Tuesday, February 14, 2012

Hakim Cafe





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Belum Rezeki Nak Berjumpa Semula


Pada hari Rabu 28 Disember 2011 . . . teman bersama-sama isteri, anak lelaki dan cucu teman . . . menemani anak perempuan teman . . . ke Pulau Pinang. Anak teman tu ada tugas rasmi di sana yang perlu dilaksanakan pada hari berikutnya.

Selesai tugas anak teman tu . . . pada hari yang berikut iaitu Khamis 29 Disember . . . kami bergerak untuk pulang ke KL. Teman berhasrat singgah sebentar di RnR Tapah arah Selatan dalam perjalanan pulang ke KL kelak.

RnR PLUS Tapah memang terkenal sebagai pusat jualan buah-buahan khasnya jambu batu tidak berbiji dan jambu air madu. Buah-buahan lain seperti mangga dan mempelam serta durian juga ada.

Teman bukan nak beli buah-buahan di situ. Teman ingin bertemu sahabat sepesawat KT 70 dan sehotel di Makkah dan di Madinah ketika menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci sepanjang bulan-bulan Okt/Nov/Dis 2011 dahulu.

Teman berhajat menemui Tuan Hj Hakim dan Puan Hjh Seripah. Mereka itu amat mesra sebagai sahabat sejemaah teman dan isteri teman ketika di sana.


Tuan Hj Mohd Hakim Durahim



Pn Hjh Seripah


Hakim dan Seripah . . . yang lebih muda daripada kami suami isteri . . . memiliki sebuah cafe di RnR Tapah arah Selatan. Teman sengaja le nak jumpa mereka di sana. Dah terasa rindu juga kerana agak lama tak bersua.




Hakim Cafe di RnR Tapah arah Selatan


Mereka tidak tahu bahawa teman akan singgah pada hari itu. Teman sengaja tak beri tahu. Takut-takut nanti dema itu bersusah payah pula! Dema tu memang berbudi bahasa tinggi.



Alimah, penulis, Alyn (memangku Amad)

E bersama Amad


Sesampai di RnR Tapah teman pun terus menuju ke Hakim Cafe . . . dan bertanya kepada cashier di Cafe itu sama ada Hakim atau Seripah ada di situ. Cashier tersebut memberi tahu teman bahawa Hakim dan Seripah tidak datang ke situ pada hari yang berkenaan.

Teman lalu menghubungi Hakim melalui telefon. Setelah menghubungi Hakim . . . ternyatalah bahawa Hakim dan Seripah sudah pulang ke kampung mereka di Selatan tanah air.

Kemudiannya . . . kami mendapat tahu pula bahawa . . . sambil menghantar anak mereka mendaftar untuk kemasukan ke sebuah pusat IPT . . . yang terletak di Selatan tanah air . . . mereka menggunakan kesempatan yang terluang untuk balik ke kampung. ["Good thinking," komen jiran Omputih teman.] Maka demikianlah kisahnya mengapa kami gagal menemui mereka di situ pada hari itu.




Foto kenangan di Coffee Break, Madinah[dari kiri:Hj Mohd Hakim Durahim,
Hjh Seripah, Hjh Alimah, penulis]


Menjamu selera di Coffee Break, Madinah apabila makanan yang tersedia di Restoran langganan LTH kurang menyelerakan . . .



Apo nak di kato . . . bak nyanyian Ito . . . dalam sebuah lagu popularnya. Salah teman juga tidak memberi tahu Hakim dan Seripah terlebih dahulu akan hajat kami hendak mengunjungi mereka di RnR Tapah pada hari itu.

{Says my Omputih neighbour: "Lesson learnt Sir . . . do call in advance . . . or simply phone up first . . . prior to any engagement . . . Never take for granted things will turn out the way you want it to be. You'll be well surprised!}

Tak mengapalah Tuan Hj Hakim dan Pn Hjh Seripah. Belum rezeki nak berjumpa semula. Lain kali sahaja . . . Insya-Allah. Maka di ruang maya ini . . . kami berkirim salam . . .



Dari kiri: Hj Mohd Hakim Durahim,
Hjh Seripah, penulis, Hjh Alimah



Akhir kisah . . . tiada apa yang hendak penulis kesalkan. Apa pun, nasib kami tidaklah seburuk nasib si Lebai Malang . . . yang diundang ke suatu majlis kenduri . . . dalam cerita rakyat klasik kita tu . . . he, he, he.














dsuarang.blogspot.com

Friday, February 10, 2012

In Retrospection





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kenangan Mengusik Jiwa


Khamis 12 Januari 2012 bersamaan 18 Safar 1433 H yang lalu genaplah 38 tahun usia perkahwinanku dengan Alimah Yasin. Alhamdulillah . . . aku bersyukur.



Mungkin kepada sesetengah pihak tiadalah sangat hebatnya menyatakan kepada umum peristiwa yang sedemikian. Mungkin bagi mereka itu . . . perkara begini juga di alami oleh orang lain.

 

Biarlah mereka dengan pendirian masing-masing. Bagi diriku . . . pengumuman ini merupakan sesuatu yang elok dilakukan . . . apabila bersesuaian dengan ketikanya.










Dahulu . . . aku tidak pernah mengambil berat untuk mengingati tarikh-tarikh penting peribadi seperti ini yang seharusnya aku ingat. Entah kenapa. Bukan aku tak bersyukur kepada-NYA. Bukan aku tak mengasihi mereka yang paling dekat denganku. Bukan, bukan dan bukan.


Aku kurang prihatin mungkin dalam hal begitu! Agaknya kerana aku memang sejak dulu kurang gemar akan tarikh-tarikh yang terdapat dalam mata pelajaran Tawarikh . . . (sekarang Sejarah). Apatah lagi apabila disuruh guruku dulu untuk mengingati terlalu banyak tarikh berbagai peristiwa!


Berkenaan peristiwa ulang tahun perkahwinan kami ini . . . isteriku yang memperingatkan aku. Baguslah juga. Sekurang-kurangnya dapat aku menyatakan rasa kesyukuran dengan jelas dalam ruangan ini. Dapat aku berdoa . . .









"Ya Allah . . . peliharakanlah seterusnya ikatan perkahwinan kami ini. Kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan kepada kami sekeluarga. Berikanlah kami kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan pada masa depan . . . dan kekalkanlah kami sebagai keluarga yang baik dan bersyukur."


{Si omputih jiranku ni . . . sibuk betul. Nak tau juga biji butir isi tulisanku ini. Itulah dulu suruh belajar bahasa Melayu . . . buat tak kisah. Sekarang siapa yang terhidu-hidu.}


Apapun sebagai jiran yang baik dan untuk memelihara suasana kejiranan yang harmonis, aku turunkan jugalah sedikit petunjuk kepada si omputih jiranku ini supaya dia tahu juga apa yang sedang diperkatakan . . .







"On this auspicious occasion . . . my most sincere thoughts and warmest feelings of appreciation go to my beloved wife Pn Alimah Yasin for all that she had done to make happiness possible and for her art of ensuring a fruitful and comfortable life for me and that of my whole family. Thank you many times over, dear."

 
Semoga Allah swt melindungi kita semua. Amin.






Luangkan Sedikit Waktu ...


Telah lama aku perhati dan amati. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Lama tu!

Apa yang aku perhati? Apa yang aku amati? Apa pula kesimpulan sendiri yang aku perolehi ?

Sesungguhnya, mungkin jauh lebih lama daripada itu. Mungkin sejak zaman tok nenek kita lagi! Ketara sangat orang kita ni susah hendak mengucapkan kata-kata menyayangi seseorang khususnya orang yang amat dekat dengan mereka.

Aku sendiri (sepanjang ingatanku) tidak pernah mendengar ucapan atau kata-kata "sayang" daripada bapa, dan adik beradik atau ahli-ahli keluarga terdekat yang lain. Ibuku jauh sekali! (Emak pergi dahulu buat selama-lamanya ketika aku berusia lebih kurang 5 tahun. Bukan salah Emak.)
 
Kata sesetengah bijak pandai tentang hal-ehwal kekeluargaan (lebih tepat hubungan antara ahli-ahli keluarga terdekat) keadaan begini wujud kerana ramai yang "malu" menyatakan perasaan masing-masing secara jelas dan ikhlas! 

Ada juga yang berkata keadaan ini disebabkan ramai yang menganggap pernyataan kasih sayang (khususnya antara orang yang terdekat hubungannya dengan seseorang) sebagai sesuatu yang "remeh" dan sudah menjadi "lumrah" diterima secara "faham-fahamlah sendiri". (Apa kata Omputih tu . . . something always taken for granted . . .) 

Ada pula yang takut dicap "mengada-ngada" andainya menunjukkan kasih sayang secara terbuka kepada ahli-ahli keluarga mereka sendiri. Entahlah. Wallahuaklam.
 
Aku yang sudah melalui fasa tersebut di atas selalu terfikir bahawa zaman itu sudah berlalu dan tidak payah diingat-ingatkan kembali. 

Sebaliknya, setakat yang terdaya dari segi perasaan (kerohanian) dan mampu dari segi kebendaan (material) aku harus mengubah kebiasaan dalam hubungan kekeluargaan aku sendiri kepada sesuatu yang lebih bersifat rapat, mesra dan bermakna.

Pendek kata aku harus menunjukkan dan menyatakan perasaan kasih sayangku terhadap mereka yang paling rapat hubungannya denganku dengan cara yang jelas dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau malu!

Itu cara aku. Orang lain tentu ada cara mereka yang tersendiri. Terpulang . Terserah. " Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata bidalan.


Melalui penulisan ini aku ingin menyatakan untuk kesekian kalinya kepada ahli-ahli keluargaku bahawa aku, "Sentiasa Sayang Akan Kalian." Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu atau malu!

Insya-Allah.






Catatan:

. . . dan kini sudah ada empat kelamin baru di dalam keluargaku. Pasangan pertama (Mazlyn Hanim & Mohd Rashidi) berkahwin pada 2008. Pasangan kedua (Halmy Zahari & Nurliza Zainuddin) berkahwin pada 2008 juga. Pasangan ketiga (Mazlyna Hanum & Royha'izam Basri) berkahwin pada 2009 manakala pasangan keempat (Halim Zaharyn & Noor Shafini) berkahwin pada 2010. Setiap kelamin ini telahpun dikurniakan Allah SWT seorang cahaya mata. Alhamdulillah.

Sekadar menguatkan pesanan yang sering aku sampaikan kepada setiap ahli keluargaku . . . maka aku harap fahamilah (untuk kesekian kalinya?) . . . maksud puisi berikut (yang tidak sepertinya) . . .

Mudah-mudahan dapat jua ia menjadi peringatan kepada kita semua untuk berusaha ke arah membentuk keluarga berkualiti. Insya-Allah.




Aku Harapkan Begitu! 
(Harapan Seorang Ketua Keluarga)
 
Aku bangga mempunyai kalian sebagai ahli keluargaku
Aku tak tahulah kalau kalian pun bangga mempunyai
Aku sebagai ahli keluarga kalian . . .

(Aku harapkan begitu!)
 
Aku bangga kalian berusaha mendaki tangga kejayaan
Aku tak kisah sekalipun langkah kalian perlahan
Aku rasa kalian tak keberatan sentiasa berdoa kepada Tuhan 
Aku tak tahulah kalau kalian ada berbuat demikian . . .
  
(Aku harapkan begitu!)
 
Aku bangga kalian sejahtera sebagai suatu entiti keluarga
Aku tentulah suka menjadi ketuanya, 
Aku tak tahulah kalau kalian mampu bertoleransi tinggi
Aku tak mahu ahli keluargaku menyimpan dendam dan iri
Aku tak mahu sesiapa pun berhasad dengki sesama sendiri 
Aku malu jika ini berlaku
Aku tak rasakan budi pekerti kalian serendah itu . . .

(Aku harapkan begitu!)
 
Aku bangga kalian bermuafakat membina hidup berkat lagi menyerlah
Aku tak tahulah apa cara yang nak kalian gunakan . . .terserah,
Aku cuma nak sarankan sesuatu yang mudah,
Aku harap kalian sentiasa beramal ibadat dan ingat akan Allah
Aku tahu, baik anak baik menantu, cukup dewasa sudah 
Aku harap kalian faham apa yang tersirat di kalbu seorang abah 
Aku yakin kalian pun tahu . . .
  
(Aku harapkan begitu!)










dsuarang.blogspot.com

Monday, February 6, 2012

Let Me Story U




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Apa Story?


Not just any story . . . but . . . Toy Story. Demikian 'suasana' yang ketara berbangkit dan hidup di d'SUARANG pada ketika itu.



d'SUARANG . . .

dah jadi semacam dewan Jepun aje . . .
takpe cucu punya pasal!

Ala Jepun pun . . . Jepun le . . .

No news is good news . . . so . . . No toy is good toy . . . he, he . . . kome paham tak?


Pasang aje le banner kome tu . . . bukan main suka le hati geng Jepun nengoknya . . .


Senarionya menarik sekali . . . berwarna-warni dan sungguh menceriakan . . . terutama bagi anak-anak yang meminati watak-watak kartun dalam Toy Story dan Cars itu. Sukanya hati mereka . . . (Orang tua pun turut sama le . . . he,he.)
 








Sapa yang tak kena jemput tu . . . bukan disengajakan . . . maap le kami telupa . . . hmm lagi pun budget untuk budak kecik ni kecik aje . . . budget 'gate' dah larikan kat sini . . . hmm


Tapi . . . apa sebenarnya yang berlaku kali ini? Mengapa pula bergantungan keratan huruf dan panji-panji sambutan 'birthday' di d'SUARANG? Kalau sambutan pun . . . untuk siapa? Mari kita tanya-tanya . . . jadi 'bizybod' le sikit!



Heh, heh . . . tepi lah sikit . . . saya nak bagi tau Atuk . . . apa yang jadi sekarang . . .


Salam Atuk . . . ini kali . . . sambutan bday Amad lah pulak . . . Saya dah 2 tahun lah . . .



dan yang jenguk-jenguk ni . . .
Pak Lang saya . . . bday dia hari ni . . .
sambut sekali lah . . .



cakap tetap omputih le

the welcoming committee . . . me and u . . . cukup le . . . save kos elaun


{Nota:
OK le Ahmad Iman Iskandar (Aii). Atuk faham sekarang. Hari lahir Aii sebenonya pada 21 Januari. Dah baca pun doa selamat dan buat sambutan ringkas pada tarikh tersebut . . . minggu lepas.}









{Atas: Majlis ringkas sambutan UTK Aii pada 21 Januari 2012. Foto OPAH dan LOLA Aii dalam majlis ringkas ini tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab teknikal. Lain kali aje le ye . . . }



Ha ah . . . Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Aii pada 21 Januari itu dengan ini diadakan . . . secara lebih meriah le . . . [seriously ... meaning it's d second celebration for Aii? - tanya si jiran omputih teman tu le - siapa lagi!] pada 29 Januari 2012.

Bertepatan pula . . . ada ahli keluarga yang lahir pada 29 Januari. Pak Lang si Aii . . . Hj Halim. Maka apa salahnya sambut saja UTK mereka bersekali!



Kek UTK si Aii



Atas dan bawah: Pameran kek tempatan . . . dipamerkan di kedai mamak kat sebelah bakery zon selatan





Penantian suatu penyiksaan . . .
bila nak buka wrappers ni ha


eh . . . tak sabarnya rasa nak buka bungkusan ni sekarang juga . . . apalah ada kat dalam agaknya . . .


Oh hoi . . . macam-macam ada rupanya . . . macam harta karun dalam cerita kuno . . .








Ooi . . . banyaknya mainan ni . . . kalah kedai toys lak . . . boleh buat selalu le . . .




Wah . . . bukan main himpit Moyang tu . . . tentu ada apa-apa . . . dah dapat pun . . . he, he. Terima kasih daun keladi.


Lagak puas hati . . . Aii


Kami di d'SUARANG turut gembira menyambut Ulang Tahun Ke-2 kelahiran Aii. UTK bapa saudara si Aii itu . . . tak payah le disebut kali yang ke berapa!

Bak kata orang di kampung teman dulu . . . kalau buah pinang . . . dah kira cukup masak le tu . . . cuma belum 'kotai' aje.

Apa pun . . . semuanya meriah . . . memang cukup meriah. Alhamdulillah.





Selamat hari UTK ke-2 Ahmad Iman Iskandar. Semoga hidupmu diberkati Allah.


Boleh le test sikit cup cake ni . . . s-e-d-a-p sangat nampaknya tu


Halim: Ini pulut kuning . . . dengan rendang daging. Aii: Nampak sedap. Boleh saya try? Mak Lang: Ha . . . itu kena tanya Pak Lang hang la . . .








Kona baring nampak . . . tiru gaya pelakon di TKP Opera Van Java ke?

Acah aje. Nak cari OPAH saya . . . Dari tadi tak nampak-nampak kelibatnya . . .


Suasana meriah dalam majlis yang bermula pada waktu makan tengah hari berterusan selama beberapa jam hingga ke petang dengan kehadiran ramai ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.


Tukang belon ni dah tiba awal. Tapi . . . tak kan tak siap-siap ikat belon tu dari tadi . . .

Oh . . . assistant dia pun ada . . . masih tak beres kerja menghias dengan belon-belon ni dari tadi . . . ?



Tamu dah mula ramai ....................................Suap le cepat


Dua model beraksi di depan kamera. Ada banyak job menanti mereka . . . di dapur


Halim: Itulah Mr A . . . kalau nak kenal. Ajim: Ya, saya Azim, ber-Akal dan ber-Azam.



Para tetamu relaks sambil menjamu selera.


Pandanglah . . . lihatlah . . . tiru macam saya.


Saya penjual belon............................................Saya pulak penjual kain

Kami tak jual apa-apa. Kami nak beli kereta daripada showroom ni . . . boleh ke?







Daniel: Boleh ke saya beli kereta tu , akak . . . Akak: Well . . . let me consider . . . but I think . . . U makan dulu lagi baik lah . . .

Apa pakat ni ? ..........................................Entahlah I pun tak tahu


"Very funny . . . Dian." Demikian kata budak muda dari Taiwan ni . . .



Towkay kereta tersandar penat menunggu pelanggan. "Saya nak beli belon aje," kata Salina kepada OPAH. Oh kat sini OPAH si Aii rupanya . . . asyik jual belon. 



Foto kiri: Towkay pasar lambak (kiri) dengan pembantunya (kanan). Foto kanan: Peminat belon.



Aii: Macam mana ada dua SS ni Atuk? Atuk: Kalau dua SS tu . . . Syok Sendiri le . . . Jangan mare!






Kiri: Ahli permotoran dS seumur hidup. Kanan: Ahli baru yang belum sempat naik motor.


Beralih ke sand buggy aje le . . . We take turns yeah . . . senior member first.


Mana nak pasang tiang gol ni? .......................Dinosaur ni bagi makan apa ha?

Bersembang di luar ni sambil makan-makan dan minum-minum bagus juga . . .


Terkenang zaman dulu kat warong kopi . . . Ha . . . tu pun pemilik warong dah bawa bahan jualan . . .

Assalamualaikum ......................................Waalaikum salam


Banyaknya makanan tu . . . ........................Jom kita masuk dulu jumpa Aii





Kat mana aku nak lancarkan roket ni .............Mana dia orang tak sampai lagi



Kau tengok tu . . . dia dah keluar ........................Ha . . . dah habis belon terjual ye OPAH


Kisah berkumpul di warong kopi berterusan .......Tapi apa hal tinggalkan member sorang je?


Ha . . . tu roket yang baru dilancarkan tadi. Ok terima kasih datang ke tapak pelancaran ya.



Aksi-aksi di taman rekreasi dS. Ahli-ahli bergembira bersama-sama.

Ada ahli baru . . . ................................. Ada juga ahli seumur hidup!

Gelongsor . . . .








Gelongsor lagi . . . dan buaian pun ada . . . Ahli baru tunjuk bakat . . . ASH tunjuk skill


Teruskan . . . teruskan. Umar putting on his show.


3 cousins showing off . . .


. . . and continuing to show off . . . with the help of
ASH


Berangan terjun parachute ke? Oh, buai laju-laju rupanya . . .


Dah penat aku meniarap aje . . . aku lak slide aje . . .

Side terus slide . . .

Berganti-ganti tunjuk sliding skill masing-masing . . .

Ajim dan Umar . . .

Ajim dan Aii . . . member sebelah bersabar berbuai tak berapa laju . . . 

Ajim . . . dan Ahli Seumur Hidup (ASH) terus beraksi



Akhirnya . . . baru ahli termuda join in bersama parents dia le . . . welcome Dian



Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka yang merayakan hari UTK masing-masing pada kali ini. Semoga sihat walafiat, dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki serta lebih-lebih lagi . . . ditetapkan iman. Amin.



Majlis membaca doa untuk kebaikan bersama . . . semua pihak . . . selain Aii dan Halim yang menyambut hari UTK mereka.



Amin, Amin, Amin . . . Ya Rabbulalamin






Terima kasih diucapkan 
bagi pihak d'SUARANG . . .
daripada saya ASH










Sambil membaca bahan penulisan seadanya di ruang blog ini . . . sudilah menatap foto kenangan yang dirakamkan pada hari berkenaan. Semoga terhibur jua.









Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir menambahkan seri kemeriahan majlis kami yang tidak sepertinya ini. Allah sahaja yang membalas budi baik anda sekalian.








{Pesanan penaja: Hingga kita bertemu semula dalam majlis dan acara lain-lain . . . relaks dan sentiasalah berfikiran positif.}









Thank You & BYE
from me . . . Aii











 

dsuarang.blogspot.com