Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Foto Kenangan
Foto sekeluarga besar Tok Mohd Said Ismail, Tok Mohd Shariff Ismail dan Onyang Konah di bawah ini adalah salinan foto asal yang terdapat dalam simpanan Tuan Hj Baharudin Osman (Tok Sulung Din), Shah Alam, Selangor. Beliau telah memberikan salinan foto ini kepada saya pada tahun 2007. Foto ini telah dirakamkan di rumah keluarga Onyang Konah di Rawang, Selangor sekitar tahun 1949/1950.
Saya rasa elok foto ini dipaparkan dalam blog ini untuk tatapan ahli-ahli keluarga sekarang dalam mengimbau kenangan lampau. Untuk itu, saya telah cuba mencatatkan nama ahli-ahli keluarga yang terdapat dalam gambar ini. Saya mendapat bantuan daripada Tuan Hj Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang), Segambut, Selangor. Beliau merupakan salah seorang ahli keluarga 'senior' yang lebih berpengetahuan dalam hal ini dan dapat mencamkan wajah ahli-ahli keluarga yang ada dalam foto ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Baharudin dan Tuan Hj Lokman atas sumbangan yang berharga ini.
[Berdiri Belakang (kiri ke kanan): Noraini, Aminah Hj Osman (pkt 'opah'), Rahmah Md Amin (pkt kakak), Idris Mohd Said (Pak Uteh dukung Azmi), Zainal Abidin Mohd Shariff (Pak Lang dukung ?), Osman Said (Sungkai - anak Che Wa), Hj Osman (Onyang), Baharom Mohd Shariff (Bapa Penulis), Baharudin Hj Osman (Tok Sulung Din), Shaari Abdullah (pkt 'abang' - badminton), Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang), Mat Rawi, Mat Zain, Mohd Nor Abdul Rahman (pangkat 'tok')]
[Barisan Hadapan (kiri ke kanan): Che Nyah, Che Wa (anak Osman Sungkai - pangku Mustaffa), Zabedah (Mak Lang pangku ?), Asiah (isteri Osman Sungkai), Abdul Majid Baharom (Penulis), Zainab Mohd Taib (Ibu Penulis), Rogayah Hj Osman (pkt 'opah'), Puteh (Trengganu - kakak Konah), (?), Konah (Onyang), Asmah Baharom (Kakak Penulis), Che Nin (Onyang - isteri Hj Osman), Norsidah (pkt 'opah'), Che Mah (Ibu Mohd Nor Abdul Rahman), Sharani, Khairani Abdul Rahman, Noraini Abdul Rahman]
STOP PRESS
* Berdiri dari kiri: Mohd Doni (pkt abg sdr), Osman Mohd Said (pkt Pak Usu), Azimah Idris (pkt adik saudara), Azizah Ariffin (pkt kakak saudara), Mardziah Abd Malik (pkt kakak sdr), Noorlin Osman (pkt adik sdr), Badrin Osman (pkt adik sdr), Mohd Lotfi (pkt abg sdr), Penulis, Mohd Idris (pkt Pak Uteh) ?, Mohd Amin (pkt bapa sdr)
* Baris depan dari kiri: Zainal Abidin (pkt Pak Lang), (?), (?), (?), (?), (?), (?), (?), Shaari Abdullah (pkt abg sdr), (?), (?), Mohd Azman Baharom (abang sulung Penulis)
*[Foto ini juga telah dirakamkan di Rawang. Jika Penulis tidak silap foto diambil sekitar lewat tahun-tahun 1960-an. Peristiwanya ialah perkahwinan Shahrani dengan Fatimah Razak. Apapun sebarang informasi lebih tepat daripada mereka yang lebih mengetahui adalah dialu-alukan.]
dsuarang.blogspot.com
8 comments:
A great family, didn't expect to find it at the website
Thank you Penaeus Monodon
The family wish to maintain such 'greatness' for a long while, God willing.
JazaqAllah hukhaira, Tuhan sahajalah yg mengetahuinya membalas penat letih cucunda Majid mengenalkan ahli2 keluarga kita yg masih ada dan yg telah meniggalkan kita. Alfatihah !!! Semoga blog ini dperbaharui sekiranya ada lagi yg dapat dtimbulkan. Alamat Tuk seperti dbawah.
Alhamdulillah. Terima kasih atas kata-kata semangat (perangsang) yang Tuk berikan. Insyaallah selagi diizinkan Allah blog ini akan Jid teruskan (dibaharui)dari masa ke masa selagi ada berita keluarga yang sesuai dan harus diketengahkan.
Tapi Tuk ... nampaknya alamat Tuk telah tertinggal (tidak disertakan seperti dinyatakan). . . Dapat kiranya Tuk terakan alamat itu sekali lagi? Salam dan semoga Tuk senantiasa sihat sejahtera. Amin. Tkasih.
Salam,
Terima kasih tak terhingga di atas susah payah 'bersurih' family tree. will definitely look at this blog from time to time bila nak ingat pangkat sedara mara balik bila balik Bidor & Tapah, and also bila kenduri kahwin. I'm Hj Baharudin Osman's youngest daughter.
-Dr. Khairuzzana Baharudin-
Alaikumsalam Dr. Khairuzzana Baharudin.
Thanks for your comments. Your support will always be welcomed.
Actually, I love to do things such as this. I believe this is one of the numerous ways for us to appreciate others especially our relatives,kin and those who are close to our heart.God willing I will keep on writing . . . and hopefully someday something beneficial to anybody will emerge from this effort.
Dr tahu kan I anak keempat daripada keluarga Baharom Shariff. I am 64 years old (much senior than you are . . . I'm sure) but kalau dari segi pangkat ( sebelah my mother) I've got to call you "Mak Saudara" since I called your dad "Tok Sulung". Anehnya pula kalau dari sebelah my father Baharom . . . I have to call your dad "Bapa Saudara" sahaja. In that case I can call you by name.
This happens because I kena mengena dengan kedua-dua pihak Tok Shariff (my father's side) dan Tok Said (my mother's side).
Whatever it is perhaps one of these days we (and d family of course) could meet (more often) to get to know each other closer in the sense of being "real relatives". That has been my sincere prayer for a long while.
Tq & Salam
Assalammualaikum Cucunda Majid, dapat juga anaknda Tuk membaca family tree ni, Tuk nak tunjuk rumah lama kat Rawang tu pun dah x ada lagi, kalau Tuk jumpa gambar sdr. kita kat Bidor/Tapah nanti, I will try to forward 2 U. Wassalam !
Alaikumsalam Tuk Sulung Baha
Kalau Tuk ada apa-apa foto lama yang dapat menjelaskan kisah keluarga kita sudilah hantarkan pada Jid. Insya Allah akan Jid usahakan penerbitannya dalam blog ini. Tapi, nanti Jid kena tahulah nama2 orang atau tempat atau peristiwa yang berkenaan dengan foto itu. Harap2 Tuk dapat bantu ok . . .
Semoga Tuk sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia. Amin.
Post a Comment