Tuesday, January 4, 2011

Syabas Polis Selangor





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Inisiatif Murni


Semalam aku ikuti berita di media elektronik tentang perkara ini. Tadi pula dapat aku baca tentangnya di dalam media cetak. Hebat cadangan ini fikirku. Murni tujuannya. Mulia harapannya. Bukan sekadar tanggungjawab tetapi akan jadi semacam amal jariah juga.

Biar aku turunkan berita tentang cadangan dan harapan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bagi pihak polis Selangor khususnya dan polis Malaysia seluruhnya. Biar jelas apa yang pihak polis mahukan. Perhatikan petikan berita ini dengan teliti . . .


Petikan berita dalam Harian Metro
Selasa, 4 Januari 2o11



Aku amat yakin rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya tetap akan menyokong langkah dan tindakan baik sedemikian. Aku tak bimbang langsung akan hal itu. Rakyat Malaysia memang cintakan kedamaian. Kita memang idamkan kehidupan yang aman, sejahtera dan selamat.


Apa yang aku bimbangkan . . . jangan ada pula nanti yang mengambil kesempatan menyamar polis . . . dan dapat masuk ke rumah mangsa dengan lebih mudah . . . tak payah lagi nak pecah-pecahkan rumah!

Memang anggota polis yang akan datang mengetuk pintu rumah para penduduk Selangor nanti memakai uniform. Tapi, bukankah sudah banyak kes penyamaran pemakaian uniform polis oleh mereka yang tidak bertanggungjawab . . . ringkasnya 'polis palsu'. Situasi-situasi seumpama ini telah dialami atau dilalui ramai mangsa jenayah!


Ada kes-kes yang lebih dahsyat daripada itu pernah aku terbaca di dada-dada akhbar . . . penjenayah melampau yang sudah terlalu berani . . . hinggakan kad kuasa, kenderaan, peralatan dan aksesori dalam tugas-tugas kepolisian pun mereka 'palsukan' . . .

Jadi bagaimanakah ikhtiar pihak polis untuk memastikan cadangan tindakan mereka ini terjamin 'selamat' atau macam kata omputih foolproof ?


Seperkara lagi . . . bilakah jangka waktunya anggota polis akan berkunjung ke rumah para penduduk? Adakah pada waktu-waktu tertentu sahaja atau pada sebilang waktu atau secara rambang (random)? Asalkan jangan sepanjang waktu atau pada bila-bila waktu mengikut gerak hati anggota polis itu sendiri sudahlah!

Takut-takut semakin mudah pula 'kerja' mereka yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan daripada keadaan ini . . . meredah masuk dan menceroboh kawasan rumah atau rumah para penduduk itu sendiri!


Janganlah sampai kerana para penduduk hendak memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis lain pula yang terjadi kepada mereka . . . Janganlah pula bertambah membebankan mana-mana pihak, walhal apa yang hendak dilaksanakan bertujuan amat mulia!

Fikir-fikirkanlah bersama-sama. Berhati-hatilah mengatur sesuatu strategi. Semoga segala yang dirancang dan diatur berjalan lancar dan sempurna hingga mencapai matalamatnya yang sebenar. Janganlah menang sorak kampung tergadai!


Apapun, sekali lagi syabas diucapkan kepada pihak Polis Selangor yang sekurang-kurangnya mengambil sesuatu langkah (inisiatif) untuk menyelesakan lagi kehidupan rakyat di negeri ini.











dsuarang.blogspot.com

2 comments:

Rb@ssociat3S said...
askom,

Cadangan saya mudah sahaja, mungkin menyusahkan tapi membantu:-

(a) Polis yg datang ke rumah mestilah membunyikan siren peronda. Sure ramai orang akan keluar rumah datang menengok. Polis "betul" mungkin akan stay..Polis "jahat" pasti cabut...Polis "bijak" sangat berbahaya
(b) sebelum buka pintu atau grill, minta polis tunjukkan kad pengenalan polis dan surat kuasa dengan cara yang baik.Mereka yang berpakaian biasa tidak perlu dilayan. Minta mereka pergi dengan cara yang baik.
(c)sebelum buka pintu, hubungi no balai polis terdekat untuk membuat pengesahan maklumat polis tersebut berdasarkan perkara (b) di atas.
(d)Yang paling berkesan, mungkin Balai Polis terdekat di dalam kawasan bidangkuasanya boleh mengedarkan risalah yang mengandungi gambar dan data polis yang akan melakukan rondaan-rondaan tersebut.

cadangan lain akan diutarakan lagi sekiranya perlu.

Salam
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Rb@ssociat3S,

Terima kasih terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan. Mungkin boleh dipertimbangkan logiknya(oleh pihak polis?)dari beberapa segi dan dalam berbagai situasi! Itu tentang cara datang . . .

Bila (waktu) datang pula bagaimana? Harap ada pendapat yang
bernas juga dalam hal ini!

Alangkah baiknya kalaulah anggota atau pihak polis sendiri dapat
turut memikirkan hal ini . . . dan memberikan cadangan yang meyakinkan!
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment