Wednesday, April 15, 2015

Sahabat Haj









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera









Tuan Hj Salleh Ibrahim dan Pn Hjh Juliah Partono







Dato' Hj Muhammad Hatta Ab Aziz
dan Datin Hjh Zabedah Idris







YM Hj Raja Aman Shah Raja Shahruzz Aman
dan Pn Hjh Che Zainah Abdul Wahid









Penulis dan Pn Hjh Alimah Md Yasin













Kiri: OK lah dah boleh borong barang-barang kemas ni. Kanan: sekarang kita cuba pula borong baju/jubah yang ada di kedai ini . . . mungkin begitu kata Pn Hjh Alimah, Datin Hjh Zabedah dan Dato' Muhammad Hatta. Wallahuaklam.






Kan teman dah kata . . . Tengok tu Dato' Hj Muhammad Hatta dan Datin Hjh Zabedah dah mula memborong apa-apa yang patut . . . Elok le tu Dato' . . . Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!







Kiri: "Kita tunggu sahaja mereka di sini," kata Pn Hjh Che Zainah kpd Pn Hjh Alimah. Kanan: Lepas tu ke sini pulak Pn Hjh Alimah ye. Dah lama shopping . . . terasa nak minum kopi lak . . .




















































Tuan Hj Abdul Halim Ahmad (kanan)
dan Pn Hjh Noral Saniah Mohd Som


Tuan Hj Kamarudin Abdullah dan Pn Hjh Hapsah Omar


Tuan Hj Mohamad Hishamudin Muda dan Pn Hjh Norziera Ngah






Mina Pasca Hari Tasyrik
























Pasca Hari Tasyrik




Mina
lengang seperti
hati orang ditinggal pergi;
sepi seperti
rumah usang ditinggal penghuni.


Mina 
tidak lagi sibuk
sehari suntuk
seperti ketika kami menumpang berteduh
selama beberapa tempoh.




Kesunyian melaung di merata-rata;
kekosongan bergaung di mana-mana;
kegersangan menyombong datang menerpa!



Tidak macam riang semalam,
girang kelmarin . . .
terlihat pelosok negeri
ruang daerah Mina
sarat terisi 
sampah dan sisa 
ketidakpedulian manusia!













Nyata 
kini Mina banyak menampung
longgokan sampah,
tinggalan ummah
yang mulanya datang berkampung
atas nama ibadah!
Para jemaah yang awalnya datang ke Mina
dengan penuh kesopanan
hendak merealisasikan segala impian . . .
tetapi kini tidak segan-segan pulang
seolah-olah tanpa sedikit pun perasaan
meninggalkan begitu sahaja . . .
pelbagai jenis 'kotoran'
dan bermacam sisa 'dosa'.
Ampuni kami Yang Maha Esa!

Malang sekali
berakhir saja lontaran 
di kesemua jamrah,
berakhirlah juga resah debaran
di dada insan;
Mina
lantas pantas 
memikul banyak beban
akibat ketidakprihatinan insan!


Berjuta insan
yang menggunung harapan
tidak putus-putus berdoa
meminta bahagia itu ini
memohon selesa begitu begini
mengharap masa mendatang
yang jauh lebih bererti!


Semoga tiada sesiapa yang kerugian,
semoga segala matlamat perbuatan kesampaian;
semoga Tuhan tidak keberatan
memakbulkan jua doa
sebanyak-banyaknya jumlah insan . . .















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Mina . . . selamat tinggal buat seketika. Mudah-mudahan kita diizinkan Allah bersua dan bermesra lagi. Kami akan senantiasa merindui























































































































































































































































































































































































































































































































































Monday, April 13, 2015

Saturday, April 11, 2015

Kaabah oh Rumah Allah

Muzdalifah n Arafah










Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   






Semalam di Arafah













































































































Muzdalifah