Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kunjungan Pertama Umar
Hari Khamis 9 Jun 2011 HS menelefon aku. Sahabat aku ini bertanyakan khabar setelah hampir sebulan kami tidak berhubungan. Maka dua sahabat pun saling menyampaikan khabar terkini antara keluarga. Semua baik . . . Alhamdulillah.
Kemudian setelah berbual tentang hal-hal lain HS memberitahu aku bahawa pucuk ubi kayu di kebunnya sudah 'bercambah' dengan suburnya selepas beberapa minggu hujan turun membasahi bumi sekitar RUMANISSA. Hujan rahmat.
HS lantas bertanyakan sama ada aku mahu memetik pucuk ubi kayu (pucuk bandung kata orang Sarawak) yang sedang banyak menghijau itu . . .
Kata HS lagi," Kalau engkau mahu . . . datanglah ke rumah aku . . . ambil sahaja anytime."
Foto-foto di atas memaparkan beberapa scene daripada rancangan "Mari Kita Ke Ladang" . . .
Cuma ia bukan berlatarbelakangkan "Kebun Pak Awang" tetapi "Kebun Pak Harun"
Cuma ia bukan berlatarbelakangkan "Kebun Pak Awang" tetapi "Kebun Pak Harun"
HS memang tahu aku suka makan dedaun. Dan . . . pucuk ubi kayu antaranya yang amat aku gemari. Kalau masak lemak pedas cili api ( N9 style) . . . hui 'berdentum' enaknya . . .
Maka keesokan harinya aku memberi respons kepada pelawaan sahabat aku itu. Aku berjanji akan ke rumah HS pada pagi Ahad lusanya.
Sebenarnya, kalau bukan untuk mengambil pucuk ubi kayu itu pun aku memang ada niat untuk mengunjungi rumah sahabatku itu dari masa ke masa demi merapatkan hubungan silaturahim.

Atuk pun nak eksyen gak . . . sekali sekala weh . . . Tapi pastinya UIM yang tumpang glamour Atuk . . . ha ah!
Aku juga memang berhajat membawa anakku Halmy dan menantuku Liza serta cucuku Umar Ilham Majid (UIM) berkunjung ke rumah sahabatku itu kerana mereka belum pernah sampai ke RUMANISSA.
Maka pada pagi hari Ahad 12 Jun 2011 aku bersama isteriku Alimah dan anak menantu serta cucuku pun berkunjung ke rumah Tuan Hj Harun dan Puan Hjh Madznah sebagai memenuhi janjiku pada mereka.
Abah & Mama . . . Mari kita pose untuk para peminat di luar sana tu . . . Mamak ada FC tau . . . Acah je!
Dan . . . untuk mengakhiri kisah pucuk ubi kayu dari RUMANISSA kali ini . . . aku suka memberitahu HS & Madznah bahawa masak lemak pedas cili api pucuk bandung itu dapat juga dinikmati oleh besanku dan ahli-ahli keluarganya dari Sarawak yang datang pula berkunjung ke rumahku pada sebelah malam hari Isnin lalu.
Syukur . . . besanku berkata, " Pucuk bandung ni cukup lembut . . . dan masakan ala N9 ini memang enak!"
Kembang kempis hidung Chef Alimah mendengar kata-kata besannya dari Sarawak itu . . . he, he.
Aku terfikir . . . Alangkah baiknya kalau HS & Madznah ada bersama kami makan bersekali pada malam itu . . . baru berdentum pucuk bandung!
Aku pula baru tahu kat Sarawak pucuk ubi kayu tu dipanggil pucuk bandung . . . [patutlah masa kat kedai makan di Sarawak hari tu . . . aku order/panggil pucuk ubi . . . dia tak menyahut!]

Tak sudah-sudah Pn Hjh kita melayan tetamu RUMANISSA . . . Kat resort pun tak dapat layanan macam ni . . .
Foto-foto dalam siaran ini dipaparkan untuk kenang-kenangan. Terima kasih daun keladi Run dan Madznah atas layanan kalian yang mesra.
Semoga Allah SWT memelihara kita semua. Hingga berjumpa lagi.
Wassalam.
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment