Saturday, November 19, 2016

Hajah Maimunah 89 Tahun







Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera



Hari UTK ke-89
Dirgahayu Hjh Maimunah



Hari ini genaplah 89 tahun usia Hjh Maimunah bt Mahat.

Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-89 mak . . . nek . . . nyang.

Didoakan panjang usia, sihat walafiat, hidup penuh berkat, semakin kuat beramal ibadat, murah rezeki, ceria serta berbahagia senantiasa.





Hjh Maimunah Mahat



Begitulah doa semua anak, menantu, cucu dan cicit Hjh Maimunah untuk beliau bersempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya tahun ini.

Maimunah binti Mahat dilahirkan di Pulau Sebang, Melaka pada 19 November 1927.

Beliau berkahwin dengan Yasin bin Ahmad dan dikurniakan lapan orang cahaya mata. Tiga lelaki dan lima perempuan. 

(Isteri penulis Alimah Yasin anak Hjh Maimunah yang kedua.)







FOTO TAHUN 1962/3 

dari kiri 
hadapan
Alimah, Aziz, Zolkeplay,

belakang
 Hjh Siti, Hjh Maimunah (pangku Ani), 
Yasin Ahmad)



Alhamdulillah . . . ibu mentua penulis kini masih sihat dan kuat dalam menjalani kehidupannya sehari-hari. 

Hjh Maimunah masih mampu mendengar dan melihat dengan daya yang cukup sempurna.

Fikiran dan ingatan beliau juga masih tajam dan kuat. Selera makan beliau tetap baik.




Pergerakan Hjh Maimunah lancar walaupun sekarang beliau berjalan dengan menggunakan tongkat setelah terjatuh tidak berapa lama dahulu.


Apabila ditanya apa rahsianya hingga beliau boleh bertahan sedemikian sihat dan sejahtera, jawapan Hjh Maimunah mudah sahaja:


"Tak tau Nah doh. Sumo tu kojo Allah SWT. Apo yang diboghi omak timo jo lah seadonyo. . . "






Penulis sendiri sudah lama memerhatikan Hjh Maimunah ini jarang-jarang sekali ke klinik dan jarang-jarang juga memakan "ubat spital". . . (istilah yang digunakan orang lama untuk ubat-ubatan dari klinik atau rumah sakit).

Ibu mentua penulis ini masih rajin mendengar ceramah dan tazkirah keagamaan.

Beliau juga gemar berkunjung ke tempat-tempat pelancongan dan percutian di dalam negara. "Bercuti-cuti Malaysia," katanya.






Selain itu ibu kepada 8 orang anak, nenek kepada 31 orang cucu dan moyang kepada 28 orang cicit ini masih aktif melawat dan menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai demi megeratkan silaturahim kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan.

Alhamdulillah Hjh Maimunah telah diizinkan Allah SWT pergi menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci sebanyak dua kali.

Pertama kali pada tahun 1985 dan kali kedua pada tahun 2004.

Beliau juga pernah ke sana menunaikan Umrah dan Ziarah pada tahun 1994.

Kini beliau sering menyuarakan hasratnya untuk pergi menunaikan Umrah dan Ziarah lagi andainya masih diizinkan Tuhan.






Kami semua berdoa agar Allah SWT menjadikan realiti hasrat mulia Hjh Maimunah untuk berbuat demikian.

Dirgahayu mak . . . nek .. . . nyang. Dirgahayu Hjh Maimunah bt Mahat yang kami kasihi.

Mudah-mudahan semua anak cucu cicitmu juga dianugerahkan Allah SWT gaya hidup sihat dan sejahtera seperti dirimu.

Amin . . . 



[al-Fatihah buat Allahyarham Yasin bin Ahmad, Allahyarham Suleiman (Johari) Yasin dan Allahyarham Zolkeplay (Zol) Madiasin. Amin.] 




bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments: