Friday, December 17, 2010

6 Macam 6 Ragam








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






6 Macam 6 Ragam



salah satu amanah-Nya
kepada kita
yang bergelar hamba …
salah satu anugerah Tuhan
kepada kita
yang bergelar insan …
Keturunan!


syukur alhamdulillah
Kau kurniakan kami zuriat …
yang harus dijaga sepanjang hayat
agar tidak sesat
agar tiada cela dan cacat
agar semuanya selamat …


6 macam 6 ragam
inilah permata hati kami
tiga perwira tiga srikandi
lengkap susunan berpasang-pasang
lelaki perempuan berselang-selang
‘selang bunga’ kata orang …
antara setiap pasang
setahun jeda usia
antara setiap pasangan pula
dua tahun jaraknya …
bagaimana terjadi
tak usah persoalkan
kuasa-Nya yang menentukan!


anak pertama seorang putera
1977 tahun lahirnya
Sebagai abang panggilannya Along
kalau tak berperangai baik
tak dapek lah nak nolong!
dulu kecilnya kerap saja semput
jalan berlaga kepala lutut!
wah! mentang-mentang
ang sakarang lah gadang
hebat sekali memerintah orang
dengan siblings selalu naik berang
bertelagah setiap kali berbincang …
kesusilaan Melayu biarlah banyak
walaupun raut wajah persis si mamak!


anak kedua seorang puteri
Kak Ngah pangkatnya
keluarga yang beri
sayang sakan kepada haiwan
terhadap insan tak ketahuan
tak pernah pula dicurahkan perasaan!
comot selamba semasa kecil
tak sangka kini beransur comel …
1978 tahun lahirnya
berwajah anugerah ala Cindia …
suka berkemas juga menghias
kerja dapur sedikit culas!
time management kurang selesa …
kerja last minute berleluasa!


1980 tahun lahirnya
Bang Lang (Bangla?) anak ketiga
jejaka nerd dalam keluarga
tak habis-habis tugas kira-mengira
kadang-kadang serius tak kena gaya …
sejak kecil mamat ini smart
suka tiru gaya tokoh korporat
lagu puisi dia minati
pecahkan kerusi ala JR Dynasty!
bila bercakap suara biar langsung
jangan tersekat di kerongkong!
telinga tu mujur tak pekak
masa kecik masuk kerengga, ingat tak
‘bunyi macam kereta rosak!’


setahun kemudian lahir Kak Uda
tahun 1981 punya cerita
doktor kata better do without her
konon for the sake of the mother …
what nonsense yours sincerely kata
jangan doktor nak mengada-ngada!
akhirnya syukur alhamdulillah
anak membesar tak banyak masalah
rupanya kuat memanjat anak keempat ini
mengalahkan kecekapan si budak lelaki!
badan yang kurus dah heboh gemuk
berwajah ‘kaur’ habis tak payah sorok
kerja di rumah bolehlah tahan
aktiviti kajibumi masya-Allah dia lagi number one!


tahun 1983 agak istimewa
tahun lahirnya anak kelima
seorang lelaki … and history was created …
being the one and only not wanting to be delivered
di mana-mana hospital
mungkin baginya di rumah dah cukup afdal!
kebetulan Tok Anjang jadi tukang bang
langsung lekat gelaran ‘Wak’ sampai sekarang …
tak apalah semua famili sayang!
waktu kecil agak benyek
sikit-sikit melalak sikit-sikit merengek
dah besar ni kuat pula menyakat
mengacau kaum kerabat tak dapat disekat
ditegur saja serta-merta berwajah kelat!


jadi plumber dia boleh, electrician pun boleh juga
banking dia biasa uruskan, spending pun boleh tahan!
tahun 1984 tahun kelahirannya
anak bongsu dalam keluarga
tentulah dia diberi manja!
masa kecilnya berperangai pelik
tiap kali nak masuk rumah orang, mesti nak balik
bila dah besar boleh tahan celupar
mulut laser ramai yang tak sanggup dengar!
ciri baik yang dia miliki
walaupun perempuan dia boleh buat kerja lelaki
boleh control apa saja di bawah jagaannya
tak kira haiwan ataupun manusia
dengan jelingan yang tajam menusuk jiwa!


6 macam 6 ragam
Menghidupkan warna suasana
Di teratak jiwa …
6 macam 6 ragam
menceriakan erti kehidupan
di laman perasaan …
akhirnya anggaplah coretan kata ini
sebagai teguran berunsur komedi …
dan sesungguhnya
Allah saja yang maha mengetahui

12.8.2005





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Thursday, December 16, 2010

Ajim Balit Kampung



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ajim Nait Belon


Ajim nak cerita sikitlah . . . Sudi-sudikanlah ikuti cerita Ajim ni wahai para pembaca yang budiman.

Pada hari Sabtu 27 November 2010 Ajim [saya le tu . . . Azim Muqry Basrie (AMB)] mengorak langkah bersama emak (Mazlyna Majid) dan abah (Royhai'zam Basri) balik ke kampung di Kuching, Sarawak buat pertama kalinya sejak Ajim
dilahirkan.







Wah first time jugalah Ajim naik kapal terbang! Oghang Sarawak bilang 'nait belon'. Apa istilahnya pun, yang Ajim tau . . . Ajim rasa amat seronok!




Setibanya kami bertiga beranak di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuching, Sarawak kami disambut ahli keluarga dengan gembiranya. Nek E (En. Basri bin Samil), Nek Jijah (Pn. Hajijah bt Bujang) dan Usu Misha (Nor Amisha Basri aka Meot) menunggu kami di airport. Atuk Ujang dan Tuk Oni pun ada menunggu kami di situ. Tapi gambar-gambar mereka tak ada pulak yang sempat dirakamkan. Sorry ya Atuk Ujang dan Nek Oni. Lain kali aje le!

Rasa macam VVIP lak, he, he. Lihatlah foto-foto berikut . . .
happiness beb!








Di Sarawak Ajim sibuk memenuhi 'agenda' lawatan. Al-maklum baru sekali menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang ini! Maka Ajim pun asyiklah berjalan-jalan melawat dan menziarahi tempat-tempat di sana-sini. Ajim ke kampung ke bandar, ke baruh ke darat, ke hulu ke hilir. Penat jugak. Tapi apa nak kira . . . Ramai tukang kendong . . . Tukang dukung le tu! Jadi Ajim relaks aje le! Makan (minum), tidur, jalan. Repeat setiap hari . . . semacam rutin le pulak!


Di Rumah Wa Pojah












Di Politeknik Matang, Sarawak









Di Pantai Pasir Pandak, Santubong


























Di Rumah Nek E & Nek Jijah
Taman Petronesa 2, Petra Jaya







Melawat Atuk (Moyang) Samir & Keluarga
di Seniawan, Sarawak















Di Shopping Complex Kuching





Di Kuching Waterfront

















Ha . . . Ajim rasa belum puas lagi bertemu moyang, atuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara, sepupu dan sanak saudara yang lain di Sarawak. Tapi, macam mana dengan orang di sana tu . . . mahu ke terima kedatangan Ajim lagi? Harap-harap OK le!

Apapun . . . begitu cepat waktu berlalu. Tak apalah . . . mudah-mudahan lain kali Ajim dapat balik kampung lagi. Nanti minta abah dan emak Ajim ambil cuti lebih lama. Syok sikit dapat jalan-jalan ke banyak tempat di kampung . . . he, he.

Sehingga berjumpa lagi . . . salam kasih sayang Ajim untuk semua di Sarawak.


Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.






dsuarang. blogspot.com