Showing posts with label Pangkor. Show all posts
Showing posts with label Pangkor. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Flashback Kunjungan ke Pangkor 1964


THURSDAY, DECEMBER 17, 2009




*[ Entri ini yang diterbitkan pada Khamis 17 Disember 2009 disiarkan semula kerana penulis ingin menarik perhatian para pembaca kepada beberapa rentetan catatan yang dibuat dalam entri-entri baru tentang lawatan penulis sekeluarga ke Pulau Pangkor baru-baru ini. ] 







Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Jejak Bertapak



Apa yang terbayang di minda anda tentang Pulau Pangkor lebih daripada 135 tahun dahulu?

Mungkin anda dapat mengingati sesuatu. Dulu ada kita pelajari di sekolah dalam mata pelajaran Tawarikh (sekarang Sejarah). Apa lagi kalau bukan Perjanjian Pangkor 1874 (Pangkor Treaty 1874).

Bayangkan pula Pulau Pangkor 45 tahun dahulu .Tiada apa yang menyerlah yang boleh dibanggakan oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Sesungguhnya sebilangan majoriti rakyat di negara ini mungkin tidak pernah pun ke pulau tersebut pada masa itu. Maklum saja prasarana pulau itu tidak pun sampai ke tahap yang boleh dikatakan 'asas' atau 'sederhana' jauh sekali bertaraf 'lengkap' atau 'sempurna'! Pendek kata segalanya serba tiada! 

Tiada sistem pengangkutan asas yang boleh diharapkan. Keadaan balai polis, balai bomba atau pusat kesihatan tiada yang boleh meyakinkan pelawat atau pengunjung. 

Tiada pekan atau sekurang-kurangnya deretan kedai yang boleh memudahkan seseorang mendapatkan keperluan bahan makanan atau keperluan hidup sehari-harian. 

Sana sini yang kelihatan ketika itu hanyalah kampung nelayan, bot nelayan serta kehidupan yang daif. Demikian senario pada tahun 1964 .






[Berlagak di pantai Pasir Bogak 1964]

Dari kiri:
 Dollah, Aziz dan Majid



Sekarang Pulau Pangkor telah membangun. Pulau Pangkor telah berubah wajah. Ada pula pulau kecil di sisinya yang turut membangun dengan hebatnya bersekali. Itulah Pangkor Laut yang kini terkenal ke seluruh dunia.

Pulau Pangkor kini menjadi tempat tumpuan warga tempatan dan masyarakat antara bangsa yang datang untuk mengalami percutian yang santai.

Mudah bicara, tempat ini yang dahulunya kosong keindahan dan keistimewaan, telah keluar daripada kepompong kemunduran dan menghala ke arah kegemilangan yang sangat membanggakan.

Jika seseorang yang pernah mengunjungi Pulau Pangkor pada tahun-tahun 60-an kembali lagi ke pulau ini sekarang, dia tentunya akan tertanya-tanya di manakah gerangan dia berada.

Tempat-tempat yang lama sudah tidak dapat dicamkan lagi. Pantai yang indah sudah banyak berubah. Bak kata pepatah Melayu,"Sekali air bah sekali pantai berubah".

Pasti begitulah perasaan kami lima bersahabat daripada Asrama Putera, Jalan Suleiman, Kuala Lumpur jika sekali lagi pergi ke sana seperti yang telah kami lakukan pada tahun 1964.


Kami sebenarnya telah merancang dan berpakat melakukan aktiviti perkhemahan itu sejak awal tahun akhir di Asrama Putera sebelum peperiksaan OSC. 

Ketika itu aku masih belajar di Victoria Institution, Kamarudin di St Gabriel School, Nordin di High Street School, Aziz di Methodist Boys School (MBS) dan Abdullah di St Johns Institution. Semuanya di Kuala Lumpur.

Maka setelah tamat tahun persekolahan dan ketika dalam percutian menunggu keputusan peperiksaan OSC kami pun terus melaksanakan misi 'suka-suka' itu.






[Di Lumut sementara menunggu bot ikan hendak ke Pangkor]

Dari kiri: 
Dollah, Majid, Aziz dan Kamarudin

[Kalau lambat sangat berenang sajalah ke seberang!]






[Tunggu lagi di Lumut. Tak berani berenang ke seberang?
Kata jaguh renang kampung masing-masing!]


Dari kiri: 
Majid, Aziz, Kamarudin, Nordin



Sebenarnya sebelum itu Ghazali Kamaruddin (St Gabriel School) pun ingin turut serta. Tetapi agaknya kerana Ghazali tu 'Budak Kaciek Nan Manjo' maka emaknya Cikgu Zaharah tidaklah mengizinkan dia turut sama ketika itu. 

Mungkin takut nanti si Ghazali tu asyik turun ke laut saja ... tak tentu waktu siang dan malam ... Al-maklum, kat Gombak ada sungai aje!

Aku masih ingat betapa kecewanya Ghazali. Lebih kecewa daripada 'watak Ghazali' dalam cerita filem "Antara Dua Darjat". 

Walaupun dia meronta-ronta nak ikut ... tetap tidak dibenarkan. Nasib le Li ... Tengok gambar aje cukup le!

Apapun, aku telah balik ke Tapah sebaik saja bercuti sekolah. Dollah pula balik ke Bruas. Kedua-dua tempat ini adalah kampung kami masing-masing di Perak ketika itu. 

Aku tak berapa ingat sama ada Aziz balik ke Slim Village atau terus tinggal di Selangor seperti Kamarudin dan Nordin pada masa itu. 

Tak kisahlah ... Apa yang aku ingat ialah mereka bertiga datang ke Tapah (naik kereta api ke Tapah Road rasanya) dan bermalam di rumahku.

Keesokan harinya kami berempat terus ke Bruas menaiki bas 'lompat' (kurang wujud bas ekspres zaman tu). Sampai sana Dollah ambil kami dengan kereta ayahnya bawa ke rumah.

Kami bermalam pula di rumah Dollah merangkap sebuah 'forest checking station'. Ayah Dollah seorang pegawai Jabatan Perhutanan.

Esoknya kami terus ke Lumut dengan membawa segala macam bahan makanan dan minuman. 

Aktiviti perkhemahan kami di jadualkan selama 5 hari. Alat masak-memasak dan keperluan perkhemahan lain seperti kuali dan periuk, bahan api, sudip, sudu, garfu, pisau, tali dsb semuanya dibawa.







[Aksi ngeri 4 anggota MBH di hadapan rumah Dollah di Bruas]

Dari kiri :
Nordin, Kamarudin, Majid, Aziz







[Empat penjaga simpang di pekan Bruas]

Dari kiri:
Aziz, Majid, Nordin, Kamarudin 







[Staf baru Majlis Mesyuarat Tempatan Bruas 1964
 Aziz (kiri) dan Majid
'reporting for duty on Day One']


Kami sampai di kampung nelayan Sungai Pinang di Pangkor setelah lama menaiki bot nelayan dari jeti kecil di Lumut. 

Masa itu belum ada feri yang boleh membawa kami dengan segera ke sana. Dollah yang menjadi 'guide' kami menuju ke tempat-tempat di Pulau Pangkor. Dia 'Penghulu' kat sana kononnya! 

Aku dan kawan-kawan lain dah agak kepenatan ... Tapi rupanya kami mesti berjalan agak jauh juga lagi ke Pasir Bogak di bahagian barat Pulau Pangkor. Bante le Yeop ... Ase sampe dah le. Akhirnya sampailah juga.







[Kelaparan. Tunggu makan tengah hari. Nasi belum masaklah! ]

Dari kiri: 
Nordin, Dollah, Majid, Aziz


Kami pun terus mendirikan khemah. Kemudian memasak makanan. 'Chief Cook' memang si Dollah ... yang lain-lain jadi ... pembantu setia (belum tentu membantu beb). Melawak aje.

Sebenarnya semua bergotong royong dengan sepenuh tenaga. Aku yang jadi tukang makan le. Makan di tepi laut memang amat menyelerakan. Sering cepat kelaparan. 

Para nelayan di situ selalu memberi kami ikan,udang atau sotong hasil tangkapan mereka. 'Chief Cook' kami yang jadi tukang bega apa menu yang hendak dicuba masak pada setiap hari . 

Apapun dia masak ... sedap aje. 'No complaint'. Takut dia mogok nanti ... susah cerita.







[Wah 'Chief Cook' nampak beria-ia beri arahan pada para pembantu.
 Baik-baik sikit nanti ada yang mogok masak.]

Dari kiri: 
Dollah, Majid, Nordin, Kamarudin 


Sepanjang perkhemahan kami di pantai Pasir Bogak, dapatlah aku menikmati keindahan alam siang dan malam. Dapat aku lihat dan mengerti secara langsung setiap kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya.

Sangat mengagumkan melihat matahari terbit dan terbenam setiap hari. Sangat mengharukan mendengar deruan angin laut yang menyisir dedaun pepohon sekitar pantai. Deburan ombak pula sungguh mengasyikkan. 

Pada waktu-waktu tertentu kami semua berkisah panjang tentang kawan-kawan di Asrama Putera. Banyak peristiwa yang telah dikongsikan. Banyak pengajaran yang kami perolehi. Tebal persefahaman yang dapat kami tanamkan dalam diri kami.

Selama beberapa hari berkhemah di pantai Pasir Bogak kami puas bermandi manda di laut. Dah sampai tak lalu lagi ... jadi duduk relaks saja.

Pantai Pasir Bogak tidak begitu dikunjungi orang ramai pada hari bekerja biasa. Susah hendak lihat orang luar bermandi-manda atau berkelah di situ. 

Tetapi pada hari Sabtu dan hari Ahad ramai juga orang yang datang berkelah. Aku difahamkan mereka datang dari daerah Sitiawan, Batu Gajah, Lumut dan ada juga dari Ipoh dan Parit dll. Walau bagaimanapun kebanyakannya dari Perak le.







[Dah main bot laju pulak ...]

Dari kiri: 
Majid, Kamarudin, Aziz, Nordin







[Agak-agak le sikit. Itu reta orang ... 
Rosak sanggup bayar ke? Keroja pun belum!]

Dari kiri: 
Majid, Aziz, Kamarudin, Dollah 








[Dah betul le tu. Dah mandi sampai 'fed up' relaks atas batu. 
Tapi jaga-jaga sikit ... air naik keliling batu tanpa amaran 
... dalam tu ooi . . . Majid (kiri) dan Aziz]


Selepas lima hari berkhemah kami pun berpisah ke kampung halaman masing-masing. 

Aku tak dapat berkata bagi pihak kawan-kawan yang lain ... tetapi bagi diri aku sendiri ... pengalaman berkhemah di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada tahun 1964 itu membawa seribu satu ragam kenangan yang amat membina pemantapan kemandirian.

Aku mengerti betapa banyak yang boleh dicapai dengan semangat bekerjasama yang erat lagi ikhlas. Soal beraktiviti dalam keadaan yang serba kekurangan tidak semestinya menjadi halangan.

Terima kasih Kamarudin, Nordin, Aziz dan Dollah kerana pernah menjadi rakan seperkhemahan aku dalam suasana yang mesra dan keadaan yang serba sederhana!

Insya Allah kita berjumpa lagi.







bamuda
 dsuarang.blogspot.com






Labels:
Hostel


Sunday, January 26, 2014

Hasil Laut Jamilah





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bilis Mata Biru


Penulis dan famili berada di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam iaitu dari Jumaat 17 Januari hingga Ahad 19 Januari 2014.


Pulau Pangkor adalah sebuah pulau peranginan juga kampung nelayan yang cukup terkenal di utara Semenanjung Malaysia . . . khususnya di negeri Perak.


Setelah beristirahat dan melancong di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam itu . . . penulis sekeluarga balik ke Lumut.




















Ahad 19 Januari 2014. Naik feri dari jeti di Teluk Dalam pada jam 12:35 tengah hari. Tiba di Terminal Jeti, Lumut kira-kira pada jam 1:00 petang.









Di sini penulis ingin mencatatkan dengan ringkas episod bagaimana hingga terjadi situasi penulis sekeluarga tidak membeli hasil laut di Pulau Pangkor tetapi di Lumut. 



Ketika penulis dan keluarga hendak meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor setelah singgah di rumah seorang sahabat lama Tuan Hj Zainal Bachee . . .  pada petang Jumaat 17 Januari 2014 itu . . . sahabat penulis itu berpesan:



" Kalau you nak beli souvenir Pangkor . . . ok lah . . . boleh beli di pulau sana. Tapi kalau nak beli hasil laut seperti ikan bilis, udang kering, ikan kering, ikan masin, sotong kering dsb . . . eloklah you cuba beli di seberang sini. Di bumi Lumut ini."


Penulis bertanya:


"Mengapa begitu Nal? You ada kedai hasil laut ke kat Lumut ni?"


"Tak . . . I ada kawan baik tuan punya beberapa kedai hasil laut di sebelah sini. Nanti bolehlah dapat beli hasil laut yang berkualiti dengan harga yang berpatutan," kata Zainal.


Bertindak mematuhi saranan Zainal . . .  maka penulis sekeluarga tidak membeli apa-apa hasil laut ketika berada di Pulau Pangkor.



Begitu rentetan kisahnya . . . dan penulis patuh sahaja kepada saranan sahabat lama itu.

Rupa-rupanya kepatuhan penulis itu ada hikmah di sebaliknya. 

Ternyata tindakan tersebut mendatangkan kesan yang amat bermanfaat dari segi perhubungan manusia . . . dan kemudahan yang berbaloi pula dari segi ekonomi. 


Sebaik tiba pada kira-kira jam 1:00 petang di tanah besar dari Pulau Pangkor tadi . . . penulis mencari kedai hasil laut yang disarankan Zainal itu.


Agak mudah jua penulis menemui kedai tersebut selepas diberikan arah lokasinya oleh Zainal melalui percakapan telefon antara kami berdua. 











Kedai berkenaan terletak betul-betul berhadapan bangunan parkir tiga tingkat . . . tempat kami meletak kereta ketika mahu ke Pulau Pangkor tempoh hari . . . . bersebelahan sebuah sekolah.








Zainal bukan sahaja memberikan penulis arah lokasi kedai malah telah menghubungi pemilik kedai dan memberitahunya tentang hasrat kami mahu berbelanja di situ. 


Pemilik kedai itu Puan Hjh Jamilah. Beliau antara segelintir anak tempatan yang giat berusaha dalam perniagaan hasil laut di daerah ini. 







Puan Hjh Jamilah


Penulis berkenalan dengan Jamilah dan terus dapat memerhatikan beliau seorang yang sangat cekap mengendalikan urusan pesanan dan pembekalan barangan dengan para pembekalnya.















Jamilah yang dibantu oleh beberapa orang pembantu jualan juga bijak dan amat mesra melayani keperluan ramai pelanggannya yang datang untuk membeli hasil laut di kedainya. 


















Keluarga penulis juga sempat berkenal mesra dengan Jamilah. Kami diberitahu oleh Jamilah bahawa beliau mempunyai seorang sahaja cahaya mata . . . yang kini masih menuntut di sebuah IPT Awam.


Jamilah secara bersahaja menyatakan bahawa beliau juga mempunyai hobi menanam tumbuh-tumbuhan dan menghias taman serta berkebun (landscaping n gardening) . . . serupa dengan kegemaran sahabat baiknya Salimah (isteri Zainal). 


Namun . . . Jamilah mengeluh beliau tidak dapat meneruskan hobinya itu kerana terikat dengan aktiviti perniagaannya. 


Tak mengapalah Jamilah. Lakukan apa yang terbaik bagi diri anda. Kami doakan Jamilah berjaya dalam apa sahaja usaha murni anda.

Penulis juga dapat bertemu dan berkenalan dengan suami Jamilah (Encik Shukri?) yang sempat singgah di kedai (walaupun untuk seketika sahaja) kerana beliau perlu menguruskan sesuatu tugas penting lain yang memerlukan perhatian segera.  

Apa pun . . . ternyata Jamilah seorang yang ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan aktiviti perniagaannya di premis itu.







Alimah (kiri), Jamilah





Dari kiri:
Alyn, Anum (memegang Ajim), penulis, Alimah, Jamilah, Shidi






Dari kiri:
Lyana, Anum (memegang Ajim), penulis, Alimah, Jamilah, Shidi 


Sambil duduk bersembang . . . Jamilah dapat memenuhi permintaan Alimah yang ingin membeli berbagai-bagai hasil laut yang terjual di kedainya. 



Penulis langsung difahamkan  bahawa Jamilah punya kedai di kawasan lain dan sedang dalam proses mengambil alih premis kedai tempat perniagaannya yang sekarang. Syabas Jamilah.













Beliau sesungguhnya sedang menunggu perjanjian selesai termeterai antaranya dengan pemilik lama untuk menukar kepada jenama perniagaannya sendiri --- Hasil Laut Jamilah , Pulau Pangkor.





















Di kedai ini boleh didapati berbagai-bagai jenis hasil laut. Paling terkenal antaranya ialah ikan bilis tulen (ori) Pangkor atau ikan bilis mata biru.











Berbagai-bagai jenis ikan masin juga ada . . . ikan talang, ikan kurau, ikan tenggiri, ikan merah, ikan sepat dll. Udang kering dan berbagai-bagai jenis sotong kering juga turut dijual. 









Para pelanggan boleh dengan yakin memilih produk hasil laut yang berkualiti tinggi lagi bersih di premis Hasil Laut Jamilah.  


Keropok atau satay ikan, udang, sotong merupakan makanan ringan (snack) yang popular terjual di sini.
























Selain daripada itu ada pula barangan cendera hati terjual di kedai ini. Ada  fridge magnet dan souvenir jenis lain.

















Setelah berbelanja sepuasnya di premis perniagaan Jamilah yang baru ini . . . kami pun melunaskan kos perbelanjaan itu.

Penulis amat berpuas hati dengan layanan 'istimewa' yang diberikan Jamilah kepada kami. 

Bukan hanya dari segi harga yang amat berpatutan . . .  tetapi juga dari segi perhubungan kemanusiaan yang terasa amat akrab.









Urusan berjual beli di premis Hasil Laut Jamilah diwarnai kemesraan panggilan oleh Jamilah terhadap para pelanggannya. 




















Sebagai contoh, panggilan seperti 'sayang', 'manja', 'tuan', 'puan', 'mem' dsb banyak digunakan Jamilah apabila berurusan jual beli dengan para pelanggan.

[Penulis terkenang waktu membeli belah di negeri 'omputih' pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Para peniaga 'omputih' di sana memang menggunakan panggilan 'love', 'babe', 'darling', 'sir', 'madam' dsb terhadap para pelanggan yang berkunjung ke tempat mereka berniaga dengan harapan supaya para pelanggan itu suka berbelanja di warung, gerai, kedai atau gedung mereka.]

Jamilah benar-benar dapat dikategorikan sebagai individu berpandangan jauh dan bijaksana . . . khususnya dalam menarik minat para pelanggan untuk berbelanja di kedai beliau.









Selesai membeli belah hasil laut di premis perniagaan Jamilah . . . kami bermohon diri berangkat pulang ke KL. Kami pulang membawa seribu kenangan mesra.

Pengalaman bercuti ke Pulau Pangkor sambil berkesempatan bertemu dan mengenali insan-insan berbudi mulia di sepanjang perjalanan ke daerah-daerah sana sangat menggembirakan.


Kami bersyukur kepada-MU Ya ALLAH. Terjalin sudah silaturahim baru dan bertambah erat pula silaturahim yang telah terjalin sejak sekian lama.
















Terima kasih Jamilah kerana menerima kedatangan kami dengan penuh keramahan dan kemesraan. 

Layanan yang telah anda berikan kepada kami sungguh di luar jangkaan . . .  seolah-olah kita telah 10 tahun kenal satu sama lain. 


Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan budi baik Jamilah. 

Insya Allah . . . panjang umur kita bersua lagi. Assalamualaikum. 





[Penghargaan:
Terima kasih Marlyana Haniz kerana menjadi juru gambar khas untuk siaran blog ini.]





bamuda
dsuarang.blogspot.com