Monday, March 27, 2017

Mulanya Rakan Facebook Sahaja






Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera




Facebook oh Facebook


Sabtu 25 March 2017 
(26 Jamadil Akhir 1438H)







YBhg Datuk Hj Sarani Dollah dan Penulis



Penulis dan isteri serta anak dan menantu berada di Dewan PLKN Paya Indah, Dengkil, Selangor pada kira2 jam 3:00 ptg.


Kami ke sana kerana memenuhi undangan YBhg Datuk Hj Sarani Dollah dan Isteri beliau Datin Hjh Radziah Ahmad ke majlis perkahwinan anak mereka Muhammad Fakhrul Azzad Sarani dan pasangannya Nur Fazira Johari. 


YBhg Sarani Dollah masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setia Usaha (TKSU) di Kementerian Kerja Raya.


Istimewanya ... beliau menyampaikan undangannya itu hanya melalui private message facebook !


Mudah dan cepat dan ketara dilakukan dengan ikhlas!


Maka dengan berbesar hati pula dan atas semangat ingin mewujudkan silaturahim yang lebih erat ... penulis  serombongan tiba di destinasi pada petang itu.

Penulis ditemani Ir Hj Ismail Abdul Rahman seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya. Hj Ismail ditemani isterinya Hjh Rashidah Harun.

Setiba di perkarangan dewan PLKN itu . . . penulis lantas masuk dan disambut mesra oleh YBhg Sarani.


Alhamdulillah . . . segala acara majlis sudahpun terlaksana dengan baik. Kami agak lewat tiba kerana ada beberapa hal yang perlu dibereskan terlebih awal di Kuala Lumpur.


Kami kemudiannya dipersilakan menjamu selera oleh tuan rumah di dalam dewan itu. Masih banyak makanan yang ada ketika itu. 
















Akhirnya . . . pada kira-kira jam 4:15 ptg petang penulis memohon diri untuk pulang. Ada lagi acara lain yang menanti dipenuhi penulis di KL.


Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang telah sudi mengundang kami ke majlis yang penuh keceriaan dan keikhlasan bersilaturahim ini.


Ternyata YBgh Sarani seorang yang merendah diri dan ramah mesra serta bijak berinteraksi dengan kawan, rakan dan kenalan.

Panjang umur ada rezeki . . . in shaa Allah kita berjumpa lagi.







Kisah kali ini jelas memfokus kepada usaha insan yang saling cuba mengeratkan silaturahim.


Namun begitu ada sesuatu perkara lain yang ingin penulis paparkan juga di sini. Polemik penggunaan facebook!


Ramai yang menghukum facebook sebagai sesuatu yang mendatangkan banyak buruk daripada baiknya.


Ada pendapat yang menyatakan kemudahan facebook kurang sesuai untuk orang tua. Menurut mereka golongan remaja sahaja yang gemar menggunakan facebook bagi tujuan mencari couple masing-masing dan seterusnya berasmara!


Ada pula berpendapat bahawa beraktiviti facebook hanya mensia-siakan waktu. Tidak mendatangkan sedikit manfaat pun. Melekakan pengguna di alam maya!


Dan, banyaklah lagi yang diperkatakan oleh golongan "bijak-bijak sendirian berhad ini!"


Ironinya ada para individu begini yang tidak pernah menggunakan facebook! Ada yang tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana menggunakan kemudahan facebook dengan cara berdisiplin dan memanfaatkan!


Cetek sungguh pemikiran yang mereka yang berfikir sedemikian! 


Sebenarnya jika facebook digunakan dengan penuh tanggung jawab dan berhemah banyak perkara positif akan didapati oleh setiap lapisan penggunanya. 


Contohnya ke arah usaha mencegah atau membanteras jenayah; meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan negara, bangsa dan agama; menimbulkan keprihatinan terhadap usaha memperbaiki taraf hidup, kesihatan dan ekonomi rakyat; seterusnya meningkatkan status kemajuan warga Malaysia di mata masyarakat antara bangsa!


Elakkan penggunaan songsang facebook yang mendokong kerja-kerja maksiat dan yang bersubahat dengan penyebaran kelucahan, fitnah, gosip liar dan khabar angin yang tidak berasas.


Jauhkan diri daripada beraktiviti facebook andai semata-mata bertujuan untuk menimbulkan prasangka atau mewujudkan kebencian terhadap pihak lain.


Janganlah jadikan facebook alat yang memudahkan segala kerja berniat jahat. Kerja mengaibkan mana-mana individu atau perkumpulan!

Facebook pasti dapat memudahkan urusan harian seseorang. Facebook sudah terbukti membantu dalam usaha yang memerlukan kederasan tindakan.











Dan, seperti dalam situasi santai yang penulis alami di atas ... perhubungan melalui aktiviti "berteman di fb" mampu mengeratkan tali silaturahim apabila pengguna memberikan respons yang positif terhadap catatan (dalam kes ini, 'undangan') yang di buat ... walau pun perantaraannya hanya melalui teknologi moden yang bergelar facebook!



Wallahuaklam.










bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments: