Showing posts with label Renungkanlah. Show all posts
Showing posts with label Renungkanlah. Show all posts

Friday, July 10, 2015

Jangan Sampai Kealpaan






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Fahami Erti Yang Tersirat


Aku amat tertarik kepada suatu entri fb berjudul "Letter From A Mother To A Daughter" yang pernah aku baca pada tahun 2012. 

Para pembaca yang budiman . . . mari kita bersama-sama menelaah maksud isi surat yang tersirat. Mudah-mudahan dapat jua kita jadikannya suatu iktibar. 

Aku telah menterjemahkan bahasa asal surat berkenaan kepada Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pembaca yang lebih selesa dengan bahasa ini. Selamat terus membaca . . . 


LETTER FROM A MOTHER TO A DAUGHTER:

"My dear girl, the day you see I’m getting old, I ask you to please be patient, but most of all, try to understand what I’m going through.

If when we talk I repeat the same thing a thousand times, don’t interrupt to say: “You said the same thing a minute ago”... Just listen, please. Try to remember the times when you were little and I would read the same story night after night until you would fall asleep.

When I don’t want to take a bath, don’t be mad and don’t embarrass me. Remember when I had to run after you making excuses and trying to get you to take a shower when you were just a girl?

When you see how ignorant I am when it comes to new technology, give me the time to learn and don’t look at me that way... remember, honey, I patiently taught you how to do many things like eating appropriately, getting dressed, combing your hair and dealing with life’s issues every day... the day you see I’m getting old, I ask you to please be patient, but most of all, try to understand what I’m going through.

If I occasionally lose track of what we’re talking about, give me the time to remember, and if I can’t, don’t be nervous, impatient or arrogant. Just know in your heart that the most important thing for me is to be with you.

And when my old, tired legs don’t let me move as quickly as before, give me your hand the same way that I offered mine to you when you first walked.

When those days come, don’t feel sad... just be with me, and understand me while I get to the end of my life with love.

I’ll cherish and thank you for the gift of time and joy we shared. With a big smile and the huge love I’ve always had for you, I just want to say, I love you... my darling daughter."


[Thank you to the original source / owner of article]




Terjemahan BM 


SURAT DARIPADA SEORANG IBU KEPADA SEORANG ANAK :


"Anakku sayang, apabila tiba hari kau lihat aku semakin tua, aku minta kau bersabar, dan paling utama, cuba memahami apa yang sedang aku lalui. 

Andainya dalam perbualan kita, aku ulangi benda yang sama beribu kali, janganlah mencelah lantas mencantas: ' Emak dah sebut benda yang sama baru kejap tadi . . .' Tolonglah dengar. Cuba renungkan kembali waktu kamu masih kecil dan ketikanya aku akan membacakan cerita yang sama berulang-ulang kali setiap malam sehingga kamu tertidur.

Apabila aku tidak mahu mandi, janganlah naik baran dan janganlah aibkan aku. Ingat ketikanya aku terpaksa berlari mengejar kamu dengan memberikan berbagai alasan untuk memandikan kamu waktu kecilmu dulu?

Apabila kamu dapati betapa jahilnya aku tentang teknologi moden, berilah aku sedikit waktu untuk belajar tentangnya dan janganlah melemparkan pandangan begitu kepadaku . . . ingatlah sayangku , aku dengan penuh sabar telah mengajar kamu melakukan banyak perkara umpamanya makan dengan betul, cara berpakaian, menyisir rambut, dan mengendalikan isu-isu kehidupan setiap hari . . . apabila tiba hari kau lihat aku semakin tua, aku minta kau bersabar, dan paling utama, cuba memahami apa yang sedang aku lalui.

Andainya kadang kala aku tidak dapat mengikuti apa yang kita bicarakan, berilah aku masa untuk mengingati semula, dan jika aku tidak mampu berbuat demikian, janganlan gelisah, terburu-buru atau pun angkuh. Ingatlah di hatimu bahawa perkara terpenting bagiku ialah berada bersamamu.

Dan apabila kakiku yang sudah tua dan letih ini tidak lagi mampu bergerak setangkas dahulu hulurkanlah tanganmu seperti yang pernah aku lakukan kepadamu ketika engkau mula bertatih-tatih.

Apabila mendatang hari-hari itu, janganlah berdukacita . . . teruslah di sisiku, dan fahamilah diriku sementara aku menuju ke akhir-akhir perjalanan hidupku dengan penuh kecintaan.

Aku amat menghargai kesempatan waktu yang dianugerahkan bersamamu dan kegembiraan yang kita nikmati bersama. Dengan senyuman lebar dan kasihku yang begitu besar terhadap dirimu, aku hanya ingin menyatakan aku sayang kepadamu . . . anakku."



Nota dsuarang.blogspot.com 

[Al-Fatihah . . . Amin.]

Biarlah aku akhiri siaran kali ini dengan mengingati Allahyarhamah ibuku Zainab bt Mohd Taib. Ibuku telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya pada tahun 1951 ketika aku baru berusia kira-kira 5 tahun. 

Bagi mereka yang masih beruntung mempunyai ibu kandung sehingga hari ini . . . hargailah keberuntungan anda dan jagailah hati ibu anda dengan sebaik-baik jagaan.

Sesungguhnya,syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 


bamuda
dsuarang.blogspot.com


Tuesday, May 12, 2015

Respons Terhadap "Kejipan Mata" Ari Ahs








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



News Feed

News Feed


Kejipan mata...
Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya tahu tidak ada sesiapa pun akan ambil peduli akan kekecewaan saya. Biarkanlah. ...Rakan-rakan cuma baca dan renungkanlah. Saya hairan mengapa teramat sangat kaum Melayu bertelagah sesama sendiri di medan apa pun. Di jalanan sampai beradu fizikal. Tengking menengking, memaki hamun, memfitnah, gerak menjatuhkan kedudukan orang melayu atau sebagainya sudah menjadi amalan. Tidak ada lagi segan silu. Hilang sudah budaya orang Melayu yang begitu terkenal dengan kelembutan sejajar apa yang diturunkan oleh nenek moyang dan juga apa yang diajar dan dituntut oleh agama. Malah sekarang ini semua kaum sudah begitu senang menaikkan darjat dalam mengamalkan budaya begitu. 
Khusus kepada orang Melayu, saya ingin bertanya dan jawablah sendiri sahaja dan bukukan dalam hati. Kita orang Melayu tidak bising pada asalnya dan tak terfikir langsung semasa semua urusan gergasi ditawar dan menjadi milik kaum lain. Sektor-sektor utama seperti komunikasi multi-media, pengangkutan, tenaga, pembangunan dan selainnya, siapa yang punya? Kita diam seperti memeluk tubuh sahaja memerhatikan mereka meraih kekayaan hingga berbillion ringgit. Orang Melayu tidak pun menjerit membantah tindakan itu. Kenapa sektor-sektor ini tidak ditawarkan kepada orang Melayu pada asalnya? Adakah kerana orang Melayu tidak mampu melaksanakannya? Atau apakah kerana sebab utama ialah jika diberi kepada orang Melayu mereka akan bertelagah sesama sendiri. Hasilnya nanti mereka bercakaran dan kerja tak jadi. Kaum lain tidak pun bercakaran. Walupun ada ribut dikalangan mereka namun dalam diam-diam mereka memberi sokongan dan kerjasama. Mereka tahu dalam jangka masa panjang mereka akan menumpang kebaikannya dan ini kita sudah nampak.
Orang Melayu seperti mengamal hidup ber-kasta. Yang budiman atau aristokrat siap dengan gelaran masing-masing akan bercelahan sesama sendiri. Kalau dari kasta miskin maka seharusnya mereka mesti kekal dalam kumpulan orang miskin. Anihnya, sebaik sahaja ada di antara mereka yang mula berjaya kerana telah berusaha atau tak kiralah dengan apa usahanya, maka dia akan terlonjak keluar dari kelompok kasta itu. Ahli-ahli lain dalam kelompok tu tidak akan merasa senang. Perkara ini tidak dibenarkan kerana dia mesti terus tinggal dalam kelompok asal. Maka bermulalah segala macam kerenah seperti cemburu, dengki dan memfitnah. Hasrat menjatuhkan orang itu menjadi agenda utama. Sedihnya inilah yang berlaku sekarang. Yang lebih sedih, mereka yang terlepas dari kelompok orang Melayu biasa itu, menjadi terlalu megah, angkuh, mementingkan diri dan sanak saudara. Mereka langsung tak kisah untuk merenung ke bawah memerhatikan kaum sendiri becakaran dan memikirkan bagaimana mereka harus dibantu untuk keluar dari kepompong yang karut dan merosakkan diri mereka sendiri. Hendak bising sekarang? Sudah terlambat. Penulisan saya ini adalah luahan hati kecil dan tidak menyentuh peribadi sesiapa pun.

See More







  Suara Hati Seorang Sahabat 



Sebagai insan biasa kita tidak terlepas daripada belenggu kelalaian atau bersikap sambil lewa terhadap sesuatu yang kelihatan amat biasa dalam kehidupan sehari-hari [taking things for granted over things familiar . . . bak kata si omputih jiran teman tu le.]

Mari kita dengan jujur melihat ke dalam diri sendiri . . . menginsafi akan kelemahan kita masing-masing . . . dan cuba merungkaikan belenggu kelalaian yang mengikat diri kita selama ini.

Kita ubah sikap acuh tak acuh, bena tak bena, atau endah tak endah terhadap situasi yang pasti pernah kita alami tetapi sering kurang kita ambil peduli. 


Ayuh . . . perkukuhkan pegangan kita ke arah yang lebih positif. 


Puisi berikut merumuskan mesej yang ingin disampaikan penulis kepada para pembaca yang budiman.


Setiap hasrat hamba-NYA yang ikhlas dan baik . . . akan disampaikan Allah swt. Demikian keyakinanku!




Kadangkala 


Kadangkala 
kita lupa menghargai 
sesuatu yang kita ada 
selagi ia masih di sisi 
selagi ia kita miliki; 


Kadangkala 
kita leka mensia-siakan 
anugerah dan pemberian 
kerana kurang pengertian; 


Kadangkala 
kita tidak berterima kasih 
kepada mereka yang berbudi 
sehingga mereka dah tiada lagi; 


Kadangkala 
kita tidak peduli sangat 
tentang kebajikan dan kemanusiaan 
sudah terhakis rasa keihsanan; 


Kadangkala 
kita tidak ikhlas dan suci hati 
terhadap mereka yang … 
membimbing 
menasihati 
mengambil berat 
memahami 
menyayangi; 


Kadangkala 
kita mudah terlajak kata 
mudah terlanjur aksi 
lupa tatasusila 
lupa diri; 
paling dahsyat 
kita selalu alpa 
mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi! 


Aduhai 
jangan nanti 
dah tiada baru terasa 
dah tinggal baru menyesal 
dah hilang baru walang 
dah berpisah baru gundah 
dah habis baru menangis! 













bamuda
dsuarang.blogspot.com


Friday, February 7, 2014

Bodoh Sombong






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Renungan Jumaat



Kita sering mendengar perkataan "bodoh" dilemparkan terhadap seseorang yang tidak melakukan sesuatu dengan betul atau yang membuat sesuatu pekerjaan tidak mengikut arahan yang diberikan. 


Kata "bodoh" juga kerap digunakan orang apabila memarahi seseorang atau ketika tidak berpuas hati dengan sikap seseorang itu.

Orang cenderung menghukum seseorang lain 'bodoh' hanya kerana orang yang dikira 'bodoh' itu tidak mengikut kata atau kehendaknya.

Ada individu dicap 'bodoh' semata-mata kerana tidak mahu terikut-ikut dengan pegangan seseorang, sesuatu kelompok atau organisasi yang dianggapnya songsang.

Ada pula individu yang memang betul-betul 'bodoh' tetapi tidak sedar bahawa dirinya  itu 'bodoh'. 

Individu seperti ini masih boleh dimaafkan walaupun dia terlepas pandang akan kekurangan dirinya sendiri!

Ini kerana perkataan "bodoh" membawa maksud "sukar mengerti atau mempelajari sesuatu". 

Ertinya lambat-laun si 'bodoh' ini akan dapat jua memahami apa yang diajarkan kepadanya itu.

Paling tidak menyenangkan ialah apabila berhadapan atau berurusan dengan individu yang menganggap dirinya pandai.

Individu jenis ini merasakan dirinya serba tahu dan bijak dalam segala hal.

Apabila ditegur akan kelemahannya dalam sesuatu bidang ilmu atau kekurangan daya fikirnya tentang pengendalian sesuatu perkara . . . dia tidak menerima teguran itu dengan berlapang dada.

Malah besar kemungkinan dia akan 'melenting'!

Mengapa jadi begini? Penulis bukan hendak 'memperbodohkan' sesiapa tentang soal 'bodoh' ini . . . tetapi 'kebodohan' amat terserlah pada diri individu seperti ini . . . yang tidak mahu menerima hakikat bahawa dirinya kurang cerdik.

[Tak boleh guna perkataan 'bodoh' terhadap individu seperti ini . . . kelak terjejas egonya.]

Individu kelas ini sebenarnya tergolong dalam golongan 'bodoh sombong' . . . bodohnya tak terajar, pandainya tak terikut!

Sikap individu yang egois ini menyebabkan dia sukar menerima pandangan orang lain apatah lagi mendengar atau menuruti nasihat yang diberikan kepadanya. 

Apapun, belum cacat orang yang dihukum 'bodoh' . . . lebih rosak mereka yang 'bodoh' tapi 'sombong' @ 'bodoh sombong'.


Penulis ingin mengingatkan diri sendiri sambil sekadar cuba mengingatkan para pembaca di luar sana . . .

"Jangan terlalu mudah kita menghukum orang lain 'bodoh' pada hal kita sendiri belum tentu cukup bijak!"


Biar aku akhiri siaran kali ini dengan nukilan: 


Bodoh


 Ada bodoh separuh 
Ada bodoh seluruh
Ada macam bodoh 
Ada bodoh sungguh! 

Buat bodoh?
Tak sungguh-sungguh 
Buat macam bodoh!

Bodoh-bodoh alang?
Bodoh tak matang
Bodoh alang-kepalang!

Bodoh bukan kepalang?
Bodoh pagi sampai petang
Bodoh tertiarap bodoh terlentang!

Bodoh sombong?
Bodoh tinggi hidung
Bodoh tak sedar untung
Bodoh dibenci seluruh kampung!

Bodoh gila-gila?
Bodoh tak beretika
Bodoh cari perhatian
Bodoh tak berketentuan!

Bodoh keturunan?
Bodoh budaya yang diwariskan
Bodoh ini perlu dikawal selia
Jika tidak . . . 
Bodohlah sampai bila-bila!




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Wednesday, June 1, 2011

Cerita Bangga


 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Aku Harapkan Begitu


Aku bangga mempunyai kalian sebagai ahli keluargaku. Aku tak tahulah kalau kalian pun bangga mempunyai aku sebagai ahli keluarga kalian. Aku harapkan begitu! Aku bangga kalian berusaha mendaki tangga kejayaan. Aku tak kisah sekalipun langkah kalian perlahan. Aku rasa kalian tak keberatan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Aku tak tahulah kalau kalian ada berbuat demikian. Aku harapkan begitu! Aku bangga kalian sejahtera sebagai suatu entiti keluarga. Aku tentulah suka menjadi ketuanya. Aku tak tahulah kalau kalian boleh menerima. Aku harapkan begitu! Aku berdoa agar kalian mampu bertoleransi tinggi. Aku tak mahu ahli keluargaku menyimpan dendam dan iri. Aku tak mahu sesiapa pun berhasad dengki sesama sendiri. Aku malu jika ini berlaku. Aku tak rasakan budi pekerti kalian serendah itu. Aku harapkan begitu! Aku bangga kalian bermuafakat membina hidup berkat lagi menyerlah. Aku tak tahulah apa cara yang nak kalian gunakan, semuanya terserah. Aku cuma nak sarankan sesuatu yang mudah. Aku harap kalian banyak beramal ibadat dan sentiasa ingat akan Allah. Aku tahu, baik anak baik menantu, cukup dewasa sudah. Aku harap kalian  dapat memahami apa yang tersirat di dalam kalbu. Aku yakin sekarang ini kalian dah tahu. Aku mengharapkan begitu!


moga minda sanggup mencerna






dsuarang.blogspot.com 


Sunday, April 24, 2011

Sudah Gaharu Cendana Pula



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sudah Tahu Bertanya Selamba!


Perasan atau tidak, setiap hari ramai orang mengemukakan soalan-soalan pelik kepada orang lain. Mereka tentulah mendapat jawapan yang pelik juga daripada orang yang disoal itu.

Ada orang melakukan perbuatan ganjil tanpa menyedarinya. Perbuatan dilakukan secara bersahaja. Tidak terfikir oleh pelaku sama ada perbuatan itu patut atau tidak. Orang lain biasanya dapat melihat keganjilan atau ketidakpatutan sesuatu soalan atau perbuatan itu.

Situasi sedemikian mempengaruhi dan mewarnai perjalanan hidup kita sehari-hari. Mari kita lihat contoh soalan dan jawapan yang agak bersahaja tetapi akan menimbulkan keadaan yang pelik apabila dihalusi maksudnya:

Situasi 1 :
Serkap jarang aje

Seorang jiran yang peramah berjalan melalui tepi rumah Kak Mah. Ketika itu Kak Mah berada di ruang dapur. Jiran tak nampak apa Kak Mah buat. Tetapi kerana hendak berlaku mesra si jiran membuat andaian Kak Mah sedang memasak. Jiran itu pun menegur.
Jiran: “Hai, apa buat tu?…masak nampaknya”.

Dengan selamba Kak Mah memberi respons.

A: “Ha,ah. Memang masak … dengan mesin basuh yang selalu buat kerenah ni!”

(Inilah yang dikatakan ramah tak kena tempat. Pakai teka aje. Salah teka pulak tu!)



Situasi 2:
Saja suka menyebok


Pak Tam menegur budak bujang yang berlari ke arah sebuah pondok untuk berteduh ketika hujan turun dengan lebat. Ada sebuah paip bomba dekat pondok itu.

Pak Tam: “Hujan lebat … Nak berteduh ke?”

Budak bujang: “Tak Pak Tam, air pancut bomba ni dah terbuka. Saya nak tutupkan”.

(Si bujang itu malas nak layan lama-lama. Dah sah tahu, bertanya juga lagi. Entahlah.)


Situasi 3:
Dah tahu bertanya pula

Hari hujan lebat. Anum sudah basah kuyup berjalan di dalam keadaan hujan yang lebat itu. Dia meneruskan perjalanan. Ketika melintasi hadapan rumah Cik Jah, terdengar sapaan …

Cik Jah: “Anum … basah ke?”

(Anum senyum sahaja … dan terus berjalan. Tak payah respons le.)


Situasi 4:
Lain-lain pengertian

Makcik sedang melintasi jalan kecil di taman perumahan. Makcik terlihat dua orang gadis asing bertolong-tolongan menjemur kain basuhan di ampaian. Makcik pun menegur:

Makcik: “Wah rajinnya … tolong-menolong … jemur kain basah ke?”

Gadis 1: “Tak, orang jemur kalu, mesti kain kering Cik!”

Gadis 2: “Ha, ah Cik … Orang jemur mana kain ada basah … mesti kering punya!”

(Makcik kebingungan mentafsir dua maksud jawapan gadis-gadis itu!)


Situasi 5:
Orang tua-tua boleh

Seorang bapa sedang mengangkat barang-barang ke tingkat atas rumahnya yang baru siap diubahsuai. Anaknya (baru bersekolah rendah) berselisih dengannya di tangga yang menuju ke bahagian atas rumah itu. Si anak bertanya:

Anak: “Ayah nak naik atas ke?”

Bapa: “Ha le, kalau ‘naik’ … mesti le ke ‘atas’, kan.”

Anak: “Tapi kenapa Ayah selalu cakap ‘turun bawah’ bila ajak saya makan bersama
keluarga. ‘Turun’ memang ke ‘bawah’ kan Ayah?”

Bapa: “Itu lain. Kita memang biasa cakap begitu. Naik atas, turun bawah!”

(Anak hairan tetapi terfikir agaknya orang yang lebih ‘berkuasa’ berhak memutar belitkan kenyataan!)


Situasi 6:
Dulu lain sekarang lain

Sekumpulan suri rumah sedang mengerumuni sebuah lori penjual ikan dan sayur-sayuran. Masing-masing sibuk hendak membeli. Tiba-tiba Mak Anjang lalu. Dulu Mak Anjang adalah pelanggan tetap peniaga ikan ini. Sekarang, semenjak suaminya naik pangkat, tidak lagi. Mak Anjang menegur mereka.

Mak Anjang: “Assalamualaikum. Beli ikan ke?”

Suri Rumah 1: “Waalaikumsalam. Ya, apa lagi”.

Mak Anjang: “Tak le ... ikan jual kat sini kecik sangat. Kat pasar sana tu leih besar dan segar”.

Suri Rumah 2: “Tak apa le Mak Anjang. Kami beli ikan ni pun untuk kucing di rumah tu… macam Mak Anjang selalu cakapkan dulu. Jadi tak perlulah pergi ke pasar!”

Suri Rumah 3: Lagi pun ikan besar tak sedap, tak manis … seperti Mak Anjang selalu katakan dulu juga!

(Mak Anjang berlalu tanpa berkata apa-apa lagi. Teringat masa lalu … masa suami belum naik pangkat le! Masa itu Mak Anjang banyak memberi alasan untuk ‘cover line’ hidup susah… kena berdikit-dikit. )


Situasi 7:
Aku faham lain

Jamal kaki memancing. Satu hari sedang dia memancing lalu seorang kawannya. Kawan itu bertanya.

Kawan: Memancing ke?

Jamal: Main-main, sikit aje.

Kawan: Mengapa … Ikan tak ada ke?

Jamal: Tak … belum ada rezeki.

Kawan: Selalu banyak ke?

Jamal: Ha, ah.

(Lepas itu kedua-dua mereka senyap. Kawan jamal berlalu dari situ. Jamal terus memancing. Sebenarnya kawan Jamal menanyakan di tempat Jamal memancing itu ada banyak ikan atau tidak. Jamal pula ingat kawannya nak tahu dia dapat ikan ke tidak dan selalunya dia dapat banyak tak. Begitulah jadinya kalau salah mengerti pertanyaan orang atau salah terima jawapan orang. Masing-masing dengan pengertian sendiri-sendiri.)


 











 dsuarang.blogspot.com

Saturday, April 23, 2011

Omigod Omega




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


OMG, OMG, OMG


Aku nak cerita sikit. Cerita pasal jam tangan. Bukan cerita sensasi. Bukan nak kutuk atau perli sesiapa. Cuma nak kongsikan kisah kerenah manusia.


Banyak betul ekspresi OMG (oh my God) yang terpancut keluar daripada mulut si omputih jiran aku (oja) pada petang itu.  Si omputih tu seperti biasa memang cari pasal saja nak bikin sibuk. 


Sebenarnya aku le punca dia menyibuk. Aku teringat akan peristiwa seorang saudara aku yang dulu membeli seutas jam tangan berjenama terkenal. Ha ah  . . .  jam itu mahal dan tulen! Kualiti dan nilai autentiknya terjamin. 


Aku bercerita kepada oja tentang pembelian itu kerana terfikir akan berbagai-bagai perkara yang sanggup dilakukan manusia andainya manusia mahukan sesuatu. 


Dulu saudara aku tu  membeli jam tangan yang klasik itu dengan selamba sebagai mengingati ketibaan d millennium!


"OMG . . . just like that? OMG . . . What do you mean? You mean, he bought the watch not because he needed one to keep time? OMG you mean he just wanted to commemorate some phase in  time? OMG what do you mean . . . "


Aku potong pendek saja "OMG" yang banyak kali disebut si oja . . . berserta dengan ulangan "you mean, you mean . . ."


Hendak saja aku katakan kepadanya," What do you mean, what do I mean!"

Malas pula aku nanti kalau dijawabnya," What do you mean, what do I mean, what do you mean!"

Naik angin nanti aku pula layan,"What do you mean, what do I mean, what do you mean, what do I mean!"

Tak berkesudahan pula jadinya. 

Apa yang ingin aku utarakan di sini ialah si oja tu tiba-tiba membuat kenyataan, " I would never have done  such a thing . . . even if I have all the money in the world."

Kemudian oja bertanya pula," Would you?"

Eh si omputih ni . . .  tanya aku pulak. Apa dia fikir aku ni tak banyak duit ke? Dia nak test aku kot! (Dia ni mesti tak tahu . . . duit dalam sebuah dua bank saja bukan aku punya . . . yang di bank-bank lain semua orang lain punya!)

Lantas aku jawab, " I would . . . provided . . ."

alah . . . ye . . . bio le teman cakap dalam bahasa ibunda teman . . .  "dengan syarat jam yang mehe itu buleh mengembalikan masa yang telah cukup banyak teman baziokan . . . ataupun, jam berjenama hebat dan tersohor tu . . . buleh membekukan masa seantero dunia . . . mempercepatkan atau melambatkannya . . .  menurut kehendak si pemakenya!"

Yang peliknya . . . ada orang dah punya jam mehe . . . tak kisah pulak ninggekannya di merata cerok! Tak sayang jam sebegitu klasik ke?

Omigod Omega!




image on BAMUDA ASSOCIATES




Friday, April 22, 2011

Penangan Si 'Babi'

 

 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

 

Ini Sahajakah Ukuran Keislaman? 

 

 

Memang sudah lama soal ini bertakhta di benakku. Mengapa kita orang Melayu-Islam amat tidak takut atau tidak peduli akan perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan haram . . .  selain daripada yang menyangkut soal atau  hal 'babi'?

 

Alhamdulillah, Zulkifli Jamaasim (ZJ) melalui blognya  SigapSiaga telah mengupas soal ini dengan cara bersahaja dan mudah difahami dalam sajaknya Islamnya Hanya Pada "Babi" yang tersiar pada Jumaat 15 April 2011.

 

Beberapa komen (respons) mudah telah diberikan para pembaca blog beliau dan ini mencetuskan penulisan selanjutnya oleh Zulkifli pada Khamis 21 April 2011 tentang hal yang serupa. 

 

Saya turunkan dua siaran penulisan Zulkifli  itu untuk kemudahan para pembaca (khsanya para pengikut blog dsuarang) meneliti dan memahami maksud isinya.

 

Berikut dipaparkan artikel yang dipetik daripada blog SigapSiaga kelolaan Zulkifli:

 

Thursday, April 21, 2011

 


Kamus Dewan: “Babi”, “Arak”, “Judi”, dan “Rasuah”nya

 

(Terima kasih dan Dedikasi kepada Abdul Majid Baharum)


“Islamnya Hanya pada ‘Babi’”, begitulah tajuk sajak saya yang tersiar dalam Blog SigapSiaga ini pada 15 April 2011 yang lalu. Sajak itu sajak langsung yang maksud keseluruhannya saya sampaikan secara tersurat supaya dapat difahami oleh khalayak pembaca yang berbeda-beda tahap pemahamannya dengan mudah dan sekali baca sahaja.


Nilai estetika sajak itu? Memang nihil saya kira; kalau ada pun yang estetikanya, mungkin pada unsur asonansi dan aliterasinya sahaja. Jadi, tidak usahlah dibicarakan hal estetika ini. Yang sangat saya pentingkan dalam sajak itu ialah sasarannya — orang yang mengabaikan lima rukun Islam, tetapi menitikberatkan soal haramnya “babi”.


Siapakah orang yang dimaksudkan dalam sajak itu? Tidak ada susuk yang spesifik, sebenarnya. Mereka boleh jadi saya atau kaum keluarga saya sendiri, atau mungkin tetangga saya, atau mungkin juga rakan baik saya. Yang pasti, orang itu adalah daripada kalangan kita juga. Sdra/Sdri tidak pernah menemukan orang seperti ini?


“Babi” memang menjijikkan umat Melayu-Islam di negara ini. Bukan sedikit orang yang membenci “babi” malah bukan sedikit juga orang yang melenting marah apabila orang lain bersewenang-wenang mem“babi”kan mereka dalam pertengkaran. Barangkali, kerana jijik dan benci itulah pernah dimunculkan “khinzir” sebagai ganti “babi”.


Kerana “babi”, banyak Melayu-Islam yang ragu-ragu untuk menjamu selera di restoran Cina atau Hindu kerana ada antara kaum itu yang makan “babi” dan memperniagakannya. Mereka boleh melakukannya kerana “babi” tidak haram kepada kaum itu (walaupun kalau saya tidak salah, agama Buddha dan mungkin juga Hindu melarang (tidak menggalakkan?) penganutnya makan daging).


Yang lebih istimewa, “babi” turut menimbulkan rasa jijik kepada Melayu-Islam yang tahi segala kejahatan — rasuah, judi, arak. Sebagai buktinya, para “petahi” itu tidak pernah menjadikan “babi” sebagai menu makanan mereka walaupun arak tetap diteguk, wang rasuah dan wang judi pula dikaut untuk menyara hidup dan bermewah-mewah!


Rasa fobia dan rasa benci umat Melayu-Islam terhadap “babi” memang lebih dahsyat daripada rasa fobia dan rasa benci mereka terhadap “arak” dan “judi” apatah lagi “rasuah”! Hal ini seronok untuk ditinjau kalau Sdra/Sdri rajin untuk merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat dengan melihat entri “babi” yang kita bicarakan ini.

babi I 1. sj binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); 2. bk kata makian yg digunakan kerana marah (sangat benci akan seseorang, sesuatu, dsb); 3. nama kartu (dlm permainan ceki)

Kemudian, Sdra/Sdri rujukilah entri “arak” pula dalam kamus yang sama:

arak I sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras

Selanjutnya, Sdra/Sdri selak-selaklah Kamus Dewan Edisi Keempat juga dan lihatlah entri “judi” pula:

judi permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll)

Akhir sekali, Sdra/Sdri semaklah entri “rasuah” dalam kamus yang sama:

rasuah pemberian utk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap)

Keempat-empat entri yang jelas berbeda maksudnya itu sebenarnya mempunyai persamaan yang sangat ketara. Cuba Sdra/Sdri amat-amati persamaan yang saya maksudkan itu. Tidak ada persamaan lain lagi selain pada frasa “diharamkan bagi orang Islam” yang malangnya hanya muncul pada entri “babi” sahaja (pada definisinya yang pertama)!


Sampai begitu sekali kita mendokumentasikan tahap haramnya “babi” di sisi Islam. Frasa “diharamkan bagi orang Islam” yang tercatat dalam kurungan pada definisi untuk entri “babi” itu menjadi peringatan kepada Melayu-Islam. Anehnya, mengapakah frasa itu tidak disertakan pada definisi untuk “arak”, “judi”, dan “rasuah”?


(Walau bagaimanapun, tanpa frasa “diharamkan bagi orang Islam” pada entri-entri “arak”, “judi”, dan “rasuah” dalam kamus Kamus Dewan Edisi Keempat itu, kita tidaklah sampai mengatakan bahawa kamus itu telah menyinggung perasaan dan menghina Melayu-Islam. Kamus Dewan Edisi Keempat bukan kitab keislaman kita!)


Sebagai kesimpulannya, daripada sudut Islam, kita perlu membuktikan keislaman kita dengan cara menunaikan rukun Islam yang lima itu dahulu kerana dengan melaksanakannya, kita sekali gus tidak akan makan babi serta menjauhi judi, arak, dan rasuah. Daripada segi bahasa, eloklah entri-entri “judi”, “arak”, dan “rasuah” itu diseragamkan definisinya dalam Kamus Dewan.


Manalah tahu kalau-kalau dengan menambah frasa “diharamkan bagi orang Islam” pada entri “arak”, “judi”, dan “rasuah” itu dan mungkin pada beberapa entri yang relevan, orang Melayu-Islam akan berasa jijik, benci, dan fobia terhadap ketiga-tiga perkara haram itu dan yang lainnya, sama seperti mereka berasa jijik, benci, dan fobia terhadap “babi”!


Manalah tahu, kan!

 

dan . . . sajaknya pada: