Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berkumpul Ramai
Sempena Perkahwinan HZ & N
Pagi Jumaat 19 Mac 2010 . . . Penulis bersama isteri ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang. Penulis ke sana setelah mendapat khabar beberapa orang ahli keluarga (Penulis) akan tiba dari Tanah Seberang, Sumatera. Mereka seramai lima orang berhasrat memenuhi undangan Penulis untuk menghadiri majlis perkahwinan Halim Zaharyn (anakanda Penulis) dengan Noorshafini (gadis dari Kuala Ketil, Kedah di Utara Semenanjung Malaysia) di Kuala Lumpur.
2 Anak Buah & 1 Cucu Saudara
keluarga dari Medan
yang dijangka tiba dengan penerbangan awal
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
keluarga dari Medan
yang dijangka tiba dengan penerbangan awal
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Penulis amat gembira menerima kedatangan mereka. Sudah agak lama Penulis tidak bertemu dengan mereka itu. Malah ada di antara mereka yang akan baru pertama kalinya penulis temui. Pada jam lebih kurang 12:00 tengah hari Nani, Intan dan Icha tiba. Mereka dari Medan, Sumatera. Nani dan Intan (kedua-duanya anak saudara Penulis) pernah dua kali bertemu sebelum ini. Icha (anak Nani . . . jadinya cucu saudara Penulis) belum pernah Penulis temui.
Penulis juga diberitahu oleh Intan bahawa Meni (kakaknya) dari Sabang dan Agil (anak Meni . . . jadinya cucu saudara Penulis) dari Banda Aceh akan tiba kemudian di LCCT pada hari yang sama kira-kira jam 2:30 petang. Halmy (anak sulung Penulis) diberikan penghormatan mengambil mereka yang tiba kemudian pada petang itu. Halmy juga dipertanggungkan menjaga keselesaan semua ahli keluarga dari Tanah Seberang ini . Mereka ditempatkan di rumahnya di Ukay Perdana. Mereka menginap di situ sepanjang tempoh berada di Kuala Lumpur.
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Apapun semua tetamu kami dari Tanah Seberang telah selamat tiba di d'SUARANG pada 19 Mac 2010 sehari sebelum Majlis Perkahwinan. Oleh kerana kunjungan ahli keluarga dari Medan, Banda Aceh dan Sabang ini bertujuan utama meraikan perkahwinan HZ & N dan oleh kerana tempoh kunjungan agak singkat, maka aktiviti yang dapat dilakukan tidaklah sebanyak yang mungkin terlaksana andainya ruang waktu lebih mengizinkan.
Namun demikian dapatlah dinikmati kemesraan ikatan kekeluargaan antara kami dalam ruang yang terhad itu. Banyak cerita keluarga saling bertukaran antara kami. Dengan demikian banyaklah kisah baru (update) juga yang kami ketahui. Pertalian (salasilah) keluarga telah cuba Penulis terangkan kapada semua khususnya golongan yang muda-muda ini. Alhamdulillah dapat jua mereka memahami.
Sesuatu yang amat menarik bagi Penulis ialah soal nama . . . Selama beberapa tahun sudah . . . Penulis hanya mengenali Intan, Nani dan Meni (kesemuanya anak-anak Tjut Husna) dengan nama 'itulah' . . . Tidak diduga sama sekali nama-nama 'itu' nama timang-timangan (atau kata orang moderen . . . nama glamour le . . . ) Nak tahu nama sebenar Intan, Nani dan Meni? Tunggu . . . dalam babak yang akan datang . . . Insya Allah dapat dimuatkan cerita tentang keluarga ini dengan lebih detail.
Jalan kenangan yang sempat dirakamkan . . .
Jalan kenangan yang sempat dirakamkan . . .
Galeri Foto
Jumaat 19 Mac 2010
MALAM
Tukang baiki telefon ke? Sorry ... bukan ... rupanya Halim (PL) menerangkan sesuatu kepada kakak saudaranya Intan. Harap-harap hal alat komunikasi tu . . . settle ya.
Tak habis lagi ke? Bagi chance le dia orang tu bereskan hal bunga telur dan cendera hati lak!
Kiri: Nani, Icha, Meni, Intan & Halim. Kanan: CT Rohani, Halim, Nani, Icha, Meni & Intan.
Kiri: Nani, Icha, Meni, Intan & Halim. Kanan: CT Rohani, Halim, Nani, Icha, Meni & Intan.
Agil, Atuk Majid & Atuk Mohd Noor sedang membelek CD dan VCD. Koleksi le . . . bukan transaksi jual beli CD/VCD haram. Sebelah lak . . . asyik lagi dengan hal bunga telur . . . CT Rohani, Nani, Icha, Meni & Intan masih membantu . . .
Intan kerja kuat . . . dan Nani pun begitu . . . Icha buat apa ? Oh . . . Merakam aksi mereka yang bekerja kuat tu le . . . Nanti kita siarkan di media OK . . .
Kiri: "Hello . . . Kami dah susun bunga-bunga telur ni . . ." Nani memberi tahu siapa(?) di hujung talian. CT Rohani dan Agil sibuk mencucuk tangkai bunga ke gabus . . . Kanan: Senario membereskan hadiah & pemberian untuk majlis esok. Perhatikan semuanya sibuk!
Sudah Pakar
semua dah expert buat bunga telur
Next time . . . datang lagi tunjuk kepakaran ya . . .
Intan, Meni, Icha & Nani
semua dah expert buat bunga telur
Next time . . . datang lagi tunjuk kepakaran ya . . .
Intan, Meni, Icha & Nani
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
and Thank You all
Sabtu 20 Mac 2010
PAGI
Aktiviti: Sarapan
Acara: Pemasyhuran Nama,
Berzanji, Marhaban (Potong Jambul Aii)
Dari kiri: Nani, Agil, Icha, Meni & Intan
Acara Memotong Jambul
Tante Nani menepung tawar . . . dan
. . . menggunting rambut Ahmad Iman Iskandar
Jauh datangnya . . .
Dari Medan
Tante Intan dalam acara memotong jambul Aii
di d'Suarang pagi itu
Tante Meni dari Sabang
"Berapa saya kena bayar ... Tante andam rambut saya ni?
Gratis sudah ya Tante. After all we are a family ... he he"
Terima Kasih semua.
TENGAH HARI
Acara: Kenduri Majlis Perkahwinan HZ & N
Dari kiri: Meni, Nani, Icha, Intan & Agil
Dari kiri: Meni, Nani, Icha, Intan & Agil
Jamuan Majlis
Makanlah Makan
Memang makanan itu disediakan untuk dimakan.
Meni OK, Nani OK, Intan ? (terlindung),
Icha tak makan . . . malu ke?
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Bukan Orang Lain
CT Rohani, Agil, Meni, Penulis, Mohd Noor, Nani & Intan
{Mohd Noor 2nd cousin Penulis. CT Rohani isterinya.
Mereka masih keluarga rapat kita kerana datuk Mohd Noor (Tok Said)
ialah abang kepada Tok Shariff (datuk Penulis & Moyang Meni, Nani & Intan)}
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Pose Kenangan
Hjh Meni, Nani & Intan
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Click Click
Berdiri: Agil, Atuk Majid, Icha
Duduk: Meni, Nani & Intan
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Ketemu Di Sini
Hjh Meni, Putri Nursaidah (orang Aceh ni), Nani & Intan
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
PETANG
Acara Merenjis
Meni dalam acara merenjis pasangan pengantin
"Selamat ya Halim & Norshafini"
"Kamu berdua mesti saling memahami ya."
Begitu mungkin nasihat Kak Meni si Halim
sambil melakukan acara merenjis.
"Kamu berdua mesti saling memahami ya."
Begitu mungkin nasihat Kak Meni si Halim
sambil melakukan acara merenjis.
Nani juga merenjis pasangan pengantin
Intan (d Diamond) mana boleh ketinggalan
TQ
ummp a ummp a cayang cayang
Kak Intan terhadap Adik Noorshafini
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Keluar Untuk Makan Beradab
Jumpa Sekali Sekala
Zahemah, Nani, Siti Hawa Nor, Intan, Meni, Agil
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Bertemu Dalam Majlis
Intan, Icah, Nani,
Opah Uda Zaleha, Meni & Dr Feridah
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Selamat Pengantin Baru
Agil, Nani, Intan, Meni & Icha
bersama HZ & N
Sekeluarga
bergambar ramai selepas acara
persandingan, merenjis dan makan beradab
Ahad 21 Mac 2010
TENGAH HARI
Semua yang hadir ahli keluarga kita. Nak sebut nama satu persatu ... panjang cerita.
"Alamak . . . kelakarnya . . .
Dari kiri: Intan, Agil, Halim, Royhai'zam,
Marlyana, Nurliza, Mazlyn, Anisa
Good Listeners Clan (GLC)
Kiri: Roy & Shafini. Kanan: Hazry, Megat, Najwa, Shafini . . .lagi
Ahai ... Ahai
Intan & Agil ketawa
mendengar celoteh sanak saudara.
Halim tetap asyik dengan kameranya.
Satu Round
Dari kiri: Nadira, Foziah, Rashidi, Ashraf,
Diana, Zawiyah (terlindung), Afnan, Asilah,
Basri, Meni, Maimunah, Alimah
Sembang-sembang
"Cerita apa tu ... Hjh Meni, Nenek Hjh Maimunah
& Mak Uda Alimah? "
Beraksi di Pelamin
Belakang: Icha dan Intan
Depan: Nani, Agil dan Meni
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
PETANG
Sesi Karaoke di "Klab Meg's"
Bukit Antarabangsa
[. . . Megat & Dylla's Residence . . .]
Photos N/A
(CENSORED by THL n Co)
Santai di rumah Makchu Dylla
Relax
di Bukit Antarabangsa
Agil, Meni, Intan, Icha & Nani
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
MALAM
Berihat & Bersoreh
Atuk Majid
menceritakan sesuatu kapada Agil (cucu saudara)
sambil diperhatikan Meni, Intan & Nani
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
Isi ceritanya begini:
Orang 1: Apa lagi yang disorehkan tu?
Orang 2: Zip-zip sikit mulut tu boleh?
Sapa Ha? 1: Suka hati teman le . . . romah teman . . . sedara teman
Penyebok: Eh maroh ke?
Sapa Ha? 2: Dak , yang kome heboh tu ngape?
Sapa Ha? 3: Cari pase namenye tu . . . weh
Acah je ...Orang 2: Zip-zip sikit mulut tu boleh?
Sapa Ha? 1: Suka hati teman le . . . romah teman . . . sedara teman
Penyebok: Eh maroh ke?
Sapa Ha? 2: Dak , yang kome heboh tu ngape?
Sapa Ha? 3: Cari pase namenye tu . . . weh
Isnin 22 Mac 2010
TENGAH HARI
Berkunjung ke rumah Tok Anjang
Berkunjung ke rumah Tok Anjang
dan Makan Tengah Hari di sana
(Taman Seri Segambut)
(Taman Seri Segambut)
Berdiri dari kiri: Penulis, Halim, Noorshafini,
Alimah, Hjh Meni, Nani, Hj Lokman, Intan
Duduk: Agil & Hjh Maryam
(Foto: Courtsey Intan & Dani Muhammad , Indonesia)
Mengunjungi Atuk & Opah Anjang
Berdiri dari kiri: Penulis, Halim, Noorshafini,
Alimah, Hjh Meni, Nani, Hj Lokman, Intan
Duduk: Icha & Hjh Maryam
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
PETANG
Minum Petang di rumah Tok Uda
Tuan Hj Mohd Nadzar, Petaling Jaya SS2
[Photos N/A]
PETANG & MALAM
Mengunjungi KLCC
dan
Makan di Manhattan Fish Market
dan
Makan di Manhattan Fish Market
KLCC
Dari kiri: Marlyana, Alimah, Penulis,
Agil, Meni, Nani & Intan
Agil, Meni, Nani & Intan
Pose 2 di Manhattan Fish Market KLCC
Dari kiri: Halim, Noorshafini, Marlyana,
Alimah, Penulis, Agil, Meni, Nani & Intan
Alimah, Penulis, Agil, Meni, Nani & Intan
Pose 3 di Manhattan Fish Market KLCC
Dari kiri: Noorshafini, Marlyana, Alimah,
Penulis, Agil, Icha, Meni, Nani & Intan
Penulis, Agil, Icha, Meni, Nani & Intan
Masih di MFM
Halim & Noorshafini Thanks 4 d sponsorship
Mak Uda & Pak Uda
. . . pesan orang tua-tua . . .
elakkan bercakap sambil makan
Anak Beranak
hebat bergaya di Concourse KLCC
Mak Uda Alimah diapit
anak buah Intan (kiri) & Nani (kanan)
Lagi Pose Hebat
Mak Uda Alimah kali ini diapit
cucu saudara Icha (kiri) & anak buah Nani (kanan)
Ha 4 Orang lak
Dari kiri: Meni, d Diamond, Alimah, Nani
Buat apa lama-lama di Concourse KLCC tu?
Selasa 23 Mac
TENGAH HARI
Ke KLCC Lagi . . .
Kami di KLCC
Tiga beradik dari Tanah Seberang ...
Nani, d Diamond & Hjh Meni
Intan & Nani
... adik beradik yang bukan kembar ...
di Menara Berkembar Petronas
KLCC
Intan dan Petronas Twin Towers
KLCC
ha ... lihatlah dunia!
Icha
Sempat juga mengabadikan kenangan
di Petronas Twin Towers
KLCC
... tiru gaya saya ni ...
(Semua foto di KLCC Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
MALAM
Makan Malam
Tok Anjang Datang
Makan malam di d' SUARANG
bersama Tuan Hj Lokman & Hjh Maryam Yaakob,
anaknya Irdawaty dan menantu Kamarul & cucu
Makan malam di d' SUARANG
bersama Tuan Hj Lokman & Hjh Maryam Yaakob,
anaknya Irdawaty dan menantu Kamarul & cucu
Alasan ke?
"Pak Uda . . . Nani ni dah kenyang . . .
Tak boleh makan banyak lagi."
Alahai . . . takut gemuk ke?
"Pak Uda . . . Nani ni dah kenyang . . .
Tak boleh makan banyak lagi."
Alahai . . . takut gemuk ke?
Approved
"Ok Nani you're excused ... Yang lain makanlah terus."
Stop sebentar untuk shot foto ini tak pe . . .
Tapi lepas ni sambung semula ya ...
"Ok Nani you're excused ... Yang lain makanlah terus."
Stop sebentar untuk shot foto ini tak pe . . .
Tapi lepas ni sambung semula ya ...
Rabu 24 Mac
Berangkat Pulang ke Tanah Seberang
Pagi di d'SUARANG
Sebentar Lagi Mahu Pulang
Sebentar Lagi Mahu Pulang
Kami Satu Famili
Dari kiri (mengikut panggilan Ahmad Iman Iskandar): Tante Nani, Tante Intan, Atuk Majid, Mak Chu Marlyana, Opah Alimah (mendukung Aii), Emak Mazlyn, Onyang Maimunah, Pak Teh Hazry, Tante Meni, Abah Rashidi, Abang Agil, Mak Lang Norshafini, Pak Lang Halim & Kakak Icha.
Dari kiri (mengikut panggilan Ahmad Iman Iskandar): Tante Nani, Tante Intan, Atuk Majid, Mak Chu Marlyana, Opah Alimah (mendukung Aii), Emak Mazlyn, Onyang Maimunah, Pak Teh Hazry, Tante Meni, Abah Rashidi, Abang Agil, Mak Lang Norshafini, Pak Lang Halim & Kakak Icha.
Intan dan Penulis
Di LCCT Sepang
Sebelum Berangkat Menaiki Pesawat
Sebelum Berangkat Menaiki Pesawat
Kita nanti ketemu lagi . . .
kerana di dalam kehidupan
bertemu dan berpisah adalah lumrah
sejak awal sejarah . . . dan . . .
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
semoga kita bersua kembali di masa muka
dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia.
kerana di dalam kehidupan
bertemu dan berpisah adalah lumrah
sejak awal sejarah . . . dan . . .
(Foto: Courtesy Intan & Dani Muhammad, Indonesia)
semoga kita bersua kembali di masa muka
dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia.
SELAMAT JALAN
semoga silaturahim antara kita terpelihara
dan mudah-mudahan panjang usia kita dapat bersua
Bye!
(Diucapkan ribuan terima kasih kepada Meni, Nani, Intan, Agil dan Icha kerana sudi mengunjungi kami dan memeriahkan majlis kami yang tak sepertinya. Mohon dimaafkan
jika terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan dalam sambutan dan layanan yang termampu kami berikan.)
dsuarang.blogspot.com
10 comments:
Salam Uda!
Cerita menarik cuma tak ternampak cerita hal Kartun Upin tu...!
Kekadang teringat pidato Almarhum Presiden Sukarno dulu2...katanya Tanah Indonesia bermula dari SABANG(Utara) hingga ke MARAUKE(Selatan-Timur)..masyaallah ,,jumpa juga kerabat kita orang Sabang.
Sa wajarnya kita p ziarah Tanah Aceh tu..Serambi Makkah.,Insyaallah!
Alaikumsalam Basri,
Terima kasih atas komen tu. Ya betul tak teringat langsung tentang Cerita Upin . . . ketinggalan keretapi Uda ni. Nanti boleh kot buat pembaikan (make amends) dengan menghantar set disc cerita tu pada mereka . . . Insya Allah pada suatu waktu yang sesuai dapat jua kita mengunjungi tempat mereka itu . . . Uda pun masih ingat akan sebuah lagu patriotik Indonesia yang di antara liriknya ada tersebut:
Dari Sabang sampai Marauke
Berjejer pulau-pulau
Sambung menyambung jadi satu
Itulah Indonesia ...
Rupanya memang ada pertalian ... yang tersirat.
Assalamualaikum Pak Uda,
Intan dan Yudi baru saja membuka dan membaca blog ini yang begitu excellent,rapi dan indah Pak Uda susun,kalau boleh Intan menilai 2 jempol (thumbs) untuk Pak Uda,karena dengan membaca blog ini kami jadi dapat tahu,mengenal dan mengerti bagaimana kita menjadi saudara.
Terima kasih yang sebesar-besarnya atas layanan yang diberikan Pak Uda sekeluarga semasa kami menghadiri undangan Perkawinan Halim,dan juga mohon maaf kalau ada ucapan dan prilaku kami yang tak berkenan di hati,Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain kesempatan...Amin
Wassalam
Intan Ibrahim
Salam Intan & Semua Sanak Saudara di Seberang,
Pak Uda sekeluarga senang bangat dengan kehadiran Intan, Nani, Meni, Agil & Icha di d'SUARANG tempoh hari. Pak Uda juga amat gembira dapat memuatkan dalam blog ini sedikit detail lagi dalam informasi tentang pertalian keluarga kita yang selama ini kita ketahui sebagai "bersaudara sahaja".
Mudah-mudahan dengan demikian bertambah eratlah silaturahim antara kita semua . . . dan Insya Allah selepas ini kita akan lebih kerap lagi dapat bertemu... dan dalam keadaan yang lebih santai, selesa dan mesra.
Buat masa ini eloklah kita terus selalu berhubungan antara satu dengan lain untuk meningkatkan 'momentum' keakraban ikatan kekeluargaan kita.
TQ
Assalamualaikum wbt. Uda, I can't help feeling nostalgic..~~sigh~~.. Anyway, must congratulate you for your efforts in documenting info abt our family ties & roots, it's very important for posterity for our future generation. There's still another family across Tambak Johor, Singapore precisely. We should also get info from this branch of our family...kalau tak silap kaitannya ialah Atuk Cik tu adik Opah Aishah bt Long. I'll confirm this info with Abah & I also am in contact with Tok Cik's grandaughter, Norita. Insya'Allah, we'll be able to close ranks with most if not all our family members. May Allah SWT bless you & family always.
Salam,
Thanks for your concern teacher_who (Fauziah/Feridah). If my mind holds well ... the family in question is that of Tok Hamid's(Opah Aishah's younger brother)in Singapore...
I remember visiting them in Kampung Raden Mas, Singapore in the early 60s ... (ikut rombongan bas saudara mara dari Tapah!) After that Tok Hamid's (Tok Chik)son whom we called Pak Yan came twice to Tapah (in the mid and then late sixties). We got to know each other quite well then ... but after the two occasions ... came the limbo ... sadly neglect and oblivion!
Insya Allah, should there still exist any form of contact between the two families (theirs and ours)I don't see any reason why the ties could not be re-established.
Looking forward to a (nice feeling)family reunion...
TQ dan Assalamualaikum.
salam...
semua kita bersaudara bertalian darah...
Moga 1hari nanti Gagasan Nusantara Melayu Raya membangkitkan kembali semangat perjuangan silam...
Salam Asyraf
Sememangnya begitu. Kita serumpun bangsa yang berkongsi banyak adat,budaya dan kepercayaan yang serupa walaupun tidak semestinya sama.
Paling ideal kiranya suatu hari nanti kita benar-benar dapat bertaup ibarat kiambang selepas dilalui biduk!
Assalammualaikum Atuk....oh Atuk...^_^
liar bias baca tulisan Atuk, Lengkap Dan jelas Silsilah keluarga kita. Oh iya, sudah bertemu mamak Dan bapak ya? Saya Hijrah/putra anaknya Hjh Meni Dan Hj. Suradji, Abangnya Agil Dari Sabang, Aceh. Mudah-mudahan bisa bertemu suatu hari sama keluarga disana. Amin
Wassalammualaikum Atuk :)
Salam Hijrah,
Maaf Atuk baru saja dapat memerhati dan membalas komen Hijrah. Ada macam-macam kesibukan yg menghalang.
Namun, Atuk juga berharap suatu hari nanti kita semua dapat bertemu/berkumpul sekeluarga.
Insya-Allah.
Post a Comment