Monday, October 7, 2013

Keluarga Besan Dari Sarawak






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Abang Bujang n Co



Tengah hari Sabtu 5 Oktober 2013 . . . d'SUARANG dikunjungi ahli-ahli keluarga besan aku dari Sarawak. Kunjungan ini kurang kehadiran kedua-dua besan lelaki dan perempuan aku. 

Mereka tidak dapat datang bersama rombongan pada kali ini. Tuan Basri dan Puan Hajijah ada urusan keluarga yang perlu diuruskan segera di Kuching.




Tuan Bujang


Abang Bujang (panggilan aku terhadap datuk kepada Roy menantuku itu) datang bersama anak sulung perempuan beliau . . . Fauziah. 

Fauziah ditemani suaminya Ibrahim. Mereka datang ke Kuala Lumpur kerana menghadiri majlis konvokesyen anak perempuan mereka Diana.












Diana baru saja berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sains yang menjurus kepada kerjaya seorang aktuari.

Syabas buat Diana kami semua ucapkan atas kejayaan beliau itu. 






Diana Ibrahim



Ahli-ahli keluarga lain yang turut serta ke Kuala Lumpur ialah bapa saudara Diana . . . Fadli (Usu) dan anaknya Fitri . . . serta adik-adik Diana . . . Farid dan Farhan. 







Rombongan keluarga besanku ini melapangkan masa berada di d'SUARANG selama beberapa jam.

Setelah makan tengah hari dan berehat sambil berbual-bual mesra . . . mereka bermohon diri untuk ke bandaraya KL . . . berjalan-jalan bersekali aktiviti shopping le tentunya. 

















































Apa pun . . . aku dan semua anggota keluarga di d'SUARANG mengucapkan tahniah dan selamat kepada rombongan keluarga besanku dari Sarawak ini. 

Terima kasih kerana sudi datang bersilaturahim dengan kami di sini. 







Panjang usia dan seandainya masih diizinkan Allah SWT . . . kita pasti dapat bersua lagi. 




bamuda
dsuarang.blogspot.com




Sunday, October 6, 2013

Tuk Besan Dari Kedah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Melawat Cucu
Nia Airyn Sofeah












Aku berbesar hati . . . besan lelaki dan perempuan aku dari Kuala Ketil, Kedah . . . Tuan Abdul Hamid bin Abdullah dan Puan Rohani bt Mohd Saad . . . telah sudi singgah di d'SUARANG pada hari Isnin 30 September 2013 (sesudah selesai segala urusan kemasukan dan pendaftaran anak perempuan mereka ke Uniten di Bangi pada hari sebelumnya).











Mereka singgah kerana menziarahi cucu kedua mereka (cucu perempuan kedua juga) . . . Nia Airyn Sofeah . . . yang kebetulan belum sempat mereka ziarahi sejak kelahirannya. 

Nia Airyn Sofeah adalah cahaya mata kedua bagi pasangan Halim Zaharyn bin Abdul Majid dan Noor Shafini bt Abdul Hamid. Airyn (aku memanggilnya dengan nama ini) dilahirkan pada hari Khamis 12 September 2013 dan merupakan cucu ketujuh (cucu perempuan ketiga) aku dan isteriku Alimah.

Tarikh lahir Airyn bertepatan pula dengan tarikh lahir bapa saudaranya yang sulung Halmy Zahari bin Abdul Majid.














Pasangan Tuk Besan aku ini dapat jua berada di d'SUARANG selama beberapa jam sebelum pulang ke Kuala Ketil pada petang hari yang sama. 

Terima kasih aku ucapkan kepada mereka atas kesudian menziarahi Airyn. 

Aduhai Airyn . . . Tak kisahlah kalau nanti ahli-ahli keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai yang lain mahu memanggilmu dengan panggilan . . . Nia ke . . . Sofeah ke . . . 

Bagi atuk . . . Airyn tetap atuk panggil dengan nama 'Airyn'!

Selamat datang Airyn. Selamat menyertai keluarga atuk AMB sebagai ahli keluarga terbaru dan termuda ketika ini. 

Allah SWT pasti telah menguntukkan segala yang terbaik buat Airyn . . . berkaitan anugerah penciptaan-NYA yang kini diamanahkan-NYA kepada kami semua . . . Alhamdulillah.

Allah SWT paling mengetahui akan segala-gala yang dijadikan dan dijanjikan-NYA. Amin. 



  
bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, October 4, 2013

Bergaya Dengan VW Agil






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Ketika bercuti di Banda Aceh pada bulan Ogos yang baru lalu . . . aku, isteriku Alimah dan anakku Lyana menginap di rumah Drs Suradji Junus atas permintaan keponakan aku itu sendiri.

Suatu pagi . . . aku dan anakku Lyana sempat menunjukkan bakat mempamer gaya-gaya tersendiri (ha-ha-ha) apabila diambilkan foto oleh Agil berlatarkan sebuah VW antik.














VW ini milik Agil . . . anak lelaki Radji yang keempat. VW ini baru dibelinya. Agil . . . nama lengkapnya . . . Agus Adhiyatsyah Yunus baru habis pengajiannya di Universitas Syiah Kuala (Unsyiah), Banda Aceh dengan berjaya mendapatkan ijazah pertama (first degree) dalam jurusan biologi. Beliau telah berkonvo baru-baru ini di universiti itu.

Berbalik kepada cerita VW yang telah diubah suai Agil. Nyatalah anak muda ini mempunyai citarasa dan selera estetika yang tinggi dalam hal hias menghias automobil. 

Terserlah hasilnya . . . nah VW yang antik ini berubah wajah menjadi cantik dan menarik. Langsung kelihatan begitu canggih lagi mewah!
















Gil . . . ayuh nanti kita bawa aja VW nih merentas jalan darat dari Banda Aceh ke Medan dan balik lagi . . . gimana? Atuk mau berbuat begitu . . . Gil berani gak?

"Yeah . . . me too. Please count me in . . . should this proposal become one whole of a reality!" 

Ah . . . memang dasar gemar menyampuk si omputih jiran atuk nih Gil . . . 




bamuda
dsuarang.blogspot.com


Wednesday, October 2, 2013

Bernostalgia di Zoo Negara Malaysia






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Beralih Dekad Bertukar Generasi



Sudah terlalu lama rasanya aku tidak berkunjung ke Zoo Negara Malaysia di Ulu Kelang.









Dulu sepanjang dekad 1980-an hingga 1990-an aku sering membawa anak-anakku ke Zoo ini pada hujung-hujung minggu.

Kadang-kadang sepupu-sepupu mereka (anak-anak saudaraku) juga ikut bersama. 





[Foto-foto lama yang diambil pada 1 Sept 1980
 di Zoo Negara Malaysia]






Dari kiri: 
Sharina (anak saudara), Mazlyn (anak), penulis, Halmy (anak) 




Kiri: Sharina memegang Mazlyn    Kanan: Mazlyn bersandar di pagar pelindung haiwan





Kiri: Halmy memegang pagar pelindung haiwan di Zoo Negara Malaysia  Kanan: Sharina, Halmy, Azurin (anak saudara) di Zoo Negara Malaysia pada tahun 1980





Halmy n Sharina


Aku membawa mereka berkunjung ke situ pada ketika itu supaya mereka dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri berbagai-bagai jenis haiwan liar . . . dan mengetahui resmi serta cara hidup haiwan-haiwan itu. 

Aku inginkan mereka belajar mengenali dan menyintai . . . atau sekurang-kurangnya menghargai haiwan-haiwan yang dicipta Allah SWT.






[Foto-foto lama yang diambil pada 1 Sept 1980 
di Zoo Negara Malaysia]





Halmy n Mazlyn




Kiri: Halmy n d mule    Kanan:  Halmy n d bear




Kiri : Sharina memegang Halmy    Kanan: Halmy n d kangaroo 



Selepas era itu . . . aku jarang-jarang sekali mengunjungi Zoo ini . . . walhal lokasinya berhampiran sangat dengan rumahku. 

Entahlah . . . memang begitu agaknya resam manusia ini. Tidak mempedulikan sangat akan sesuatu keistimewaan fasilitet yang tersedia di kawasan kejiranan mereka.


Mereka lebih sanggup bersusah payah ke tempat-tempat lain yang lokasinya kadang kala amat jauh dari tempat tinggal mereka. 

Mungkin mereka lebih suka berbelanja mahal-mahal di luar tempat . . . bukan di lokasi lokal mereka!

Berbalik kepada kisah dalam entri kali ini . . . pada hari Isnin 30 September 2013 aku terdengar anakku Halmy dan isterinya Liza berbicara mahu membawa anak mereka Umar mengunjungi Zoo Negara Malaysia. 

Aku terfikir ada baiknya aku turut berkunjung bersama mereka kerana Zoo Negara Malaysia merupakan salah satu tempat kunjungan di Kuala Lumpur ini yang gemar dikunjungi ramai pelawat dari luar dan dalam negeri.








Lagi pun aku sudah lama tidak ke sana. Sekurang-kurangnya dapat aku lihat barang apa perubahan yang telah berlaku di situ.

Sekurang-kurangnya juga . . . dapat aku kembalikan nostalgia zaman mudaku membawa anak-anakku ke Zoo ini pada era kegemilangan dahulu!









Sebaik sahaja memasuki perkarangan Zoo . . . yang ketara pada pandangan mataku ialah bahagian hadapannya tidak banyak sangat berubah. 

Cuma cara penjualan tiket dan cara masuk dengan memakai lilitan plastik di pergelangan tangan yang aku rasakan baru.

















Setelah berada di dalam dan melontarkan pandangan ke ruang sekeliling . . . aku terfikir sendirian . . .   suasana dan keadaan ini masih berwajah lama! 

Tidak banyak berubah. Masih seperti pada era 1980/90-an.















Hati kecilku terus tertanya-tanya, "Mana perubahannya? Apa sangat yang telah berubah?" 

Haiwan yang sepatutnya menjadi 'bahan pameran' Zoo ini pun tidak banyak kelihatan. 

















Sarang dan kandang tempat tinggal unggas dan haiwan kebanyakannya kosong atau tidak terjaga. Pendeknya . . . kerja-kerja penyengaraan di bawah tahap memuaskan.












Apa yang dapat aku lihat ialah banyak tempat dan kawasan yang sedang dibina, dibangunkan semula atau diubah suai untuk menempatkan berbagai-bagai jenis haiwan . . . yang dipromosikan sebagai lebih unik lagi.


























Baguslah kalau ini benar-benar dapat dilaksanakan. Jangan bak kata suatu pepatah kita yang masyhur . . . "Hangat-hangat tahi ayam." 

Mula sahaja beria-ia. Bila dah ada . . . tak terjaga!





















































Ketika menjenguk-jenguk ke kandang-kandang haiwan di Zoo Negara Malaysia pada hari Isnin itu . . . kami menghabiskan masa yang agak lama di kandang zirafah dan gajah.










Bagi aku . . . kedua-dua zon ini menarik juga untuk dikunjungi . . . walaupun masih banyak lagi perlu dilakukan untuk menambahbaikkan keadaannya.

Bak kata si jiran omputih aku yang memang suka menyampuk tu . . . There's still much room for improvement!


































Dan . . . ketika berehat-rehat di sini . . . kenanganku melayang ke zaman anakku Halmy menjadi model dalam sesi fotografi di zon zirafah dll di Zoo ini (1980) . . . untuk hiasan kulit hadapan beberapa buku aktiviti kanak-kanak.











































































Aktiviti memakan aiskrim . . . 3 generasi . . . atuk, anak dan cucu




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan: Petikan berikut berasal drpd entri berjudul "Buku dan Ilmu" dlm blog dsuarang yang ada kaitan dengan kenyataan penulis di atas. 




Buku dan Ilmu

FRIDAY, MAY 21, 2010




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Penghias Kulit Depan




Buku dan ilmu bak irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan. Di sini penulis bukan hendak bercerita tentang ilmu yang boleh didapati melalui buku. Penulis cuma hendak mengenang kembali saat dan ketika penulis giat berkecimpung dalam industri penerbitan buku. Ketika itu penulis bertugas sebagai Editor. Betapa seronoknya penulis mengendalikan kerja-kerja yang mencabar itu!


Melalui blog ini penulis ingin memaparkan beberapa buah buku . . . bukan untuk ulasan atau kajian . . . tetapi sebagai kenangan masa lalu . . . ketika penulis terlibat dalam "membimbing" dan "menasihati" pihak produksi menghasilkan kulit depan buku-buku untuk peringkat sekolah rendah, pengajian tinggi dan bacaan umum.



Penulis masih ingat model-model yang menghiasi kulit depan masa itu tidak banyak "kerenah" atau "ragam" . Maklum . . . pada masa itu sekitar tahun-tahun 1980-an ( 1985/1986) . . . life was that simple . . . hinggakan model-model boleh dikatakan memberi masa dan tenaga mereka secara "hampir" percuma. Mana tidaknya . . . mereka hanya diberikan pakej makanan segera (ayam goreng atau fish n chips) dan air minuman kotak atau tin sebagai "upah"! Kalau sekarang . . . sudah tentu ramai yang "mogok" atau dalam istilah golongan kini . . . "rimau tak ngaum, tak leh blah jauh lah!"



















Halmy Zahari Abdul Majid
Model Penghias Kulit Buku 
Tahun: 1986



Apapun ucapan penghargaan yang tak terhingga telahpun disampaikan kepada model-model yang berkenaan pada waktu itu . Mereka sudah cukup puas apabila melihat wajah mereka terpampang pada kulit depan buku! Mereka bangga mendapat sedikit publisiti sihat dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kapada perkembangan ilmu melalui saluran percetakan buku. Maklum pada zaman itu . . . bukan senang hendak mendapat peluang begitu.


Sekarang mereka sudah dewasa (yang lainnya dah pun tua) . . . dan mungkin ada yang sekali sekala teringat akan zaman mereka menyumbangkan tenaga sebagai "model" (yang tidak begitu "glamour" dulu) dalam penerbitan buku-buku itu. Penulis cuma hendak katakan anggaplah itu semua sebagai amal jariah yang akan menguntungkan anda di hari kemudian. 

Untuk mengingatkan kembali peristiwa sesi photo shoot (di hadapan kamera ketika panas terik pulak tu . . . atau di hadapan sinar spotlight yang panas . . . ) berikut ini dipaparkanfinal product usaha semua yang terlibat ... Kata omputih . . . Just for old time sake, man! 






Halmy Zahari n Aftar dgn dua gadis Anon




Seperti di Atas














Seperti di Atas




Halmy Zahari n Aftar
dgn dua gadis Anon





Halmy Zahari, Aftar dan dua gadis Anon






Halmy Zahari & Anon





Halmy, Aftar dan Anon





Seperti di Atas



Begitulah kisah untung nasib penghias kulit buku waktu dulu. Kalau sekarang . . . glamour habis ooi! Apapun, dema ada ge jadi penghias kulit buku . . . Kome ada ke? He ... he...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kita kembali ke entri berkunjung ke Zoo Negara Malaysia masa kini . . . .





















































































































Kita jalan-jalan lagi? Umar lebih suka berlari-lari sahaja di sini. Dan, si omputih jiran teman tu dengan selamba berkata:

"Let's make this visit really worth the money we've paid."

















Malangnya . . . belum pun masuk setengah hari di Zoo Negara Malaysia . . . aku dan Umar serta Halmy dan Liza, sudah terasa semacam jemu berada di situ.

Cepat terasa jenuh melihat suasana Zoo yang lesu.













Lantas terfikir di mindaku . . . agaknya inilah penyebab warga tempatan, warga kejiranan malah warga kawasan sekali pun kurang berminat mengunjungi taman haiwan utama negara . . . taman haiwan yang kelihatan tidak bermaya! 

Kosong sini, sepi sana. Tidak terurus pula penyenggaraannya.


Bukan mengutuk habis-habisan. Bukan juga mengkritik tanpa tujuan. Pengunjung mahu sesuatu perubahan yang berkesan. 

Janganlah terus dibiarkan pengunjung membendung perasaan bosan . . .  setiap kali berkunjung ke Zoo Negara Malaysia . . . yang kononnya menjadi kebanggaan!

Aku berstatus pengunjung 'lama' . . . sejak waktu-waktu dulu kala! Tahu apa yang aku kata. Aku ingin melihat perubahan yang 'dramatik' bukan keadaan yang kekal 'statik'!

Sudah kira-kira 4 hingga 5 dekad berlalu . . . sejak lama aku sudah bersikap 'rajin' ke Zoo Negara Malaysia.  Janganlah biarkan orang yang seperti aku jemu . . . terus-terusan melihat . . . yang begitu masih kekal begitu!

Akhirnya . . . aku pun melangkah keluar untuk pulang. Langkahku longlai. Namun . . .  aku tetap mengharapkan Zoo Negara Malaysia cepat pulih. Segera menjadi sebuah zoo bertaraf canggih!

Umar cucuku (yang bapanya Halmy sering aku bawa ke Zoo ini pada masa kecilnya dulu) belum bijak sangat berkata-kata. Mungkin Umar boleh menerima seadanya apa-apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Beralih dekad bertukar generasi. Sampai bila keadaan begini boleh diterima Umar lagi! 










Suatu hari nanti apabila Umar pula dewasa dan matang . . . dapatkah beliau terus menerima keadaan statik seperti sekarang?

Tidak mustahil Umar di kala itu akan juga mengkritik seperti aku. Mungkin kritikannya nanti lebih pedas dan tajam. Orang tidak selamanya toleran! 





Biarkanlah Umar berlari cergas begini . . . .


 daripada Umar melangkah keluar lesu  . . . 


setiap kali setelah beliau mengunjungi Zoo Negara Malaysia . . .  zoo utama kita yang sepatutnya sudah bertaraf dunia!




bamuda
dsuarang.blogspot.com