Thursday, August 28, 2014

Nostalgia 1970






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sepanjang Jalan Kenangan


Foto-foto di bawah mengembalikan kenangan penulis kepada tahun 1970 ketika berkunjung ke rumah Pak Uda Nadzar dan Mak Uda Zaleha.


Tarikh yang lebih tepat lagi ialah 9 Mac 1970. Pada masa itu Pak Uda (Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff)* tinggal di kuarters Anderson School Ipoh . . . rumah yang dikhaskan untuk beliau sebagai guru asrama sekolah tersebut.


*(Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff adalah adik nombor tiga kepada bapa penulis Baharom Mohd Shariff.)







 d Hostel Master's House @ Anderson School, Ipoh

{Tuan rumah . . . 
 Pak Uda Nadzar dan Mak Uda Zaleha (bertanda H merah) . . .
 bergambar ramai dengan kaum keluarga dan sanak saudara.
 Penulis (bertanda x)}









those were d days . . . Ipoh 1970



Selepas kunjungan ke rumah Pak Uda Nadzar dan Mak Uda Zaleha penulis sempat pula melawat Japanese Garden (Taman Jepun) yang terkenal di Ipoh pada waktu itu.









Adik-adik sepupu penulis . . . di Japanese Garden, Ipoh 1970 
Kiri: 
Joey (Zulkifli Nadzar), E (Nazri Nadzar)









Dari kiri:
Azurin Azman, penulis, Joey, Norli, E

(Penulis melayan kerenah sepupu dan anak buah . . . 
terasa tua sangat teman ni beb . . . hehe)



Peristiwa 1970 di Ipoh menjadi nostalgia buat penulis . . . dan pastinya juga bagi semua mereka yang berkenaan.




{Catatan Penghargaan:



Foto-foto dapat disiarkan semula dgn ihsan Mohd Azurin Mohd Azman drpd koleksi ayahanda beliau Allahyarham Mohd Azman Baharom.}







bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment