalian keluarga dengan Penulis. Foto dirakam di Kuala Lumpur pada tahun 2002]


Ramai keturunan daripada keluarga Tok Shariff di Malaysia kini menetap di KL, Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang dan banyak tempat di negeri-negeri seperti Selangor, Perak dan Kedah.

Keturunan Keluarga Tok Shariff
Anak ... Cucu ... Cicit ... Piut
menetap di merata tempat di Malaysia



{Semua posisi dari Kiri ke Kanan}

[Duduk atas padang: Khairuddin bin Baharom (pangku Lukman Hakim bin Khairol Anuar), Khaliq bin Khalim, Fauzana bt Ainuddin Ridzwan, Siti Sarah bt Wan Noor, Riduan bin Ruslan, Khidir bin Khalim, (anak Razif 1), (?), (?), (?), Muhammad Aizat Saiful Alif, (?), Ayesha Hanis bt Saiful Alif , Siti Sakinah bt Kamaruddin, ( ?), Mohd Iesniza bin Zainuddin (pangku ?), Mohd Izani bin Zainuddin pangku (?), (?), Aina Yasmin bt Hajaludin, Siti Nabilah bt Wan Noor, Amira bt Jalaluddin, Nordalila bt Rusilan, Nor Shahnaz bt Samad, Akila walid Salleh, Mohd Shahmi bin Khairuddin]
[Duduk/berdiri di barisan depan: Fauziah bt Abu Bakar, Norhaslinda bt Ibrahim, Mohd Juli bin Jaafar, Mohd Razif bin Lokman (pangku anak ?), Wan Noor bin Abdul Rahman, Mohd Azman bin Baharom, Jamaluddin bin Che Sab, Rusilan bin Yunus, Penulis, Salleh bin Shariff, Zainuddin bin (?), Nooraini bt Mohd Shariff, Mohd Nadzar bin Mohd Shariff, Zaleha bt Jamil, Mariam bt Yaakob, Lokman bin Mohd Shariff, Shamsidar bt Lokman, Siti Salmah bt Sadri ( pangku dua anak?), Che Haslinda bt Khusaini , Khusairi bin Khalim, Alimah bt Yasin, Salina bt Shamsuddin, Asmidar bt Lokman (dukung anak?), Hasmawati bt Mond Rasidi (dukung anak?), Zaleha bt Osman (dukung anak)]
[Berdiri di barisan ketiga: Kamaruddin bin Mohd Nadzar, Khairol Anuar bin Ismail (dukung Aida Natasha bt Khairol), Hajaludin bin Baharom (dukung Anis Sofea bt Hajaludin), Nor Arzlin Radzwan, Zam Hadila bt Mohd Aris, Zaleha bt Abdul Moid, Ismail bin Baharom, Muhamad Yusmaizi bin Yusof, Khairol Maslina bt Ismail, Nurul bt Nazri, Fuziah bt Mohd Nadzar, Annati bt Jamaluddin, Feridah bt Mohd Nadzar, Haleza bt Khusaini, Siti Hawa Noor bt Baharom, Asmah bt Baharom, Zaleha bt Baharom, Che Zahara bt Zainal Abidin, Halimaton bt Baharom, Nor Sharina bt Mohd Azman, 'Ain, Shariffudin bin Lokman, Khairul Anuar bin Baharudin (dukung 2 anak)]
[Berdiri di barisan keempat: Mohd Idzham bin Salleh, Hafiz bin Hashim, Wan Faiz bin Wan Noor, Abha bin Jamaluddin, Noreen bt Rusilan, (?), Nora bt Rusilan, Mazlyn Hanim bt Abdul Majid, Siti Farah bt Wan Noor, (anak Halimaton 2?), Mazlyna Hanum bt Abdul Majid, Marlyana Haniz bt Abdul majid, Irdawati bt Lokman, Che Zaimah bt Zainal Abidin, (anak Jamaluddin Che Sab), (anak Noor Rashid 3?), (anak Noor Rashid 1?), Aminah bt Abdul Rahman, Noor Rashid bin Abdul Kamal, Abdul Samad (Adam) bin Mat Som, Mohd Asraff bin Lokman]
[Berdiri di barisan belakang sekali: Halmy Zahari bin Abdul Majid, Mohd Azurin bin Mohd Azman, Halim Zaharyn bin Abdul Majid, Fahrul bin Ainuddin Ridzwan, Hazry Zaharith bin Abdul Majid, Mohd Izrul bin Zainuddin, Mohd Haffiz bin Lokman]


Baharom bin Mohd Shariff


Anak Sulung Tok Shariff di Malaysia




Seorang Ketua Keluarga . . .

yang tegas



dan disegani


Keluarga Hj Baharom bin Mohd Shariff


( Hj Baharom adalah anak sulung Tok Shariff sebelah keluarga di Malaysia. Penulis anak no. 4 Hj Baharom juga cucu no. 4 Tok Shariff dalam hierarki keluarga ini. Ahli keluarga dalam foto ini diperkenalkan mengikut pertalian mereka dengan Penulis.)

Pengenalan Keluarga



Baris depan dari kiri: Faiz (anak buah -- anak Siti Hawa Nor), Fahrul (anak buah -- anak Fatimah), Hafiz (anak buah -- anak Halimaton), Anaqi (anak buah -- anak Jamaluddin), Abaha (anak buah -- anak Jamaluddin), Hanafi (anak buah -- anak Halimaton), Anati (anak buah -- anak Jamaluddin), Farah (anak buah -- anak Siti Hawa Nor pangku anak Jalaluddin), Hazira (anak buah -- anak Halimaton), Amirah (anak buah -- anak Jalaluddin), Nabilah (anak buah -- anak Siti Hawa Nor), (?), Sarah (anak buah -- anak Siti Hawa Nor)



Baris dua dari kiri: Hazry (anak no. 5), Fatimah (adik no. 2), Asmah (kakak), Zaleha (kakak ipar -- isteri Ismail), Ismail (abang no. 2), Azman (abang sulung), Che Som (kakak ipar -- isteri Azman), Alimah (isteri Penulis), Penulis , Zaleha (adik no.1), Zaleha (adik ipar -- isteri Khairuddin)

Baris tiga dari kiri: Saleh (adik ipar -- suami Zaleha), Azurin (anak buah -- anak Azman), Marlyana (anak no. 6/bongsu), Sharina (anak buah -- anak Azman), Anum (anak no. 4), Maslina (anak buah -- anak Ismail), Zam Hadila (anak buah menantu -- isteri Khairul), Fazana (anak buah -- anak Fatimah), Norhazlin (adik ipar -- isteri Hajaluddin), Siti Hawa Nor (adik no. 3), Halimaton (adik no. 6), Hasmawati (adik ipar -- isteri Jalaluddin), Fauziah (adik ipar -- isteri Jamaluddin)

Baris empat dari kiri: Jalaluddin (adik no. 4), Samad ( anak buah menantu - suami Sharina), Halim (anak no. 3), Fahmi (anak buah -- anak Ismail), Khairul (anak buah -- anak Ismail), Nizam (anak buah -- anak Ismail), Hajaludin (adik no. 8/bongsu dukung anaknya Yasmin), Halmy (anak sulung), Izham (anak buah -- anak Zaleha), Khairuddin (adik no. 7 dukung anaknya Muhammad), Jamaluddin (adik no. 5), Hashim (adik ipar -- suami Halimaton)


Di Sumatera pula masih ada ramai keturunan Tok Shariff. Mereka menetap di Medan, Aceh, Padang dan beberapa daerah lain. Malah di Jakarta (Pulau Jawa) pun ada.



Keluarga Hjh Tjut Husna & Ibrahim Syam
{Baris belakang dari kiri: Yanto (menantu /suami Nani), Yudi (anak no. 4),** Cut Kadriah (menantu / isteri Yudi mendukung anaknya Fathia), Intan (anak no.5)*, Karim (menantu / suami Erna), & Ikhsan (cucu /anak sulung Erna). Baris depan dari kiri: Dani (cucu /anak Nani no. 2, Icha (cucu / anak sulung Nani), Nani (anak no. 3)**, Hjh Tjut Husna, Faris (cucu / anak sulung Yudi), Erna (anak no. 1)**, Iqbal (cucu / anak Erna no. 2) }



*{PS 1: Baru saja Penulis mendapat tahu daripada Intan bahawa nama sebenar beliau ialah Erma Keumala. Jauhnya daripada nama yang selama ini Intan dipanggil. Tak apa . . . kita akan terus memanggilnya dengan nama yang glamour itu, d Diamond. }

**{PS 2: Nama penuh: Erna (Erna Aryani), Yudi (Erfan Wahyudi), Meni (Erwani Meuthia), Nani (Indriani), Ayi (Izuddin Akhria), Yanto (Dalyanto)}

{PS 3: Tinggal di mana?: Erna (Jakarta), Intan (Medan), Yudi (Medan), Meni (Sabang, Aceh), Nani (Medan) dan Ayi (Sabang, Aceh)


Tjut Husna memperkenalkan ...

Dari kiri: Suradji (menantu /suami Meni), Meni (anak no.2),
Tjut Husna, Intan dan Ayi (anak no. 6 / Bongsu)

(Hjh Tjut Husna adalah sepupu Penulis. Beliau anak kapada Halimatus Sa'adiah
dan cucu kapada Tok Shariff)




Keluarga Tjut Husna & Ibrahim Syam


Dari kiri:
Erna (Erna Aryani) anak sulung, Ibrahim Syam (suami),
Tjut Husna [memangku Intan (Erma Keumala) anak no.5],
Meni ( Erwani Meuthia) anak no.2, Yudi (Erfan Wahyudi)
anak no. 4, Nani (Indriani) anak no. 3

[Insert: Ayi (Izuddin Akhria)
anak no.6 / bongsu. Belum lahir ketika itu!]


Berikut ini dipaparkan pula foto keluarga Penulis sendiri. Mudah-mudahan dapat juga ahli keluarga dan sanak saudara di Tanah Seberang mengenali ahli keluarga Penulis di sini.



Keluarga Abdul Majid Baharom

Baris belakang dari kiri
: Maimunah (mentua Penulis), Marlyana Haniz (anak no. 6/bongsu), Halim Zaharyn (anak no. 3), Halmy Zahari (anak sulung), Penulis, Hazry Zaharith (anak no. 5), Mazlyn Hanim (anak no.2), Mazlyna Hanum (anak no. 4), Alimah (isteri Penulis)


Depan dari kiri:
Puteri Nur Najwa ( anak buah) & Puteri Ain Anisa (anak buah)




Keluarga Abdul Majid Baharom (Plus)
S-A-N-T-A-I


Freestyle le kome . . .


Berdiri dari kiri: Royhai'zam (menantu -- suami Anum), Nurliza (menantu -- isteri Halmy), Halmy (anak sulung), Hazry (anak no. 5), Alimah (isteri Penulis), Penulis, Mazlyn (anak no. 2) dan Rashidi (menantu -- suami Mazlyn)

Duduk dari kiri: Noorshafini (menantu -- isteri Halim), Anisa (anak buah), Halim (anak no. 3), Anum (anak no. 4), Najwa (anak buah), Lyana (anak bongsu) & Afzan (anak buah)


Demikian serba ringkas salasilah keluarga Tok Shariff di Tanah Seberang, Sumatera dan di Malaysia. Kami anak keturunan Tok Shariff berazam memelihara silaturahim dalam keluarga kami ini sehingga akhir masa. Insya Allah dikabulkan-NYA.







YA ALLAH,
BERKATILAH KELUARGA KAMI












dsuarang.blogspot.comNB: To be updated & improved
Foto lain (jika sesuai) akan dimasukkan kemudian.