Wednesday, May 4, 2016

Beza Budaya Ikut Masa








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






Lain Dulu Lain Sekarang



Sekali air bah sekali pasir berubah. Begitu tepatnya gambaran maksud peribahasa Melayu apabila memperkatakan tentang perubahan yang berlaku sepanjang zaman atau dari zaman ke zaman.

Ada sahaja pembaharuan atau perubahan terjadi di sana sini mengiringi detik waktu yang berlalu. 

Apa yang selama ini dianggap sebagai tradisi atau kebiasaan mungkin sudah tidak sedemikian lagi keadaan atau sifatnya! 

Jadi kita kenalah bijak melaraskan tradisi atau kebiasaan yang kita anuti selama ini supaya bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Adapting tradition to changing times," kata si jiran omputih penulis.







Penulis menyatakan demikian untuk menggambarkan setakat termampu betapa jauh berbezanya zaman penulis dahulu dengan zaman anak-anak dan cucu cicit orang sekarang. 

Dulu air di perigi. Kini air dalam besi. Dulu malam pakai pelita. Sekarang api dalam kaca. "Potik topi tongah menyalo!" Begitu kata orang di sanun tu . . . tompek den bersemondo he, he.

Lain hulu lain parang. Lain dahulu lain sekarang. Mari kita saja sembang-sembang. Tentang dulu dan sekarang. 

Dulu warong kopi di sebelah bus stand atau tempat teksi. Sekarang ada Starbuck, Coffee Bean dan banyak lagi di KLCC.

Saja gebang-gebang. Fasal dulu dan sekarang. Dulu naik kereta api usang. Bakar arang. Sekarang kereta api automatik. Suis elektrik. Malah ada LRT atau monorail ke tempat-tempat strategik.

Saja ingat-ingat. Kisah dulu dan sekarang. Dulu di kedai mamak. Makan roti atau rojak. Sambil duduk borak-borak. Sekarang di lounge hotel. Makan sandwic atau sup tulang. Sambil duduk bincang-bincang.

Saja kenang-kenang. Peristiwa dulu dan sekarang. Dulu kabaret dan joget lambak. Pilihan top si kaki 'lepak'. Sekarang discotheque dan karaoke. Menarik si elite dan golongan 'tauke'.

Saja banding-banding. Cara dulu dan sekarang. Dulu di kedai apek. Orang beli barang runcit berdikit-dikit. Sekarang di mall ternama. Orang macam kaya sakan berbelanja.

Saja fikir-fikir. Beza dulu dan sekarang. Dulu anak-anak menelaah sendiri. Sekarang mesti tuisyen saban hari. Sudah menjadi semacam ritual. 

Tuition centre mesti yang special. Mereka menggalas beban tambahan. Semata-mata untuk score dalam peperiksaan.

Saja timbang-timbang. Amalan dulu dan sekarang. Dulu anak-anak galak mengaji al-Quran. Belajar tajwid, tauhid dan fikah. Malah semua ilmu KEAGAMAAN.

Sekarang kurangnya sedemikian. Mereka lebih disogokkan dengan kelas muzik dan tarian. Kelas nyanyian dan lakonan. Malah segala ilmu KEDUNIAAN.

Saja sinis sindir-sindir. Kata si kolot dah moden hidupnya. Si gagal pula dah mula berjaya. Si fakir dulu dah mewah segala. Si daif dulu dah jadi mulia.

Saja acah-acah. Patut semuanya semakin indah. Mengapa sebaliknya semakin parah? Ramai sangat menyanggah perintah! Ramai sangat dah faham songsang. Suka berbuat perkara terlarang!




Bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments: