Saturday, November 26, 2016

Nursery d' SUARANG?







Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera







Dylla d Principal?



Apakah benar kini wujud sebuah pusat penjagaan kanak-kanak (nursery) di d'SUARANG? 

Benarkah pula Lola Dylla sudah memegang jawatan Pengetua di situ? 

Wah! Ini berita panas terbaru. Macam kes perlantikan menjadi Principal dalam sebuah rancangan realiti popular TV tempatan!



Apa erti semuanya ini? Agak kurang jelas apa yang dimaksudkan? 

Tak mengapa . . . Lihat dan telitikan saja foto-foto yang tertera di bawah ini untuk anda buat kepastian sendiri.










"Relaks sikit ye Tomato Man."






"Biar Lola tengok dak Black Seed Boy
dan si Mamak Cape Town ni jap."









"Ok Tomato Man . . . Peluk bantal bulat ni."
"Sekarang bagi chance le pulak pada
dua 'pendatang baru' ni," pujuk Lola.






"Kesian dak BSB ni . . . Lama tunggu layanan.
Si Mamak CT ni pun . . . sabo je le."






"Ha, BSB ... Let me attend to you now."
Lola tercakap omputih le ... risau dengan hiruk pikuk di sekelilingnya!
Si Mamak CT kat hujung tu, diam aje. A very well-behaved boy le pulak.







Lola: 
 "Jangan Nangis Lagi BSB ...
... I'm afraid I will cry too!"


Oh, bukannya telah wujud sebuah taska baru di d'SUARANG!

Rupanya yang jadi 'macam gitu' ialah kerana sekarang kesemuanya sudah ada tiga 'pendatang dengan izin' (bukan Pati) dalam keluarga ini. 

Alah, si Tomato Man, si Black Seed Boy dan si Mamak CT tu le! Dah mula jadi ala-ala riuh dan kecoh sedikit kat sini! 

Dan, Lola Dylla pula datang menyerah diri ketika keadaan dan suasana 'heboh' berleluasa! Apa lagi kena bantu le . . .


Maka begitu le kisah ringkasnya . . . kisah kononnya dah ada nursery di d'SUARANG. Dan, Lola Dylla tu kononnya dah jadi Principal lak!


Apapun, terima kasih daun keladi diucapkan kepada Lola Dylla si Principal tak bergaji tu. Budi dan jasa anda tiada tandingan. Allah saja yang mampu membalasnya.


Balik-balik fikir . . . kalau betul-betul buat taska . . . camna? Ok juga kot . . . tak kaya, kayap . . . kata orang he, he.






STOP PRESS









d 3 Musketeers

Dari kiri:
Umar (Uim), Azim (Amb) & Ahmad (Aii)








Dari kiri: Azim ( BSB) & Umar (Mamak CT)






Along Aii memeluk Awa Amb








Tomato Man dgn Black Seed Boy










dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment