Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Rombongan ke Singapura 1962
Penulis teringat akan peristiwa pertama kali berkunjung ke Singapura. Ketika itu penulis masih di zaman persekolahan menengah . . . di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Cuti penggal ke-3 persekolahan waktu itu lama juga . . . sebulan lebih.
Biasalah pada setiap penggal cuti sekolah penulis akan 'balik kampung' ke Tapah.
Kali ini 'balik kampung' ada berita menarik yang menunggu kepulangan penulis. Ahli-ahli keluarga di Perak akan melawat kota besar Singapura . . . dan penulis juga diberi peluang ikut berombongan.
Alangkah teruja penulis apabila ditawarkan kesempatan turut berkunjung ke Singapura. Al-maklum ini pun kali pertama penulis akan menjejakkan kaki ke bumi yang pada zaman silam terkenal dengan nama 'Temasik'!
Al-maklum juga . . . Singapura sebuah kota yang pesat pembangunannya pada tahun-tahun 1960-an dan amat hebat kemodenan gaya hidup warganya pada pandangan mata warga Malaya ketika itu.
Sebuah bas telah disewa (chartered) dari Tapah (kalau tak silap penulis bas syarikat 'Regal') untuk ke Singapura. Kami akan berada di 'kota singa' itu selama 3 hari 2 malam.

Ketika di Singapura penulis dan rombongan di bawa melawat ke beberapa tempat yang dianggap 'menarik' . . . (mengikut standard pelancongan zaman itu).
Singapore Aquarium December 25 1962 |
[penulis berdiri no 2 dari kiri di baris 3 dari belakang]
Changi Beach December 26 1962
Berdiri dari kiri:
Opah Zaidah, Abg Long Azman, (?), penulis, Ayhn Baharom, Busu Normah
Bercangkung:
Abg Ngah Ismail, adn Timah, Leha, Ino, Opah Long
Singapore Museum December 27 1962
[penulis berdiri no 2 dari kanan baris belakang]
Cathay Keris Film Studios, Singapore December 27 1962
[penulis berdiri no 5 dari kanan]
Singapore Breweries December 27 1962
(dikunjungi juga pada zaman 'gelap' dulu . . . hmm)
[penulis bercangkung no 4 dari kiri di hadapan]
Bedok Beach, Singapore December 27 1962
Dari kiri baris belakang:
Ayhn Baharom, Abg Ngah Ismail, Abg Long Azman, Opah Zaidah, Opah Long, adn Leha, Busu Normah, (?)
Baris depan:
Penulis, adn Ale, Ino, Timah
Tidak mengapalah (fikir penulis) . . . sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman berkunjung ke negeri yang lebih maju dan moden pada zaman 1960-an . . . zaman kegemilangan pop yeh yeh!
Haw Par Villa, Singapore December 27 1962
Dari kiri:
Penulis, Abg Long Azman, Ayhn Baharom,
Adn Timah, Abg Ngah Ismail, (?)
Kata orang . . . jauh perjalanan luas pemandangan . . . haha hmm.
{Catatan Penghargaan:
Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada anakanda Mohd Azurin bin Mohd Azman yang telah bermurah hati membolehkan siaran semula foto-foto lama daripada koleksi abang penulis Allahyarham Mohd Azman Baharom.}
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment