Wednesday, May 11, 2011

Suatu Petang Di Permatang




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Anak Merbuk Jadi Orang


"Dia ni asyik ke sana ke mari aje . . . kejap sini kejap oversea. Tak tahu penat agaknya."

"Alah . . . apa nak herankan . . . dah tugas dan rezeki dia . . . kena 'pikul' . . . dan 'kayuh' sajalah."




Sebahagian kecil daripada 'tugasan' di merata tempat yang dapat dirakamkan. Tidak termasuk tugasan di Australia, Canada dan bawah 'misi' Bangsa-bangsa Bersatu spt di Kemboja dll





Begitu yang biasa aku dengar kawan-kawan dan sanak saudaranya bercakap tentangnya . . . sepanjang aku mengenalinya.

Dan suatu hari . . .

. . . ketika pulang ke Tanah Air dari Canada sekitar tahun 1995 dia memberi kepada aku sekeping CD muzik country Inggeris. Aku memang menggemari lagu-lagu dalam genre ini sejak lama. Maka tentulah aku senang dengan pemberiannya itu.

CD lagu itu merupakan album yang dihasilkan seorang artis kelahiran Texas. Namanya Tracy Byrd. Tajuk albumnya pula 'No Ordinary Man'.

Sekarang baru aku terfikir . . . judul album itu macam ada kaitan saja dengan kisah orang yang hendak aku berikan fokus dalam ruang blog ini.





Aku juga masih ingat bahawa dia paling suka akan lagu 'Keeper Of The Stars' yang termuat dalam album itu. Berseni juga dia ni . . . fikirku.

Selain itu . . . aku juga tahu sejak awal masa mengenalinya . . . di Mess Pegawai Taiping . . . bahawa beliau amat sukakan lagu 'Kasih Sekejap' nyanyian artis Indonesia. Entah kenapa aku tak tau.




Mess Pegawai di Taiping yang kini sudah berubah wajah. Lebih cantik dan selesa . . .



Lain hulu lain parang . . . Lain dahulu lain sekarang . . .

(Foto dirakam pada tahun 2011)


Aku perasan akan hakikat itu kerana beliau asyik menghayati lagu tersebut setiap kali lagu itu berkumandang di lounge mess tersebut. Aku hanya berkata kepada diriku: "Itu satu petanda tersirat orang berjiwa dan meminati seni . . ."

Dia juga menggemari lagu 'Seraut Wajah' nyanyian panyanyi popular Ahmad Jais pada tahun-tahun 1970-an. Sekali lagi . . . entah kenapa pun . . . aku tak tau le.

Namun . . . kesimpulannya . . . kepada aku dia juga seorang yang berjiwa halus . . . dapat meminati dan menghayati berbagai macam karya seni . . . bukan kerjayanya yang ada semata-mata!




Puisi Hiasan
mengiringi penulisan siaran ini


Bertolak daripada situasi inilah ingin aku sasarkan penulisan . . . tentang seorang manusia berkarakter dan berseni . . . Basri bin Omar.


Basri bin Omar dilahirkan di Merbok, Kedah pada 22 Mei 1952. Beliau mempunyai dua orang adik . . . seorang lelaki dan seorang perempuan. Adik lelaki beliau bernama Mohd Pauzi bin Omar manakala yang perempuan bernama Shobihah bt Omar.



Depan dari kiri:
Omar Ismail (Ayahanda),
Shobihah Omar (Adinda), Kholijah Othman( Bonda)
Belakang dari kiri:
Mohd Pauzi Omar (Adinda), Basri Omar


Kedua-dua ibu dan bapa Basri juga berasal dari Kedah. Jadi mereka ini keluarga Kedah jati. Ibu Basri, Hjh Kholijah bt Hj Othman ketika itu seorang penjual kuih manakala bapanya Hj Omar bin Hj Ismail bekerja sebagai buruh kilang padi.

Basri mula belajar dalam darjah satu sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Merbok, Kedah pada tahun 1959. Kemudian dari tahun 1960 - 1964 beliau berpindah belajar di Sekolah Kebangsaan Pendang pula hingga ke darjah enam.




Foto kiri: Darjah 2A 1960 SK Pendang, Kedah. Guru Kelas: Cikgu Bakar Foto kanan: Darjah 4A 1962 SK Pendang, Kedah. Guru Besar: Cikgu Shaari bin Abu Bakar. Guru Kelas: Cikgu Abidin. Guru Agama: Ustazah Nafizah bt Abu Bakar. Guru Bahasa Inggeris: Cikgu Abd Rashid.
















Dah Tamat Sek Rendah



'Wajah' Terbaru Pagar Sekolah Kebangsaan Pendang



Murid yang menjalani hidup dengan gaya serba 'sederhana' bersama keluarga yang sentiasa bertawakal kepada Allah untuk meneruskan sebuah kehidupan itu, kemudiannya terpilih untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah menengah terkenal di Ipoh.

Pencapaian Basri yang baik telah membolehkannya mendapat tempat belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dari Februari 1965 hingga Disember 1970 (Tkt Khas - Tkt Lima).

Pada mulanya, menurut kata Basri, apabila ditawarkan peluang belajar di STAR, beliau "agak keberatan hendak meninggalkan keluarga tetapi kerana keinginan yang kuat untuk menimba ilmu dan demi kesejahteraan masa depan buat diri dan keluarga, hati terpaksa ditabahkan, langkah tetap digerakkan!"

Tambahan pula . . . Basri sedar bahawa peluang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh sehebat STAR tidak mungkin sentiasa terbuka . . . khususnya bagi anak desa sepertinya . . . anak seorang buruh pula!

STAR merupakan sebuah sekolah menengah Melayu yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah sekolah ini bermula pada 2 Januari 1957 tetapi ketika itu dikenali sebagai Malay Secondary School, Ipoh.

Pada peringkat awal penubuhannya STAR ditumpangkan sementara di lima buah bangunan yang pernah digunakan oleh pasukan Askar Melayu sebagai tempat pentadbiran, tempat tinggal dan tempat simpanan barangan di Baeza Avenue, Ipoh.

Pada tahun 1958 barulah STAR mendapat bangunannya sendiri dan berpindah ke bangunan itu di Tiger Lane (kini Jalan Sultan Azlan Shah), Ipoh.


Dari sinilah mula terbukti kemampuan dan kehebatan para pelajar sekolah ini melalui pencapaian cemerlang para lulusannya yang berjaya dengan gemilang menempatkan diri sebagai warga yang terbilang dalam berbagai bidang keperluan negara.

Sepanjang enam tahun berada di STAR, Basri berpeluang menunjukkan kebolehannya dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikular serta sukan.










Pada tahun 1969 dan 1970 Basri menjadi Prefect (Pengawas) dan Penolong Ketua Rumah Merah.
Basri juga pernah menjadi Ketua, Pasukan Bolasepak STAR (1970) dan mewakili Pasukan Ragbi STAR pada tahun 1969 dan 1970.










Pasukan Ragbi STAR yang diwakili Basri berjaya menjadi Johan Ragbi Sekolah-sekolah Malaysia (Piala Mori) pada tahun 1969. Pasukan Ragbi STAR mengalahkan Victoria Institution, Kuala Lumpur 16-6 ketika itu . . . (Alma Mater teman yang kalah tu weh . . .)




Walaupun penulis tidak pernah menyaksikan Basri in action on a rugby field . . . tetapi penulis pernah diberitahu oleh Muhammad Bahadon (kawan baik dan mantan rakan sejawat . . . orang kuat STAROBA pada satu ketika dahulu . . . juga seorang pemain ragbi yang handal) bahawa Basri 'terror' bermain ragbi. Macam lipas kudung . . . kata kawan penulis itu.


"Macam ni lah!"

Penulis percaya. Mengapa tidak? Basri pernah mengisahkan kepada penulis bagaimana beliau kerap bergelumang lecah bermandi lumpur apabila 'training' ragbi di tengah sawah (bendang) bersama rakan-rakan sebaya di kampung dahulu!

Basri sudah tentulah terdedah kepada banyak nilai positif selama di STAR. Beliau sudah tentu juga mempraktikkan segala pengalaman yang diperolehnya sepanjang tempoh itu untuk dijadikan bekalan hidup di dunia luar yang pasti lebih real dan mencabar kelak.



Dah tamat Sek Menengah . . . dan . . . Dapat testimonial baik punya . . .


Satu kisah awal yang mempamerkan keberanian Basri menghadapi kenyataan terjadi ketika beliau menuntut di STAR. Peristiwa berlaku pada tahun 1969:


Basri dan Mohamad Deraman seorang pelajar dari Kelantan telah dihukum oleh Encik Khalid Halim (kini bergelar Dato') Guru Besar STAR ketika itu atas satu kesalahan.

Kedua-dua pelajar yang terlibat itu dihukum memohon maaf secara terbuka (public apology) kepada Daud Darus aka Daud Tulang seorang Pengawas yang telah diejek dan diperli Basri dan Mohamad Deraman.

Perbuatan mengejek dan memerli itu berlaku kerana Daud telah 'menangkap' kedua-dua murid 'nakal' yang cuba 'tuang' (ponteng) suatu aktiviti perbahasan (debat) di Dewan sekolah.

Permohonan maaf secara terbuka itu diperintahkan Master Khalid dibuat dalam Perhimpunan Sekolah! Alangkah memalukan jika ini mesti terjadi . . . fikir Basri.

Oleh itu Basri membuat keputusan berjumpa dengan Master Khalid (walau pun dengan perasaan 'gerun' juga) untuk memohon agar hukuman yang telah dijatuhkan terhadap mereka berdua itu diringankan.

Basri mencekalkan hatinya. Basri percaya kesalahan yang dilakukan mereka tidaklah memudaratkan sangat.


Encik Khalid Halim amat terkenal sebagai Guru Besar yang mengutamakan disiplin. Kepada beliau . . . 'berhemah tinggi' adalah suatu sifat yang wajib wujud dalam diri setiap orang. Beliau juga memang seorang yang amat tegas pendiriannya. (Teman tau le bebeno akan he ni. Encik Khalid [ belum bergelar Dato' ketika itu] pernah menjadi Bos teman di Jemaah Nadzir Sekolah Persekutuan, KL dan teman agak lama 'bergaoi' dengan cara pentadbiran beliau.)

Pendekkan cerita . . . Guru Besar yang dianggap murid-murid STAR ketika itu sebagai seorang yang 'garang' malah sampai ke tahap 'bengis' itu rupa-rupanya adalah seorang yang amat 'manusiawi' jiwanya.

Basri mengemukakan rayuannya lengkap dengan sebab musabab kesalahan berlaku. Guru Besar mempertimbangkan rayuan itu berdasarkan fakta dan tahap berat kesalahan yang dilakukan!

Master Khalid akhirnya membenarkan permohonan maaf itu dibuat di hadapan Prefect's Board di bilik Prefect sahaja. Lega!


Maka Basri telah pada peringkat awal lagi dalam kehidupannya mempraktikkan suatu nilai terpuji yang memang wujud dalam dirinya . . . beliau tidak takut menghadapi kenyataan . . . dengan perasaan yang terbuka dan hati yang jujur.

Antara nilai-nilai terpuji lain yang diserap Basri hingga kini ialah 'kemampuan berdikari', 'semangat kesetiakawanan', 'mengutamakan kebersihan', 'menepati waktu', 'berusaha gigih', 'menitikberatkan keseragaman', 'menghormati orang, 'menghargai budi', 'semangat kekitaan atau berpasukan', dan 'berdaya kepimpinan'.



Alma Mater


yang tidak mungkin dilupakan



Jasa Guru Tetap Dikenang


Gambar terbaru (2011)
Basri bersama Cikgu Lau Hut Yee (aka Pak Lau)


Mengimbau kenangan lama di STAR Ipoh
Guru dgn Murid (2011)
Pak Lau (kiri) dgn Basri

Foto dirakam depan rumah Cikgu Lau Hut Yee di Taiping



Kiri: Cikgu Lau Hut Yee di rumahnya di Taiping sekarang (2011). Kanan: Pak Lau ketika aktif sebagai Guru St John's Ambulance menyambut ketibaan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama sempena upacara perasmian STAR Ipoh pada 14 Mei 1958.


Terima Kasih Cikgu


Dan . . . hasil daripada penerapan nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada segala asuhan dan latihan, pelajaran dan pendidikan serta bimbingan dan tunjuk ajar yang penuh berdisiplin diterimanya di STAR Ipoh, Basri berjaya menceburi bidang ketenteraan (Jun 1971 - Mei 2005).




Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai pemerintah . . .


Beliau ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda (Lt M) pada 14 April 1972 dan terus maju dalam kerjayanya sehingga bersara sebagai Leftenan Kolonel (Lt Kol) pada 21 Mei 2005.




Ensuring everything's fit for a King . . .



Lelucon Kesetiakawanan



Foto kiri: Serah - Terima Tugas Ketua Jurutera 2002. Foto kanan: Wira atau pahlawan? Yang pasti . . . Tiga Sekawan.


Atas kesetiaannya kepada negara dan keberaniannya menentang dan menghapuskan musuh negara . . . beliau telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 2 Jun 1976 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong .



Masya-Allah . . . hebatnya!



Watikah PGB yg diterima Basri Omar



Basri telah berkhidmat dengan penuh gigih dan setia selama 34 tahun sebagai Pegawai Jurutera dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). Beliau sanggup ke mana saja atas nama menjalankan tugas mulia untuk negara. Allah sahaja yang membalas segala jasa yang telah beliau curahkan.













Tugas tak mengira waktu dan tempat . . . berkhidmat dengan bijak dan jujur jadi pegangan.




Segak di Jerman


Australia 1994



Foto kiri: NBC Visit UK - 1985. Foto kanan: Bersama para pegawai NIOL Iran



Foto kiri: Di Kg Aman 3 - Selatan Thailand 1990 (bersama A Rashid Maidin). Foto kanan: Khmer Rogue AA Gun -1993




Foto kiri: UNTAC Cambodia-Thailand border '93. Foto kanan: UNTAC '93 -Khmer Rouge



Banding 2004



Penghargaan
drpd mantan Menteri Pertahanan
kini Perdana Menteri Malaysia DS NTR


Bersalaman dengan
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
pada Hari Pahlawan



Sehingga saat artikel ini ditulis, Basri merupakan satu-satunya bekas pelajar STAR dan Pegawai RAJD yang menerima anugerah PGB. Satu pencapaian yang amat membanggakan!


Bukan calang-calang . . . Satu barisan terbilang . . .


Masya- Allah . . . Double Hebat! . . . Pingat lagi
untuk Basri drpd DYMM Sultan Perak . . . Kudos!






Dua Sejoli


Lt Kol (B) Hj Basri Omar & Pn Hjh Zawiyah

di Istana Iskandariah Kuala Kangsar
Dan tidak kurang hebatnya Puan
Hjh Zawiyah bt Hj Abdul Aziz . . .
Dianugerahkan PJK . . . Tahniah!



Sejak kecil Basri amat rapat dengan ibu bapa serta adik beradiknya. Beliau juga memelihara silaturahim yang erat dengan ahli-ahli keluarga terdekat dan sanak saudara lain. Begitu juga cara persahabatan yang diamalkannya dengan semua rakan dan sahabat handai.




Basri & Shobihah



Foto kiri:
Ayhn Omar Hj Ismail bersama seorang ahli keluarga. Foto kanan: Basri pada zaman kanak-kanak bersama ahli-ahli keluarga di Botanical Gardens Penang, 1956.



Basri Omar Sekeluarga
di Botanical Gardens Penang 1956



Foto kiri: Bonda Kholijah & Shobihah. Foto kanan: berdiri dari kiri - Basri, Pauzi & Ramli
Duduk: dari kiri- Zawiyah & Shobihah




Bonda Hjh Kholijah bersama cicit sulungnya
. . . sapa tu ha?



Kemesraan ini dapat dilihat berterusan hingga kini. Basri sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada dirinya sendiri.



Ucapan tahniah kepada geng lama


Dengan geng lama . . . STAROBA



Dengan PW Moorthy



Reunion Form Five '65
Feb 2010


With MD MACC Mr Keith Burrows
Feb 2006



Basri bernikah dengan seorang gadis manis dari Yan, Kedah . . . Siti Zawiyah bt Abdul Aziz, pada 24 November 1977. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan Allah SWT lima orang cahaya mata. Tiga lelaki dua perempuan.




Majlis kenduri perkahwinan di rumah pengantin perempuan

Selamat Berbahagia

Mana nak dapat makan 'open air' lagi sekarang . . .

Jaga baik . . . pedang tu tajam!


Anak sulung Basri bernama Siti Nur Nazehah, yang kedua Siti Nur Asilah, ketiga Mohd Fitri, keempat Mohd Shafik dan yang bongsu Mohd Afnan.




Foto Atas: B - Basri & Zawiyah
H - Asilah, Fitri, Shafik (dipangku) & Nazehah

Foto Bawah: Dari kiri -
Fitri, Shafik, Basri, Nazehah & Asilah

Afnan mana? . . . Oh, begitu . . .


Keempat-empat mereka yang berada dalam kelompok atas senarai . . . sedang dalam lingkungan usia awal dan pertengahan 20-an . . . manakala si bongsu yang 'lewat' menghadirkan dirinya . . . kini baru berusia 10 tahun.




Ha . . . sini baru Afnan enter frame . . .

Dari kiri:
Asilah, Fitri, Afnan, Nazehah & Shafik


Bergambar kenangan sekeluarga 05

Wajah-wajah dirahmati Allah 06

Penulis dapat memerhati dan mengamati bahawa Basri telah mendidik anak-anaknya dan membimbing keluarganya dengan penuh kasih sayang dan pengertian (walau pun kadang kala tidak dapat disorokkan 'ketegasan' dan 'disiplin' ala tenteranya).


Young Basri & Zawiyah



Pakej berbulan madu , ha?

Budaya tegas dan penuh disiplin yang ditunjukkan Basri tidaklah menghairankan. Sikap bertanggung jawab, peka dan prihatin terhadap sesuatu yang berlaku di alam sekelilingnya telah tersemai dan terpupuk dalam jiwanya sejak lama.


{This man obviously has had a very good upbringing . . . sampuk . . . siapa lagi yang suka menyampuk dalam blog ni ? }

Penulis bersetujulah dengan si jiran omputih ni. Basri telah diasuh dengan cukup 'baik' (kalau pun . . . kata orang . . . tidak boleh digunakan perkataan 'sempurna' . . . kerana kata orang lagi . . . mana ada orang yang 'sempurna') oleh kedua-dua ibu dan bapanya ketika zaman kanak-kanak lagi.

Kemudian Basri ke STAR . . . dapat lagi berbagai asuhan yang berkualiti untuk jadi 'orang'. Akhirnya masuk askar. Dapat pula asuhan dan latihan ketenteraan . . . dengan segala detail dan disiplinnya. Memang patut jadi 'orang'.

Sejuk perut bonda Hjh Kholijah bt Hj Othman mengadung dan melahirkan putera yang kini bergelar Lt Kol (B) Hj Basri bin Hj Omar PGB.

Dan . . . segala penat lelah serta susah payah seorang ayah . . . Hj Omar bin Hj Ismail . . . membesarkan, mendidik dan membimbing puteranya yang bernama Basri itu pula tidak sekali-kali sia-sia.



Dalam perjalanan ke Tanah suci Makkah Al-Mukarramah


Foto kiri: Ayhn Hj Omar dgn cucunya Siti Nur Asilah. Foto kanan: Siti Nur Asilah, Ayhn Hj Omar, Mohd Fitri, Bonda Hjh Kholijah & Siti Nur Nazehah



2005 - Bersama ahli keluarga dan adik bongsu pula ke Mekah menunaikan umrah



Hakikatnya . . . hubungan erat yang telah lama terjalin dengan Basri sekeluarga pasti 'melayakkan' penulis menyatakan perkara-perkara di atas.



Berdiri dari kiri:
Zawiyah, Asilah, Fitri, Halim, Shafik, Hazry & Alimah
Mencangkung dari kiri: Nazehah & Lyana

Foto-foto memaparkan keluarga penulis dengan keluarga Basri pada tahun 1991 di kuarters tentera Kem Sungai Ara, Pulau Pinang. Ketika itu Basri sekeluarga tinggal di situ.



Foto kiri: dari kiri- Lyana, Asilah, Nazehah, Fitri, Hazry (memegang Shafik) & anak jiran?
Foto kanan: dari kiri- Halim, Asilah, Nazehah (memeluk Shafik) & Lyana


Akhir kata . . . penulis mendoakan semoga setiap titis keringat ibu bapa mukmin yang jatuh ke bumi demi kepentingan anak yang amat mereka kasihi diberkati Allah SWT.

Dan . . . semoga taburan kasih sayang dan balasan jasa bakti daripada setiap anak yang soleh terhadap ibu bapa yang amat mereka sanjungi juga mendapat manfaat Allah SWT. Amin.










dsuarang.blogspot.com

3 comments:

  1. Salam Tuan Basri.. Selamat menyambut HUT ke 59 dari saya
    Ku hadiahkan salam sayang, bersama Al-fatihah yang penyayang, kukirimkan sesuci kasih, bersama Al-ikhlas yang suci bersih, istimewa untuk tuan, moga rahmat Allah tetap bersamamu,selamat hari lahir Tuan..

    ReplyDelete
  2. Salam Uda dan Senapangpatah!

    Tk atas ingatan.....moga2 kita terus di BERKATI Allah SWT.AMIN!

    ReplyDelete
  3. Salam Adinda Basri,

    Setahun lagi waktu ujian 'kematangan' telah adinda lalui. Uda yakin tempoh itu telah adinda rentasi dengan sebaik-baik dan sesempurna mungkin.

    Teruskan berpegang kepada 'biar cerdik' sepanjang masa.

    Selamat HUT ke-59. Mudah-mudahan Allah SWT terus memberkati kita semua Amin.

    ReplyDelete