Tuesday, February 1, 2011

Silap Paham





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kisah Lucu di Jalan Temoh


Setelah berkisah (dalam penulisan di blog ini tempoh hari) tentang hal Pak Ngah (orang Perak totok) yang berkunjung ke Kuala Lumpur tu . . . teman teringat pulak akan suatu kisah lucu salah paham yang dialami isteri teman Alimah Yasin di rumah keluarga teman sendiri di kampung. Begini kisahnya . . .


Kampung isteri teman di Pulau Sebang, Melaka yang bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Orang di kampung isteri teman tu berbahasa daerah Negeri Sembilan. Bukan sekadar bahasa . . . adat dan budaya masyarakat Pulau Sebang juga banyak dipengaruhi amalan Adat Perpatih.

Bahasa di kampung Alimah tentulah amat berbeza berbanding bahasa daerah di Tapah . . . kampung teman. Adat dan budaya amalan masyarakat Tapah pula tentulah agak berlainan!


Cerita teman ni bukan hendak mempersendakan sesiapa atau mana-mana pihak. Teman cuma terkenangkan beberapa peristiwa 'lucu' yang menimpa diri isteri teman yang dikasihi tu.

Pada awal tahun 70-an kami balik ke kampung teman di Jalan Temoh, Tapah, Perak. Itulah julung-julung kalinya Alimah berkunjung ke kampung teman setelah kami berkahwin.


Rumah kampung itu harta peninggalan Atuk Sharif dan Opah Aishah teman. Ketika itu ibu bapa dan adik beradik teman tinggal di situ. Bapa teman menjaga dan memperbaiki rumah itu supaya terpelihara dan tegap berdiri.


Menyentuh tentang budaya berbahasa di kampung teman . . . walau pun slanga Perak yang diguna pakai di sana tidak setebal di daerah-daerah tertentu yang lain di negeri tersebut . . . banyak istilah yang digunakan masih boleh mengelirukan mereka yang bukan anak Perak . . .

{"Silver Child?" . . . tanya jiran omputih teman si penyibuk tu!!!}



Suatu hari kami seisi keluarga di rumah Tapah sedang bersarapan. Ada banyak makanan yang berbagai jenis terhidang. Tiba-tiba bapa teman Baharom Shariff berkata kepada isteri teman:
"Mah, tolong ambikkan roti dalam tin tu. Bapak teringin nak cecah dengan kopi ni."

Alimah terpinga-pinga. Dia memandang kepada teman. Dia seolah-olah mahukan kepastian. Dia memerlukan pertolongan teman. Dia tidak jelas apa yang diperkatakan bapak teman.

{"Just converse in English. Makes things much easier." Hai, menyampuk lagi si omputih jiran teman ni!}

Teman tersenyum lalu berkata,"Mah, bapak mintak tolong ambikkan biskut dalam tin itu."

"Oh begitu," kata isteri teman tersenyum. Alimah pun bangun mengambil biskut itu.

Baru le teman perasan. Isteri teman betul-betul terkeliru. Mungkin dia terfikir entah memang orang Perak menyimpan 'roti' dalam tin! Patutlah dia melihat sekeliling dan tercari-cari. Agaknya dia mencari tin besar tempat 'roti' itu diisi!

Selain daripada istilah 'roti' yang biasa diguna pakai dikampung teman untuk memaksudkan 'biskut' ada beberapa lagi 'istilah' yang boleh mengelirukan pendengar yang kurang biasa. Contohnya perkataan 'cekelat' yang bermaksud 'gula-gula', 'sia' bermaksud 'mangkuk tingkat', 'sangai' bermaksud 'tudung saji', 'pantalun' bermaksud 'seluar panjang', 'mereket' bermaksud 'pasar', 'tengin' bermaksud 'bodoh', 'teroyak' bermaksud 'menangis', 'ngelenyo' bermaksud 'miang' atau 'gedik', dll.

Paling istimewa bila ada sebutan tentang wang yang berbunyi begini: "Reganya tengah dua rengget!"

{"Give up le kome yang tak biasa. Berapa sebenonya nile 'tengah dua rengget' tu? Pikio le kendiri weh . . ." Begitu pulak kata jiran omputih teman . . . dalam slanga Perak kali ni!}


Bio le teman berhenti takat ni dulu . . . Nanti teman sambung lagi dalam entri berikutnya . . . Insya-Allah.











dsuarang.blogspot.com

3 comments:

basri bin omar said...
Salam Uda!

Tk paparan tu...teringin juga nak kongsi ttg roti tu...di Kedah pun di pggl gitu termasuk cekelat dan sia tu...yang lucu 'Roti Benggali Hangit'... Bhgn Roti Yg Hitam di jual oleh Benggali(Panggilan kpd Org India dari Uttar Pradesh di India yg mengusahakan kedai/kilang Roti d Kedah dulu).Mereka ni menggunakan basikal(gerek) menjaja Roti ke pelusuk kg. Di belakang Rumah di Pendang tu ada 2 Kedai/Kilang Roti Benggali ni ..tapi sudah tak beroperasi lagi..sebab Wallahu aqlam!
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Adinda Basri,

Tk komen menarik.

Ttg era gemilang 'Roti Benggali Hangit' tu memang pernah kami yang sezaman alami kepopularannya dan nikmati kelazatannya.

Uda teringat waktu more di masjid. Bila ada hidangan RBH ni dengan cecah kari daging . . . wah lazatnya tidak terhingga . . . (khusus kepada kami budak-budak zaman itu!)

Lagi satu 'roti aiskrim'. Di Tapah dulu famous jenis aiskrim beroti ni! Tiap2 kali kami balik kampung mesti tunggu penjual aiskrim datang berjaja ke rumah . . . sedapnya . . . bak kata budak-budak sekarang . . . teratas!

Itulah sayangnya dah hilang entah ke mana segala perusahaan makanan yang menarik begini!
basri bin omar said...
Salam Uda!

Memang betul enak 'Roti Aiskrim' tu.Mula kenal bila dok d JB,masa Zawyah kerja di Kastam Tg Puteri..di situ terdapat Sandwich Aiskrim...masatu terasa pelek tapi memang sedap..lani terdapat di merata tempat dah ..satu2nya Aiskrim yang mengenyangkan..! Wallahu aklam.

No comments:

Post a Comment