Showing posts with label Nota Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Nota Ucapan. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2013






Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
kepada semua Muslimin dan Muslimat yang aku kenali dan yang mengenali aku . . . 


Buat Renungan Menjelang 1 Syawal 1434H


Sebelum merungut tentang hak kebebasan bersuara atau bertindak . . . bersyukurlah Allah masih memberikan kita lidah yang boleh berkata-kata dan tubuh badan yang boleh bergerak-gerak . . . bayangkan kesukaran yang menimpa andainya lidah kita tiba-tiba kelu dan badan kita tiba-tiba kaku . . . 


Sebelum merungut tentang hidangan makanan yang tidak hebat atau lazat . . . fikirkan nasib seseorang yang tiada langsung apa-apa pun makanan untuk ditelan . . . 


Sebelum merungut tentang busana tidak mahal atau kurang berjenama . . . fikirkan bagaimana pula seseorang yang tubuh badannya tidak pernah dibaluti pakaian baru melainkan yang sudah compang-camping . . . atau perasaan seseorang yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang menjelang raya akibat musibah atau mala petaka . . .     



Sebelum merungut tentang kekurangan suami atau isteri sendiri . . . fikirkan tentang seseorang yang sentiasa bermohon kepada Allah supaya dipertemukan seorang teman hidup . . . namun hasratnya masih belum kesampaian hingga kini . . . 


Sebelum merungut tetang kebosanan dalam kehidupan  . . . fikirkan tentang seseorang yang amat mengharapkan jangka hayatnya dapat diperpanjangkan walau untuk sedikit waktu lagi . . . 


Sebelum  merungut tentang anak-anak yang kurang berjaya atau 'berhasil' . . . fikirkan tentang seseorang yang sangat menginginkan cahaya mata tetapi dirinya mandul . . . 


Sebelum merungut tentang rumah tidak serba lengkap atau tidak terurus dengan mewah . . . fikirkan tentang seseorang yang hidup gelandangan . . . 


Sebelum merungut tentang kepenatan memandu kenderaan sepanjang jarak yang jauh  . . . fikirkan tentang seseorang yang terpaksa berjalan kaki sejauh jarak yg sama . . .  


Sebelum merungut tentang kepayahan melakukan sesuatu pekerjaan sebagai mata pencarian . . . fikirkan tentang mereka yg menganggur, cacat anggota dan mereka yang amat berharap dapat bekerja seperti anda . . . 


Sebelum menuding jari kepada orang lain konon atas sesuatu kesilapan . . . ingatlah sebenarnya satu jari sahaja yang menunjuk ke arah orang yang dituding manakala empat jari lain menunjuk ke arah orang yang menuding . . . 


Sebelum mengutuk atau memfitnah  . . . ingatlah bahawa tiada seorang pun yang benar-benar sempurna (tidak berdosa) dan bahawa setiap orang akan dipersoalkan tanggung jawab perbuatan masing-masing oleh satu-satunya . . . Maha Pencipta . . . alam ini . . . 



ALLAH Subhanahuwataala 




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
1 Syawal 1434H



. . . drpd pemilik blog
dsuarang.blogspot.com








bamuda
dsuarang.blogspot.com