Saturday, January 25, 2014

Au Revoir Pangkor






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sebelum Kita Berpisah



Hari ini Ahad 19 Januari 2014 . . . hari terakhir percutian kami sekeluarga di Pulau Pangkor. Kami akan berangkat meninggalkan Resort Teluk Dalam selepas tengah hari nanti.


Kami dijadualkan "check-out" pada jam 12:00 tengah hari dan menaiki feri di jeti Teluk Dalam menuju ke Terminal Jeti, Lumut di tanah besar Semenanjung pada jam 12:30 petang.

Bagaimana pun . . . menjelang pukul 12:30 petang hari nanti . . . kami masih punya waktu pada sebelah paginya untuk bersiar-siar.




















Kami tidak berlengah-lengah lagi . . . terus mencari tempat untuk bersarapan. Perut masing-masing pun sudah 'berkeroncong'.





















Apabila sampai di sebuah warung tepi pantai yang lokasinya kami rasakan agak sesuai . . . kami pun duduk beramai-ramai . . . santai. 
































































Sebentar kemudian . . . makanan dan minuman kami pesan. Menu simple. Janji lazat. Kami sudah agak jemu dengan hidangan sarapan di resort

Apa tak lazatnya . . . roti canai, roti telur, roti bakar, mi sup, dan hmm paling istimewa bagi diri penulis . . . mee goreng mamak, pedas sikit . . . sungguh menyelerakan.
















Lepas tu . . . kena pula kopi 'O' atau teh 'O' panas . . . terangkat . . .

(especially when you've been through two complete days without being served your favourite dish for breakfast!





Sesudah minum pagi dengan sepuasnya . . . kami bergerak lagi meneruskan 'rondaan' sebelum tiba waktu mengucapkan "au revoir Pangkor" . . . 

(berlagak cakap Perancis sikit)














Banyaklah pemandangan/landscap baru yang penulis lihat.

Skyline pekan Pangkor ini juga sangat menampakkan perubahan ke arah kemajuan yang sedang meningkat pesat. 



















Tentunya sudah jauh berbeza Pangkor 50 tahun dahulu dengan Pangkor 2014 sekarang!



















Walaupun demikian . . . penulis tetap merasakan pulau peranginan ini masih belum mencapai tahap pembangunan yang boleh dibanggakan. 

Pulau Pangkor  belum boleh diletakkan setanding dengan kemasyhuran pulau-pulau peranginan lain yang sudah semakin terkenal di peringkat antara bangsa.  


Prasarana dan juga expertise khusus untuk industri pelancongan di sini mungkin boleh diperluas dan ditambah majukan . . .































Beberapa perkara yang penting diberikan perhatian termasuklah sikap warga setempat di Pulau Pangkor ini sendiri. 

Mereka harus lebih peramah, mesra, berpengetahuan, berdiplomasi, prihatin dan bertimbang rasa apabila berkomunikasi atau berurusan dengan sesiapa sahaja yang menjadi 'tetamu' di pulau peranginan ini.

Sikap-sikap murni ini bukan semestinya dikuasai para pemilik dan pekerja rumah tumpangan, homestayresort atau hotel sahaja bahkan harus menjadi kekuatan (forte) semua rakyat biasa dan pemastautin tetap Pulau Pangkor.














Andainya 'kelebihan' cara ini dapat dijadikan pegangan dan amalan . . . insya Allah, lambat laun cita-cita dan harapan meletakkan Pulau Pangkor di atas peta pilihan utama pelancongan warga dunia akan menjadi kenyataan.   

















Sudah hampir tengah hari. Kami menuju semula ke Resort Teluk Dalam untuk ke jeti. 



















































Seterusnya kami akan pulang ke tanah besar Semenanjung . . . and then . . . onward to KL. 


















































Au revoir Pangkor . . . 


See you at d top of d traveller's choice list and d popular tourist's destination billboard 

soon . . . 







[Penghargaan: 
Terima kasih Marlyana Haniz juru gambar di lokasi peristiwa.]



bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, January 24, 2014

Ronda-ronda Pangkor






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pusin' Kelilin' Laluan Darat



Anak-anak penulis menyewa sebuah van pada hari Sabtu 18 Januari 2014 di Teluk Dalam untuk kemudahan bersiar-siar di Pulau Pangkor.









Van disewa daripada individu tempatan dengan bayaran RM180 sehari.

Rondaan kami bermula dari chalet menuju ke pekan Pangkor dan daerah sekitarnya.


















































































































Baru hari ini penulis dapat melihat sendiri pembangunan di pulau peranginan (juga kampung nelayan) ini . . . al-maklum, penulis kali pertama menjejak kaki ke sini dulu pada tahun 1964 . . . dan selepas itu penulis tidak pernah lagi ke mari!






Kami 'meronda' ke mana sahaja yang kami ingini . . . tiada sesuatu destinasi tetap. 










Perjalanan kami menelusuri jalan-jalan yang sekadar sederhana terjaga . . . bermula pada kira-kira jam 4:00 petang dan berterusan hingga menjelang waktu senja.  















Penulis terfikir: "Dulu (1964) waktu aku menyertai aktiviti perkhemahan (camping) di Pasir Bogak bersama kawan-kawan seasrama dari KL . . . tak jumpa pun jalan-jalan begini 'ok' di pulau ini. 

Hanya ada laluan-laluan kecil kampung nelayan atau lorong-lorong pekan yang luas sedikit. Balai polis, klinik pun pondok-pondok usang sahaja. Pasar raya (supermarket), kompleks membeli belah (shopping complex) . . . ??? Jauh panggang dari api . . . . khayalan semata . . . ketika itu."

Terfikir pula aku: "Bercakap tentang prasarana . . . al-maklum buat kedua kalinya . . . ketika itu zaman Malaysia baru sahaja terbentuk!

Kalau zaman Malaysia telah merdeka dan mencapai taraf negara maju sekarang masih begitu . . . alamat tak payahlah berbangga dengan slogan 'Malaysia Boleh' atau 'Tanah Tumpahnya Darahku' . . . pendeknya tak payah berkata apa-apa!"







Penulis bersyukur kepada Allah SWT melihat kemajuan yang berlaku di Pulau Pangkor di bawah pimpinan para pemimpin sekarang. 

Namun demikian . . . masih banyak lagi yang perlu diusahakan dengan gigih dan penuh bijaksana . . . sebelum pencapaian yang diharap 'baik' dapat dihasilkan di Pulau Pangkor seluruhnya. 






Renungkanlah . . . wahai pihak yang berwajib!     


Esok . . . insya Allah . . . kami meronda-ronda lagi di sekitar pulau ini. 





bamuda
dsuarang.blogspot.com