Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Piyoh Ilee ke Mr. Piyoh
Ayuh 'piyoh ilee' ke Mr. Piyoh.
'Piyoh ilee' [penulis kemudiannya mendapat tahu] dalam bahasa Aceh bermaksud 'singgah dulu'.
Maka itulah yang kami lakukan pada malam Sabtu, Disember 2012. Kami singgah sebentar di Mr. Piyoh, Banda Aceh.
Kebetulan pula penulis ingin mencari souvenir yang sesuai dibawa pulang ke KL. T-shirt dsb untuk cucu-cucu . . . sekurang-kurangnya.
Beberapa helai T-shirt dll yang dibeli di outlet Mr. Piyoh ternyata berkualiti tinggi. Bagus sekali design dan materialnya.
Harganya juga amat berpatutan.
Mr. Piyoh adalah sebuah outlet perusahaan barangan cenderamata atau souvenir berlokasi di Banda Aceh.
Mr. Piyoh menyediakan dan menampung permintaan atau keperluan para pelancong yang mencari souvenir sesuai . . . untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing . . . sesudah berkunjung ke daerah ini.
Ada sebuah lagi outlet begini di Sabang (Pulau Weh) . . . Piyoh Shop [outlet pertama?] . . . juga mengendalikan perusahaan yang serupa dengan Mr. Piyoh di atas.
Perusahaan ini . . . yang menonjolkan berbagai hasil kreatif dan berkualiti dalam bentuk Baju-T, rantai dan pemegang kunci, magnet peti sejuk, pelekat, patung dsb dikendalikan anak-anak muda yang berseni dan tekun .
Hijrah Shaputra . . . yang boleh dikatakan menjadi mastermind perusahaan ini . . . disokong kuat oleh ibu bapanya Raji dan Meni . . . dan adik beradiknya . . . Fadli, Ary, Agil dan Yuda . . . serta ahli keluarga mereka yang lain.
Hijrah bercita-cita membuka outlet baru di Takengon . . . dan in shaa Allah sebuah coffee shop * juga.
*[ Bersebelahan outlet Mr. Piyoh sekarang memang ada sebuah warung kopi 'selebriti' yang maju dan terkenal sangat di Banda Aceh. Mungkin ini juga menyumbang kepada semangat Hijrah & Co untuk memulakan warung kopi mereka sendiri. Semoga sukses.]
*{Keratan berikut daripada tabloid Atjehads memaparkan berita ringkas perkembangan bisnes perusahaan rangkaian Piyoh.}
Keratan Tabloid:
Atjehads
Informasi dan Publikasi Bisnis Aceh
Edisi 2 / 3-16 Juli 2012
Syabas diucapkan kepada Hijrah Shaputra & Co . . . kerana berusaha dengan begitu gigih serta bersemangat dalam hasrat merealisasikan dream kalian.
Atuk dan Opah turut gembira dengan pencapaian rangkaian Piyoh sejauh ini.
Kami akan selalu mendoakan yang terbaik untuk kalian . . . daripada Allah swt.
Bergadang boleh saja . . .
asal jangan semalam sentuh
Terima kasih kepada semua kerana melapangkan waktu menemani kami selama kami di sini.
Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik anda sekalian.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment