Monday, September 13, 2010

Keluarga Badrin & Keluarga Wahab (Rawang)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Maaf Zahir Batin



Di ruang ini ingin aku rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tetamu yang sudi berkunjung ke d'SUARANG sempena memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431.

Terima kasih kerana sudi memanjangkan tali silaturahim antara kita. Secara peribadi, aku berpegang kepada erti persaudaraan berkaedah mudah. Persaudaraan yang tersimpul dalam kata-kata kunci . . . yang aku gubah sebagai asas pendekatan dalam usaha berkomunikasi dan berinteraksi. Walupun kata-kata ini terbit daripada sudut hati yang terpencil . . . namun sasaran dan tujuannya cukup jelas, cukup ikhlas.

Kata-kata kunci itu, "Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita eratkan; yang biasa kita mesrakan, yang mesra kita serasikan, yang serasi kita kasihi."

. . . dan, andainya timbul pula pertanyaan," Yang 'mengelat' boleh dibenci?". . . Jawapanku mudah saja . . . "Terpulang le . . . he, he."



Maaf Zahir Batin


3 Hari Raya Ahad 12 Sept 2010





[Kunjungan keluarga Mohd Badrin & keluarga Hj Abdul Wahab dari Rawang ke d'SUARANG pada tengah hari, Hari Raya Ketiga.]




 


Terima Kasih daripada d' SUARANG




*Atas kesilapan teknik foto Pak Anjang (Hj Lokman) & Mak Anjang (Hjh Mariam) serta Chemi (Asmidar) sekeluarga yang berkunjung ke d'SUARANG pada 3 Hari Raya tidak dapat dirakam.


Maafkan kami, maafkan kami . . . ma-af-kan ka-mi . . .











dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment