Monday, May 28, 2012

Keranamu Mustafa






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Tahniah Amar dan Effashela




Jam menunjukkan pukul 12:30 ptg. Aku masih di Muar. Masih di majlis perkahwinan anak saudara perempuan isteriku. 


Dari kiri: penulis, Hj Hamidin, Hj Aziz




Kaum keluarga sebelah isteriku . . . ketika menghadiri majlis perkahwinan di Muar . . .




Majlis perkahwinan Hartymie Hamzah dengan Ariffin Jamali
















Mohon maaf . . . kami mahu ke Kajang pula . . . 



Kami sebenarnya baru tiba dari KL sebentar tadi . . . pada kira-kira pukul 12:00 tengah hari. Aku mesti ke Kajang pula selepas ini untuk menghadiri satu lagi majlis perkahwinan.

Majlis di Kajang itu majlis perkahwinan putera sahabat baikku Hj Mustafa Abdul Rahman dan isteri beliau Hjh Raja Nor Ainan Raja Kahar.




Kad Undangan



Pada hari Sabtu 26 Mei 2012 bersamaan 5 Rejab 1433H  yang mulia ini . . . anakanda Amar bin Mustafa dan Effashela binti Md. Sedik masing-masingnya menjadi Raja dan Ratu sehari . . . 




Raja dan Ratu Sehari



Mahu tidak mahu . . . aku dan isteriku memberitahu saudara mara yang berkumpul meraikan majlis di Muar ketika itu . . . bahawa kami terpaksa meninggalkan majlis perkahwinan di situ secara 'amat' tergesa-gesa.

Kami mahu tiba di Kajang sebelum jam 4:00 ptg . . . sebelum berakhirnya acara majlis yang diadakan di Dewan Teratai, Maktab Penjara Malaysia, Kajang.

Kami tiba di tempat majlis diadakan pada jam 3:30 ptg. Hj Mustafa masih melayan para tetamu yang masih datang walaupun waktunya sudah menjelang lewat. Mereka itu . . . seperti aku jugalah . . . ada hal-hal lain lagi . . . agaknya.


Apa pun . . . aku serombongan dapat bersembang-sembang  selesa dengan Hj Mustafa dan Hjh Raja Nor Ainan serta pasangan pengantin baru . . . setelah berada di situ.


Dalam keadaan majlis sedang berjalan rancak (dari jam 1:00 hingga 3:00 petang) . . . tentu sahaja aku tidak berpeluang berbuat demikian! 


Ada hikmahnya aku sampai terkemudian sedikit ya tak . . . (What else is there for me to say bro . . . he, he.)



Foto-foto kenangan yang sempat dirakamkan ketika kami di meja makan dalam dewan . . . tempat majlis diadakan.





Susana riang . . . apabila sahabat lama . . . bertemu dalam peristiwa . . . yang amat bermakna . . .






Sempat juga bergambar dengan pasangan pengantin . . . masya-Allah




Sharing experiences . . . and . . . becoming more knowledgeable  . . . yet wiser? . . . hmm





Dari kiri:
 Hj Mustafa, penulis,
 Hjh Raja Nor Ainan, Hjh Alimah





Pengantin baru: Amar dan Effashela






Here we go now . . . Let me contact this consultant of mine . . . and . . .  let me keep this  in my pocket first . . .





Dari kiri: 
Rashidi, Alimah, penulis, Amar, Effashela, Mustafa,
Raja Nor Ainan (memegang cucu), Alyn (mendukung Aii)







Dari kiri:
Alimah, penulis, Amar, Effashela, 
Mustafa, Raja Nor Ainan (memegang cucu)





Setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Sudah lumrah perhubungan insan di dunia ini. Maka . . . setelah selesai segala yang perlu berlangsung dalam meraikan sesuatu majlis perkahwinan . . . aku memohon diri untuk berangkat pulang.



Aku amat bersyukur dan berpuas hati . . . dapat jua menghadiri majlis perkahwinan putera sahabatku ini  . . . walaupun aku dan rombongan terpaksa bergesa-gesa . . . dari Muar sebentar tadi. Alhamdulillah.





Dua Sahabat Lama

[Hj Mustafa 
yang kemas memakai baju Melayu tu . . .]


Terima Kasih

(kerana mengundang kami)




Semoga Hj. Mustafa dan Hjh Raja Nor Ainan berterusan gembira menerima menantu buat kesekian kalinya ini.


Aku sekeluarga mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Amar dan Effashela mengecap kebahagiaan hidup dan nikmat berumah tangga sepanjang hayat. Amin.


OK . . . bro MAR . . . time for me to go . . . Cheerio.
Insya-Allah jumpa lagi.



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

2 comments:

  1. This is my 4th try. All 3 previous attempts fruitless due to confusing preconditions set by the blog admin.
    Salam Tn Jamid AlHaj. Your intro mencairkan niat aku nak beseloroh dengan komen2 nakal. Jutaan terima kasih kpd Tn Hj & Hjh kerana sanggup mengejar masa ka Kajang & singgah ka majlis kami, walau pun dan lewat. Elok juga dapat berborak lama!! All becos of me! Yalah..itu tanda member lama yang selalu dihati walaupun jarang bertemu. Semoga Tn Hj & family terus didalam peliharaan Allah SWT & sihat walafiat. Wasalaam. Tapa.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Hj Mustafa yang dimuliakan,


    Penulisan yang tidak seberapanya daripada teman.

    Allah sahaja yang mengetahui betapa teman menghargai persahabatan kita yang terjalin sejak tahun 1965 dulu.

    Semoga persahabatan ini diizinkan Allah berlanjutan dalam suasana yang mesra sehingga akhir waktu. Amin.

    Gingha tika pumja gali. Gerads (kacap omtupih kisit le . . .) he, he

    ReplyDelete