Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dia Datang!
Sekarang sudah jam 2:00 petang. Hari Sabtu 20 Mac 2010. Waktu dan hari yang dijanjikan pasangan pengantin HZ & N akan memenuhi jadual majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur. And . . . right on time . . . kedengaran ...
Pak pong, pak pong, pak pong . . . bunyi pasukan kompang dan gendang dari jauh sana. Tandanya . . . pasangan pengantin, Halim Zaharyn & Norshafini, yang ditunggu-tunggu dah tiba. Mari kita ramai-ramai raikan.
Pengantin perempuan Norshafini bt Abdul Hamid mendekati Pengantin Lelaki Halim Zaharyn bin Abdul Majid untuk sama-sama melangkah ke d'SUARANG
Dari sini sudah dapat dicamkan. . .
Pak Uda Zol meminta pasangan pengantin berhenti seketika
... Tapi jangan lama-lama sangat
dah berpeluh ni ...
Getting Ready Again
"Camna jadi Raja Sehari ni? . . . kena juga ikut arahan . . . Alahai"
Pasukan Kompang dan Gendang dah tak boleh tunggu lagi . . . "Kesian pengantin," kata mereka.
Lagi pun . . .
Fini: Smile all d way today ...
Halim: Feel like some top artiste today!
Halim dan Norshafini terus tersenyum walaupun ... di belakang dan di sebelah kiri mereka ... ada kumpulan KMG. (Bukan orang syarikat rakaman atau production house. KMG = Kaca Mata Gelap.) Itu di kiri nampak jelas ... Aunt Teh Lin (macam nama orang Cina lak) dan yang nampak suku aje tu ... siapa agaknya ... bukan Aunt Ngah Iza ke? Sorry kalau salah perkenalkan ye ... Soal kenapa mereka pakai Kaca Mata Gelap ... tak tahu le teman. Biarlah rahsia ... bak kata orang tertentu.
Menjejakkan kaki
di d'SUARANG
Acara Bersanding
Tunggu Apa Ha?
Oh ... kaum keluarga dan sanak saudara Norshafini
sedang menunggu acara merenjis pengantin sebentar lagi.
Ok le ... kita sama-sama tunggu.
Sementara menunggu acara berikutnya iaitu merenjis pengantin, pasukan Kompang dan Gendang menunjukkan kehebatan mereka bermain dalam majlis perkahwinan HZ & N ini. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada pasukan ini atas persembahan mereka yang menarik. Para tetamu yang hadir terhibur sambil menantikan acara merenjis pengantin dilaksanakan.
segala kebaikan
membina kehidupan di masa hadapan
Mudah-mudahan Allah kabulkan
Mudah-mudahan Allah kabulkan
Subscribe to: Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link