Wednesday, April 18, 2012

Jamil Bina Masjid





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sedekah dan Amal Jariah


Aku ingat hingga sekarang apa yang pernah diajar ustaz kampungku kepada aku tentang sedekah dan amal jariah. Ketika itu aku bersekolah agama rakyat.

Ustaz aku dahulu memang berasal dari kampung, terdidik di kampung, menetap di kampung dan meninggal pun di kampung. Kalau oleh golongan moderen . . . dikatakan ustaz kampungan.


Beliau bukanlah seseorang yang berkelulusan hebat dari luar negeri. Bukan dari mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir, Jordan, Arab Saudi atau lain-lain negara di Timur Tengah.

Aku tak kisah akan hal itu. Apa yang aku nak sebutkan di sini ialah berkat pengajaran dan nasihat beliau secara simple tetapi down to earth itu . . . aku terus dapat memahami dan mengingati beberapa perkara penting tentang perbuatan bersedekah dan beramal jariah.


Ustaz aku dahulu hanya berpesan dalam bahasa kampungnya . . . bahasa mudah . . . lebih kurang begini bunyinya:

"Kita jangan tamak atau jadi orang bakhil. Kalau kita kaya kita mesti bersedekah banyak-banyak. Kalau kita tak kaya kita bersedekah setakat yang kita mampu. Tapi semua sedekah itu mesti dengan ikhlas hati. Jangan jadi sombong pula."


Bila kami . . . anak-anak murid beliau bertanya, "Mengapa kena sedekah ustaz?" . . . Ustaz kampungku itu menjawab ringkas . . . " Nanti kita boleh masuk syurga."


Memang simple jawapan itu . . . tetapi mendalam makna dan panjang maksudnya . . . seperti yang aku ketahui kemudian apabila beransur dewasa dan setelah belajar ilmu agama secara lebih formal.

Maka apabila aku menemani sahabat karibku Jamil ke sebuah desa di daerah terpencil dalam rangka kunjungan kami ke Bukittinggi tempoh hari . . . pesanan ustaz kampungku dahulu itu tiba-tiba sahaja menangkap daya ingatan dan bermain di benakku . . . dalam bentuk kepercayaan yang lebih matang:


" Tidaklah akan berkurang harta yang kita infak atau sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda ..."


dan aku terkenangkan pula sebuah hadis daripada Abu Hurairah ra, menyatakan Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya:


" Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya ." (Hadis riwayat Bukhari)


Ini kerana pada Ahad 1 April 2012 . . . Jamil telah diundang oleh Ibu Endang dan suaminya Bapak Sunarno untuk merasmikan penerusan binaan sebuah masjid tunjangannya di kampung keluarga mereka.


Bapak Sunarno ........................................... Ibu Endang




Masjid Nurul Iman
Dusun Sapta Marga II


Asas yang dimulakan pihak pemerintah


Kampung yang terletak di kawasan pedalaman yang berbukit bukau ini dihuni oleh majoriti laskar pensiun. Mereka kini menjadi petani dalam usaha mencari rezeki tambahan untuk menampung hidup . . . selain daripada mendapat bayaran pensiun bulanan masing-masing.








 

Jalan biasa menuju ke sana berliku-liku dan agak sempit. Keadaan jalan masuk ke kampung itu lebih daif. Jalan mendaki berbatu-batuan yang belum ditar atau jalan yang tidak berasfalt perlu dilalui untuk sampai ke situ.









[Aku mendapat pengalaman baru daripada kunjungan ini. Terasa insaf di dalam hatiku apabila mengenangkan betapa manja dan bertuahnya kami di Malaysia dalam hal-hal kemudahan seperti ini . . . berbanding sahabat-sahabat kami di kampung ini.]

Sesungguhnya . . . Jamil (lebih mesra dengan panggilan Pak Haji atau Pak Sani di daerah sana) pada mulanya tidak begitu mahu hadir dalam majlis tersebut. Katanya tak payah heboh-hebohkan perkara itu. . . sedekah sahaja sudahlah!

AL-BAQARAH (Surah Ke-2 dalam kitab al-Quran)
Ayat ke-271:






Maksudnya:


" Jika kamu menzahirkan sedekahmu (yakni menzahirkan sedekah dgn tujuan supaya dicontohi oleh orang lain) maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya (yakni menyembunyikan sedekah lebih baik dari menzahirkannya, kerana menzahirkan sedekah boleh menimbulkan rasa riak pada diri pemberi dan boleh pula menyakiti hati penerima sedekah) dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. "

{Rujukan: Terjemahan Al-Quran Al-Karim -Rasm Uthmani- Dalam Bahasa Melayu; Al Hidayah House of Qur'an Sdn Bnd}


Aku lantas menggesa Jamil supaya menerima sahaja undangan sahabat-sahabatnya itu dengan mengatakan," Apa salahnya Mil. Ada orang hendak memuliakan engkau di muka bumi ini. Tindakan dia orang tu pun digerakkan oleh-NYA . . . oleh ALLAH swt jua."

Sambil bercanda aku menambah, " Pergi aje Mil . . . tentu mereka itu menunggu kehadiran engkau suami isteri dengan besar hati. Maklum Boss sudah sampai ke daerah sini . . . tak kan tak berjumpa dengan anak buahnya! Ringkasnya . . . majlis mereka akan bertambah seri dengan kehadiran engkau . . . Pak Sani mereka yang dikasihi . . . berserta isteri."





































Kami berada di masjid yang dibina Jamil itu selama kira-kira 3 jam. Aku difahamkan masjid tersebut tersenarai sebagai masjid ke 10 diiktiraf oleh pihak pemerintah tempatan.















Berbagai perkara diperkatakan. Berbagai info disampaikan oleh pihak pentadbir dan pengurusan masjid. Berbagai saranan dikemukakan untuk menambah lancarkan perjalanan masjid ini. 
 

 

Pak Jurong (Ketua Kampung) ........Bapak Tulisyano (Penggerak Utama)



Pak Jurong dan Pak Sani














Aku diberitahu masjid ini biasa menampung seramai hingga lebih 100 orang makmum pada sesuatu ketika solat fardu Jumaat.








Perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan dengan semangat silaturahim yang mantap. Selepas itu kami bergambar beramai-ramai untuk mengabadikan kenangan pertemuan yang penuh erti ini.






Melalui interaksi kami di masjid tadi barulah aku tahu bahawa Jamil @ Pak Sani ini telah menunjangi beberapa projek binaan masjid dan surau di daerah-daerah lain juga. Jamil memang tiada memberitahu akan hal tersebut kepadaku . . . kawan karibnya!


Apapun aku amat berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh Jamil dan Azizah. Mudah-mudahan Allah membalas segala perbuatan sedekah dan amal jariah mereka dengan segala kebaikan cara-NYA yang tidak terduga oleh kita.


AL-HADID (Surah Ke-57 dalam kitab al-Quran)
Ayat ke-18:

 




Makdsudnya:


" Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia."

{Rujukan: Terjemahan Al-Quran Al-Karim -Rasm Uthmani- Dalam Bahasa Melayu; Al Hidayah House of Qur'an Sdn Bnd}


Kepada teman-teman baru yang aku kenali di Masjid Darul Iman . . . yang bertungkus lumus memajukan kampung mereka di bawah pimpinan Pak Jurong dan dibantu Pak Tulisyano selaku penggerak utama dan lain-lain warga kampung yang tidak kenal erti penat dan lelah dan yang pastinya tidak mudah mengalah . . . aku doakan segala sukses buat kalian.








Mudah-mudahan dengan bakal bertambahnya bantuan daripada pihak pemerintah atau badan-badan berkuasa tempatan . . . segala kerja ke arah kemajuan akan terlaksana jua dan segala sukses yang diidamkan penduduk kampung akan tercapai akhirnya. Amin.





Terima kasih atas kesudian kalian menerima kunjungan kami. Insya-Allah . . . ada usia yang panjang dan rezeki yang murah kita akan bersua lagi.

[Oh ya . . . saya sudahi dengan mohon maaf sekali lagi . . . "Sorry ya Pak Jurong, Pak Sunarno dan Pak Tulisyano serta yang lain-lainnya . . . peristiwa saya nanya fasal anjing di sekitar kawasan masjid tempoh hari. Saya benar-benar tidak tahu akan kegunaannya bagi mengusir babi hutan itu!]



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Sunday, April 15, 2012

Famili Pak Wandy




 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mengenali Keluarga Berbudi


Semasa berada di Bukittinggi, Sumatera aku beroleh kesempatan bersua dengan Pak Wandy dan isteri beliau Ibu Lana serta puteri mereka Claudia.


Aku dibawa ke Hotel Maison yang beralamat di Jl. A. Karim No. 12 Bukittinggi oleh sahabatku Jamil (Pak Sani nama popularnya di daerah ini) . . . untuk bertemu dengan teman-teman karibnya itu.





This is our card . . .
Kad bisnes Pak Wandy & group


Papan Tanda Alu-aluan Pengunjung


Sesungguhnya Tuan Hj Sani dan isterinya Pn Hjh Azizah atau lebih popular dengan panggilan Pak Sani dan Ibu Azizah di sana, telah lama mengenali Pak Wandy sekeluarga.


Kunjunganku ke Hotel Maison milik Pak Wandy dan Ibu Lana itu berlaku beberapa jam sahaja selepas aku tiba di Bukittinggi pada malam 31 April 2012.


Walaupun sudah hampir jam 10:00 malam ketika itu . . . yakni selepas kami check-in di The Hills dan kemudian bersiar-siar di sekitar bandar Bukittinggi dan makan di kedai mi Aceh di pangkal Jalan A. Karim . . . Jamil tetap mengajak aku dan isteriku Hjh Alimah menemani beliau dan isterinya Hjh Azizah ke tempat tinggal Pak Wandy sekeluarga.


Berdetak hatiku . . . "Malu juga rasanya . . . menjengah orang yang belum pernah aku kenali . . . malam-malam begini . . . dan tanpa sebarang prior appointment pula! Mengganggukah nanti kehadiran kami ini . . ."


Jamil dan isterinya selamba saja. Dalam beberapa minit berjalan kaki dari kedai mi Aceh tadi . . . kami berempat sudah sampai di hadapan Hotel Maison. Jamil terus bertanya kepada staf resepsi hotel tersebut sama ada Pak Wandy 'ada' di situ . . . dan beliau diberitahu 'ada'.






Kiri: Hjh Alimah di pintu resepsi Hotel Maison. Kanan: Hjh Alimah dgn gengnya Hjh Azizah.



Sejurus kemudian berlakulah sapa menyapa . . . alu mengalu . . . saling bertanya khabar di antara Jamil dan Pak Wandy. Aku dan Hjh Alimah pun diperkenalkan kepada Pak Wandy.




Pak Wandy


Jamil kemudian bertanya pula kepada Pak Wandy tentang di mana Ibu Lana yang tidak kelihatan di situ sejak kami tiba sebentar tadi. Pak Wandy lantas masuk ke dalam untuk memanggil isterinya.



Pertama Kali Bersua
Dari kiri: Pak Wandy, penulis, Hjh Alimah


Wah . . . sebaik sahaja Ibu Lana keluar untuk menyambut para tetamu malam . . . (yang tidak diundang . . . he, he) kedengaranlah hilai ketawa . . . dan jadi agak gamat suasana ruang tamu kediaman tuan rumah di saat itu.


 

Ibu Lana



Dari kiri: Pak Wandy, penulis, 
Hjh Alimah, Ibu Lana, Hjh Azizah



Sedang santai berbual . . . tiba-tiba . . .



Ibu Lana singsing lengan . . . kenapa?
ha, ah
. . . dah tak sabar nak buat kek?




Tak . . . esok aje lah . . . malam ni
kita sembang panjang-panjang




Segala rasa kurang enak aku tentang melakukan kunjungan pada waktu yang sudah agak lewat itu . . . lenyap dengan serta-merta. Aku lihat betapa mesranya keluarga Pak Wandy menerima para tetamunya . . . aku dapat menyaksikan betapa kuatnya semangat kesetiakawanan antara Pak Sani dan Ibu Azizah dengan Pak Wandy dan Ibu Lana.




