Tuesday, March 22, 2011

Writers' Trusted Acquaintance




Assalamualaikum and Greetings


WY: OUP/PFB's
Honest and Consistent Paymaster



This 'posting' is dedicated to Adah, daughter of the late Abdul Wahab Yaakob ex-Director, Accounts & Finance Department OUP/PFB .


Adah touched my heart when via a comment window of my blog she recently asked for my permission to reproduce her late father's image in an OUP/PFB group photograph taken sometime in 1982 which I highlighted in one article of mine . . . Oxford Fajar nee OUP/PFB . . . released on Friday, February 12 ,2010.


According to Adah she came across the article while randomly browsing through the internet. Her sister and Adah was keying in Wahab's (WY as he was popularly known in the office) name just out of fond remembrance.


This following article is a 'token' testimony of his many meaningful contributions to OUP/PFB.



Jawi extract from Utusan Zaman
Sunday 14 March 1999




The late Wahab Yaakob (second from left) discussing with Mohd Bahadon,
 while Abdul Majid and P. Manoharan (extreme right) looked on attentively




Written in memory of him by AF Yassin, a colleague and writer, the article was extracted from the local tabloid Utusan Zaman (Jawi version) of Sunday March 14, 1999.

The title read (in transliterated form) "Pembayar royalti yang setia kepada pengarang" (Faithful paymaster of royalties to authors) which is self-explanatory of WY's approach towards royalties.


Complete Romanized Transliteration of Jawi Script


Pembayar royalti yang setia kepada pengarang


Nama Abdul Wahab Yaakob tidak tersenarai sebagai pengarang tanah air. Nama itu tidak ada kaitan dengan pencetakan karya, baik kreatif mahupun bukan kreatif. Dan orang yang punya nama itu tidak pula berminat dalam kegiatan persuratan. Namun orang yang punya nama itu banyak berjasa kepada pengarang, yang menerbitkan bukunya dengan penerbit tempat dia bekerja.

Setiap September, pengarang akan menunggu kedatangan suratnya yang berisikan cek royalti dan dia tidak mungkir untuk mengirimnya, sejak dia mula bertugas pada Oktober 1970 selepas meletakkan jawatan sebagai pegawai audit di firma audit, Coopers & Lybrand. Wahab Yaakob tidak jemu mengulangi tugas rutin membayar royalti kepada pengarang setiap kali September tiba.

Itulah Wahab, pembayar royalti yang cukup setia kepada ketepatan waktu dalam membayar royalti sejak puluhan tahun sehingga dia berpindah tugas daripada Pengarah Kewangan kepada Pengarah Sistem di perusahaan itu beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai pengarang tidak mengenalinya kerana Wahab menemui mereka hanya setahun sekali. Itupun melalui surat dan penyata royalti yang tanpa mungkir dikirimkan kepada setiap pengarang yang punya buku di perusaahan itu.

Selasa malam (9 Mac) Pengurus Penerbitan Abdul Majid Baharom menghubungi saya melalui telefon bahawa pembayar royalti setia itu telah kembali ke rahmatullah, jam 4 petangnya Wahab yang sakit-sakitan beberapa bulan kebelakangan ini menghembuskan nafas terakhir setelah "tersedak" ketika sedang makan.

Berita itu menyentakkan dan membuatkan seluruh badan lemah seketika dengan tekak menjadi kering, ia benar-benar memukul kerana sepanjang bertugas di syarikat itu, Wahab, saya dan seorang lagi rakan akrab, Koh Seng Hwi, Pengarah Jualan dan Pemasaran (yang bersara wajib Julai 1998) sentiasa sahaja bersama, terutama ketika menghadiri persidangan pengurusan Oxford University Press/ Penerbit Fajar Bakti di dalam dan di luar negeri.

Saya menghubungi Koh di Melaka tetapi gagal. Esoknya pagi-pagi lagi saya terima panggilan Koh. Dia seperti tersedu dalam telefon. Katanya tersekat-sekat, "Ada baiknya dia pergi. Dia begitu terseksa beberapa bulan ini." Pada hari itu juga saya terima panggilan dari Pak Awam Il Sarkam dari rumah GAPENA untuk memberitahu. Salleh Daud tolong panggilkan.

Selama 15 tahun bersamanya di penerbitan itu, Wahab merupakan pegawai kanan kewangan yang bekerja ikut buku dan begitu patuh kepada peraturan pejabat. Dia tegas, terutama apabila berdepan dengan masalah pembayaran royalti. Pernah suatu ketika kami bertengkar tentang masalah seorang pengarang yang memerlukan wang pendahuluan untuk bukunya yang bakal terbit.

Saya telah mencadangkan supaya wang pendahuluan dibayar sebanyak RM 750 berbanding bayaran lazim RM 500. Wahab tetap tegas enggan membayar walaupun dipujuk beberapa kali melalui jasa baik Pengarah Urusan, M. Sockalingam. Apa sahaja alasan daripada kenaikan harga barang kepada jumlah pendahuluan yang tidak lagi mampu menanggung kos awalan penulisan buku tidak dapat mengubah pendiriannya.

Akhirnya saya diminta oleh pengurusan untuk membentangkan satu kertas cadangan bagi meminda kepada kadar bayaran royalti pendahuluan iaitu, daripada kadar purata RM 500 kepada Rm 750 untuk buku umum, baik kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan Rm 1000 untuk kamus. Setelah ia diluluskan dalam mesyuarat pengurusan, barulah Wahab melaksanakan pembayaran mengikut kadar yang baru.

Seimbas lalu, ketegasannya itu seperti membelakangi kepentingan pengarang kerana sikapnya yang tidak menunjukkan rasa simpati. Dan kadang-kadang ketika memberikan hujahnya dia jarang menunjukkan sentimen yang lebih berpihak kepada kebajikan pengarang. Pernah hal ini saya bincangkan dengan Koh Seng Hwi tetapi Koh menjawab, "You tahulah Wahab sekejap dia bagus sekejap dia ada mood. Dia kerja ikut buku punya."

Kerja ikut buku itu juga yang menjadikannya begitu setia dengan kaedah pembayaran royalti tahunan sentiasa ditunggu-tunggu oleh pengarang. Andainya jumlah royalti seseorang pengarang kurang RM 100, Wahab akan menangguhkan pembayaran sehingga genap jumlahnya atau lebih. Dan sekiranya pengiraan royalti menunjukkan angka dalam perpuluhan sen, dia tetap akan membayar bedasarkan jumlah itu dan tidak akan menggenapkannya sehinggs ke jumlah terdekat. Tidak kurang dan tidak lebih. Maka tidak jarang pengarang menerima royalti yang jumlahnya, sebagai misalan, RM 1545.03, perpuluhan kosong tiga tetap ditulis dalam cek. "Tiga sen pun duit juga. Itu hak pengarang. Tak kan kita nak sapu," katanya sambil ketawa.

Ada suatu waktu dalam bulan Ogos, beberapa tahun yang lalu Wahab berada dalam keadaan serba salah. Sebulan lagi, iaitu September, pembayaran royalti akan bermula. Kebetulan jumlah pungutan daripada pengedar di seluruh negara kurang daripada jumlah yang diprojeksikan. Pembantunya P. Manoharan yang amat dikenali oleh pengarang-pengarang yang menerbitkan buku dengan penerbit ini mula membisikkan berita kurang baik buat pengarang kepada saya. Bisiknya," Bos, ini tahun itu royalti punya mungkin bayar sikit lambat juga. Sikit ada masalah, bos."

Wahab menerima arahan untuk menangguhkan pembayaran sebulan dua kerana bagi pihak pengurusan kredit kertas yang telah sampai tempohnya perlu dibayar terlebih dahulu. Daripada cakap-cakap Wahab dengan kami dia kurang senang dengan arahan Pengarah urusan kerana baginya arahan itu tidak mengikut peraturan. Dalam diam-diam, tanpa pengetahuan Pengarah Urusan, dia meminta pandangan Ibu Pejabat Oxford University Press di London sambil mencadangkan supaya hak pengarang perlu didahulukan. Ibu pejabat mengarahkan Wahab, sebagai Pengarah Kewangan, membayar royalti terlebih dahulu apabila tiba masanya dan menangguhkan pembayaran kertas.

Dalam hal ini jelas Wahab telah membuat satu keputusan betul dan secara tidak langsung mengelakkan daripada bertembung dengan pengarang tentang masalah royalti. Secara tak langsung juga pendirian tegas Wahab ini menjadi semacam "check and balance" kepada pihak pengurusan.

Ketika Wahab bersikap tenang dan ceria dia sering sembang-sembang tentang berbagai-bagai hal kepengurusan. Dia seorang akauntan lulusan Maktab RIDA (sekarang ITM) dan seangkatan dengan beberapa orang ahli korporat yang berjaya hari ini, seorang daripadanya Datuk Kamarul Bahrin Abas, Pengarah Urusan, Kotabina Sdn Bhd. Maka sembangnya tidak terkeluar daripada ringgit dan sen.

Satu ketika dengan berjenaka dia berkata kepada saya,"Kalau saya macam you, saya akan dapatkan manuskrip yang bila diterbitkan boleh dijual sejuta ringgit. Kerja senang kerana tidak payah terbit banyak buku setahun." Tidak lama kemudian, dia datang lagi untuk bersembang. Dengan berjenaka juga dia berkata," Saya dah kata. You dah ikut cakap saya. Lihat tahun ini, kita dapat tiga buah buku yang keseluruhan jualannya berjumlah lebih daripada apa yang saya katakan dahulu." Kebetulan ketiga-tiga buah buku terpilih menjadi buku teks sastera peringkat SPM.

Wahab suka sembang-sembang, terutamanya setelah berlangsungnya sesuatu mesyuarat atau persidangan. Di Danau Toba, Medan, misalnya pada tahun 1988, sebaik selesainya Persidangan Tahunan OUP/Penerbit Fajar Bakti , kami bersama Koh berjalan-jalan santai di pekan pinggir danau itu. Dia bercerita tentang masa depannya setelah bersara nanti. Dia teringatkan Serkam, Melaka tempat lahirnya yang sering dia kunjungi kerana orang tuanya masih di sana.

Dia bercerita tentang Rahim Noor (Tan Sri), Dr Ismail Hamzah dan Pak Awam Il Serkam. Dia bercerita tentang jiran-jirannya di Subang Jaya seperti SN A. Samad Said dan Kak Sal, A. Rahman Hassan dan Kak Azizah dan Pak Ashraf. Dia bercerita tentang ikan bakar. Dia bercerita tentang rancangannya untuk memanfaatkan tanah sawah kepunyaan orang tuanya di Serkam."Tanah yang terbiar itu ada eloknya diusahakan," katanya. Cerita ini diulangi ketika kita bersiar santai selepas persidangan di Manila dua tahun kemudian dan di Kuching dua tahun berikutnya.

Wahab turut sama bertanggung jawab terhadap pemodenan sistem maklumat perusahaan penerbit ini apabila dia mengetuai Bahagian Sistem Pengkorporatan dan Maklumat. Pendekatan bersepadu dalam sistem teknologi maklumat banyak menyelamatkan "waktu dan tenaga." Wahab melepaskan tugasnya sebagai Pengarah Kewangan semata-mata kerana minatnya kepada teknologi maklumat. Dia malah mendaftarkan diri sebagai salah seorang pekerja sukarela dalam Sukan Komonwel tahun 1998 yang lalu. Dia memberikan tenaga sukarelanya di bahagian Komputer dan Teknologi Maklumat Sukom.

Demikianlah, Wahab yang meninggalkan kami dalam usia relatif muda, iaitu 55 tahun dua bulan, adalah seorang kawan jarak jauh bagi pengarang. Namanya sentiasa sahaja menjadi buah mulut pengarang apabila bulan September menjelang tiba. Walaupun namanya tidak sepopular P. Manoharan, bagi pengarang yang menunggu ketibaan duit royalti, namun pengarang tetap menunggu keputusan Wahab untuk meletakkan tanda tangan di atas cek.

Bulan Ogos dan September merupakan bulan di mana kami sering membanding-banding nota tentang royalti. Sesekali dia berbisik dalam telefon," You kasikan saya senarai keutamaan siapa yang you hendak saya bayar dahulu." Sebentar kemudian Pembantu Perakaunan, P. Manoharan akan datang ke bilik saya untuk mendapatkan senarai itu.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali!





May his soul rest in peace and be blessed for all the good deeds he has very selflessly done . . . and Adah, you and your other siblings can hold your heads high in recognition of your late dad's dedication over the years at the helm.


Due to WY's down-to-earth nature and his goodwill . . . OUP/ PFB managed to keep the pipeline for revenue flow (authors/writers, distributors/booksellers and customers) ever intact.


A big nostalgic THANK YOU . . . Abdul Wahab bin Yaakob . . . from your colleagues and friends of those days. You're not only missed by your beloved family members. That's for sure!



STOP PRESS

WY
attending functions / activities with colleagues

L to R: Shin Fook, Regis Chong,
Majid, Wahab & Mohd Bahadon
at Hyatt Saujana Subang 1988



L to R: Lai, Fadzil, Ahmad Jidin,
Ali, Majid, Wahab, Yap & Angie
at Hyatt Saujana Subang 1988







Left L to R: Yusof, Tate, Majid, Wahab, Tajuddin, Chua & Hashim.
Right L to R: Hashim, Majid, Wahab & Tajuddin
Pj & Ampang 1980s





L : Malam Buaya Mati Dua Kali @ KL International Hotel 1982.
R L to R: Wahab, Edda, Fadzil, Sockalingam & Yap @ PFB Annual Dinner PD Resort 1992.





WY with colleagues @ PD Resort 1992
L to R: Kamil, Majid, Paul,Wahab, Mohd, Ali & Wak Shagul



al-Fatihah --- Amin











dsuarang.blogspot.com

4 comments:

mazlyna hanum said...
salam abah,
very well written... i wish i could write like you...
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Anum,

TQ girl for the comment. I'm 'airborne'. You're just hero worshiping your dad I guess.

What made you think you can't write like me? You can do just as well if not better . . . with much practice and CONFIDENCE . . .

Mula-mula 'redah' saja le . . . jangan takut apa orang nak kata. Lama-lama jadi OK!

{My omputih neighbour says: "Yeah Anum . . . it gets better with time of course!"}
adah said...
Salam Uncle,

Thank you so much for sharing this article in remembrance of my late father. I'm so touched with your effort spending your valuable times writing on this posting. This article bring back the memories of those good times that I used to spent with him. The father that I knew was the same person described in the article. Firm but at the same time down to earth.
TQ again for all your kind words. It really meant a lot to my sibling and I. Keep in touch.
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Adah,

I'm happy for you.

This is one simple and reasonable deed I can do for an old friend . . . and thus for his family.

Yes, do keep in touch from time to time. I do wish some day Adah (and/or anyone of you) could meet up with me and members of my family.

My email is: majidbaharom46@gmail.com
and of course you could easily say anything you want to in the comment window on dsuarang.

Ok bye for now Adah. Keep safe.
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment