Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Keluar Kereta Baru?
Begitulah senarionya. Itulah yang terjadi. Macam apa yang penulis pernah catatkan dalam sajak berjudul "Puasa Lagi Kerenah Lagi" . . . Petik sajak itu sikit le:
belum selesai puasa
dah berkejar nak sambut raya . . .
. . . . . . . . .
. . . . . . . . .
nak tukar semua baru
kereta, barang kemas paling tidak songkok baldu
. . . . . . . . .
Atuk nak tanya ni. Ahmad dah keluar kereta baru tu . . . nak raya sakan ke? . . .
Wah! Benarkah si Ahmad Iman Iskandar (Aii) keluar kereta baru untuk sambut raya ni? Kita tanya saja pada Aii sendiri.
Kereta kumbang jati keluaran terbaru . . .hebat tu Aii
Adjust tu adjust ni . . .
terserlah gaya penggemar tulen kereta
(wheels hardcore)
Tukang Tanya: Kereta ni baru beli ke? Dah ada lesen nak pandu nanti? Loaded nampak!
Aii: Alah sikit-sikit je Cik. Lesen pandu belum dapat. Lesen terbang ada. Kereta ni nampak buruk ke Cik? Sponsor beli brand new tau!
Macam mana ni ... ada factory default kot!
Apa mendanya tu aku sendiri pun tak tau
Lesen memandu tak ada. Experience ada le. Start kereta ... pastikan semua meter berfungsi baik. Sambil tu tengok-tengok ke atas ... takut-takut kalau ada gagak lalu. Maklum bumbung kereta ni jenis convertible . . . (bumbung buka-katup le)
Kemudian pandang depan. Pastikan line clear untuk bergerak. Tetapi sebelum tu toleh kiri . . . untuk pastikan ada kedai 11-11 kat seberang jalan tu. Toleh kanan tak payah le Tok . . . tak ada apa-apa kedai di situ.
Lagi satu. Ini penting.
Check tengok ada disc lagu Minang tak . . .
nak main bila dah gerak nanti .
Ah, sebelum terlupa . . . Biar saya ingatkan . . .
Blah blah blah . . .
Ok cukup terang ye . . .
Aii: Tak Cik . . . dapat free le!
Tukang Tanya: Apa beza 'percuma' dengan 'free' tu?
Aii: Satu cakap omputih . . . satu lagi tu cakap om tak berapa putih . . .
Tukang Tanya: Bila sponsor beli? Dia beli berapa?
Aii: Last Saturday 21 August 2010 le Sis . . . Sponsor beli satu je!
Tukang Tanya: Loyar juga dak ni . . . Siapa sponsor kereta ni?
Aii: Sponsor beli ke, sponsor maintenance?
Tukang Tanya: Suka hati le!
Aii: Sponsor suka hati tak ada Cik . . . Sponsor beli Pak Long Halmy. Sponsor maintenance krew d'SUARANG.
Tukang Tanya: Dah dah pi lah . . . give up macam ni!
Aii: Tak Cik . . . saya tak nak pi . . . eh, mana tempat 'gibab' tu hah? Saya nak pegi litar Sepang skang . . . Nak test power si kumbang jati ni!
Tomato Man's Si Kumbang Jati
Tukang Tanya: agh aghh aghhhh!
Aii: He, he . . . jangan mare. Acah lebih sikit. Posa posa ni kena banyak saba' . . . Insya-Allah panjang silaturahim . . .
Aksi di Pit Stop
"Apa perasaan Aii berada di hadapan sekali
sekarang? Tak takut kena potong ke nanti?"
"Apa nak takut. Saya sure monopoli race ni!
"Apa nak rebut-rebut tanya ni. Sorang-sorang le.
Mentang-mentang saya pasti . . .
lead from start to finish nanti . . ."
"Apa tip atau nasihat Aii kepada mereka
yang ingin berjaya menjadi juara seperti Aii?"
"Mudah saja. Elakkan pesaing.
Race sorang-sorang. Tak ada pencabar.
Jadi d one and only entrant.
Pasti juara!"
Begitu kisahnya si Aii pemandu baru. Alahai . . . patutlah dia lead dari awal sampai akhir! Kita beramai-ramai maafkan saja telatahnya tu. Novice le katakan!
Pesanan Penaja:
Berhati-hati menemubual
orang tengah gila stering !
Alamak
ternampak kaki la plak ...
Tak pro le ...
Pinjam mike tu jap Cik ...
Dah tak persis racer baik aksi ala singer plak
. . . Lagu tiga kupang, saku penuh padi . . .
Pemandu baru kereta baru,
Pertama kali singgah ke bandar;
Jemu kerana lama menunggu,
Tawar di hati hilanglah sabar!
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment