Wednesday, November 23, 2016

Ahmad Iman Iskandar vs Onyang Maimunah







Assalamualaikum
 dan 
Salam Sejahtera






Yang Ditunggu Dah Tiba





Dialog Ahmad Iman Iskandar (Aii) dengan satu-satu Moyangnya yang bernama Maimunah (0M) yang masih ada.

Moyang Aii ini datang dari Bukit Sebang, Alor Gajah, Melaka. Ikutilah:



Aii: 
Assalamualaikum . . . nama saya Ahmad Iman Iskandar bin Mohd Rashidi aka Aii. Emak saya Mazlyn Hanim. Ini siapa ya ... belum pernah jumpa ah?

OM: 
Waalaikumsalam. Tak kona ko? Ini moyang kau lah. Sombong lak ... anak dak Maslin ni ...

Aii:
Maaflah Onyang ... Bukan nak sombong ... tapi Ahmad tak nampak Onyang pun ... orang lain adalah ...

OM:
Alah ... moyang ni ha ... memang Nah dah nak datang hari tu lagi ... badan lak tak sihat. Mato ni pun ha sakik bapo hari tu ha ... nak poi mano pun tak dapek . Ni ha dah sihat sikit ni ... Nah datang lah.

Aii:
Sekarang Onyang macam mana? Sihat ke?

OM: 
Adolah kurang eh.

Aii: 
Alhamdulillah. Ok lah Onyang ... Oh ya ... nama Onyang apa?

OM:
Nah . . . orang panggil Nana jo.

Aii:
Bukan tu ... nama penuh Onyang lah . . .

OM: 
Oh . . . Maimunah bt Mahat.

Aii:
Onyang ada berapa adik beradik?

OM: 
Onyang ado satu abang, duo kakak dan sorang adik perempuan. Onyang nombor ompek dalam adik beradik Onyang . . .

Aii:
Apa nama mereka Onyang?

OM: 
Yang Abang Nah tu . . . namo Kassim bin Mahat. Kakak Nah dua orang tu namo masing-masing Indon bt Mahat dan Imbok bt Mahat. Adik perempuan Onyang lak namo eh Jeriah bt Mahat.

Aii: 
Mana mereka Onyang?

OM: 
Sumo dah takdo ha . . . tingga moyang kau yang ni jo. Ini pun syukurlah . . . sapo namo kau tadi . . . AII?

Aii: 
Oh itu nama ringkas saya Onyang. Atuk Majid gunakan untuk saya aje. Glamour tak Onyang?

OM: 
(Berkata dalam hati . . . Eh budak ni . . . baru nak hidup ... dah tanyo Nah ... glamor ko apako. Itulah Nah dah kato dulu ... agaknyo si Maslin ni asyik poi nyanyi keroke kek klab apo ko namo eh . . . kek rumah dak Padey* tu lah hai ...)

*{spot karaoke Meghat's di Bukit Antara Bangsa le tu}

OM: 
Suko kaulah cicit ooi.

Aii:
Onyang . . . mailah kito minum. Saya minum susu ibu jo ... ado gak diselang dengan susu kambing. Nak ubek sakik kuning ni ha.

OM: 
Eh pandai lak dak ni ngajuk cakap Nah ha. . .

Aii:
Maaf Onyang . . . main-main saja. Jangan marah ya. Marilah Onyang kita ambil gambar sekarang.

OM: 
Yolah.


Demikian lebih kurang dialog julung-julung kali Aii dengan orang yang ditunggu-tunggunya. Moyang Maimunah bt Mahat sudah pun tiba . . .

Selamat datang Onyang Maimunah dan terima kasih kerana sudi mengunjungi d'SUARANG untuk melihat saya . . . (in person lah!)



Khamis 18 Februari 2010 bersamaan 4 Rabiulawal 1431H













































































{Moyang Maimunah dengan Ahmad Iman Iskandar}


STOP PRESS






























{Hai . . . Mak Uda Maz (Mazlyna Hanum) pun enter frame nampak ...}




STOP PRESS 1



Onyang Maimunah (OM) kini berusia 83 tahun. OM masih sihat dan mampu bergerak seperti biasa. Daya fikir OM juga masih baik. Alhamdulillah AII masih dapat bertemu dengannya. Moyang lelaki (Tuan Hj Yasin bin Ahmad) iaitu suami kepada OM telah meninggal dunia pada tahun 2000. AII sedekahkan Al Fatihah kepada roh beliau . . .


Oh ya ... AII nak beri tahu ni . . . OM tu ialah ibu Opah Alimah . . . Opah saya le tu. OM saya ni ada 8 orang anak. Tok Along Sulaiman (Johari), Opah Alimah, Tok Alang Aziz, Tok Uda Zolkeplay, Wan Teh Kamariah (Ani), Nena Foziah, Wan Mami (?) Sapiah dan Lola Fadelah. Cukup le dulu publicity untuk OM.





STOP PRESS 2








{Pak Long Apar (Anwar Farhan bin Zolkeplay) pun datang bersama OM}









{Pak Teh E (Hazry) & Pak Long Apar (Farhan) bersama AII}






{Sibuk nampak Mak Chu Fateha AII ni.
Mak Cu juga menemani OM ke d'SUARANG}























{Beriadah di Wii Alley d'SUARANG sambil mengunjungi AII.
Tok Uda (Zol), Wan Muda (Nor) dan Mak Ngah (Faten)}

















{Tres Mamas : Faten, Filza, Fateha dgn AII}{Mak Lang Filza & Mak Chu Fateha posing ...}


















{Wah, wah . . . semua masuk frame tumpang popularity OM & AII nampak . . .}











{Steady OM}


STOP PRESS 3






{AII Control Mucho dengan OM}



SPECIAL STOP PRESS







{Jangan kacau AII. . . kecoh nanti . . . ontahlah den pun cakap cam tu . . . OM}









{Si Savvy pun memainkan peranan sebagai 'guardian' AII}

fine





dsuarang.blogspot.com


Hikmah dan Rahsia Bercukur atau Bergunting










Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera



Botak di Tanah Suci 



Setelah berwukuf di Arafah jemaah haji bermabit di Muzdalifah.

Pada hari ke-10 Zulhijjah jemaah haji akan melontar di Jamrah al-Aqabah.

Seterusnya pada hari-hari tasyriq jemaah haji akan melontar pula di ketiga-tiga jamrah. 

Jemaah haji dituntut bercukur atau bergunting selepas selesai melontar di Jamrah al-Aqabah pada hari ke-10 Zulhijjah.























Pengertian bercukur merangkumi semua perbuatan memotong rambut. 

Ia termasuk menggunting tiga helai rambut atau lebih, mencabut atau memendekkan walau sekadar mana dan dengan apa-apa alat sekalipun.

Ia merupakan rukun menurut pendapat yang soheh dalam Mazhab Syafie. 

Ini berdasarkan perbuatan Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dan yang lainnya.



Rujukan: Kitab al-Fiqh al-Manhaji
[Dipetik dan disesuaikan daripada Senarai Semak Ibadat Haji terbitan Lembaga Tabung Haji].

































Hikmah mewajibkan bercukur atau bergunting kerana sebelum ihram jemaah haji telah membersih dan merapikan diri masing-masing daripada semua rambut dan bulu yang ada pada badan masing-masing. 

Oleh kerana jemaah haji terdedah kepada debu dan kotoran semasa berada dalam ihram yang lama maka sewajarnya jemaah haji membersihkan segala kotoran tersebut dan tiada lagi sesuatu yang membebankan diri masing-masing.

Yang baki selepas itu hanyalah rambut yang menjadi kemegahan dan kebanggaan seseorang di mana seseorang itu melumurinya dengan minyak dan menghiasinya dengan menyisir atau mengikatnya.

Sekarang dikatakan kepada jemaah haji cukurlah kerana rambut tersebut boleh jadi pernah menjadi saksi kemaksiatan apa yang dilakukan oleh manusia.

Justeru, Allah mahu rambut yang tumbuh dalam keadaan bersih serta taharah yang menjadi tanda berhubung iltizam seseorang.



Rujukan: Syeikh Sya'rawi dalam al-Haj al-Akbar
[ Dipetik dan disesuaikan daripada Senarai Semak Ibadat Haji terbitan Lembaga Tabung Haji]




Bercukur kepala sunat dimulakan sebelah kanan atau jika bergunting afdhalnya seluruh kepala.

Tetapi bercukur ini kerana Rasulullah SAW mendoakan kepada yang bercukur dengan rahmat dan keampunan sebanyak tiga kali sedangkan untuk yang bergunting sekali sahaja.

Bagi wanita pula ia hanya boleh bergunting dengan mengambil sekadar sedikit sahaja daripada rambut.



Rujukan: Buku al-Hajjah al-Maburah
[Dipetik dan disesuaikan daripada Senarai Semak Ibadat Haji terbitan Lembaga Tabung Haji]















Wallahuaklam



Setelah selesai segala kerja haji yang rukun dan wajib ke atas diri teman, dan melihat di cermin wajah teman berkepala botak, teman tiba-tiba terbayang kembali suatu kisah teman di bangku sekolah dahulu.

Biar teman cerita dalam episod kemudian nanti  . . . 










bamuda 

dsuarang.blogspot.com


Tuesday, November 22, 2016

Nostalgia Tanjung Bidara








Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera





Ke Pantaimu Lagi




31 Ogos 1972 ... awalan kasih bersemi ...












... ketika mana terhasil puisi mendeklarasikan kemurnian perasaan yang tersemat di sanubari dua insan berhubungan.

Dua insan yang menaruh harapan untuk menikmati kebahagiaan hidup bersama di masa muka!


Selasa 19 Jun 2012. Pantai Tanjung Bidara kami kunjungi lagi. 

Kami ingn mengembalikan kenangan kepada zaman silam ... saat dan peristiwa yang dilalui. 

Nyata, segala pengalaman yang hadir sepanjang waktu itu . . . mematangkan!




































































Kami bersama 2 cucu . . . 
Amad (baju hijau) dan Ajim (baju biru gelap) 



Demikian waktu berlalu ... daripada tiada ... hinggalah bercucu.


Alhamdulillah. Kami bersyukur atas segala anugerah-Mu sehingga kini.

Ya Allah bimbinglah kami seterusnya dalam meneruskan perjalanan hidup ini.

Kami masih mengharapkan dapat mengecap nikmat yang Engkau limpahkan secara sementara kepada sekalian hamba-Mu di dunia yang fana ini.

Doa kami: 

Ampunilah segala dosa kami dan selamatkanlah kami dunia dan akhirat. 

Mudah-mudahan keturunan kami dapat mencontohi apa yang baik di sekeliling mereka.

Mudah-mudahan semuanya terpelihara dalam reda-Mu. Amin. 




bamuda
dsuarang. blogspot.com


Bertemu Tuan DO







Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera 





Ke Daerah Kulaijaya



Hari Isnin 7 Mei 2012. Kira-kira jam 2:45 petang. Dalam perjalanan pulang ke KL dari Kota Singa ... 

Berhajat singgah sebentar di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya, Johor. Ingin bertemu Tuan DO.








Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya



Aku ingin bertemu DO (Pegawai Daerah) bukan untuk memohon sebarang kelulusan bagi mendapatkan apa-apa projek berkaitan hal tanah atau perumahan atau sebarang kemudahan urusan hartanah . . . bisnes kecil-kecilan maupun besar-besaran . . . 

Aku hanya hendak berjumpa sahabatku ketika sama-sama di Tanah Suci dahulu!

Aku teringat mahu menemui Tuan Hj Kamaruddin Abdullah untuk bertanyakan khabar dan bersembang sebentar.










Di dalam bilik pejabat DO










Alhamdulillah ... apabila aku menelefon beliau pagi itu untuk mendapat kepastian sama ada beliau punya sedikit masa untuk bertemu ... Kamaruddin menyatakan beliau tidak keberatan ... cuma beliau juga menyatakan bahawa beliau akan ke Kluang pada jam 3:00 petang tersebut.












Tuan Hj Kamaruddin Abdullah (kiri) dan Penulis




Peretemuan kami [ahli-ahli keluargaku juga ada bersama] berjalan lancar.

Simple and cordial yet most meaningful . . . 

Satu pertemuan dua sahabat Haj yang rigkas tetapi sungguh bermakna.


Aku sempat menyampaikan kepada Kamaruddin undangan daripada salah seorang lagi sahabat Haj aku ... iaitu Tuan Haji Mohd Hakim ... yang mengundang sahabat-sahabat Haj ke majlis aqiqah cucunya di Rembau pada 12 Mei 2012.









Di pekarangan
Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya



Kamaruddin terus sahaja memohon maaf tidak dapat menyertai majlis tersebut . 

Beliau harus memastikan segala persiapan dan persediaan untuk acara Kembara Mahkota Johor yang bermula pada 13 Mei 2012 di daerahnya . . . Kulaijaya . . . berjalan dengan lancar.









Parkir kat sini senang aje . . . ya
kat seberang sana tu . . . Tuhan saja yang tau!



Aku faham akan hal-hal yang begitu.

Sudah menjadi tugas seorang Pegawai Daerah ... memastikan segala peristiwa keramaian awam yang berlaku di daerahnya ... atau yang di bawah bidang tugasnya ... terurus dengan sebaik mungkin.

Apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan sebarang urusan Diraja! 









Tuan DO (kiri) dan Penulis 



Kami bersembang buat seketika. Sebentar kemudian aku memohon diri untuk berangkat pulang.

Tuan Hj Kamaruddin ... [sahabatku merangkap Tuan DO ... dan baru-baru ini bergelar Kolonel Kehormat RELA] ... dengan caranya yang amat humble ... mengiringi aku ke parkir.








Datanglah lagi . . . Ok Haji . . .









Itulah budi bahasa namanya. Kalau memang berhemah tinggi . . . akan terus terserlah budi yang tinggi secara automatis.

Aku doakan agar sahabatku ini beroleh anugerah-anugerah yang lebih mulia lagi . . . insya-Allah.







Terima kasih sudi menerima kedatangan kami




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, November 19, 2016

Hajah Maimunah 89 Tahun







Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera



Hari UTK ke-89
Dirgahayu Hjh Maimunah



Hari ini genaplah 89 tahun usia Hjh Maimunah bt Mahat.

Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-89 mak . . . nek . . . nyang.

Didoakan panjang usia, sihat walafiat, hidup penuh berkat, semakin kuat beramal ibadat, murah rezeki, ceria serta berbahagia senantiasa.





Hjh Maimunah Mahat



Begitulah doa semua anak, menantu, cucu dan cicit Hjh Maimunah untuk beliau bersempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya tahun ini.

Maimunah binti Mahat dilahirkan di Pulau Sebang, Melaka pada 19 November 1927.

Beliau berkahwin dengan Yasin bin Ahmad dan dikurniakan lapan orang cahaya mata. Tiga lelaki dan lima perempuan. 

(Isteri penulis Alimah Yasin anak Hjh Maimunah yang kedua.)







FOTO TAHUN 1962/3 

dari kiri 
hadapan
Alimah, Aziz, Zolkeplay,

belakang
 Hjh Siti, Hjh Maimunah (pangku Ani), 
Yasin Ahmad)



Alhamdulillah . . . ibu mentua penulis kini masih sihat dan kuat dalam menjalani kehidupannya sehari-hari. 

Hjh Maimunah masih mampu mendengar dan melihat dengan daya yang cukup sempurna.

Fikiran dan ingatan beliau juga masih tajam dan kuat. Selera makan beliau tetap baik.




Pergerakan Hjh Maimunah lancar walaupun sekarang beliau berjalan dengan menggunakan tongkat setelah terjatuh tidak berapa lama dahulu.


Apabila ditanya apa rahsianya hingga beliau boleh bertahan sedemikian sihat dan sejahtera, jawapan Hjh Maimunah mudah sahaja:


"Tak tau Nah doh. Sumo tu kojo Allah SWT. Apo yang diboghi omak timo jo lah seadonyo. . . "






Penulis sendiri sudah lama memerhatikan Hjh Maimunah ini jarang-jarang sekali ke klinik dan jarang-jarang juga memakan "ubat spital". . . (istilah yang digunakan orang lama untuk ubat-ubatan dari klinik atau rumah sakit).

Ibu mentua penulis ini masih rajin mendengar ceramah dan tazkirah keagamaan.

Beliau juga gemar berkunjung ke tempat-tempat pelancongan dan percutian di dalam negara. "Bercuti-cuti Malaysia," katanya.






Selain itu ibu kepada 8 orang anak, nenek kepada 31 orang cucu dan moyang kepada 28 orang cicit ini masih aktif melawat dan menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai demi megeratkan silaturahim kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan.

Alhamdulillah Hjh Maimunah telah diizinkan Allah SWT pergi menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci sebanyak dua kali.

Pertama kali pada tahun 1985 dan kali kedua pada tahun 2004.

Beliau juga pernah ke sana menunaikan Umrah dan Ziarah pada tahun 1994.

Kini beliau sering menyuarakan hasratnya untuk pergi menunaikan Umrah dan Ziarah lagi andainya masih diizinkan Tuhan.






Kami semua berdoa agar Allah SWT menjadikan realiti hasrat mulia Hjh Maimunah untuk berbuat demikian.

Dirgahayu mak . . . nek .. . . nyang. Dirgahayu Hjh Maimunah bt Mahat yang kami kasihi.

Mudah-mudahan semua anak cucu cicitmu juga dianugerahkan Allah SWT gaya hidup sihat dan sejahtera seperti dirimu.

Amin . . . 



[al-Fatihah buat Allahyarham Yasin bin Ahmad, Allahyarham Suleiman (Johari) Yasin dan Allahyarham Zolkeplay (Zol) Madiasin. Amin.] 




bamuda
dsuarang.blogspot.com