Saturday, January 8, 2011

Biar Beruban




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Tak Payah Colour Colour


Aku teringat akan cerita Ir Hj Ghazali Ibrahim, seorang ahli dalam keluarga besar kami, keluarga PTS. Ghazali (yang berpangkat adik saudara kepadaku) dalam blognya My Elusive Dream yang terbit pada hari Jumaat 31 Disember 2010 antara lain bercerita tentang dia membeli sebuah jam tangan.

Bukan sembarangan jam yang dibelinya itu. Jam edisi khas berjenama hebat . . . Dunhill Millennium . . . Maklum sempena menyambut ketibaan alaf baru 2000. Menurut Ghazali dia masih memakai jam tersebut hingga ke hari ini.


Peristiwa itu kini sudah lebih sedekad berlalu. Apa yang hendak aku utarakan di sini bukanlah tentang jam atau pembeliannya semata-mata. Tidak syak lagi jam itu berkualiti tinggi dan pembeliannya adalah satu tindakan tepat oleh Ghazali.


Dari kiri:
Ghazali, Alimah, Penulis & Faridah Anum



Dalam konteks ini seseorang yang prihatin terhadap peredaran masa pasti mementingkan instrumen yang 'boleh dipercayai' untuk menyukat waktu itu sendiri agar tahu ke mana perginya masa dan bagaimana waktu dihabiskan . . .Memetik kata Ghazali, " It always reminds me time passes by and we grow older each day."

Memang benar kata Ghazali itu. Kadang-kadang manusia alpa akan peredaran masa. Setiap detik yang berlalu menampakkan ketuaan kita. Masa tidak pernah menghentikan proses penuaan.Bercakap tentang ketuaan dan proses penuaan aku teringat satu peristiwa yang berlaku kepadaku ketika masih bekerja dahulu. Ketika itu aku bertugas di sebuah syarikat penerbitan antarabangsa. Peristiwa sekitar tahun 1980-an di UK itu berlaku begini:Aku menghadiri satu majlis sosial rasmi. Sedang aku duduk-duduk di meja . . . adalah pulak omputih tu yang tiba-tiba 'celupar' mulut berkata:



Semua gambar hiasan ketika di UK
Tiada kena mengena dgn kisah blog




 

"You're not that old I'm sure . . . yet I can see greys popping up . . ."


Kebetulan pada kala itu muzik rentak bossanova sedang dirpersembahkan oleh sebuah 4 piece live band. Band-in-attendance malam itu. Walaupun terpinga-pinga aku jawab," Blame it on d bossanova . . . every beat of d music pops a grey . . . " 
Lepas itu entah dalam bahasa apa lagi yang aku 'mencarut' pun aku dah tak ingat!




 
Semua foto hiasan ketika di UK tiada kena mengena dengan kisah dalam blog






Aku begitu sensitif tentang rambut beruban agaknya. Ataupun (sekarang aku realize) aku belum benar-benar cukup matang walaupun dah berumur 40-an ketika itu untuk menerima teguran (kritikan?) yang sedemikian. Entahlah.


Dan . . . kira-kira 20 tahun kemudian . . . perkara yang serupa berlaku dalam satu majlis makan malam juga. Kali ini ketika aku menjadi MC annual dinner sebuah organisasi ternama.



 
Foto hiasan: Penulis & Ms Ooi



Tiba-tiba sedang aku berihat . . . meminum minuman ringan . . . sambil menantikan tugas pengacaraan seterusnya . . . datang beberapa orang yang baru aku kenali malam itu. Baru kenal tu OK lah. Tapi rupanya sama mulut 'celupar' macam omputih dalam peristiwa dulu tu!




 
Foto hiasan: Dinner bersama rakan sejawat



Salah seorang daripada mereka (tak perlu detail le) berkata: " U OK tau . . . penampilan diri OK, voice OK, humor OK, persembahan OK . . . cuma rambut aje kureng . . ."





 
Foto hiasan: REB & Penulis


Aku tak kisahlah. Memang rambut aku semakin menipis! Tidak terasa langsung untuk marah. Aku lantas bertanya kepada si lady posh tu: " Apa tu yang tak kena?"


"Alah colour lah sikit rambut tu . Nampak lebih segak."


Aku ketawa kecil sendirian. Aku langsung tak marah kali ini. Langsung tak tersinggung. Malah aku sempat menoleh kepada lady posh tu sebelum meneruskan pengacaraan. Aku berkata dengan yakin kepadanya:

" Tak apa. Tak payah colour colour . . . Dah 60 tahun I tunggu ni tau (sambil menunjuk kepada rambut aku yang dah mulai beruban). One real long wait man! Baru dapat. So . . . why must I let all this waiting go to waste now!"


Lady posh hampir ternganga. Kenalan baru yang lain tu ketawa mengiakan jawapan aku tadi. Aku semacam puas dapat bertindak matang kali ini.


Sambil berjalan ke pentas semula untuk meneruskan tugas . . . aku terfikir . . . kalaulah aku bersikap begini dalam peristiwa 20 tahun dahulu tu . . . kan bagus!



Terima kasihlah Ghazali kerana sekurang-kurangnya mengingatkan aku akan kedua-dua peristiwa ini. Memang masa berlalu begitu pantas . . .


"Yeah . . . How time flies," echoes my jiran si omputih tu!








dsuarang.blogspot.com

6 comments:

GHAZALI said...
Thanks bro,a good article.You looks so different those days.Sometimes the white hair gives us luck!
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Ghazali,

Appreciate your comment bro. Those were d days . . .

Yeah . . . at d least . . . hopefully greys will give one d sort of 'wise' feeling . . . he, he . . .
basri bin omar said...
Salam Uda & Sdr Ghazali!

Mohon maaf mencelah ...bukan White tapi Metallic Grey..lazimnya yang metallic lebih mahal sadikit...ikut Raja deme lah tu! wallahu aqlam!
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Adinda Basri,

Black or White, Metallic or Non-Metallic . . . one should be thankful for still having a head to let hair of any colour grow . . .

Jangan macam kisah orang yang beli kasut mahal tapi tak ada kaki nak sarungkan kasut itu . . . dah le

Jiran Omputih: "Tuanku's silver top look . . . of course d best in the region, no challenge whatsoever!"
basri bin omar said...
Salam Uda!

Dulu seorang sahabat dok kata ..yang Xda rambut tu dok perasan dia SMART...kerana pikir lebih sampai rambut GUGUR..MAAF!
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Adinda Basri,

Kalau gitu . . . bila nak brain yang bagoih . . . kita ambik saje brain deme yang berambut banyak . . . sure ok punya (unused brain). . . in comparison to yang Xda rambut (overused brain) hmmm . . .

Jiran omputih menyampuk: " Skin head look is d in thing now man!"
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment