Tuesday, September 14, 2010

Keluarga Mohd Bahadun & Norhawani




 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Maaf Zahir Batin


Alhamdulillah . . . sempena meraikan kemuliaan Aidilfitri musim ini, d'SUARANG terus dikunjungi saudara mara dan sahabat handai. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih ada mereka yang sudi menemui aku dengan tujuan mempereratkan tali silaturahim antara diri dan keluarga seluruhnya.


Seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, aku tidak sekali-kali memaksa sesiapa pun mengunjungi aku pada waktu-waktu begini. Apatah lagi . . . mereka yang lebih berusia daripada aku! Atau . . . saudara mara yang tinggal jauh daripada aku! Atau pun . . . mereka yang lebih berkedudukan daripada aku! Pendeknya, mereka yang serba kanan berbanding dengan diriku!


Namun apabila mereka tetap datang hendak menemui aku atau berkunjung pada hari dan bulan yang mulia ini . . . aku bersyukur sajalah ke hadrat Ilahi. Aku bersyukur dengan seikhlas-ikhlas hati. Kurang tapak tangan nyiru ditadahkan . . . kata pepatah. Dan . . . kalau diikuti istilah moden buatan zaman 70 & 80-an . . . bunyinya lebih kurang begini: Kurang tapak tangan, Stadium Merdeka ditadahkan!


Nah, begitu sekali hebatnya perasaan seseorang yang terbuka hatinya dengan penuh keikhlasan apabila menyambut para tamu.


Maka begitulah kiranya perasaanku jua . . . Selagi ada yang sudi mengunjungi aku sekeluarga di d'SUARANG dengan semangat persaudaraan yang tulus, selagi itulah aku akan menerima baik kunjungan mereka itu . . . Insya-Allah.


Dan . . . Ya Allah, berkatilah hamba-hamba-Mu yang berusaha memanjangkan silaturahim antara sesama insan. Amin.


maafkan saja salah dan silap,
katakan kita manusia biasa,
tidak lekang daripada kekurangan;
andainya sekadar madah dan cakap,
hati nurani dibiarkan berbisa,
kelak hilang makna persaudaraan!





Terima kasih daripada kami di d'SUARANG.

STOP PRESS



5 Hari Raya Selasa 14 Sept 2010



[Foto kiri dari kiri: Alimah, Ahmad Iman Iskandar, Nurul Hanani, Nurul Najla & Nurul Ain. Umar Ilham Majid dikerumuni.]Umar Ilham Majid.]


MBB & AMB

 

[Mohd Bahadon & keluarga berkunjung ke d'SUARANG pada sebelah tengah hari. Beliau ditemani isterinya Norhawani, anak-anaknya Ahmad Wafi, Nurul Najla, Nurul Ain dan Nurul Hanani. Menantu MBB bernama Norazila serta anak kecilnya Ammar Wazin juga turut serta dalam kunjungan ini.]





[Foto kiri: Norazila bersama anak sulungnya Ammar Wazin. Foto kanan dari kiri: Norhawani & Norazila. MBB membelakangkan kamera.]


[Foto kiri: Ahmad Wafi bersama anak pertamanya Ammar Wazin. Tahniah Wafi & Norazila. Foto kanan: Cucu pertama MBB bernama Ammar Wazin. Tahniah MBB & Norhawani kerana kini bergelar datuk & opah.]




Terima Kasih daripada kami di d'SUARANG.






[Ye le . . . saya bagi pihak keluarga AMB . . . menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mengunjungi d'SUARANG . . . kan saya pun Amb . . . (Azim Muqry Basrie), he he.]











dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment