Showing posts with label Suara Hati AMB. Show all posts
Showing posts with label Suara Hati AMB. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Baitullah oh Rumah Allah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Muhammad (SAW) 



Semalam, Khamis 12 Rabilul Awal 1434H bersamaan 24 Januari 2013, berlalu sudah suatu hari istimewa . . .  Maulidur Rasul . . . hari keputeraan junjungan teragung kita Nabi Muhammad (SAW).


Mudah-mudahan kita telah meraikan ulang tahun keputeraan Baginda Rasulullah (SAW) dengan cara yang betul dan mendapat keredaan di sisi Allah (SWT).

Bersempena dengan laluan hari semalam . . . penulis teringat semula kepada peristiwa ketika berdiri di hadapan Kaabah di Makkah dua tahun yang lalu. 

Subhanallah . . . tiada perasaan yang dapat menandingi atau mengatasi ketakjuban rasa di hati penulis pada ketika itu . . . 




Suatu Hakikat





 [Petikan drpd 'Senarai Semak Ibadat Haji' terbitan Tabung Haji]




Selama ini
aku cuma mampu meninjau dari jauh
melihat di dada akhbar dan majalah
membelek halaman buku dan risalah.

Selama ini
aku hanya sempat menonton di kaca televisyen
menatap paparan ilustrasi
gambar mu nan indah
Kaabah oh Rumah Allah
syahdu, menyerlah
megah dan gah!










Hari ini
aku berada di sisi mu
Kaabah oh Rumah Allah
Alhamdulillah
dapat ku lihat
ramainya umat dunia
datang untuk beribadat
bermacam ragam berbagai gaya
berbagai usaha bermacam cara.









Selama ini
dari kejauhan
kulihat ramainya insan
hamba Tuhan
berpusu-pusu melimpah ruah
bertawaf keliling
Kaabah oh Rumah Allah . . . 













Bergerak senadi dan senada
berdoa bukan saja-saja
bukan suka-suka
berharap dapat menghapus dosa
menampung yang serba tak ada
membetulkan yang serba tak kena
menampal segenap yang berongga
menutup setiap ruang dosa!


Hari ini
Alhamdulillah
Kaabah oh Rumah Allah
kau kulihat
berterusan menerima kunjungan
jutaan bilangan hamba Tuhan
dari Kutub Utara membawa ke Kutub Selatan
di sepanjang daerah khatulistiwa
meliputi hemisfera Utara mahupun Selatan
juga Timur ataupun Barat
benua yang terjauh mahupun yang terdekat.

















Kini
kau dapat kulihat dari dekat
dengan pandangan yang tepat
penglihatan yang menyerlahkan
sesuatu yang hakikat
Kaabah oh Rumah Allah . . .






























Aku sangat terharu
segala tentangmu syahdu
segala tentangmu mulia belaka
segala tentangmu serba sempurna.
Kaabah oh Rumah Allah
Kau terbukti hebat . . .
penanda aras ke jalan berkat!


amb
(Puisi tertulis pada Jumaat 30 Disember 2011. Foto amatur . . . ambil sendiri)


Alhamdulillah . . . ya Allah . . . kerana mengizinkan hamba-hamba-MU hadir di situ dan mengalami kepuasan rasa yang tiada tolok bandingnya. Amin.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Wednesday, January 16, 2013

H-A-K





  • Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


    Hakikat . . . Amanah . . . Kewajipan



    Kali ini penulis tertarik untuk memetik entri fb Suhaimi Abdul Rahman . . . tentang soal HAK . . .

    Apabila membicarakan soal HAK penulis ingin menarik perhatian para pembaca yang budiman kepada soal Hakikat, Amanah dan Kewajipan kerana apabila dibicarakan soal HAK maka tidak dapat tidak . . . secara automatik . . . timbul pula soal hakikat, amanah dan kewajipan itu.

    Untuk mempersembahkan perkara ini secara puitis sedikit (konon le) . . .  penulis pun cubalah berpuisi pada akhir siaran . . . 



  • Mohd Suhaimi shared Bercinta Selepas Nikah's photo.
    <3 TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI <3

*Tanggungjawab suami  (Hak Isteri)-

1-Memberi nafkah zahir dan batin
2-Membayar mas kahwin kepada isteri
3-Memberi layanan yang baik
4-Menjaga maruah isteri
5-Memberi didikan agama
6-Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
7-Menjaga dari sebarang ancaman
8-Adil terhadap semua isteri
 
*Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)

1-Taat dan hormat kepada suami
2-Menjaga maruah suami
3-Memberi layanan yang baik
4-Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa
5-Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
6-Tidak keluar rumah tanpa izin
7-Tidak mendedahkan kelemahan suami
 
*Tanggungjawab bersama
 
-Mengekalkan kerukunan rumahtangga
-Memelihara dan menjaga anak-anak
-Memberi pendidikan yang sempurna
-Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
-Menyediakan rawatan dan perubatan
-Menjamin keselamatan

♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips dalam Rumahtangga,kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( @[473053892717143:274:Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim] ) Syukran ♥
    ♥ TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI ♥

    *Tanggungjawab suami (Hak Isteri)-

    1-Memberi nafkah zahir dan batin
    2-Membayar mas kahwin kepada isteri
    3-Memberi layanan yang baik
    4-Menjaga maruah isteri
    5-Memberi didikan agama
    6-Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
    7-Menjaga dari sebarang ancaman
    8-Adil terhadap semua isteri

    *Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)

    1-Taat dan hormat kepada suami
    2-Menjaga maruah suami
    3-Memberi layanan yang baik
    4-Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
    5-Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
    6-Tidak keluar rumah tanpa izin
    7-Tidak mendedahkan kelemahan suami

    *Tanggungjawab bersama

    -Mengekalkan kerukunan rumahtangga
    -Memelihara dan menjaga anak-anak
    -Memberi pendidikan yang sempurna
    -Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
    -Menyediakan rawatan dan perubatan
    -Menjamin keselamatan


    Para pembaca yang budiman . . . setelah membaca catatan-catatan di atas . . . cubalah fahamkan pula erti yang tersirat dalam puisi berikut . . . 

    Andai sesuai jadikanlah pedoman hidup bersuami isteri dan seterusnya . . . berkeluarga besar. 



    HAK
    (hakikat, amanah, kewajipan)


    Sebelum bergelar suami isteri
    hak peribadi milik sendiri
    hak bersama dikongsi keluarga
    hak seramai tiada terhingga;
    Setelah melalui gerbang perkahwinan
    banyak hak bertukar tangan
    banyak beza budaya perkongsian
    hak berubah menjadi tanggungan!
    Keluarga terdekat kenalah ingat
    Ayah bonda disanjung sentiasa
    masih terpelihara hubungan istimewa
    Erat di dunia sampai akhirat!
    Namun jangan alpa hak pasangan
    jangan biarkan hatinya terkilan
    dia yang sekarang jadi tanggungan
    dia yang kini diamanahkan
    Yang Maha Esa Tuhan
    untuk dihargai untuk disenangi;
    Fikir fikirkan, timbang-timbangkan
    Jauhkan penting diri, elakkan percanggahan
    Biar pasti
    Yang mana BOLEH yang mana MESTI!


    amb




    Bamuda
    dsuarang.blogspot.com 

Wednesday, January 9, 2013

Alpa Sama Lupa






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Kadangkala 


Sebagai insan biasa kita tidak terlepas daripada belenggu kelalaian atau bersikap sambil lewa terhadap sesuatu yang kelihatan amat biasa dalam kehidupan sehari-hari [ taking things for granted over things familiar . . . bak kata si omputih jiran teman tu le. ]

Mari kita dengan jujur melihat ke dalam diri sendiri . . . menginsafi akan kelemahan kita masing-masing . . . dan cuba merungkaikan belenggu kelalaian yang mengikat diri kita selama ini.

Kita ubah sikap acuh tak acuh, bena tak bena, atau endah tak endah terhadap situasi yang pasti pernah kita alami tetapi sering kurang kita ambil peduli. 

Ayuh . . . perkukuhkan pegangan kita ke arah yang lebih positif. 

Puisi berikut merumuskan mesej yang ingin disampaikan penulis kepada para pembaca yang budiman.

Setiap hasrat hamba-NYA yang ikhlas dan baik . . . akan disampaikan Allah swt. Demikian keyakinanku!






Kadangkala 



Kadangkala 
kita lupa menghargai 
sesuatu yang kita ada 
selagi ia masih di sisi 
selagi ia kita miliki; 


Kadangkala 
kita leka mensia-siakan 
anugerah dan pemberian 
kerana kurang pengertian; 


Kadangkala 
kita tidak berterima kasih 
kepada mereka yang berbudi 
sehingga mereka dah tiada lagi; 


Kadangkala 
kita tidak peduli sangat 
tentang kebajikan dan kemanusiaan 
sudah terhakis rasa keihsanan; 


Kadangkala 
kita tidak ikhlas dan suci hati 
terhadap mereka yang … 
membimbing 
menasihati 
mengambil berat 
memahami 
menyayangi; 


Kadangkala 
kita mudah terlajak kata 
mudah terlanjur aksi 
lupa tatasusila 
lupa diri; 
paling dahsyat 
kita selalu alpa 
mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi! 


