Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Puteri Lilin
Dian yang kami nanti-nanti
dengan penuh debaran di hati
tiba jua malam tadi
Dian yang kami tunggu-tunggu
dengan tidak pernah jemu
datang jua menyertai keluarga
kami gembira . . .
Cucuku yang ini
srikandi pertama
di sisi kelompok tiga wira sebelumnya
walau masih belum diberi nama
setelah kelahiran . . .
aku pantas saja memanggilnya,
Dian!
Aku memanggilnya demikian
sejak dalam kandungan
nama itu aku rasakan selesa
aku rasakan sepadan . . .
demi kebesaran Tuhan!
Atuk percaya
Dian akan membawa
ribuan cahaya sinaran
kepada ayah dan bonda
dan seisi keluarga
Atuk harap
Dian Seri Aishah
solehah
penenang segala yang resah,
pemudah segala yang susah!
Atuk berdoa
Dian Seri Aishah
beradab
penerang segala yang gelap,
pencerah segala yang malap
Dan Dian
semoga kau mempertahankan
kemasyhuran gelaranmu
sebagai penerang alam
dalam budaya kehidupan yang lumrah
dengan tabah . . .
semoga kau jadikan iktibar
segala nilaimu yang sering tersebar
menjadi sanjungan masyarakat
agar berkesan
agar berkat!
AMB
PCMC KL
18.6.2011
*Sempena kelahiran cucuku Dian Seri Aishah pada jam 10:01 malam hari Jumaat 17. 6. 2011 di PCMC KL. Dian Seri Aishah anak sulung Halim & Norshafini. Kisah selanjutnya menyusul.
Salam Uda dan Keluarga!
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah....tiba juga cucu ini ......SRI KANDI...Tahniah pada Anaknda Halim dan Fini..moga2 sentiasa di BERKATI Allah SWT..Tumpang SERONOK dan Bangga..AMIN!
Salam Adinda Basri,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen adinda.
Alhamdulillah dikabulkan Allah SWT permintaan baik kita.
Semoga apa yang tertulis di dalam puisi Puteri Lilin di atas menjadi kenyataan seterusnya. Amin!