Saturday, July 17, 2010

Tetamu Dari Bumi Kenyalang




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sembang-sembang
di d'SUARANG



Aku bersyukur. Baru hari Ahad 11 Julai lalu aku dapat bertemu mereka. Kami bertemu buat pertama kali di majlis perkahwinan anak lelaki dua pupu aku di Shah Alam. Mereka yang dapat aku temui itu ialah ahli-ahli keluarga besar aku dari Betong, Sarawak. Mereka yang aku maksudkan ialah anak perempuan Pak Anjang Tajudin Mohd Said dan suaminya. Adik saudaraku Hasnah bt Tajudin dan Hj Bujang bin Hj Kerni ditemani anak saudara mereka Aina Shahirah Roslan telah sudi melapangkan masa datang berkunjung ke rumahku. Bagiku ini suatu pertemuan keluarga yang membawa seribu makna. Aku amat menghargai kunjungan mereka.


Konsentrasi
Hj Bujang & Hasnah mendengar
sesuatu penerangan dengan teliti


Menjawab Soalan
Aina Shahirah memperkatakan
sesuatu . . . apa ha?


Hasnah, Hj Bujang dan Aina Shahirah tiba di d'Suarang kira-kira jam 10:45 pagi. Kami terus bertanyakan khabar masing-masing. Kami bersembang tentang hal diri dan keluarga. Kami sempat "menguji hati & perasaan" dan saling "bertukar pendapat & pengalaman" serta "mengetahui pendirian & pegangan" masing-masing. Pendek kata kami cuba mencari pemahaman antara diri. Maklumlah . . . kami tidak pernah berbual panjang sebelum ini. Jauh sekali benar-benar mengenali diri masing-masing secara rapat!


Sembang-sembang di d'SUARANG. Foto kiri dari kiri: Hj Bujang, Hasnah & Aina Shahirah. Foto kanan: Rashidi & Penulis.


Sembang terus. Foto kiri: Marlyana & Alimah. Foto kanan: Marlyana, Alimah, Penulis, Hasnah & Aina Shahirah


Foto kiri: Penulis & Hasnah. Foto kanan: Marlyana & Alimah


Membelek album foto. Foto kiri dan kanan: Penulis, Hj Bujang, Hasnah & Aina Shahirah.


Ketua Penerangan? ... Foto kiri: Penulis, Hj Bujang, Hasnah, Aina Shahirah (terlindung) & Marlyana. Foto kanan: Susunannya sama.


Cerita memang tak boleh habis bila bertemu sanak saudara. Penulis dan Alimah terus berbual mesra dengan Hj Bujang, Hasnah & Aina Shahirah


Namun begitu, dalam kesuntukan masa 3 hingga 4 jam yang ada untuk kami berbual-bual (sambil menikmati sedikit juadah secara ala kadarnya), aku dapat merasakan kekuatan ikatan persaudaraan ini mula berperanan. Memang terasa keikhlasan dan kemesraan yang terterap dalam perjumpaan ini. Inilah hakikatnya. Inilah sesungguhnya. Kemesraan mula menampakkan wajahnya. Aku merasakan bagai telah begitu lama mengenali mereka. Aku rasakan bagai telah akrab dengan ahli-ahli keluarga besarku ini. Aku harap dan mudah-mudahan mereka juga berperasaan sedemikian terhadap diriku.


Sampai waktu makan, kita makan le. Jangan segan jangan malu. Bukan orang lain, hanya baru ketemu. Foto kiri: Hj Bujang & Hasnah. Foto kanan: Royhai'zam, Penulis, Alimah, Hj Bujang & Aina Shahirah menjamu selera.




Foto kiri dan kanan: Penulis, Alimah, Hj Bujang, Hasnah & Aina Shahirah .



Ha macam ni le baru best . . . makan terus jangan segan. Tambah nasi dan lauk lagi.


Bukan hari dah gelap . . . saja biarkan foto hitam putih lak! Shh . . . sebenarnya penulis yang nak sorok diri sendiri daripada ketara nampak dah "overload" makan weh!

Maka, dengan rendah hati aku mohon kita sekeluarga bersama-sama mendoakan agar langkah yang kita ambil ke arah mengeratkan tali silaturahim di kalangan ahli-ahli keluarga (yang kita usahakan ini) dirahmati Allah. Seterusnya, dan mudah-mudahan , apa yang kita lakukan demi kebaikan, kesegaran dan semangat keluarga besar kita ini tidak sia-sia.


Dari kiri: Hj Bujang, Hasnah,
Aina Shahirah, Alimah & Penulis


Dari kiri: Hj Bujang, Aina Shahirah, Hasnah,
Noor Shafini, Alimah, Penulis & Royhai'zam


Mengakhiri kolum ini aku doakan jua moga-moga PTS mendapat sedikit sebanyak suntikan "mesra keluarga" melalui peristiwa seperti ini. Dan, semoga ramai lagi ahli PTS akan tampil ke hadapan untuk memberi sokongan yang padu terhadap survival PTS


d'SUARANG Welcomes . . .
Dari kiri: Hj Bujang, Aina Shahirah, Hasnah, Alimah,
Noor Shafini, Penulis, Mazlyn Hanim & Mohd Rashidi



Satu Famili . . . Biar Serasi
Hj Bujang Kerni, Hasnah Tajudin,
Alimah Yasin & Abdul Majid Baharom



Terima kasih Tuan Hj Bujang, Hasnah dan Aina Shahirah. Maaf andainya terdapat sebarang kekurangan dalam layanan yang kami berikan. Harap jangan serik . . . ya!














dsuarang.blogspot.com

2 comments:

meo188 said...

nice pic...

btw, jom ambil award khas utk blog awk ni :D

http://freewebcomic.com/2010/07/geng_cipan_award_pakatan_komik_online/

Bamuda said...

Thanks aje le meo188 weh. Teman nulih blog ni kan nak dapat award. Teman nulih nak highlight kisah keluarga ... kisah keeratan persaudaraan antara ahli-ahlinya.

Apa pun teman nak khabokan pada mike yang teman ni dah tue no untuk ngambik award tu. Kalau mike leh tolong amik kan utk teman . . . eh gemo beno teman tu. Leh le weh ...