Tuesday, April 12, 2011

Terima Kasih Kembali




Friday, 8 April 2011


Terima kasih DSUARANG

Petang Ahad lepas (3 April 2011) kami ke Irama Studios milik Hj. Mahzan Manan di Pusat Bandar Puchong untuk meneruskan rakaman lagu-lagu keroncong baru di dalam album yang akan terbit tidak lama lagi. Seperti biasa, sebelum rakaman dijalankan, kami akan berbincang mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat.

Kira-kira 15 minit kemudian, muncul seorang lelaki separuh umur yang belum saya kenali. Di dalam hati saya berkata, "He must be somebody". Benar telahan saya. Jika semasa sekolah dulu saya selalu menggunakan kamus Melayu-Inggeris yang ditulis oleh beliau (maklumlah saya ini belajar di Sekolah Kebangsaan), kini saya bertemu dengan pengarangnya. Sungguh bertuah sekali.

Lebih menggembirakan lagi bila Hj. Mahzan memberitahu bahawa dialah penulis lirik dua buah lagu keroncong yang akan dinyanyikan oleh Jamilah. Saya telahpun membaca lirik-lirik beliau dan mendengar Jamilah menyanyikan lagu-lagu Hj. Mahzan menggunakan lirik beliau. Memang sungguh terkesan dan meremang bulu ruma.

itulah dia Saudara Abdul Majid Baharum atau lebih dikenali oleh rakan-rakan blogger sebagai DSUARANG.

Tulisan-tulisan beliau di dalam blog beliau sangat menarik. Terkini beliau ada menulis mengenai pengalaman beliau bersama kami melihat rakaman lagu-lagu lirik beliau pada hari Ahad tersebut.

Ikuti tulisan beliau di dalam www.dsuarang.blogspot.com


Terima kasih Sdr Abu Bakar kerana posting di atas. "The appreciation was rather flattering . . . I would say. Do I really deserved that?"




No comments:

Post a Comment