Aduhai 
jangan nanti 
dah tiada baru terasa 
dah tinggal baru menyesal 
dah hilang baru walang 
dah berpisah baru gundah 
dah habis baru menangis! 




Abdul Majid Baharom
(kk Rabu, 9 Januari 2013)






Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, January 8, 2013

DIA PENCIPTA





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Renungan Tahun Baru 


Aku rasa relevan sangat menghadirkan sedikit catatan di ruang ini . . . untuk merakamkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran terhadap kurniaan Ilahi kepada aku sekeluarga . . . dan mudah-mudahan juga kepada para pembaca yang budiman . . . selama ini. 
 .
Ya Allah . . . berkatilah kami semua terus menerus. Sesungguhnya tanpa pertolongan-MU Ya Allah . . . entah bagaimanakah keadaan kami dan di manalah pula tempat kami!

Aku bersyukur masih diizinkan-NYA menulis dan berfikir seperti dahulu . . . ketika aku berkhidmat sebagai seorang editor. Sudah lebih daripada 11 tahun aku bersara wajib sekarang.

Sepanjang tempoh hidup ini . . . Allah swt telah memberikan kepada aku sekeluarga segala kenikmatan yang diidamkan oleh hambanya. 


Aku percaya para pembaca yang budiman juga telah dianugerahkan Allah swt rahmat dan nikmat yang sama. Alhamdulillah.

Namun . . . kadangkala adalah juga ujian dan dugaan terhadap kesabaran dan ketabahan hati ini dalam menjalani hidup sehari-hari. 

Aku tetap bersyukur dapat melalui atau mengalami keadaan yang sedemikian kerana aku percaya setiap ujian Allah itu membawa bersamanya sesuatu kebaikan yang tidak terduga oleh akal manusia.


Tentu sahaja ada hikmahnya! 


Aku yakin para pembaca yang budiman juga ada berhadapan dengan ujian dan dugaan yang sedemikian dari masa ke masa. Aku juga yakin segala ujian dan dugaan itu . . . dapat jua diharungi dan diatasi . . . dengan tabah . . . dan hati penuh reda akan qadak dan qadar Allah swt. 

Dan . . . sebagai hamba yang kerdil . . . aku hanya mampu bersyukur, bersyukur dan bersyukur. 

Maka pada awal tahun 2013 ini . . . aku paparkan bisikan hatiku dalam bentuk puisi yang tidak sepertinya . . . dengan penuh kerendahan hati dan keinsafan. 


Ampunilah hamba-MU ini Ya ALLAH.



Fikir fikirkan


jika matahari cukup sasa
bagaimana pula Penciptanya
fikir fikirkan . . .
tentu pencetus segala kuasa
jauh lebih perkasa!

 jika bulan cukup indah
bagaimana pula Penciptanya
fikir fikirkan . . .
tentu pemberi segala anugerah
jauh lebih menyerlah!

Maha Suci Allah!

bagaimana langit tiada bertiang
mengapa wujud malam dan siang
apakah tidak berasa hairan
angin bertiup berarak awan
ada ribut ada hujan
ada laut ada daratan!
planet bergantungan di angkasa lepas
terapung bebas
semuanya menawan
betapa pula Penciptanya
fikir fikirkan . . .

Maha Suci Tuhan!

guruh dan kilat
siapa yang empunya kudrat
lembah bukit gunung dan tasik
gerun dan cantik
tumbuh-tumbuhan
haiwan nan pelik
fikir fikirkan . . . 
siapa yang mentakhlik
ada ringan ada berat
mentari mesti terbenam di barat
fikir fikirkan . . . 
mengapa jadi lumrah sejagat
ada mula ada akhir
sungai mesti mengalir ke hilir
fikir fikirkan . . .
siapa yang empunya takdir!



Abdul Majid Baharom
(kemaskini 8.1.2013)






Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, January 5, 2013

Bercakap Jujur




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Reality Bites

Mengambil ingatan daripada entri facebook Mohd Suhaimi . . . aku teragak pula mengulang terbit siaran 5 Julai, 2010 dalam blog dsuarang mengutarakan sebuah puisiku yang isinya bermaksud sama.




Kalau sudi meneliti dan cuba memahami apa yang dimaksudkan penulis dalam tulisan berikut ini pun jadilah . . .






Berusahalah mengerti apa yang tersirat bukan hanya apa yang tersurat. 

Lebih baik memiliki lidah yang sentiasa bertutur jujur dan berterus terang daripada yang berdolak-dalik dan mengata orang!











Bamuda
dsuarang.blogspot.com