Assalamualaikum
BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-66
ALIMAH BT YASIN
Buat kesekian kalinya aku nyatakan kau adalah . . .
Isteri Yang Sejati
Alimah yang tercinta
lama sudah kita lalui susah senang kehidupan
ini salah satu cara dapat kusampaikan kesyukuran
mimpi kita telah membungakan kenyataan
anak-anak jagaan kita besar sudah, Alhamdulillah
hidup dengan cara yang kita bina, agak sempurna
Engkau telah terlalu banyak berbakti kepadaku dan keluarga kita. Tak mungkin terbalas segalanya olehku sebagai seorang suami biasa. Cuma harapanku engkau selesa dengan apa yang dapat kuberi setakat ini. In Shaa Allah balasan daripada-NYA akan lebih berganda lagi. Namun untuk hari ini aku tandakan bahawa peribadimu terbukti sejati.
Alhamdulillah kau benar-benar seorang isteri!
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment