Sunday, May 8, 2016

Luangkan Sedikit Waktu








Assalamualaikum



dan




Selamat Sejahtera









Menghargai Masa Lalu 












Foto tahun 1974 di Tugu Negara KL






dan 





Menikmati Masa Kini 
















































































Bamuda


dsuarang.blogspot.com



Kerenah Bermusim




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ramadan oh Ramadan


Bercakap tetang Ramadan yang mulia, kita pasti tidak terlepas daripada membincangkan "cara dan gaya" individu, kelompok dan khalayak meyambut kedatangannya. 

Seterusnya perilaku pihak yang terlibat dalam mengisi kehadiran Ramadan. 

Dan, akhirnya kesan perolehan daripada amal ibadat yang dilaksanakan itu sendiri.


Puisi 1

Setiap Kali Ramadan





Ragam ternyata berbagai macam. Kerenah pula sudah tentunya banyak terserlah. 

Penulis cuba mempamerkan situasi ini dengan seikhlas-ikhlas mungkin dan seringkas-ringkasnya dalam bentuk puisi-puisi yang dipaparkan di sini.  



Puisi 2

Puasa Lagi Kerenah Lagi





Puisi-puisi di atas terilham pada tahun 2008. Ia sekadar untuk renungan tanpa sebarang tujuan memperlekehkan mana-mana pihak. 

Terpulang kepada anda yang membaca membuat penilaian masing-masing.



Selamat Berpuasa Ramadan 1437H

drpd 


Bamuda
dsuarang.blogspot.com



Belum Puasa Dah Nak Raya?








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Keluar Kereta Baru?





Begitulah senarionya. Itulah yang terjadi. Macam apa yang penulis pernah catatkan dalam sajak berjudul "Puasa Lagi Kerenah Lagi" . . . Petik sajak itu sikit le:




belum selesai puasa
dah berkejar nak sambut raya . . .
. . . . . . . . .
. . . . . . . . .
nak tukar semua baru
kereta, barang kemas paling tidak songkok baldu
. . . . . . . . .





Atuk nak tanya ni. Ahmad dah keluar kereta baru tu . . . nak raya sakan ke? . . .


Wah! Benarkah si Ahmad Iman Iskandar (Aii) keluar kereta baru untuk sambut raya ni? Kita tanya saja pada Aii sendiri.










Kereta kumbang jati keluaran terbaru . . .hebat tu Aii












Adjust tu adjust ni . . .
 terserlah gaya penggemar tulen kereta 
(wheels hardcore)




Tukang Tanya: Kereta ni baru beli ke? Dah ada lesen nak pandu nanti? Loaded nampak!

Aii: Alah sikit-sikit je Cik. Lesen pandu belum dapat. Lesen terbang ada. Kereta ni nampak buruk ke Cik? Sponsor beli brand new tau!









Macam mana ni ... ada factory default kot! 
Apa mendanya tu aku sendiri pun tak tau









Lesen memandu tak ada. Experience ada le. Start kereta ... pastikan semua meter berfungsi baik. Sambil tu tengok-tengok ke atas ... takut-takut kalau ada gagak lalu. Maklum bumbung kereta ni jenis convertible . . . (bumbung buka-katup le)









Kemudian pandang depan. Pastikan line clear untuk bergerak. Tetapi sebelum tu toleh kiri . . . untuk pastikan ada kedai 11-11 kat seberang jalan tu. Toleh kanan tak payah le Tok . . . tak ada apa-apa kedai di situ.








Lagi satu. Ini penting. 
Check tengok ada disc lagu Minang tak . . . 
nak main bila dah gerak nanti .









Ah, sebelum terlupa . . . Biar saya ingatkan . . . 
Blah blah blah . . .







Ok cukup terang ye . . .




Tukang Tanya: Oh . . . kereta ni dapat percuma aje rupanya . . .

Aii: Tak Cik . . . dapat free le!

Tukang Tanya: Apa beza 'percuma' dengan 'free' tu?

Aii: Satu cakap omputih . . . satu lagi tu cakap om tak berapa putih . . .

Tukang Tanya: Bila sponsor beli? Dia beli berapa?

Aii: Last Saturday 21 August 2010 le Sis . . . Sponsor beli satu je!

Tukang Tanya: Loyar juga dak ni . . . Siapa sponsor kereta ni?

Aii: Sponsor beli ke, sponsor maintenance?

Tukang Tanya: Suka hati le!

Aii: Sponsor suka hati tak ada Cik . . . Sponsor beli Pak Long Halmy. Sponsor maintenance krew d'SUARANG.

Tukang Tanya: Dah dah pi lah . . . give up macam ni!

Aii: Tak Cik . . . saya tak nak pi . . . eh, mana tempat 'gibab' tu hah? Saya nak pegi litar Sepang skang . . . Nak test power si kumbang jati ni!










Tomato Man's Si Kumbang Jati





Tukang Tanya: agh aghh aghhhh!

Aii: He, he . . . jangan mare. Acah lebih sikit. Posa posa ni kena banyak saba' . . . Insya-Allah panjang silaturahim . . .




Aksi di Pit Stop








"Apa perasaan Aii berada di hadapan sekali
sekarang? Tak takut kena potong ke nanti?"








"Apa nak takut. Saya sure monopoli race ni!








"Apa nak rebut-rebut tanya ni. Sorang-sorang le.
Mentang-mentang saya pasti . . .
 lead from start to finish nanti . . ."








"Apa tip atau nasihat Aii kepada mereka
yang ingin berjaya menjadi juara seperti Aii?"








"Mudah saja. Elakkan pesaing.
Race sorang-sorang. Tak ada pencabar.
Jadi d one and only entrant.
 Pasti juara!"




Begitu kisahnya si Aii pemandu baru. Alahai . . . patutlah dia lead dari awal sampai akhir! Kita beramai-ramai maafkan saja telatahnya tu. Novice le katakan!




Pesanan Penaja:

Berhati-hati menemubual
orang tengah gila stering !







Alamak
ternampak kaki la plak ...









Tak pro le ...
Pinjam mike tu jap Cik ...









Dah tak persis racer baik aksi ala singer plak 
. . . Lagu tiga kupang, saku penuh padi . . .





Pemandu baru kereta baru,
Pertama kali singgah ke bandar;
Jemu kerana lama menunggu,
Tawar di hati hilanglah sabar!










Bamuda
dsuarang.blogspot.com





Saturday, May 7, 2016

Kisah di Gedung Muzik






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Silap Dengo 




Teman ingin menyambung ceghita tentang silap pendengaran atau 'silap dengo' (kata orang kampung teman) yang membawa kepada salah faham akan maksud orang lain.

Kisah ini dah bejaman lamanya. Kisah tahun-tahun 70-an. Tapi teman tetap ingat akannya kerana ada unsur lucu dan pengajaran terselit dalam kisah ini. 

Alahai ceghita orang Perak di sebuah gedung muzik di Kelumpor . . . kata kome.

Biarlah teman berceghita dalam bahasa yang mudah difahami semua. Begini kisahnya:

Seorang hamba Allah yang berasal daripada sebuah kampung terkenal di Perak telah membawa bapa saudaranya (Pak Ngah) bersiar-siar di Kuala Lumpur.

Hamba Allah ni memang tinggal dan bekerja di KL. 

Pak Ngah si hamba Allah ni pula tidak pernah ke KL sebelum ini. 

Jadi, si anak saudaranya beria-ialah hendak menunjukkan kepadanya apa yang terdapat di KL pada waktu itu.


Ketika itu belum ada kemudahan LRT. Belum ada LR SPRINT, AKLEH, DUKE, MRR 2 dsb. KL Tower tiada. KLCC pun belum ada. Shopping Complex yang hebat-hebat pun belum ada. 

Satu-satunya yang ada dan terkenal pada waktu itu ialah Ampang Park!


Lot 10, Sungai Wang Plaza, Imbi Plaza, Times Square, Star Hill dll. tidak pernah diketahui warga KL pada ketika itu.

Masa tu jalan dan tempat yang famous ialah Foch Avenue (sekarang Lebuh Foch), Petaling Street (sekarang Jalan Petaling), Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman), Campbell Road (sekarang Jalan Dang Wangi), Mountbatten Road (sekarang Jalan Tun Perak) dll. 

Cukup mungkin background untuk menggambarkan KL pada waktu itu!


Berbalik kepada cerita si hamba Allah yang membawa Pak Ngah bersiar-siar di KL tadi. 

Setelah makan mee goreng Hailam di Ipoh Hotel Restaurant di Bukit Bintang (amat famous sekitar KL ketika itu) dua orang anak beranak ini pun berlegar-legar di Bukit Bintang Road.

Mereka kemudiannya berhenti di hadapan sebuah gedung muzik. Gedung muzik itu sederet dengan tempat mereka makan tadi.


Pak Ngah tertarik kepada peralatan muzik yang dipamerkan dalam showroom gedung itu. 






Jadi Pak Ngah berhenti nak tengok-tengok sajalah. Alahai . . . window shopping.

Tiba-tiba towkay gedung muzik itu keluar berdiri di pintu masuk gedungnya lantas bertanya kepada Pak Ngah.


Towkay: {Menyapa dengan mesra} Apa mau Encik?

Pak Ngah: {Menjawab dengan loghat tebal orang kampung teman} Idak eh . . . teman nak ngita-ngita (mengintai-intai/melihat-lihat) aje.

Towkay: Oh, masuk Encik , ngitar (gitar) atak banyak. Ngitar lid (gitar utama), ngitar bes (gitar bass), ngitar lidem (gitar rhythm) semua atak. Encik moleh pilih mana suka.

PaK Ngah: {Suara perlahan} Bio le. Teman nak nengok-nengok je.

Towkay : Ya lah . . . miola (biola) pun atak . . . Tapi Encik kena masuk lulu.

Pak Ngah: {Bersungut} Geram teman dibuat kawan ni. Heboh nyuruh teman masuk. Geram, geram.

Towkay: {Dgn nada beria-ia sambil menarik tangan Pak Ngah} Masuk Encik . . . delam (drum) baik punya bangsa (jenis) suma atak.

Pak Ngah : { Dah naik angin!} Hey . . . Nak kena tabuh (pukul) gamaknye kome ni!


Towkay : {Syok sendiri} Apa pasat talak tanya itu tambour (drum) punya pasai . . .? Masuk lulu malu tau . . . Encik.

Pak Ngah : {Dah naik tak kuasa!) Sabo (sabar) aje le . . . peramah beno lak si dia ni.

Towkay : {Terus syok sendiri lagi} Ha Encik . . . itu delam menali punya nama apa ah . . . samba? Pakai conga delam (conga drum) pun OK ma . . .

Pak Ngah : {Betul-betul punya marah!} Conga deram tengkorak kamu! Nak penendang(nak kena tendang) juge dia ni . . .!

Towkay : { Selamba tak faham-faham} Hai ya, gua sutah cakap sama lu Encik . . . gendang punya hat (hal) suma atak dalam. Mali masuk tengok . . . 

Pak Ngah : {Terlalu tinggi anginnya sekarang} Tengin beno (bodoh sangat) ropanya mike ni. Dah dah . . . tak kosa teman nak layan lagi kerenah mike ni. Dah naik libang libu rasanya. Udah nak tekencin (terkencing) bebeno ni!

Towkay : { Memang tak akan faham} Ha, itu memang atak . . . kelincing (kerincing: sejenis alat bunyi-bunyian diperbuat daripada logam) ha . . . manyak olang mintak punya Encik. Kelincing atak laku.

Pak Ngah : {Dah sampai tahap fed up} Lantok le kerincing kome tu laku ke tidak! Jangan nak ngimpit (menghimpit)teman lagi!

Towkay : { Memang dasar peniaga tegar} Oh Encik mahu telompet (trumpet) ke? Nanti gua angkat sikijam dalipada itu gua punya setor ah . . .

Pak Ngah : {d last straw!!!} Mike diam leh tak weh! Teman nak belah dah. Jangan cakap apa-apa lagi. Nanti kena balon . . .

Towkay : { Semakin selamba atau buat bodoh?} Hai ya . . . Encik manyak pandai ma . . . itu kedai sebelah atak juat melon (belon) ma . . . sini tatak. Jumpa lagi ah . . .



*  Perkataan2 yg seakan-akan sama bunyi sebutannya pada pendengaran dua insan yg berdialog di atas tadi 






Sepanjang episod tadi . . . si hamba Allah (anak buah Pak Ngah) tidak campur 'mulut' kata orang. 

Eloklah dia berdiam diri saja sambil memerhatikan keadaan yang agak tegang bercampur lucu selamba itu.

Inilah akibatnya . . . dengo saje 'bunyi' seakan-akan sesuatu . . . udah jadi tak tentu arah fikiran . . . asyik fikir nak buat untung. 

Tak mahu paham ujung pangke sesuatu keadaan terlebih dahulu!

{Si omputih jiran teman masuk campor lagi weh, " Never jump to conclusion . . . that fast man!"}

Ini kisah tahun-tahun 70-an dahulu. Ketika tu kelemahan penguasaan BM oleh banyak pihak masih boleh diterima.

Sekarang macam mana situasinya? Agaknya ada sedikit perubahan . . .

Kalau masih kabur dengan pelat yang 'menyesatkan' seperti di takuk lama bagaimana? 

Tak gunalah mengaku rakyat 1 Malaysia! 

Jangan mendabik dada mengaku warga negara ini . . . andainya bahasa rasmi negara pun tidak dapat dikuasai dengan baik . . .

Sekarang . . . sibuk nak utamakan bahasa asing lak!

Dan . . . yang berbahasa tu pulak bio le sesuai pada level dan suasananya. Teman ni tak ngapa . . . lain kes le . . . he, he

Last but not least . . . para peserta Maharaja Lawak tak nak ke minta sedikit idea daripada 'orang luar' seperti Pak Ngah dan si Towkay tadi? 

Manalah tau kalau-kalau kome sendiri udah kekeringan idea untuk persembahan masing-masing. . .  

Usik-usik sikit tak ngapa le ye!










Bamuda

dsuarang.blogspot.com