Saturday, May 14, 2016

Peranan Foto Lama








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Nostalgia, Nostalgia, Nostalgia



Apabila menatap foto lama . . . seribu satu macam kenangan akan menerjah ke benak dan terus bermain-main di minda kita tanpa dipaksa-paksa.


Penulis mengalami keadaan yang sedemikian ketika berada di rumah abang kandung penulis di SDE pada Selasa 11 Jun 2013.

Waktu itu bulan Ramadan al-mubarak 1434H.  

Penulis bersama isteri ke rumah Tuan Hj Ismail Baharom (Bang Ngah) dan Pn Hajah Zaleha (Kak Nina) semata-mata untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kami.










Dari Kiri:
Tuan Hj Ismail Baharom, Pn Hjh Zaleha Moid,
Hjh Alimah Md Yasin, penulis










Ketika penulis dan isteri bersembang-sembang santai dengan Hj Ismail Baharom dan Hjh Zaleha Moid dan anak kedua mereka Khairol Fahmi Ismail . . . tajuk perbualan kami tiba-tiba terarah kepada cerita-cerita lama.










Dari Kiri:
Tuan Hj Ismail Baharom, Pn Hjh Zaleha Moid,



Hjh Alimah Md Yasin, penulis









Kisah-kisah silam keluarga dan sanak saudara tetap menarik dan menjadi ingatan kami bersama sehingga kini.

Berbagai-bagai cerita lama terlintas di fikiran kami masing-masing pada ketika itu.

Ada yang lucu. Ada yang serius. Ada yang menggembirakan. Ada yang menyedihkan.








Dari kiri:
Zaleha (membelakang kamera), Alimah n penulis








Dari kiri:
Ismail, Zaleha, Akil, Alimah, penulis,




Kebetulan di sisi kami ketika berbual itu ada beberapa kotak album foto kepunyaan Fahmi (anak saudara penulis).








Foto Majlis Persandingan
Khairol Fahmi Ismail dgn Noor Atikah Ahmad








Ahad 27 November 1998 di Kg Nakhoda










Khairol Fahmi Ismail
di zaman bayi










 Fahmi Dikelilingi Kaum Keluarga

Dari kiri:  
Zaleha, Khairol Anuar, 
Aishah Mohd Said ( Cik "Montel" . . . opah penulis)
[gambar dirakam pada 31 Ogos 1971]









Zaleha mendukung Fahmi










Dari kiri: 
Asmah Baharom, Aishah, Zaleha (memangku Fahmi).
 Depan: 
[?] memegang Khairol Anuar)
 [gambar 31 Ogos 1971]










Aishah Mohd Said
(opah penulis nasab ibu)
[gambar 31.8.1971]










Khairol Fahmi Ismail
(gambar tahun 1974)



Fahmi terus sahaja berkata," Ha, dalam ni pun ada bayak gambar lama . . . Pak Uda ".


"Elok juga kita tengok," kataku.








Hero & Heroine 1970-an






 Ismail Baharom & Zaleha Moid 
 [ketika menghadiri majlis makan malam di 
AG's Office (Accountant General) KL pada 19.12.1972]









Ismail & Zaleha
[Gambar 2 Feb 1970]




[Foto-foto dalam kelompok di bawah ini dirakam 
di Lorong Daud, Kg Baru, KL pada 6.3.1974]





Belakang: 
Ismail, Zaleha (mendukung Khairol Nizam). 

Depan:
Khairol Fahmi (kiri) n Khairol Anuar.











 Dari kiri:
Siti Hawa Nor (mendukung Nizam), 
Khairol Anuar, Alimah, Khairol Fahmi










 Penulis (memegang Khairol Anuar), 
Siti Hawa Nor (memegang Khairol Fahmi)







 Khairol Nizam Ismail
 (gambar tahun 1974)




Maka kami pun bersama-sama menatap foto-foto lama yang ada . . . membelek-belek sambil ketawa riang dan membuat komen. 

Bermacam-macam komen keluar daripada mulut kami masing-masing . . . komen-komen yang baik-baik dan positif sahaja!








Penulis bersama Bang Ngah Ismail 
dalam majlis perkahwinan Fahmi 1998 
[ Perhatian: waktu itu penulis kaki rokok!]








Penulis bersalaman dengan pengantin lelaki di pelamin . . .








. . . ahli-ahli keluarga dan sanak saudara yang turut meraikan 







Dari kiri:
Mazlyna Hanum, penulis, 
Khairol Fahmi , Alimah, Marlyana Haniz




Demikian catatan ringkas tentang foto-foto lama yang merakamkan kisah-kisah merangkumi kenangan penuh nostalgik yang dapat penulis turunkan buat kali ini.

Indah sekali perasaan yang berbangkit daripada peristiwa sebegini rupa. Jiwa kami tetap terusik!




[Catatan:

Foto-foto yang tertera dalam siaran entri blog ini telah dirakamkan semula oleh Khairol Fahmi Ismail. Terima kasih diucapkan kepada Fahmi kerana sudi "memunggah" kotak album-album lama miliknya dalam usaha mencari dan mendapatkan foto-foto lama ini.]










THANK YOU FAHMI
[pix of 1971]





bamuda
dsuarang.blogspot.com



No comments: