Tuesday, August 27, 2013

Pernikahan di Mesjid Raya Baiturrahman






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ijab Kabul Yuni dan Ruly



Setelah pulang dari Sabang pada hari Sabtu 17 Ogos 2013 . . . aku, isteriku Alimah dan anakku Lyana . . . ditemani pula kaum keluarga dari sekitar Provinsi Aceh ke Mesjid Raya Baiturrahman di Banda Aceh pada pagi Ahad 18 Ogos 2013 untuk menghadiri acara pernikahan seorang cucu saudara . . . Yuni Dwi Teevany.














Yuni bernikah dengan Ruly dalam suatu majlis yang serba sederhana namun tetap berwarna warni di masjid yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri khususnya setelah Aceh dilanda bencana tsunami pada tahun 2004.

Pada hari yang berkenaan . . . tiga acara pernikahan dijadualkan berlangsung di masjid tersebut. Untungnya, acara pernikahan Yuni dan Ruly mendapat giliran pertama untuk dilaksanakan pada pagi itu. 


Acara bermula kira-kira pada jam 8:00 pagi dan mengambil masa lebih kurang satu jam sebelum selesai dengan sempurnanya.















Alhamdulillah segala urusan yang dirancangkan untuk majlis itu telah pun terlaksana dengan lancar dan baik.




















Semua ahli keluarga dan sanak saudara tentu sekali berpuas hati dengan perjalanan acara pada hari itu.
















Tahniah diucapkan kepada Yuni dan Ruly. Besok atuk sekeluarga akan cuba pula memenuhi undangan ke pesta perkahwinan kalian di sebuah dewan sosial. In Sha Allah.

Setelah selesai acara pernikahan . . . kami sekeluarga sempat mengambil gambar-gambar sebagai kenangan peristiwa hari itu.


Berikut dipaparkan foto-foto yang dapat dirakamkan bersempena majlis tersebut.






























































































Tidak puas di dalam masjid . . . di kawasan perkarangan masjid pula kami bergambar. Malah hingga ke ruang sekitar Mesjid Raya Baiturrahman bersekali!

Tak mengapalah . . . kita manfaatkan peluang yang ada dan penuhkan masa yang terluang. Bukan selalu kita dapat berbuat seperti ini.




































































Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah SWT untuk berkumpul-kumpul begini dalam acara yang ditakdirkan-NYA untuk kita.

Mudah-mudahan Allah SWT terus mengizinkan kita berkumpul-kumpul lagi seperti dalam keadaan yang gembira begini untuk suatu jangka waktu yang kesekian lamanya. Amin.





bamuda
dsuarang.blogspot.com


Monday, August 26, 2013

Ke Rumah Keluarga DM






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Menjelang Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Yuni DM



Sebelum memenuhi undangan keluarga DM untuk kami ke majlis pernikahan dan perkahwinan Yuni Dwi Teevany pada Ahad 18 dan Isnin 19 Ogos 2013 . . . penulis sekeluarga bersilaturahim terlebih awal ke rumah Bapak Dahlawi . . . ketua famili DM. 

Tujuan kami agar dapat berbual-bual dan berkenalan dengan lebih mesra dan aman . . . ketika tetamu masih belum ramai. 

Esok lusa pada hari majlis / pesta tentunya keluarga DM akan dihimpit kesibukan urusan majlis / pesta yang meriah. Pasti akan terdapat terlalu ramai tetamu yang perlu diladeni. Tentu juga tidak akan wujud waktu yang selesa untuk 'ngobrol-ngobrol' panjang!

Malam hari Khamis 15 Ogos ini (setibanya kami dari KL) merupakan detik yang paling sesuai pada kiraan kami untuk ke rumah keluarga DM. Sementelahan ada sedikit buah tangan / cenderahati yang ingin kami sampaikan segera kepada pihak pengantin perempuan 

Oleh kerana inilah kali pertama kami berkunjung ke rumah keluarga DM maka barang tentu kami ingin memanfaatkan momen ini sebaik-baiknya.

Kami disambut mesra oleh Bapak Dahlawi dan Ibu . . . juga Ria DM serta ahli-ahli keluarga DM lain yang berbudi tinggi. Terasa keeratan semangat kekeluargaan mewarnai suasana di sepanjang kunjungan kami itu. Terasa hangat kemesraan yang terjalin. 

Tatarias (hiasan) di rumah keluarga DM pada ketika itu cukup berwarna warni. Maklum penghuni di rumah tersebut sedang dalam usaha menceriakan suasana majlis pernikahan / perkahwinan  ahli keluarga terdekat mereka. 

Penulis baru tahu malam itu juga bahawa warna-warna hiasan dalam majlis begini mengikut kebiasaan budaya warna-warna daerah. Kebiasaan yang luar biasa!

Nyatalah Pak Dahlawi suami isteri serta seluruh ahli keluarga mereka . . . menjuruskan serapi dan seteliti mungkin segala urusan ke arah menimbulkan suasana kemeriahan secukupnya untuk 'special family event' yang bakal berlansung dalam sehari dua lagi. Kerjasama keluarga yang amat baik!  


Khamis 15 Ogos 2013: Setelah tiba dari Kuala Lumpur kami sekeluarga lantas ke rumah keluarga DM . . . 







Tirai hiasan /tatarias yang berwarna warni













Berbual-bual mesra . . . 











Sembang-sembang keluarga . . . 
















Isnin 19 Ogos 2013:  Detik-detik pagi hari sebelum kami ke Dewan Sosial untuk pesta perkahwinan.





 Opah Alimah bersama watak utama . . . Yuni DM

























Final preparations di perkaragan rumah keluarga DM







Semoga segala perancangan yang telah dirangka dan diatur dengan penuh kerapian dan ketelitian ini diizinkan kelancarannya oleh Allah SWT. Amin. 

Hingga kita bertemu di Dewan Sosial nanti.





bamuda
dsuarang.blogspot.com