Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua
Alhamdulillah
Antara yang awal . . .
Keluarga dari Seberang
Tiga orang anak saudara bersama dua orang cucu saudara Penulis tiba dari Tanah Seberang untuk meraikan majlis perkahwinan Halim Zaharyn dan Norshafini. Anak saudaraku Meni dari Sabang manakala Nani dan Intan dari Medan. Dua orang cucu saudaraku Agil (anak Meni) dan Icha (anak Nani) masing-masingnya dari Banda Aceh dan Medan. Mereka yang merupakan tetamu istimewaku tiba sehari lebih awal daripada waktu majlis dijadualkan berlangsung iaitu pada hari Jumaat 19 Mac 2010.
Terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Selamat datang dan semoga anda semua "betah" sepanjang berada di sini . . . (cubaan memakai istilah bahasa Indonesia dengan harapan bersesuaian maksudnya).
Terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Selamat datang dan semoga anda semua "betah" sepanjang berada di sini . . . (cubaan memakai istilah bahasa Indonesia dengan harapan bersesuaian maksudnya).
Selamat Datang ke d'SUARANG
Duduk dari kiri: Meni, Nani, Intan
Nani, Agil, Icha, Meni dan Intan di d'SUARANG
pada pagi sebelum kenduri majlis perkahwinan
HZ & N tengah harinya
Meni, Nani, Icha, Intan & Agil silalah makan
Kalau enak anda bilang groovy,
Kalau tak enak kami bilang sorry
Kawan-kawan Lama
Kemudian tiba pula kawan karibku Datuk Wong Mook Leong bersama Datin isterinya. Waktu itu kira-kira jam 11.00 pagi sebaik sahaja selesai acara pemasyhuran nama, berzanji, marhaban dan potong jambul Aii cucuku. Kehadiran Datuk Wong amat kami hargai. Kami sekeluarga telah mengenali Datuk Wong sejak lama. Penulis telah mengenalinya sebagai rakan seurusan profesional ... kira-kira 40 tahun. Datuk WML mantan seorang Peguam, Ahli Politik dan kini Usahawan terkenal.
Datuk WML pula berkata, "Now you've overtaken me ... Anyway Congrats ...
Do take good care of this your first grandchild."
" It's God's Will ... Datuk," jawab Penulis sambil Alimah Yasin (isteri) tersenyum saja ...
Datuk WML dan Datin sempat masuk ke d'SUARANG untuk melihat Aii buat pertama kalinya. Beliau menyatakan rasa gembira yang amat sangat secara tulus dan telus. Datin jua menyatakan demikian . . . tetapi menambah bahawa kini mereka berdua yang masih belum bercucu! . . . Tak apalah Datuk & Datin . . . ada rezeki nanti adalah tu.
Selepas itu Datuk WML & Datin dipersilakan menjamu selera di meja tempat makanan sudah sedia terhidang. Silakan Datuk & Datin.
Selepas itu Datuk WML & Datin dipersilakan menjamu selera di meja tempat makanan sudah sedia terhidang. Silakan Datuk & Datin.
Selepas menjamu selera, Datuk WML dan Datin terpaksa bergerak pergi dengan agak segera dari d'SUARANG untuk memenuhi satu undangan rasmi yang penting. OK le Datuk dan Datin. Terima kasih atas kehadiran Datuk & Datin. Hingga kita jumpa lagi .
Antara tetamu yang juga tergolong dalam kategori yang hadir agak awal dalam majlis perkahwinan HZ & N ini termasuklah mereka yang berikut. Terima kasih diucapkan kepada semua.
Sanak Saudara
dan Kaum Keluarga
. . .dan setelah itu . . .
berterusanlah kedatangan tetamu demi tetamu
(zaman persekolahan dulu)
Tuan Hj Sani (Jamil) Saeran dan Isteri Pn Hjh Azizah
serta keluarga
"Bila Kawan Lama Seasrama Sekolah Bertemu ..."
Tuan Hj Harun Saeran bertanyakan sesuatu kepada si Penulis.
Tak kan le kat sini pun nak tanya pasal nasi lemak dan sambal sotong dulu tu ...
Bikin malu kat orang je ... Nanti pecah rahsia ... he he
Tuan Hj Harun Saeran bertanyakan sesuatu kepada si Penulis.
Tak kan le kat sini pun nak tanya pasal nasi lemak dan sambal sotong dulu tu ...
Bikin malu kat orang je ... Nanti pecah rahsia ... he he
Ya pulak ... Dulu kat hostel belum ada HP lagi he he
Pak Hj baju Melayu biru tu ... steady je tersenyum he he
Pak Hj baju Melayu biru tu ... steady je tersenyum he he
Terima kasihlah datang.
He was our (Hostelites MBH,KL) version of Bond ... Mr Bond ... dah bersara sekarang ... banyak kojo lain lai ...
Kat belakang tu ... Tuan Hj Nordin (Elvis ... dulu le) Manaf,
juga Ex-Hostelite MBH,KL
Pn Hjh Madznah tu dah sampai berkipas ha!
Kalau ye pun jumpa member lama ...
jangan le sampai lupa makan ooi ..
Pak Hj Aziz & Pak Hj Harun
bangun le ... lead d way...
Camni baru betul!
Jumpa member memang baguslah, tapi jangan sampai tak makan lak.
Azizah, Jamil, Penulis, Madznah & Harun bergambar kenangan
Kalau ye pun jumpa member lama ...
jangan le sampai lupa makan ooi ..
Pak Hj Aziz & Pak Hj Harun
bangun le ... lead d way...
Jumpa member memang baguslah, tapi jangan sampai tak makan lak.
Azizah, Jamil, Penulis, Madznah & Harun bergambar kenangan
Apapun, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bro ex-hostelites MBH, KL & famili yang sudi datang memeriahkan majlis perkawinan anakanda HZ & N. . . and to Bro Ramli Rabi ... thanks for the photos.
Para tetamu terus dialu-alukan
(ini baru satu ... ada lagi ramai jiran terbaik di Taman ini ...)
Penulis bersama keluarga Hussairy ... Salina (isteri) dan Natasha (anak)
Sorry le tak sempat pasang aircond ... Acah aje
Adinda-adinda Azah, Mahanum, Rohani dan anakanda
yang lainnya.
Kiri: Pn Hjh Safar (Azizah) Bee
Kanan: Pn Hjh Latifah Bee
Pn Umi Hanim ... berilah Cik Anis tu minum ke makan ke ...
Encik Tajul tu OK . . . makan aje le , usah peduli apa dema kata
Ketika majlis sedang rancak dengan kemeriahan para tetamu yang datang ... tiba pula kawan lamaku (sejak tahun-tahun 1960-an di Perak) Datuk Ramli Abbas serta isteri Datin Bibi Nazli. Mereka tiba lebih kurang pada jam 1.00 ptg. Datuk Ramli pernah menjadi pemimpin beberapa syarikat antarabangsa terkenal di dalam dan luar negara serta GLC yang ternama di Malaysia di mana beliau bersara sebagai CEO. Terima kasih Datuk dan Datin kerana hadir.
Ada lagi kawan baikku yang sudah lama juga tak bertemu datang meraikan majlis perkahwinan Halim Zaharyn dan Norshafini ini. Datuk Mansor (mantan VC sebuah Universiti terkenal di Selatan Tanah Air, juga salah seorang Penulis ternama di negara ini) datang bersama isterinya Datin Amelia (rakan sejawatku di sebuah Penerbit Antarabangsa dulu). Ribuan terima kasih aku sekeluarga ucapkan kepada mereka.
Datuk Ramli, Datin Bibi Nazli, Datin Amelia, Datuk Mansor.
Kat kampung dulu lain le cerita weh.
Omputih kata, "That's the price you have to pay for urban living." Omsawomatang pula kata, " Apo Nak Dikato!"
Alimah pun jumpa balik kawan lamanya Datin Bibi Nazli
yang sama bersekolah di Swiss Cottage, Singapore dulu.
Datin Amelia pula rakan sejawat Penulis
di Oxford University Press dulu.
Usah pedulikan mereka yang nak jaga badan tu.
Nulih lagi ke Datuk? Jangan le renti. Rugi khalayak ...
tak dapat menikmati kepakaran Datuk ooi!
Tuan Hj Sattar hadir bersama isterinya Pn Hjh Kamariah
juga kawan lama Penulis ... Rakan sejawat
di Jemaah Nadzir Sekolah Malaysia
Penulis bersama Hjh Kamariah & Hj Sattar
(Bekas Kem Komandan , Mindef KL)
Apa khabar Tar? Sihat? Alhamdulillah
Begitu cara setiap kali kami berjumpa.
Kanan ke kiri: Penulis, Cikgu Pn Hjh Fatimah, Cik Illa Human, Anum & Clay.
Ha Clay tu bukan dari Rumah No. 8 ya ... Beliau kawan Mazlyn dari Taman lain.
Namun beliau juga kawan yang terbaik ...
Tengok Clay tu ... Relaks aje.
Macam tu le cool
My wife's 2nd cousin (Bang Man) and mine (younger cousin Razief Malik) arriving coincidently at the same time... good 'chemistry' they say between the two families ... my wife's and mine ...
begitu tanya Tuan Hj Kamaruddin kepada Mej Jeneral (B) Datuk Hj Abdul Rahman Khamis.
"Boleh berjalan ni kira baguslah "Encik" Hj Kamaruddin," jawab Bang Man.
Sebenarnya Tuan Hj Kamaruddin dipanggil "Encik" oleh Datuk Abdul Rahman tadi kerana Hj Kamaruddin bekas tentera berpangkat Pegawai Waran. Mereka sudah saling mengenali melalui Persatuan Bekas Perajurit Malaysia.
It's a small Small world, man!
mendukung cucu . . .tak kan anak lak he he
My wife's 1st cousin ... Mohd Shariff Ujang.
Tq 4 coming Bro
Anum bersama Azahar (kiri) dan Falkis (kanan)
(Disclaimer: Titles and/or names wrongly placed or spelled out are not intentional. Anum did not supply full/detailed particulars.) Acah je sikit ... Anum. Camna?
"Dia sibuk dengan hal keluarga kat . . .
Mak aje yang dapat datang ni Pakcik."
"OK le . . . Terima kasih ya Halil dan Cik Zai (Zaleha)"
"My pleasure Cik Alimah ..."
"Catch up with U soon"
"OK, bye"
Suka hati kome le . . .
Ni ha kawan aku le ... Tuan Hj Yusoff Parjo ...
Dah lama bersara jadi YB
Tuan Hj Hashim Md Isa (Adik Ipar Penulis) hadir memeriahkan majlis.
Terima kasih kami sekeluarga ucapkan.
Selamat datang Wak Hj Sulur dan Hjh Tumisah.
Terima kasih . Datang juga dari jauh pun . . .
Lepas tu baru boleh kita sembang sikit.
Anaknya yang di belakang tu sekali."
Keluarga angkat Pengantin Lelaki Halim Zaharyn bin Abdul Majid
sejak zaman pengajian Halim di Kolej Persediaan MARA, Banting.
Mereka tinggal di Kg Labohan Dagang, Banting.
Semoga silaturahim ini berpanjangan. Amin.
Abah Malek datang lewat sikit?
Tak pe le . . .
Kita merancang, Tuhan yang menentukan.
Ini dia Adinda Herman. Expert Tailor Antarabangsa.
Jom masuk Man. Kito jamu salero, selagi yo masih ado ...
yang baru sampai. Jom makan Bang Syam.
Eh masuk habuk lak mata E ni ha!
kepada Mak Uteh, Adinda Mansor & Isteri . . .
[serta Isteri Abang Shaari]
Jiran terbaik di Taman kami ini juga.
dengan Tuan Hj Muhammad
sambil diperhatikan Pn Hjh Zubaidah dan keluarga
Abang Adnan Mutalib
dah memang tunggu sejak tadi bang ... ... masuk le makan
mengalu-alukan kedatangan "orang rumah" Bang Nan.
Silalah masuk kak Maizun ... Ini pun rumah saya gak
We Appreciate Your Company
Begitu yang dapat dirakamkan kehadiran para tetamu yang kami muliakan. Ramai lagi yang tidak terakam kehadiran mereka pada hari tersebut kerana suasana yang agak sibuk pada waktu-waktu tertentu. Apa pun keadaannya kami mengucapkan ribuan terima kasih kapada semua anggota keluarga, kaum kerabat, sanak saudara, rakan dan taulan yang telah sudi datang memeriahkan majlis perkahwinan anakanda kami Halim Zaharyn dengan Norshafini. Budi tuan dan puan dikenang selalu.
Kami sekeluarga ingin mengambil ruang di sini untuk memohon kemaafan andai ada kesilapan dan kekurangan yang berlaku dalam usaha kami mengendalikan majlis ini.
Yang baik daripada-NYA yang buruk daripada kami..
menunggu kemunculan
pasangan pengantin
Ha ... itu bukan Halim Zaharyn?
"Tunggu kemunculan mereka dalam Pentas 4
yang akan terbit seketika lagi nanti
Tunggu . . ."
dsuarang.blogspot.com
Subscribe to: Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link