Acah aje ni . . . cari pasal . . . test power sekali sekala . . . 



 Mereka begitu mesra. Berbual dengan selamba dan menampakkan riak benar-benar happy . . . hinggakan aku juga terseret ke dalam kancah perbualan mereka tanpa formaliti . . . tanpa banyak kerenah atau banyak 'songel' . . . bak kata orang di KL.

Memang keluarga ini peramah dan budiman. Sebentar kemudian kami diperkenalkan kepada puteri bongsu Pak Wandy dan Ibu Lana. Claudia namanya.

 


Dari kiri: Hjh Alimah, Claudia dan Ibu Lana


Claudia kini menuntut di Kolej Tuanku Ja'afar, Mantin , Negeri Sembilan . . . a leading British-style co-educational boarding school in Malaysia.


[That British-style system of study could well be a genuine contributing factor to Claudia's more than good command of English. That was very noticeable throughout my conversation with her using the language that particular night.]


Aku diberitahu juga oleh ibu bapa Claudia bahawa selepas tamat O level . . . Claudia akan ke Sunway College di Bandar Sunway, Malaysia menyambung pengajian di A level pula. Syabas Claudia.


Cerita punya cerita dan sembang punya sembang . . . rupa-rupanya Claudia satu pesawat dengan kami dari LCCT Sepang siang tadi.


Ibu Lana juga memberitahu bahawa setelah tiba di rumah siang tadi Claudia ada menyatakan bahawa, " I thought I saw . . . your friends . . . that uncle and auntie from Malaysia . . . who uhh . . . that uncle . . . what's his name . . . huh? . . . on the same flight".


Kami ceria mengenangkan peristiwa siang itu dan bertambah gembira kerana dapat bertemu pada malamnya.


Aku sempat membuat pemerhatian bahawa Pak Wandy dan Ibu Lana amat menitikberatkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka merupakan ibu bapa yang penyayang dan tahu apa yang baik untuk anak-anak mereka itu. Mudah-mudahan segala aspirasi mereka tercapai.


Sepanjang sesi komunikasi kami itu aku juga membuat kesimpulan sendiri-sendiri bahawa warga daerah ini cukup terdidik menghormati adat, budaya dan peraturan hidup bangsa mereka . . . bangsa Indonesia.


Teman-teman Pak Sani ini sebenarnya terus berbahasa Indonesia dengan kami. Pak Wandy dan Ibu Lana yang berketurunan Tionghua itu fasih sangat berbahasa Indonesia dan faham benar dengan adat dan budaya Indonesia. Adat dan budaya Minangkabau . . . selanjutnya.


Aku cuma terfkir . . . alangkah baiknya jika keadaan sebegini rupa juga wujud di negaraku . . . di Malaysia . . . di negara yang hebat bergelar 1 Malaysia ini!


Bak kata pepatah . . . "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" dan "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak".

Sambil berbual-bual (ngobrol) isteriku Hjh Alimah sempat juga mendapat tahu daripada Hjh Azizah bahawa Ibu Lana punya kepakaran membuat kek lapis berempah (sejenis kek yang amat popular di daerah Sumatera ).


Maka pada malam itu juga . . . Hjh Alimah dan Hjh Azizah tidak melepaskan peluang menempah empat buah kek jenis tersebut. Ibu Lana berjanji menyiapkan semua kek itu sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia nanti.


Pada petang Isnin 2 April kami sekali lagi pergi ke Hotel Maison untuk mengambil dan membayar harga kek-kek yang telah siap dibuat itu.









Kek-kek itu dibayar dengan harga sangat nominal . . . setelah kami gesa Ibu Lana menetapkan jua sesuatu harga untuknya.





Sebelumnya . . . Ibu Lana bertanya," Hai, hendak bayar juga?" [Waduh buk . . . terima kasih saja.Tak enaklah jika kami cuma . . . pakai gratis segala . . .]


