Assalamualaikum
n
Selamat Sejahtera
Pak Sani Bina Masjid
Aku masih tidak lupa hingga sekarang apa yang pernah diajar ustaz kampungku (Kampung Pandan KL) kepada aku tentang sedekah dan amal jariah.
Ketika itu aku bersekolah agama rakyat di Madrasah Masjid Alam Shah, Pasar Road, Kuala Lumpur.
Ustaz aku dahulu memang berasal dari kampung, terdidik di kampung, menetap di kampung dan meninggal pun di kampung.
Kalau oleh golongan moderen . . . dikatakan ustaz kampungan.
Beliau bukanlah seseorang yang berkelulusan hebat dari luar negeri.
Bukan dari mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Yemen atau lain-lain negara di Timur Tengah.
Aku tak kisah akan hal itu. Apa yang aku nak sebutkan di sini ialah berkat pengajaran dan nasihat beliau secara simple tetapi down to earth itu . . . aku terus dapat memahami dan mengingati beberapa perkara penting tentang perbuatan bersedekah dan beramal jariah.
Ustaz aku dahulu hanya berpesan dalam bahasa kampungnya ... bahasa mudah lebih kurang begini bunyinya:
"Kita jangan tamak atau jadi orang bakhil. Kalau kita kaya kita mesti bersedekah banyak-banyak. Kalau kita tak kaya kita bersedekah setakat yang kita mampu. Tapi semua sedekah itu mesti dengan ikhlas hati. Jangan jadi sombong pula."
Bila kami anak-anak murid beliau bertanya:
"Mengapa kena sedekah ustaz?"
Ustaz kampungku itu menjawab ringkas:
"Nanti kita boleh masuk syurga."
"Mengapa kena sedekah ustaz?"
Ustaz kampungku itu menjawab ringkas:
"Nanti kita boleh masuk syurga."
Memang simple jawapan itu ... tetapi mendalam makna dan panjang maksudnya ... seperti yang aku ketahui kemudian apabila beransur dewasa dan setelah belajar ilmu agama secara lebih formal.
Maka apabila aku menemani sahabat karibku Sani ke sebuah desa di daerah terpencil dalam rangka kunjungan kami ke Bukittinggi tempoh hari ... pesanan ustaz kampungku dahulu itu tiba-tiba sahaja menangkap daya ingatan dan bermain di benakku ... dalam bentuk kepercayaan yang lebih matang:
" Tidaklah akan berkurang harta yang kita infak atau sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda ..."
dan aku terkenangkan pula sebuah hadis daripada Abu Hurairah ra menyatakan Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya:
" Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya ." (Hadis riwayat Bukhari)
Pada Ahad 1 April 2012 ... Sani telah diundang oleh Ibu Endang dan suaminya Bapak Sunarno untuk merasmikan penerusan binaan sebuah masjid tunjangannya di kampung keluarga mereka.
Bapak Sunarno
Ibu Endang
Masjid Nurul Iman
Dusun Sapta Marga II
Asas yang dimulakan pihak pemerintah
Kampung yang terletak di kawasan pedalaman yang berbukit bukau ini dihuni oleh majoriti laskar pensiun.
Mereka kini menjadi petani dalam usaha mencari rezeki tambahan untuk menampung hidup . . . selain daripada mendapat bayaran pensiun bulanan masing-masing.
Kulit kayu manis yang dijemur penduduk kampung
merupakan salah satu usaha pencarian rezeki.
Jalan biasa menuju ke sana berliku-liku dan agak sempit. Keadaan jalan masuk ke kampung itu lebih daif.
Jalan mendaki berbatu-batuan yang belum ditar atau jalan yang tidak berasfalt perlu dilalui untuk sampai ke situ.
Jalan mendaki berbatu-batuan yang belum ditar atau jalan yang tidak berasfalt perlu dilalui untuk sampai ke situ.
[Aku mendapat pengalaman baru daripada kunjungan ini. Terasa insaf di dalam hatiku apabila mengenangkan betapa manja dan bertuahnya kami di Malaysia dalam hal-hal kemudahan seperti ini . . . berbanding sahabat-sahabat kami di kampung ini.]
Sesungguhnya . . . Sani (lebih mesra dengan panggilan Pak Haji atau Pak Sani di daerah sana) pada mulanya tidak begitu mahu hadir dalam majlis tersebut.
Katanya tak payah heboh-hebohkan perkara itu. . . sedekah sahaja sudahlah!
Katanya tak payah heboh-hebohkan perkara itu. . . sedekah sahaja sudahlah!
AL-BAQARAH (Surah Ke-2 dalam kitab al-Quran)
Ayat ke-271:
Maksudnya:
" Jika kamu menzahirkan sedekahmu (yakni menzahirkan sedekah dgn tujuan supaya dicontohi oleh orang lain) maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya (yakni menyembunyikan sedekah lebih baik dari menzahirkannya, kerana menzahirkan sedekah boleh menimbulkan rasa riak pada diri pemberi dan boleh pula menyakiti hati penerima sedekah) dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. "
{Rujukan: Terjemahan Al-Quran Al-Karim -Rasm Uthmani- Dalam Bahasa Melayu; Al Hidayah House of Qur'an Sdn Bnd}
Aku lantas menggesa Sani supaya menerima sahaja undangan sahabat-sahabatnya itu dengan mengatakan:
"Apa salahnya. Ada orang hendak memuliakan engkau di muka bumi ini. Tindakan dia orang tu pun digerakkan oleh-NYA . . . oleh ALLAH swt jua."
Sambil bercanda aku menambah:
" Pergi aje ... tentu mereka itu menunggu kehadiran engkau suami isteri dengan besar hati. Maklum Boss sudah sampai ke daerah sini ... tak kan tak berjumpa dengan anak buahnya! Ringkasnya ... majlis mereka akan bertambah seri dengan kehadiran engkau ... Pak Sani mereka yang dikasihi ... berserta isteri."
Kami berada di masjid yang dibina Sani itu selama kira-kira 3 jam.
Aku difahamkan masjid tersebut tersenarai sebagai masjid ke 10 diiktiraf oleh pihak pemerintah tempatan.
Aku difahamkan masjid tersebut tersenarai sebagai masjid ke 10 diiktiraf oleh pihak pemerintah tempatan.
Berbagai perkara diperkatakan. Berbagai info disampaikan oleh pihak pentadbir dan pengurusan masjid.
Berbagai saranan dikemukakan untuk menambah lancarkan perjalanan masjid ini.
Pak Jurong
(Ketua Kampung)
Bapak Tulisyano
(Penggerak Utama)
Pak Jurong dan Pak Sani
Aku diberitahu masjid ini biasa menampung seramai hingga lebih 100 orang makmum pada sesuatu ketika solat fardu Jumaat.
Perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan dengan semangat silaturahim yang mantap.
Selepas itu kami bergambar beramai-ramai untuk mengabadikan kenangan pertemuan yang penuh erti ini.
Melalui interaksi kami di masjid tadi barulah aku tahu bahawa Pak Sani telah menunjangi beberapa projek binaan masjid dan surau di daerah-daerah lain juga.
Sani memang tiada memberitahu akan hal tersebut kepadaku . . . kawan karibnya!
Apapun aku amat berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh Sani dan Azizah.
Mudah-mudahan Allah membalas segala perbuatan sedekah dan amal jariah mereka dengan segala kebaikan cara-NYA yang tidak terduga oleh kita.
AL-HADID (Surah Ke-57 dalam kitab al-Quran)
Ayat ke-18:
Makdsudnya:
" Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia."
{Rujukan: Terjemahan Al-Quran Al-Karim -Rasm Uthmani- Dalam Bahasa Melayu; Al Hidayah House of Qur'an Sdn Bnd}
Kepada teman-teman baru yang aku kenali di Masjid Darul Iman . . . yang bertungkus lumus memajukan kampung mereka di bawah pimpinan Pak Jurong dan dibantu Pak Tulisyano selaku penggerak utama dan lain-lain warga kampung yang tidak kenal erti penat dan lelah dan yang pastinya tidak mudah mengalah . . . aku doakan segala sukses buat kalian.
Mudah-mudahan dengan bakal bertambahnya bantuan daripada pihak pemerintah atau badan-badan berkuasa tempatan . . . segala kerja ke arah kemajuan akan terlaksana jua dan segala sukses yang diidamkan penduduk kampung akan tercapai akhirnya. Amin.
Terima kasih atas kesudian kalian menerima kunjungan kami.
Insya-Allah . . . ada usia yang panjang dan rezeki yang murah kita akan bersua lagi.
Insya-Allah . . . ada usia yang panjang dan rezeki yang murah kita akan bersua lagi.
[Oh ya . . . saya sudahi dengan mohon maaf sekali lagi . . . "Sorry ya Pak Jurong, Pak Sunarno dan Pak Tulisyano serta yang lain-lainnya . . . peristiwa saya nanya fasal anjing di sekitar kawasan masjid tempoh hari. Saya benar-benar tidak tahu akan kegunaannya bagi mengusir babi hutan itu!]
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment