Showing posts with label Raji n Meni - Sabang / Farhan n Aireen - Tampin. Show all posts
Showing posts with label Raji n Meni - Sabang / Farhan n Aireen - Tampin. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

Bertandang ke d'SUARANG






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Seloka Keluarga 



9 Oktober harinya Khamis,
14 Zulhijjah tahun Hijrah;
Cerita pahit bersalut manis,
Kisah kunjungan jadi sejarah.



Ada sepasang pengantin baru,
Afar dan Aireen nama panggilan;
Datang bertandang tak beri tahu,
Mujur haluan masih kesampaian.












Kali pertama si Aireen datang,
Sebelum ini tak pernah singgah;
Mujur tak jadi si Lebai Malang,
Berlapar terus sampai ke sudah.











Chef d'SUARANG badan tak enak,
Perlu berehat pulihkan tenaga;
Tidak ke dapur tidak bertanak,
Makanan hari ini beli sahaja.











Nasi daging jadi hidangan,
Mi Johor selingan rasa;
Pengantin baru jangan tak makan,
Kurang selera telanlah juga.











 Pasangan pengantin kami doakan, 
Jalani hidup penuh bahagia;
Afar dan Aireen jangan lupakan,
Ikatan kasih kaum keluarga. 










Terima kasih datang bertamu,
Bersilaturahim di hari ini;
Kehadiran kalian di alu-alu,
Budi bahasa tak jual beli.












 Warga d'SUARANG tetap hargai,
 Afar dan Aireen sudi bertandang;
Tidak penting makanan disaji,
 Hubungan keluarga kuat dipegang.







bamuda
dsuarang.blogspot.com



Sunday, August 17, 2014

Raji dan Meni di Tampin N9






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Menghadiri Majlis Perkahwinan 



Catatan:

Pasangan Pengantin:
Anwar Farhan Zolkeplay dgn Aireen Izati Sulaiman

Tarikh:
Sabtu 16 Ogos 2014 bersamaan 20 Syawal 1435H

Tempat:
Dewan Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan 

Tetamu khas penulis dari Sabang, Aceh:
Drs Suradji, Meni, Agil, Novan, Yuda.


Pengantin lelaki . . . Anwar Farhan, anak sulung kepada Allahyarham Zolkeplay Madiasin dan Norhati Ibrahim.

Farhan yang juga merupakan anak saudara kepada isteri penulis, Alimah Yasin telah diijabkabulkan dengan Aireen Izati pada Jumaat 1 Ogos 2014 bersamaan 5 Syawal 1435H di Tanah Merah, Kelantan.








Isteri Farhan . . . Aireen Izati Sulaiman, berasal dari Kelantan.






Foto-foto kenangan majlis perkahwinan Farhan - Aireen yang tertera di dalam siaran blog ini telah dirakamkan Lyana. Terima kasih. 

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. 




Suasana Dalam Dewan












































Bacaan Doa 












































Kehadiran Sanak Saudara 
dan Kaum Kerabat






































Upacara Merenjis Pengantin Baru



















































































































































































































Foto Bersama Pengantin Baru



















Santai Selepas Makan






































































Foto Keluarga Pengantin



















Foto Keluarga Besar







































Sebelum Berpisah






































Catatan Kenangan




































Pasca Majlis Perkahwinan



































 Perkarangan Luar Rumah
 Allahyarham Zolkeplay di Alor Gajah














Kehadiran para tetamu kami dari Sabang, Aceh dalam majlis perkahwinan anakanda Anwar Farhan dengan Aireen Izati amat kami hargai. 

Maafkan andai terdapat banyak perkara yang kurang sempurna berkaitan dengan layanan kami.



bamuda
dsuarang.blogspot.com