Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera
Melayu dan Kemelayuan
Aku tidak pernah bermasalah dengan sesiapa pun dalam hal pegangan fahaman politik . . . sama ada dengan pihak yang memerintah mahupun dengan pihak yang kena perintah.
Aku hanya sudah jemu membaca itu dan ini, begitu dan begini ... tohmahan dan tuduhan tentang Melayu dan kemelayuan ... di antara Melayu dengan Melayu di ruang bacaan bermacam-macam jenis akhbar dan media elektronik/sosial .
Aku cuma terfikir ... mengapa kita seolah-olah 'gembira' dan tidak 'puas-puas' terus-terusan bertelagah sesama kita.
Aku cuma terfikir ... mengapa perkara yang tidak menyenangkan golongan rakyat waras negara yang tercinta ini harus dibiar berlarutan!
Bukankah ini amat merugikan?
Monolog:
Seorang Yang Masih Melayu
“dulu
sebelum selera haloba kuasa
dalam kelompok bangsaku
cukup besar
ketika haluan perjuangan
belum tersasar
bangsaku kental bersatu
tabah dan kuat
bermusyawarah dan bermuafakat
menghadapi lantas menangani
segala rintangan kedurjanaan
onar lawan dan pengkhianat”
“hari ini
barangkali perasan
sudah kaya dan mampu
bijak dan berilmu
bangsaku dibakar api keangkuhan
ghairah tak menentu
membuta tuli
membudayakan cara protes
berdemonstrasi”
“bangsaku asyik
mengiktiraf permainan halusinasi
yang tak pun pernah menjelma nyata . . .
kesiannya bangsaku
mahu tertipu
rela terpedaya
hingga bergelumang
dalam kancah
sengketa dan perseteruan
megah terus-terusan
menuduh dan memperlekeh
jentera pemerintahan
konon zalim dan tidak bersih!”
“apa gerangan merasuk fikiran
hingga hilang kerasionalan
bangsaku . . .
tidak lagi mapan serangan
dakyah yang dilemparkan
percaya apa sahaja
dari sekecil-kecil laungan
hingga sebesar-besar lolongan!”
“dulu bangsaku berbudi bahasa
pandai menghargai jasa
hari ini bangsaku
biadab melulu
berterima kasih tak lagi perlu!”
“janganlah gara-gara
kedangkalan pengetahuan sejarah
kesempitan fahaman siasah
tergadai mudah
kemurnian maruah
bangsa, negara dan agama!”
“Janganlah
hari ini
bangsaku berteriak beramai-ramai
esok lusa longlai . . .
menang sorak kampung tergadai !”
Bamuda
dsuarang. blogspot.com
8 Mei 2013
“dulu
sebelum selera haloba kuasa
dalam kelompok bangsaku
cukup besar
ketika haluan perjuangan
belum tersasar
bangsaku kental bersatu
tabah dan kuat
bermusyawarah dan bermuafakat
menghadapi lantas menangani
segala rintangan kedurjanaan
onar lawan dan pengkhianat”
“hari ini
barangkali perasan
sudah kaya dan mampu
bijak dan berilmu
bangsaku dibakar api keangkuhan
ghairah tak menentu
membuta tuli
membudayakan cara protes
berdemonstrasi”
“bangsaku asyik
mengiktiraf permainan halusinasi
yang tak pun pernah menjelma nyata . . .
kesiannya bangsaku
mahu tertipu
rela terpedaya
hingga bergelumang
dalam kancah
sengketa dan perseteruan
megah terus-terusan
menuduh dan memperlekeh
jentera pemerintahan
konon zalim dan tidak bersih!”
“apa gerangan merasuk fikiran
hingga hilang kerasionalan
bangsaku . . .
tidak lagi mapan serangan
dakyah yang dilemparkan
percaya apa sahaja
dari sekecil-kecil laungan
hingga sebesar-besar lolongan!”
“dulu bangsaku berbudi bahasa
pandai menghargai jasa
hari ini bangsaku
biadab melulu
berterima kasih tak lagi perlu!”
“janganlah gara-gara
kedangkalan pengetahuan sejarah
kesempitan fahaman siasah
tergadai mudah
kemurnian maruah
bangsa, negara dan agama!”
“Janganlah
hari ini
bangsaku berteriak beramai-ramai
esok lusa longlai . . .
menang sorak kampung tergadai !”
Bamuda
dsuarang. blogspot.com
8 Mei 2013
Ya Allah Ya Tuhan seru sekalian alam . . . bukakanlah hati bangsaku yang masih 'buta' untuk segera insaf dan mengetahui apa yang benar-benar baik untuk bangsa dan agamanya . . . Amin.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment