Tuesday, November 29, 2016

Mercu Tanda Kebangaan Malaysia










Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera



Tanjung Simpang Mengayau
Titik Paling Utara Borneo






Borneo pulau ketiga terbesar di dunia dimiliki tiga negara iaitu Indonesia, Brunei dan Malaysia.










Bahagian yang menjadi milik Malaysia terdiri daripada dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak.








Sabah terletak di bahagian paling utara pulau Borneo. Di bahagian paling utara negeri Sabah pula terletaknya semenanjung Kudat. 

Di sinilah tanah tumpah darah orang Rungus . . . salah satu daripada kumpulan kaum / suku bangsa yang banyak terdapat di Sabah.









Semenanjung Kudat mengunjur keluar seperti hujung jari tangan ke Tanjung Simpang Mengayau (TSM). 

TSM adalah nama moden tempat ini dalam bahasa Melayu dan ia merupakan titik paling utara di pulau Borneo. 

TSM mendapat namanya daripada bahasa suku bangsa Rungus . . . Tanjung Sampang Mangazou.















Menurut pengertian dalam bahasa orang Rungus . . . Tanjung Sampang Mangazou membawa maksud 'persimpangan perang di penghujung'.








Ini merujuk kepada banyak pertempuran hebat yang melibatkan kaum Rungus di tanjung persimpangan Laut China Selatan dengan Laut Sulu untuk mempertahankan tanah air mereka daripada ditakluki lanun dan penceroboh lain.


TSM kini menjadi tempat pelancongan popular di Sabah kerana tarikan pemandangan panoramiknya. 

Ini termasuklah keindahan titik pertemuan dua lautan besar iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.




























































































Bergeraklah ke arah hujung tanjung. Anda akan dapat melihat anak tangga menuruni bukit mempamerkan kehadiran batu-batan laut di bawahnya.

Turuni anak tangga itu hingga ia berakhir di suatu palang perentang. 

Jelas kelihatan paparan amaran kepada para pengunjung supaya tidak bergerak jauh lagi melampaui had itu!

Lihat ke bawah . . . nun di sana terdapat kepingan dan lapisan batu-batan yang mengunjur ke lautan luas menandakan penghujung paling utara pulau Borneo.

Ya, itulah satu-satunya Tanjung Simpang Mengayau . . . yang kini menjadi kebangaan Kudat . . . Sabah dan tentunya . . . Malaysia!











Walaupun papan tanda amaran bahaya terpampang di beberapa tempat strategik di kawasan ini . . . ramai pengunjung masih berani (berdegil?) turun dan berjalan hingga ke penghujung batu separas dengan permukaan laut yang bergelora itu semata-mata untuk bergambar.



























































Berbahaya tetapi ramai yang tidak endah akan amaran yang dipaparkan!



{Penghargaan:

Watch my video* yang dimuat naik ke YouTube oleh Murphy Ang akan menggambarkan kepada anda dengan lebih jelas betapa mudahnya ombak lautan di titik pertemuan Laut China Selatan / Laut Sulu yang bergelora boleh menghanyutkan anda dari penghujung batu itu!}


* Ihsan Murphy Ang YouTube



Kini anda akan lebih memahami mengapa Sabah digelar 'Negeri di Bawah Bayu'. . . sebagaimana bayu yang hebat menghembus dan 'menghentam' air Laut China Selatan ke daratan tanjung yang bergerigi lagi kasar.


Jarak dari bandar raya Kota Kinabalu ke titik penghujung Borneo di semenanjung Kudat kira-kira sejauh 215 km.















Perjalanan dengan kereta melalui jalan utama biasanya mengambil masa kira-kira dua setengah hingga tiga jam. Kota Kinabalu > Tuaran > Kota Belud > Kudat.


Kami bermula pada jam 3:00 ptg dari Kota Kinabalu dan tiba di Kudat pada kira-kira jam 6:00 ptg Sabtu 8 November 2014.






























Kudat dahulunya ibu negeri pertama British North Borneo (sebelum dikenali sebagai negeri Sabah).

Ibu negeri ini kemudiannya berpindah ke Sandakan sebelum dipindahkan pula ke Kota Kinabalu yang sekarang.


Hari ini Kudat hanya berwajah sebuah bandar sempadan kecil yang mempunyai sebuah airport kecil.











































Titik penghujung Borneo sangat berdekatan lokasinya dari sini.



























Pada keesokan harinya, Ahad 9 November 2014, setelah bermalam di Kudat Golf & Marina Resort, baru kami ke Tanjung Simpang Mengayau (Sampang Mangazo dalam bahasa Rungus).

Sebelum panas terik tengah hari . . . untuk menikmati anugerah Tuhan kepada hamba-NYA di muka bumi ini . . .













Di sana kami mengalami sendiri pengalaman yang sukar dilupakan apabila melihat keindahan alam semula jadi di titik paling utara pulau Borneo (Kalimantan) . . . Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.


































































Subhanallah . . . tiada tandingannya ciptaan Yang Maha Esa lagi Maha berkuasa Allah SWT.































Subhanallah . . . 
itulah sahaja yang termampu kami ucapkan





bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: