Saturday, December 17, 2016

Hari Imigresen Malaysia 2016





Assalamualaikum
n
Salam Sejahtera






Sambutan Hari Imigresen
2016

Jumaat 16 Rabiul Awal 1438H 
bersamaan
16 Disember 2016


Pagi-pagi lagi penulis sudah bersiap-siap untuk ke Putrajaya. Destinasinya Dewan serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.









Penulis dari Ampang ditemani Mazlyn Hanim (anak) ke sana. 










Waktu kami tiba di TPK (Tempat Kejadian Peristiwa) suasananya masih agak lengang. Mungkin kerana kami tiba awal sedikit pagi itu pada jam 7:39. Alhamdulillah sampai juga.  







Bersama penerima anugerah Logo







Terima kasih kepada Jabatan Imigeresen Malaysia . . . khususnya buat YBhg Dato'  Sri Hj Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia. 








Bersalaman dengan YBhg Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali,
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia








Penghargaan juga penulis tujukan kepada Encik Ahmad Zulnasri bin Abdul Khalid, Timbalan Pengarah Sumber Manusia, Jabatan Imigresen Malaysia. 







Bersama Encik Ahmad Zulnasri bin Abdul Khalid
 Timbalan Pengarah  Sumber Manusia JIM 




Kedua-dua mereka ini penulis kira antara pihak yang memainkan peranan dan melaksanakan usaha hingga membolehkan penulis diundang menghadirkan diri di JIM bagi menerima Anugerah Khas Kreativiti.











Bersama penerima Anugerah Khas Kreativiti 
(Logo) dan para pegawai JIM   



Berikut antara foto-foto kenangan Hari Imigresen 2016 bersama para pegawai Jabatan Imigresen Malaysia. 






Penulis bersama emcee majlis Sambutan Hari Imigresen 2016








Bersama para pegawai JIM




















Seketika sebelum memohon diri untuk pulang penulis sempat bersalaman dengan VVIP di meja makan.

Penulis sendiri tidak sempat turut makan di situ kerana perlu segera ke KL atas urusan peribadi.








Terima kasih YBhg KP JIM








Hingga jumpa lagi ...
 YAB TPM merangkap Menteri Dalam Menteri



"Orang berbudi kita berbahasa, 
orang memberi kita merasa ..."


Terima kasih semua.



bamuda
dsuarang.blogspot.com














































Anugerah Khas Kreativiti




























































































Monday, December 12, 2016

Note On Retirement





Assalamualaikum
Greetings 




My heartfelt thanks to each and everyone of you for sharing your time with me this afternoon.

Also, thank you for giving me this delicious lunch at the closure of my career with PFB. I will certainly cherish this occasion.

It is not always a person is fortunate enough to go on retirement on a high note!

Some may opt for early retirement at their own will. Others go on retirement for a variety of special or personal reasons.

Some left on resignation for unknown causes! 


Some may have to go in bitterness while others out of spite or even in disgrace.


Thus, the reason I say I am very fortunate to leave PFB in a privileged state!


PFB is a tough place to work in for people with less than average "guts". A high standard of everything is demanded either at work or at play. One must be able to adjust and readjust to conditions to fit into such a demanding entity.


But after more than 20 years with PFB, I feel all the demand lumped upon the shoulders of people working in PFB will ultimately benefit the people themselves.


To an extent, the demands have proven to pave the way to creating mature individuals as professionals in the publishing industry.


I do not wish to do the normal "down memory lane" retirement speech. I also do not wish to talk history of the early 80's here. 


Suffice to say that the last five years of my stay in PFB has been very meaningful. Those were about the best years I could have hoped for. 


It was not because I saw comparatively fast personal enhancement then but more so because it was during that time I really begun to feel that sense of belonging. 

It is a genuine feeling of wanting  to contribute to the company!

The trust shown to me, especially so by our MD, did a lot of boost to the feeling of "wanting" to perform.

The support from colleagues  turned the "impossible" into "possible". Results I dare not dream of earlier became realities.

I know I have been fortunate to serve in a team with the capabilities to overcome all the shortcomings to come out on top at the end of the day. 

Thank you to all of you.

We have achieved so much over the last three years. Many things became magnificently real. Among others:


  1. The ICC
  2. The Corporate Culture Programme
  3. The SAP
  4. Streamlining of post and departments 
  5. Streamlining of administrative procedures
  6. Improvement of facilities
  7. Improvement of environment
  8. Staff induction and enrichment programme
  9. Training programme for  all levels
  10. Establishing an associate company.

With the progress and successes achieved over the years, let us not forget the most valuable asset PFB has ever had in making these achievements possible --- human resource.

As a reminder to all of us and in the spirit of corporate culture i would like to adapt some paradox of our time by veteran American entertainer cum poet, George Carlin, who says: 

We have...

taller buildings, but shorter tempers;
wider freeways, but narrower viewpoints.
more degrees, but less sense;
more knowledge, but less judgement.

We have...

multiplied our possessions, but reduced our values;
learned how to make a living, but not a life;
added years to life, not life to years;
conquered outer space, but not inner space.

Let us just ponder for a while...

We've done larger things, but have we done better things?
We've split the atom, but have we split our prejudice?
We write more, let us also learn more.
We plan more, let us also accomplish more.
We've learned to rush, we must also learnt to wait.

These are times of steep profits, and shallow relationships.

Yes, we have been all the way to the moon and back, but have we crossed the street to meet the new neighbour?

We have built more computers to hold more information to produce more copies than ever, but have built more communication?

Thank you. 


AMB




bamuda
dsuarang.blogspot.com


Wednesday, December 7, 2016

Humor Sempoi






Assalamualaikum
 dan
 Selamat Sejahtera



Lawak Juga Dak Ni




Pagi ini mood aku down sikit. Banyak perkara memenuhi ruang benakku. Susah senang suka duka sihat sakit dsb bermain di minda.






Menyorong Sahabat Lama

Dari Kiri:
Faizah; AMB; Ghazali



Sedang aku duduk-duduk bersendirian di rumah memikir-mikir (sementara isteriku ke PCMC untuk rawatan dialisis beliau) ... Hp aku berdering. Ada panggilan. Daripada siapa hah?







Dari kiri:

Pn Hjh Faizah Md Noor; Tuan Hj Ghazali Kamaruddin; AMB




"Hello, siapa di sana?"

"Assalamualaikum Jid, Zali lah."

"Waalaikumsalam. Ha Li. Apa khabar?"

"Ok, Ok je."


"Apa khabar Alimah? How's the operation?"


"Belum lagi Li..."

"Ha ... orang sakit ikhtiar dan tawakal aje Jid." 

"Ya Li."

"Aku ni pun tak begitu sihat lately. Kelmarin baru aje pegi Hospital Ampang ..."


"Buat apa Li?"

"Alah ... buang darah le ..."

"Orang sakit nak tambah darah ... engkau lak pi buang ... buat apa!"

"Entahlah Jid ... sistem badan aku ni produce terlalu banyak darah! Asyik kena buang je."

"Takpe ... katakan reda dan tawakal tadi ..."

"Itulah ... aku bukan sekadar reda dan tawakal Jid ... aku siap bagi suggestion pada nurse ..."

"Apa kau suruh dia orang buat? Hantar darah kau ke Tabung Darah Negara ke?"

"Ha ... mana boleh Jid. Darah aku ni dah second hand ... tak pure lagi didermakan pada manusia ..."

"Jadi camna Li..."

"Aku syorkan kepada nurses di situ . . . lain kali invite aje selagi ada nyamuk yang mereka kenal supaya datang bila mereka keluarkan darah daripada badan aku!"


"Wah mudahnya kalau gitu Li."

"Ya lah ... dah penat lak aku ... dimacam-macamkan. Sekarang tagih service nyamuk le ... free lagi!"


Demikian kesimpulannya. 

Tuan Haji Ghazali Kamaruddin rakan seasramaku   ketika di sekolah menengah dahulu (in the early 60's)

Beliau sudah lama juga keuzuran ... namun semangatnya untuk sihat semula amat kuat. Salute you my brother!

Mantan Pengarah Buruh ini seorang yang agak serius dalam tugasnya. Beliau juga terkenal seorang yang tegas di kalangan kawan-kawan.

Namun apabila sekali sekala beliau membuka mulutnya berkata-kata ... banyak juga bahan kelakar yang terucapkan. 







Aku terhibur dengan telatah tutur kata beliau pagi ini. Rupanya ada humor sempoi dalam diri sahabat lamaku ini. 

Terima kasih Li.






bamuda
dsuarang.blogspot.com 



Saturday, December 3, 2016

Semalam di Arafah












Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera




Khutbah Arafah 
Mabit Muzdalifah




"Haji itu Arafah". "Wukuf itu Haji". Begitu yang lumrah dan banyak diperkatakan para ilmuan agama dan alim ulama Islam apabila berkisah tentang kerja haji.

Maka para Jemaah Haji KT 70 (Geng Bas 06 khususnya) pun dimestikan berada di khemah-khemah di Arafah pada 9 Zulhijah 1432H (Sabtu Nov 2011) untuk wukuf di Arafah. 

Sementelahan wukuf salah satu daripada rukun haji.







Sejurus tiba dari Makkah
 YM Hj Raja Aman Shah; Hj Wan Abu Bakar






 Hj Wan Abu Bakar; Penulis 






YM Hj Raja Aman Shah; Penulis 







 Penulis; Datuk Hj Khalid







Berehat di luar perkhemahan di Arafah 

 Hj Hedzir Kanan 






 Hj Wan Abu Bakar; Penulis


Kami bersyukur dapat berwukuf di Arafah dengan kehendak Allah swt. Kami bersyukur dapat beribadah sepanjang waktu berada di Arafah baik di dalam khemah mahupun di luar. 

Beberapa ceramah agama atau tazkirah keagamaan dapat kami ikuti di surau yang tersedia di pekarangan perkhemahan tempat kami menumpang sehari di Arafah.








Di hadapan surau . . . 






Pekarangan khemah-khemah di Arafah







 YM Hj Raja Aman Shah sibuk mengambil gambar ...






 Hjh Alimah sibuk bergambar?



Paling menyentuh perasaan, para jemaah haji dapat mendengar khutbah pagi hari wukuf, selepas subuh di surau Arafah, yang amat menyegarkan naluri lagi menginsafkan diri sesiapa sahaja yang mendengarnya. Istimewanya, khutbah disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Aku masih ingat hampir semua jemaah haji mengalirkan air mata ketika mendengar khutbah tu. 

Jiranku si omputih Islam tu pula berkata: 
"Hope it's not crocodile tears . . . Bro!"
Teman pun berharap semoga tidak begitu.









Depan dari kiri: 
Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta

Belakang dari kiri: 
Hjh Juliah; Hj Salleh; Hjh Alimah; Penulis



Kami seterusnya berkesempatan berdoa kepada Allah swt dan memohon segala kebaikan serta kebahagiaan untuk ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. 

Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan berkat tunjuk ajar para ustaz dan ustazah yang mahir dalam selok belok kerja haji dan hukum keagamaan.








Geng se KT 70, sebilik di Makkah, dan sebas 06 berdoa di pekarangan khemah













Hjh Juliah dan Hjh Alimah mendoakan segala yg terbaik
untuk ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai . . .




Menjelang malam selepas bersolat Maghrib dan Isyak, kami diarahkan bersiap sedia untuk menaiki bas ke Muzdalifah. Para jemaah haji akan mabit di Muzdalifah. Kutip anak-anak batu di sana untuk melontar di 3 jamrah di Mina sepanjang 3 hari tasyrik berikutnya.





Menunggu bas ke Muzdalifah : Kiri - Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah
Kanan - Hjh Juliah; Hjh Alimah


Apabila bas tiba maka para jemaah haji pun mengucapkan selamat tinggal kepada Arafah. Kenangan indah di Arafah kami bawa bersama. Harapan kami . . . segala apa yang didengari dalam ceramah dan tazkirah siang tadi dapat menjadi pedoman dan seterusnya pegangan kami dalam menempuh hidup di masa muka. Insya Allah.


Mabit di Muzdalifah

Kiri: Hjh Alimah dan Hjh Juliah Kanan: Dato' Hj Muhammad Hatta mengutip batu





Berehat di atas bukit batu
dari kiri: Hjh Alimah; Hjh Juliah; Hj Muhammad; Hj Salleh


Hjh Alimah dan para jemaah haji mabit di Muzdalifah





Pemandangan dari atas bukit di Muzdalifah. Jauh ke sana kelihatan jam besar Makkah




Para penghuni hotel seribu bintang . . . Dah subuh Hjh Alimah!





Suasana fajar di Muzdalifah
Hjh Alimah dan Hjh Saripah






Anak batu sudah dipungut,
Tugasan menunggu tiga hari berturut;
Ke Mina kini destinasi tujuan,
Melontar jamrah melempar syaitan!




Mina . . . kami datang . . .


dsuarang.blogspot.com