Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sentiasa Diancam Malapetaka
Berita tragedi di Sungai Kerian yang tersiar dalam kolum 'Setempat' akhbar Harian Metro keluaran Isnin 6 Januari 2014 sangat menyayat hati.
Dipetik daripada:
Akhbar Harian Metro 6 Januari 2014
Penulis dan setiap anggota khalayak masyarakat yang prihatin tetap bersimpati dengan famili yang ditimpa malang itu. Kehilangan ahli-ahli keluarga mereka yang tersayang amat mendukacitakan.
Takziah diucapkan kepada keluarga yang ditakdirkan menerima ketentuan Ilahi ini. Semoga mereka tabah hati . . . walaupun memang "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
Keratan Akhbar Harian Metro 6 Januari 2014
Penulis terpanggil memuatkan berita di atas dalam siaran blog kali ini kerana penulis pernah merakamkan (melalui catatan rasa) suatu peristiwa yang amat menyayat hati yang pernah terjadi di Sungai Kerian juga kira-kira 42 tahun yang lalu.
Ketika itu penulis masih muda . . . bujang . . . dalam usia lewat 20-an. Walaupun penulis tinggal di KL . . . namun berita tragedi kanak-kanak sekolah lemas di sungai berkenaan yang tersebar ke seluruh negara ketika itu amat mengharukan banyak pihak . . . malah menyentuh perasaan seluruh rakyat Malaysia.
Banyak jiwa yang terkorban. Banyak famili yang menanggung duka. Ramai sekali yang kehilangan ahli-ahli keluarga yang disayangi!
Walaupun malapetaka yang berlaku ketika itu amat mengharukan . . . namun diterima reda oleh mereka yang terlibat sebagai takdir Ilahi.
Puisi lama nukilan AMB 1972
Soalnya sekarang . . . akibat kejadian-kejadian ini dan beberapa tragedi lain di sini . . . Sungai Kerian boleh dikategorikan 'berpuaka'?
Jikalau mahu diterima sedemikian . . . maka semua sungai di mana sahaja berlaku kehilangan jiwa manusia akibat lemas juga harus digolongkan sebagai sungai 'berpuaka'.
Atau . . . bukankah sesuatu tragedi atau malapetaka yang diperturunkan Allah SWT itu menjadi ujian terhadap keimanan kita semua hamba-NYA?
Atau . . . tragedi yang berlaku sering juga berpunca daripada kesilapan dan kealpaan manusia sendiri.
Al-Fatihah buat semua. Terpulanglah bagaimana kita menerimanya. Wallahuaklam.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
2 comments:
Cadangan saya mudah sahaja, mungkin menyusahkan tapi membantu:-
(a) Polis yg datang ke rumah mestilah membunyikan siren peronda. Sure ramai orang akan keluar rumah datang menengok. Polis "betul" mungkin akan stay..Polis "jahat" pasti cabut...Polis "bijak" sangat berbahaya
(b) sebelum buka pintu atau grill, minta polis tunjukkan kad pengenalan polis dan surat kuasa dengan cara yang baik.Mereka yang berpakaian biasa tidak perlu dilayan. Minta mereka pergi dengan cara yang baik.
(c)sebelum buka pintu, hubungi no balai polis terdekat untuk membuat pengesahan maklumat polis tersebut berdasarkan perkara (b) di atas.
(d)Yang paling berkesan, mungkin Balai Polis terdekat di dalam kawasan bidangkuasanya boleh mengedarkan risalah yang mengandungi gambar dan data polis yang akan melakukan rondaan-rondaan tersebut.
cadangan lain akan diutarakan lagi sekiranya perlu.
Salam
Terima kasih terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan. Mungkin boleh dipertimbangkan logiknya(oleh pihak polis?)dari beberapa segi dan dalam berbagai situasi! Itu tentang cara datang . . .
Bila (waktu) datang pula bagaimana? Harap ada pendapat yang
bernas juga dalam hal ini!
Alangkah baiknya kalaulah anggota atau pihak polis sendiri dapat
turut memikirkan hal ini . . . dan memberikan cadangan yang meyakinkan!