Bagaimanapun, sorry dan halalkan ya Ibu Lana . . . andai harga yang dibayar itu tidak setimpal dengan usaha dan tenaga anda membuat kek-kek itu!


Wah bukan main suka hati kedua-dua Hjh Alimah dan Hjh Azizah membawa pulang kek-kek itu. [Paling menggembirakan kami semua ialah apabila rasa kek itu enak bangat . . . lazat sungguh . . . kata orang Malaysia.]




These guys just don't lie . . .


These are very genuine testimonies.
 These guys are very pleased . . .


"Ha, ah  dong ",  kata Ajim dan Ahmad,
"Kek ini enak bangat . . . habis jari kami jilat!"



Berbalik kepada Hotel Maison milik Pak Wandy . . . Walaupun aku tidak menginap di situ . . . aku dapat merasakan ada semacam aura keselesaan dan kemesraan tersedia di sana. Ada terasa semacam tinggal di rumah sendiri. Ada juga semacam perasaan menginap di homestay tempatan.

 


Signage hotel berlatarkan awan biru



Tengok apa tu Boss?



Jalan besar di hadapan Hotel Maison

Paling penting anda akan berasa dikelilingi teman-teman peribadi dan perhotelan yang cukup mesra walaupun baru sahaja bertemu dan berkenalan dengan mereka.

 


Ada aktiviti makan jagung rebus rupanya. Jamil tu tak kisah pun. Janji ada rokok . . .



Teruskan aktiviti hajah berdua . . . tak mengapa . . . Ok



Kiri: Pak Sani dan Pak Wandy membincangkan sesuatu. Kanan: Azizah dan Ibu Lana juga membincangkan sesuatu.

Istimewanya lagi . . . pada malam 2 April itu (malam sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia) Jamil mengajak aku sekali lagi pergi ke Hotel Maison. Rupa-rupanya Jamil telah ditelefon oleh Pak Wandy menyatakan bahawa Datuak Bijo Rajo Nan Putiah, Baharyadi ingin bertemu dengan Jamil di sana.


Datuak Baharyadi


Datuak Baharyadi dan Pak Sani


Setiba di sana . . . aku diperkenalkan dengan Datuak Baharyadi dan Said Ismail Dino Faisal dari Pekan Baru, Riau . . . seorang penginap di hotel tersebut. Terbukti mereka semua ramah dan mesra . . . serta merendah diri . . . walaupun masing-masingnya berkedudukan tinggi dalam social circles di daerah ini.




Dari kiri: Pak Said Ismail Dino Faisal,
Datuak Baharyadi, Pak Sani dan penulis

Aku bersembang dengan mereka semua . . . sejak tiba . . . dari jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.

Antara berbagai perkara yang kami bualkan dari malam hingga ke pagi itu termasuklah soal-soal yang menyangkut bahasa, pendidikan, sosial dan antropologi, kehidupan dan kemanusiaan serta hukum dan pelaksanaannya.

Aku amat senang dengan cara diskusi berlangsung . . . santai dan bersahaja . . . walaupun perwatakan Datuak Baharyadi . . . seorang sarjana hukum dan pembantu/penasihat utama pihak pemerintah yang berpengaruh di Bukittinggi . . . ada kalanya kelihatan formal dan agak serius.


Keesokan harinya sebelum kami berangkat ke airport Minang Kabau, Padang (kira-kira jam 8:00 pagi) . . . Datuak Baharyadi sudi pula singgah di The Hills untuk menyerahkan kepada aku dan Jamil buku berjudul Tau Jo Nan Ampek [Editor: Drs. M. Sayuti Dt. Rajo Penghulu, M.Pd.] sebagaimana dijanjikannya malam tadi.
 



Buku Tentang Ajaran Adat
dan Budaya Alam Minangkabau




 

Terima kasih sahaja yang dapat aku ucapkan kepada beliau dan kepada semua mereka yang telah menerima kunjungan kami dengan begitu mesra sekali.



Tenang peribadi lulus acara,
 Ketinggian pekerti jadi pegangan;
 Orang berbudi halus bicara,
 Hubungan bererti jadi kenangan.



Bamuda
dsuarang.blogspot.com